• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / advertorial / Jom beramai-ramai ke LEGO CITY ADVENTURES di Queensbay Mall Penang

Jom beramai-ramai ke LEGO CITY ADVENTURES di Queensbay Mall Penang

31st May 2016 by akubiomed 19 Comments

LEGO CITY ADVENTURES mengimbau zaman semasa kanak-kanak dahulu bermain dengan berangan apabila dewasa nanti nak jadi sebagai polis, ahli bomba, tentera, juruterbang dengan bermain kerjaya tersebut bersama kawan-kawan sebaya.

 

Set bina LEGO® CITY  memberi peluang anak untuk mengasah kreativiti dan imaginasi anak-anak membina bandar imaginasi yang mereka inginkan dijadikan kerjaya pada masa hadapan.

 

Anak-anak boleh membina balai bomba, lapangan terbang, stesen keretapi, pembinaan dan balai polis dengan membayangkan kerjaya idaman mereka pada masa hadapan.

 

LEGO bakal memperkenalkan 2 set LEGO® CITY: Volcano dan Airport rangkaian produk baru LEGO® CITY pada bula Jun 2016. 2 baharu tambahan ini menjadi satu tarikan anak-anak berimaginasi watak-watak dan aktiviti set Volcano dan Airport.

 

Sempena cuti sekolah yang sudah bermula, boleh bawa anak-anak ke LEGO CITY ADVENTURES di GF Centre Atrium Queensbay Mall Pulau Pinang bermula 31 Mei 2016 hingga 12 Jun 2016 setiap hari dari jam 10:30 pagi hingga 10:30 malam. Ada aktiviti menarik menunggu untuk pengunjung dan bawa anak-anak sekali untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang disediakan.

 

Antara aktiviti menarik di LEGO CITY ADVENTURES.

1. The Adventure

Anak-anak boleh memilih kerjaya idaman mereka dengan memilih 4 misi samada balai polis, balai bomba, eksplorasi gunung berapi dan lapangan terbang. Bermain sebagai anggota polis mengejar penjahat, menjadi ahli bomba, mengorek lava gunung berapi dan mengisi minyak kapal terbang. Sijil diberikan apabila menamatkan sekurang-kurang 2 aktiviti untuk melayakkan sijil dan set lencana untuk melengkapkan pasport mini.

2. Bermain misi aplikasi interaktif LEGO® CITY di iPad

3. Bermain blok LEGO®

4. Berjumpa maskot LEGO® CITY

 

Jangan lupa sertai“Unleash your kid’s imagination” yang mana dikehendaki menghantar gambar anak-anak bina mana LEGO® CITY  dengan kapsyen tidak lebih 30 patah perkataan post acara LEGO® CITY ADVENTURES di Facebook rasmi LEGO bermula 25 Mei 2016. Korang yang bawa anak ke LEGO® CITY ADVENTURES boleh tunjukkan post tersebut kepada kru LEGO bakal menerima hadiah misteri terhad kepada 100 yang terawal. Tinggal gambar, komen dan kapsyen di pautan ini: http://tinyurl.com/Unleash-your-kid-s-imagination

 

Set LEGO® CITY ADVENTURES boleh diperolehi dari kedai sah LEGO® Certified Stores di The Curve Mutiara Damansara, Bangsar Village, Empire Subang, IOI City Mall Putrajaya, Setia City Mall and Queensbay Mall Penang, LEGOLAND Malaysia Resort, Toys “R” Us, Hamleys, AEON, Isetan, Parkson dan Box of Bricks. Harga bermula RM 24.90 ke atas.

 

Maklumat LEGO® CITY ADVENTURES lanjut sila layari

  • Facebook page Queensbay Mall: https://www.facebook.com/QueensbayMall/
  • LEGO® Certified Stores Facebook page: www.facebook.com/LEGOCertifiedStoreMalaysia
  • Laman rasmi LEGO® CITY: http://www.lego.com/en-us/city

Jangan lupa hadir beramai-ramai dan bawa anak-anak sekali.

Sila tekan butang kongsi:

  • Bapa dan anak kusyuk bina LEGO CITY ADVENTURES
  • Jadi Ninja Warrior selepas berlatih di LEGO Ninjago Battle Dojo.
  • Pencarian pereka global pertama set permainan LEGO Friends baharu

Filed Under: advertorial Tagged With: LEGO CITY, LEGO CITY Adventures, LEGOMY

Reader Interactions

Comments

  1. nila anggraini says

    10th June 2016 at 7:52 am

    wahhh..kalau bawa anak-anak mesti mereka seronok…

    Reply
  2. Ummi Hanie says

    7th June 2016 at 3:46 pm

    wah sudah dekat dengan tempat kami 🙂

    satu hari nak pujuk la cik abg bawakan

    anak2 memang sukakan Lego

    Reply
  3. Aretikz says

    6th June 2016 at 9:28 pm

    Kalau budak2.. memang favret.. kalau bapa budak macam aku.. memang sengsara.. huhu

    Reply
  4. wahida says

    6th June 2016 at 3:31 pm

    wah best ni…saya pulak yang teruja baca…

    Reply
  5. Hairul Hissam says

    6th June 2016 at 2:19 pm

    Mmg seronok ke lego city bersama keluarga dan anak2..

    Reply
  6. Raihanah Ahmad says

    6th June 2016 at 8:31 am

    salam ramadhan tuan.

    Reply
  7. Bintang Sukan says

    5th June 2016 at 3:46 pm

    Jika diberi kesempatan memang teringin berkungjung ke sana.

    Reply
  8. Razlan says

    2nd June 2016 at 6:48 pm

    Sempat lagi ne ,lama tak jalan pi penang …..adik2 pun teringin ne ..

    Reply
  9. Suriaamanda says

    2nd June 2016 at 9:36 am

    Lepas Dania UPSR nanti ingat nak bawak dia bercuti kat sini…

    Reply
  10. akubiomed says

    1st June 2016 at 11:23 pm

    Anak-anak tentu tidak mahu balik dah kalau sudah berada disini. 🙂

    Reply
  11. apdm says

    1st June 2016 at 9:38 pm

    memang sesuai sangatlah ni bawak anak-anak masa cuti ke sini. lego ni pun, kita yang dah besar pun tetap nak main.

    Reply
    • akubiomed says

      1st June 2016 at 11:23 pm

      Ada banyak aktiviti yang boleh sertai ketika berada di LEGO City Adventures di Queensbay Mall.

      Reply
  12. Raihanah Ahmad says

    1st June 2016 at 1:46 pm

    anak2 mesti suka main lego

    Reply
    • akubiomed says

      1st June 2016 at 11:24 pm

      Bermain LEGO kreativiti anak-anak tidak ada limit.

      Reply
      • Raihanah Ahmad says

        3rd June 2016 at 10:24 am

        betul tu, memang terbukti mampu menjana kreativiti anak2

        Reply
  13. Nuyun Najmi says

    31st May 2016 at 8:22 pm

    Bestnya main lego ?

    Reply
    • akubiomed says

      1st June 2016 at 2:58 am

      Memanglah seronok terutama set LEGO CITY ini ibarat bermain olok-olok perkerjaan orang dewasa.

      Reply
  14. Anuar says

    31st May 2016 at 11:45 am

    Kalau anak-anak saya tahu ni… Mesti sekarang juga mereka nak ajak saya pergi ke Legoland… 😉

    Reply
    • akubiomed says

      1st June 2016 at 2:59 am

      Kalau bawa anak-anak bercuti di LEGOland boleh beli set LEGO CITY ini.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Asas kegunaan baja berdasarkan warna baja untuk newbie

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in