Pada hari baru-baru ini saya dan Aslah bergandingan membina blok LEGO CITY set. Memang kenalah sempena Hari Bapa yang jatuh pada hari Ahad dengan melayan kerenah Aslah sudah beberapa kali minta bersama-sama memasang blok LEGO ini.
Bermula perjalanan bapa dan anak untuk LEGO CITY ADVENTURES.
Aslah sudah lama minta saya tolong beliau bina set blok LEGO CITY sebab ada watak LEGO CITY tersebut iaitu Polis dan Penjahat. Yang paling cool adalah kenderaan Polis dan Penjahat pun hebat-hebat juga. Mana tak si Aslah teruja sangat nak bina blok LEGO CITY.
hasil pertama adalah kereta super car polis
Memandangkan Aslah ini tidak beberapa mahir memasang blok jadi adanya bantuan manual dapatlah saya rujuk dan bantu Aslah memasang blog LEGO CITY ini. Tidak susah hendak pasang kerana arahan ilustrasi yang jelas langkah demi langkah. Jadi mudah untuk anak-anak kecil memasang dengan mengikuti manual pemasangan ini
bapa dan anak kusyuk pasang LEGO CITY
Aslah sangat teruja untuk melihat hasil selepas memasang blok LEGO yang ibarat puzzle. Saya juga seperti kembali ke dunia zaman kanak-kanak sama-sama membantu Aslah memasang blok LEGO City.
Siap sudah memasang set LEGO CITY
Akhirnya siap dua set LEGO CITY 60128 POLICE PURSUIT dan 60131 CROOKS ISLAND siap dipasang dua beranak ini. Sepanjang proses pasang blok LEGO CITY ini lancar seperti yang sebutkan sebelum ini dengan panduan yang disediakan setiap set kotak LEGO CITY melancarkan pemasangan blok sehingga akhir.
Nampaknya Aslah sudah tidak sabar bermain dan berimaginasi bermain LEGO CITY. Seperti yang mudah diteka sudah mahu watak anggota Polis mengejar Penjahat. Budak-budak tanpa disuruh sudah mula berimagnasi dengan watak-watak LEGO CITY. Saya biarkan Aslah leka bermain sambil ambil gambar beliau bermain.
Cerita Aslah LEGO CITY Polis melawan Penjahat.
Aslah memilih helikopter Polis untuk mengejar penjahat yang mendiami Crook Island. Aksi kejar-mengejar helikopter polis dan penjahat naik water scooter cuba melarikan diri dari persembunyiaan penjahat di Crook Island sudah terbongkar.
tempat persembunyiaan penjahat Crook island
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Penjahat gagal meloloskan diri dan akhirnya berjaya diberkas oleh helikopter Polis.
Helikopter polis
kereta supercar polis
pick up truck penjahat
water scooter penjahat
Seronok melihat Aslah leka didalam dunianya dengan bermain LEGO CITY. Ada mesej dimana penjahat adalah orang yang rugi dan ada polis sebagai penegak undang-undang tidak akan biarkan penjahat sesuka hati melakukan jenayah mereka.
Inilah akiviti hujung minggu pada hari Hari Bapa batu Aslah memasang blog LEGO CITY bersama-sama. “Unleashed Your Kid’s Imagination“
—————————————————————————————————–
Set LEGO® CITY ADVENTURES boleh diperolehi dari kedai sah LEGO® Certified Stores di The Curve Mutiara Damansara, Bangsar Village, Empire Subang, IOI City Mall Putrajaya, Setia City Mall and Queensbay Mall Penang, LEGOLAND Malaysia Resort, Toys “R” Us, Hamleys, AEON, Isetan, Parkson dan Box of Bricks. Harga bermula RM 24.90 ke atas.
Maklumat LEGO® CITY ADVENTURES lanjut sila layari
- LEGO® Certified Stores Facebook page: www.facebook.com/LEGOCertifiedStoreMalaysia
- Laman rasmi LEGO® CITY: http://www.lego.com/en-us/city
Okay. Dah boleh cuba robot Gundam Jepun lepas ni. Puas lagi x terkata bila dah siap.
lama betoi tak singgah sini hehe.. set lego ori memang mahai.. silap level umo bapak2 pun main.. custom buat design sendiri.. skang ni dah ada yang 3rd party.. maybe kualiti tak sama
Seronok dapat main pasang blog LEGO. Masa kecil dahulu tak puas main. 🙂
budak2 suka sgt benda mcm ni nih…..
Bukan setakat budak-budak. Paknyer pun tumpang sekaki. 🙂
bagus aktiviti spt nie.. Dapat eretkan hubunangan kekeluargaan..
Antara aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan.
dulu lego lain .. sekarang lagi lain.. function dia sekarang dah macam2 boleh pasang.. banyak idea..
Ya betul bro. LEGO sekarang ini sudah bermacam-macam jenis dan menyeronokkan nak main dengan tema yang berbeza.
Bagus untuk minda anak,permainan lego ni
Kita boleh membina apa yang kita suka mengikut imaginasi kita dengan memasang blok-blok LEGO tersebut.
Sangat best kan sebab dia aktifkan minda kita untuk membina imagunasi kita
terbaek..
nak tunggu anak besar baru leh main Lego..
sekarnag ni dia baling2 kan je
LEGO ada juga banyak jenis dan tema untuk dipilih mengikut kesesuaian umur.
Anak-anak memang suka main lego ni, apalagi lego tu watak kegemaran diaorang..
Ya. memang seronok dapat bermain LEGO mengikut tema.
Berapa lama la agaknya siap tu lego tu.. hehhe
Tak susah nak pasang. Sekejap sahaja sebab ada buku panduan pemasangan.
Seronok tengok anak-anak main Lego tapi kalau ada yang tercicir atas lantai dan kita terpijak..aduh…sakitnya tuh di sini
makin menarik lego sekarang. masa kecik2 dulu biasa2 je
Sudah macam-macam LEGO ini berbanding dahulu.
Kalau SA pun leka gak ni main lego ni….
Memang leka pasang blok LEGO ini sebab nakkan hasil pemasangan.
Rajin bro layan Aslah bina blok lego city…. Kalau saya biarkan jer anak-anak saya explore sendiri…. Mereka cuma minta tolong pada saya, bila nak buka Lego yang dah melekat… Sebab agak ketat sikit..
Aslah ada pasang yang mana mudah dan blok pemasangan berskala besar akan minta bantuan saya dengan sama-sama pasang.
hehee saya pun kalau takde manual pemasangan blok LEGO ni,
memang haru juga… seronok juga kembali ke dunia kanak2
yang kita tak sempat nak rasa dulu… 😀
Ada panduan pemasangan memudahkan nak siapkan model.
serius, dah lama benar tak main lego.
semua lego kena simpan sebab jenis yang kecik molek punya.
kena cari lego jenis besaq-besaq aje kalau nak bagi anak aku main lego sekarang.
Ada dijual set blok yang bersaiz besar.
kreatif. ssh gak tu klu sy sorang2 buat. heee
Ada manual panduan pemasangan boleh ikut panduan tersebut.
wow.. bestnya main lego..
kalau anak-anak saya.. lepas main malas nak mengemas..
benda kecik-kecik mcm lego ni kena hati-hati takut terpijak
Memasang blok LEGO ini menyeronokkan dan mengujakan untuk melihat hasilnya apa bila siap dipasang.
abahnya pun sekali ni, tapi main lego memang bagus utk budak2
mainan ni memang mainan anak dan bapa..
saya suka memasang lego
Masa kecil dahulu saya tidak ada mainan LEGO. Main LEGO milik jiran dan apabila main orang punya faham-fahamlah.
saya suka beli lego tapi anak-anak tak buat pun kecuali kita duduk buat sama-sama dengan dia.