Nak jumpa karektor LEGO Ninjago seperti Kai, Sensei Wu dan lain-lain?
Sempena cuti penggal sekolah yang sudah bermula. Boleh bawa anak-anak untuk berjumpa karektor animasi LEGO Ninjago seperti Kai, Zane, Cole, Jay dan Sensei Wu di Concourse, The Curve.
Pada 16 September baru-baru ini saya telah menghadiri perasmian Ninjago “Walk The Path Of Ninja!” di Concourse, The Curve. Memandangkan saya ini peminat tegar LEGO sejak kecil, tidak melepaskan peluang untuk melihat secara dekat. Peluang ini juga membawa abang Long yang juga mempunyai minat sama bermain LEGO.
Ninjago siri animasi popular.
LEGO Malaysia telah membawa watak-watak Ninjago untuk mendekati peminat-peminat siri animasi popular LEGO ini. Ninjago adalah siri animasi kanak-kanak berkisar pahlawan ninja Kai, Zane, Cole dan Jay menentang kejahatan Ghost Ninja.
LEGO bukan sekadar membina blok.
Saya siapa sangka selalunya beranggapan LEGO hanya mengenai membina objek LEGO tetapi kali ini Ninjago telah membawa kanak-kanak berimaginasi jauh dengan watak-watak tersebut. Lebih-lebih lagi diterapkan nilai-nilai murni dan bermesej didalam siri animasi Ninjago.
Ucapan oleh Dick Yoong, Country Manager of LEGO Malaysia
Penerang produk Ninjago oleh Kevin Hagino, Senior Regional Brand Manager, LEGO
Demo LEGO Ninjago Airjitzu Flyer
Kevin Hagino, Senior Regional Brand Manager, LEGO; Sensei Wu; Kai; dan Dick Yoong, Country Manager of LEGO Malaysia
gambar beramai-rampai sempena pelancaran Walk The Path Of Ninja!
Ghoultar Ninjago dibina dari blok LEGO.
Abang long bergambar bersama Ninja
karekter Ninjago
Boleh merasai pengalaman set Ninjago boleh bercahaya didalam gelap.
Antara aktiviti yang wajib untuk anak-anak menjadi Ninja warrior Ninjago dengan menyertai latihan dengan Sensie Wu di The LEGO Ninjago Battle Dojo.
The LEGO Ninjago Battle Dojo ada 6 peringkat:-
- Peringkat 1: Ninja Builder
- Peringkat 2: Art Of Balance
- Peringkat 3: Shodo Calligraphy
- Peringkat 4: Tunnels Of Terror
- Perinkat 5: Search For Airjitzu
- Peringkat 6: Final stage defeat a Ghost Ninja
Abang long tidak melepas peluang untuk berlatih di The LEGO Ninjago Battle Dojo semasa berada di The Curve.
cabaran memasang blok Ninjago
Yeah, sudah berjaya pasang Ninjago dengan blok LEGO
melepasi halangan di peringkat 2: Art of Balance
Yeah sudah berjaya melepasi halangan dan latihan. Dapat sijil tamat pengajian yang diberikan oleh Sensei Wu.
Bermula 16 – 27 September, julung kalinya LEGO Malaysia telah membawa animasi popular animasi LEGO Ninjago di The Curve. Peluang peminat watak-watak Ninjago seperti Kai, Zane, Cole, Jay dan Sensei Wu lebih dekat.
Beberapa aktiviti yang boleh disertai sempanjang tempoh tersebut diantaranya:-
- Peluang untuk anak-anak untuk merasai pengalaman menjadi Ninja Warrior menentang evil Morro dengan menyertai LEGO Ninjago Battle Dojo.
- Berjumpa karektor LEGO Ninjago
- Aktiviti ibubapa dan anak-anak bermain blok LEGO.
- Tayangan siri LEGO Ninjago.
- Pameran LEGO Ninjago
- Jualan LEGO Ninjago bermula RM39.90
Abang Long memang suka dapat jumpa ikon hero Ninjago. Paling best dapat menjadi Ninja Warrior Ninjago dengan menyertai Ninjago Battle Dojo. Nampak kegembiraan diwajah beliau. Puas hati yer bang long dapat jumpa Ninjago.
Jom beramai-ramai bawa famili ke The Curve untuk merasai pengalaman “Walk The Path Of Ninja! Ninjago.
———————————————
Nak menang hamper LEGO Ninjago bernilai RM600 mungkin milik korang? Serta Instagram contest “What’s Your Favorite Ninja Moves”.
- Berikan gaya aksi Ninjago terbaik korang wajib disertakan caption “I want to win a #LEGONinjagoMy gift hamper from LEGO Malaysia. Here’s my #MoveLikeANinjago!”.
- Hantar sebanyak mungkin penyertaan dengan gaya paling kreatif watak Ninjago sama gambar atau video.
- Markah tambahan untuk penyertaan memakai kostum Ninja atau menggunakan produk LEGO.
3 pemenang paling kreatif akan menerima hamper LEGO Ninjago bernilai RM600.
Tempoh peraduan Instagram contest: bermula 16 – 27 Sept, 11.59pm.
comel2 lego karakter ninja..geram plk tgk…
kita yang dah tua ni pun bila tengok Lego ni teringin bebenor nak mainnya.
Ambe memang sangat teringin LEGO. Tapi agak mahal harganya. Tak mampu. LEGO mmg ohsem.
tu dia.
jadi ninja satu beranak nih.
Saya tak sempat menamatkan perguruan untuk menjadi ahli Ninjago. ☺
hohoho tak boleh jadi nih nak kena dapatkan jugalah set terbaru lego
LEGO Ninjago dijual bermula dengan RM39.90
ninjago.. anak buah banyak mainan.. tak perasan terlanggor .. pecah legonya…
Best main LEGO macam-macam objek boleh buat dengsn imaginasi dan kreativiti untuk membina dengan blok LEGO.
Wahhh anak saya pun suka dengan Ninjago ni…Kalau ada kesempatan boleh pergi ni..
Boleh bawa anak-anak ke The Curve sebab event LEGO Ninjago sehingga 27 Sept ini.
memang seronok bawa anak2 ke tempat macam ni
memang tak terasa sejam dua berlalu
Bermacam-macam aktiviti boleh anak dan ibubapa turut sama.
Semoga berjaya menang hadiah yang ditawarkan…
Jemput join Instagram Contest boleh menang hamper LEGO Niniago bernilai RM600 dari LEGO Malaysia.
siap ada kursus untuk jadi ninja 😀
Sempat lagi nak jadi ninja sebelum 27 Sept.:)
seronok anak-anak dpt jumpa ninja diorg ni..
Boleh bawak anak-anak ke The Curve sebelum 27 Sept.
fuh.. bestnya kalau dapat bawa anak-anak ke sana.. kalau dekat mmg pasti sudah ke sana juga..
Jom masuk contest Instragam. Boleh menang hamper Ninjago bernilai RM600 dari LEGO Malaysia.
Ini kalau buat kat KK, anak-anak kawe sepanjang hari tak mahu balik rumah. Sure leka melayan LEGO.
Hehe.. Terbaiklah.. Saya pun suka gak layan menda ni..cantum2 pastu jadi something…memang leka sangat la..terbaiklah bro..semoga berjaya..hehe
Jemput sertai Instagram Contest. Mana tahu ada rezeki menang hamper LEGO Ninjago bernilai RM600 dari LEGO Malaysia.
Bagus main Lego ni, mencerdaskan minda, kreativiti bertambah, boleh ralit dibuatnya.
Yang takutnya, terpijak Lego yang bersepah atas lantai, sakitnya tuh di kaki, aduh.. 😀
Ada anak-anak kecil bermain mainan tentu akan bersepah. 🙂
Ada Instagram contest ada hadiah hamper LEGO Ninjago bernilai RM600 dari LEGO Malaysia.