Transformasi seekor rama-rama yang dahulunya dibenci
Ini adalah lanjutan hasil lawatan ke pameran Pusat Sains Negara di bukit Kiara untuk melihat pameran Dino’s Alive disana. Ketika menuruni dari Pusat Sains Negara aku sempat singgah Taman mini rama-rama di kaki bukit.
Ada pengajaran yang boleh dipelajari mengenai seekor rama-rama yang bermula dengan kitaran sebagai ulat beluncas yang kelihatan sangat hodoh. Ulat beluncas kerjanya hanyalah memusnahkan tumbuhan dengan memakan dedaunan hijau yang sudah menjadi sifatnya sejak azali.
Apa bila sampai satu masa ulat beluncas akan bertafakur dengan membentuk kepompong, mungkin berfikir dan menyesali sifatnya terdahulu. Setelah berjaya membebaskan diri dari kepompong dengan lemah berusaha mengembang kepak buat pertama kali keluar dari cengkerang kepompong. Dengan langkah lemah ulat beluncas yang baru sahaja transformasi menjadi rama-rama yang mempunyai sepasang kepak yang sangat cantik mula bangga dengan menonjolkan diri dengan yakin. Rama-rama lalu berterbangan menghingap pokok yang dahulu dimusnahkannya dengan menghirup madu bunga. Rama-rama terbang dari satu bunga ke satu bunga bersamanya debunga membantu pokok menghasilkan buah.
p/s: adakah kita mahu berhijrah seperti seekor ulat beluncas yang dibenci pada awalnya menjadi seekor rama-rama yang cantik berbakti kepada alam.
Suka tengok rama-rama, cantik sangat…
Rama-rama nampak cantik tapi kecantikan tidak berkekalan. Bagi manusia hati budi yang cantik akan berkekalan
2 bulan yg lepas sy ada pegi taman mini rama2 kt kl tapi syg rama2 terlalu sedikit..malah ada yg saya jumpa mati..
nak masuk punyalah mahal.ingat byk rama2 rupanya masuk pusing2 mmbtkan kami berasa hampa setelah klr dari tmn rama tu kmi semua berazam takan bawak ank kesini lagi melainkan klu ia dah ubh suai baru..bewajah lebih ceria & byk2 rama mugkn kmi akn pgi..
kecewa 100x…
Boleh pergi bawa anak ke taman mini rama-rama di kaki bukit Pusat Sains Negara Bukit Kiara. Bukan setakat rama ada juga haiwan lain didalam akuarium seperti burung kakak tua, kala jengking, sesumpah, ular dan kuran-kuran boleh dilihat didalam taman mini rama-rama tersebut
wah rama2 mmg canti bila ia terbang rasa ingin sentuh tapi tagan sllu tak dpt capai heee
Saya pakai kamera digital kompak Panasonic Lumix
entry yang kreatif..rupa2nya entry ni bukan sekadar tentang rama-rama, tetapi kehidupan kita sebagai manusia yang dipertonton melalui kitaran hidup rama-rama…. bro memang kreatif lah!
ambil pic cantik2 belaka..bro pakai kemera jenis apa heee 🙂
Terima kasih. Tidak sangka entri ini dapat memberi impak 🙂
lama sungguh rama-rama tak masuk rumah..petua orang tua dulu salunya betul huhu..bila rama2 masuk rumah konpem ada orang akan datang huhu
Kadang kala keliru yang mana satu rama-rama dan mana satu kupu-kupu?
rama-rama terbang siang hari. kupu-kupu terbang malam hari.
suatu kejadian tu ada hikmahnya. kejadian rama2 ni satu pengajaran buat manusia. tapi perkara ni terlalu kecil utk dipandang~ thats y.. kita wat dek je bila tgk perkara2 mcm ni
Orang dahulu menjadi flora dan fauna menjadi tauladan
cantiknya, taman rama-rama ke ni?
Yer taman mini rama-rama di kaki bukit Pusat Sains Negara Bukit Kiara
rama2 mmg indah.
bermula dari beluncas yg hanya mundar mundir di satu popk sahaja, akhirnya diberi sayap untuk terbang menjelajah dunia.
hikmah yg boelh ditonjolkan di sini…ialah potensi diri. setelah cukup masa di bumi, akan terbang juga meniti angkasa/
Terima kasih bro kerana memberi manifestasi mengenai beluncas dan rama-rama
rama-rama memang cantik..
cantik-cantik rama-rama..
ia akan mati jua..
dalam hidup kadang-kadang kita menghadapi kesukaran, tapi tabahlah kerana setiap kesukaran itu akan membuatkan kita bertambah kuat… 🙂
bagi aku, walau macam mana pun diri kita, terimalah seadanya sebab apa yang ditentukan oleh Allah itu adalah yang terbaik, kan?
.
Sayangnya rama-rama walaupun cantik tapi hanya mampu bertahan seminggu dua saje.Ada juga spesis rama-rama yg mampu hidup sehingga setahun.
sapa yang suka ulat…? tp bila dah jadi rama2 dan cantik, semua orang pun suka
maza pernah membaca sebuah tulisan perihal betapa kita harus bersyukur dgn nikmat dikurniakan Tuhan. Penulis itu menjadikan beluncas dan rama2 ini sebagai analoginya.. huhuhu
buat akuboimed.. tahniah kerana anda telah berjaya menulis artikel yg bernilai… huhuhu
Terima kasih Maza, bersyukur analogi ulat beluncas dan rama-rama mendapat tempat
Betul itu, setiap orang perlu ada perubahan dalam diri. Ubah pemikiran dan minda ke arah yang positif dalam apa-apa jua perkara.
Terima kasih kerana memberikan buah fikiran bukan senang hendak kekal motivasi selalu kerana sepanjang jalan menuju kejayaan ada sahaja dugaan yang hadir kadangkala hampir membuatkan kita putus asa
Macam proses kejayaan juga, kita bermula dari susah payah kemudian membina tapak kejayaan yang indah. Tapi, seperti juga kepak rama-rama yang rapuh tiba masanya kita juga akan tinggalkan kejayaan tu menuju kematian.
Yang kekal adalah amalan sedekah jariah ketika hidup, ilmu yang dipanjangkan dan doa anak-anak yang soleh ada bekalan yang tidak putus untuk si mati
Ingatkan tengah promosi susu tadi. alaaa mcm budak yg lukis pembesaran ulat yg sanggup berhujan berpanas tu..
Minat betul ngan rama-rama ,sape nak bela rama2 ,tanam pokok anggur mesti adala ulat beluncas tu nanti
Kampung saya dekat dengan hutan lipur. Bila kena musim mengawan, sepanjang perjalanan ke air terjun akan disambut dengan rama-rama. Lalu je kenderaan, rama-rama akan terbang kiri kanan. Indah je rasa
Ohh..saya dapat bayangkan bak didalam kayangan kalau melihat sekumpulan rama-rama berterbangan tetapi di kawasan bandar susah melihat suasana ini
Oh ye ker. Pertama kali tahu mengenai hal ini
tiap kejadian ada hikmatnya buat manusia
tapi, aku lebih suka jadi manusia
moga2 diterima sebagai hambaNya
Manusia Khalifah di muka bumi. Ingat tak peristiwa Qabil dn Habil dimana ada kelakuan burung gagak mengorek tanah untuk menanam seekor burung gagak yang dibunuh oleh gagak tadi
waa…seronok la dapat jalan2 dsana ngan anak2 ..
dlm meniti kehidupan ini, kita takkan diberi apa yg kita minta..apa yg kita dpt pasti ada manfaatnya suatu hr nnt..bgitu juga lah rama2 yg indah, pernah menjadi seekor beluncas sblum mmberi manfaat kpd alam..
Terima kasih Adele atas perkongsian komen
dahulunya seekor ulat yang sangat menakutkan rupanya.. bila dah transformasi jadilah ia seekor rama-rama yang sangat cantik… ramai pulak time nie orang suka… waktu kita susah. takda pulak orang nak datang… bila kita berjaya, mulalah orang datang kat kita …
Itu biasa Zik apabila sudah senang ramai yang mengaku kawan dan saudara. Itu belum yang mempunyai ‘Phd’ mengunakan cara kotor
Pernah dengar seorang orang tua berkata, hidupla bagai rama-rama, bersusah dahulu bersenang-senang kemudian, tapi bila dah dewasa, jangan hidup macam rama-rama, tapi hiduplah macam semut yg rajin mencari rezeki..
p/s: saya pun hairan gak kenapa orang tua tu cakap jangan hidup macam rama-rama bila dah dewasa..hehe.Apa pandangan bro?
Menarik juga bidalan yang diberikan memang biasa dengar dipesan oleh oran tua-tua. Orang dulu-dulu mengamati kejadian alam dan menjadikannya sebagai bidalan anak muda.
Ada juga mengatakan jangan jadi ‘Mati semut kerana gula’
rama2 memang cantik..
rasa nak bawak family gi zoo plak
hehe
Boleh pergi bawa famili ke Taman rama-rama Kuala Lumpur
kepompong belancas boleh buat sutera kan?
Dauz yang benang sutera dihasilkan oleh ulat sutera. Saya sendiri tidak pernah meliha ulat sutera tapi kain sutera itu adalah
wahhh cantiknya
Terkini : Kasut Bertatahkah Berlian
Saya tidak ada kamera DSLR tetapi guna kamera digital kompak Panasonic Lumix pada Macro mode terpaksa menahan nafas untuk mendapat close up. Nasib baiklah rama-rama sporting dapatlah ambil gambar dengan jarak yang amat dekat 🙂
Bagusnya transformasi rama-rama.. dari buruk kepada cantik. Tapi manusia banyak yg terbalik dari cantik pada buruk… waduh waduh..
Sayang kalau wajah cantik tapi peribadi hodoh ibarat ‘akibat nila setitik rosak susu sebelanga’
Bila direnung balik entri mu ini, ada sebuah pengajaran atau massage disebalik … iaitu dari jahat kepada kebaikan … tetapi bagi manusia yang jahat ia sukar diterima oleh masyarakat walaupun ia dan baik sepenuhnya … contohnya seorang banduan sukar diterima bekerja oleh sesebuah syarikat … kerana 90% daripada mereka akan menjadi jahat semula … malah 10% betul2 insaf … jumlah 90% inilah yang merosakkan 10% dikemudian hari nya … tidak seperti ulat beluncas 100% akan bertukar menjadi baik (rama-rama).
Terima kasih bro, ulasan bro yang panjang lebar sudah fitrah manusia susah menerima jika sekali tersalah langkah memang padah.
memang suka rama2..
sangat cantik.. sekarang nak jumpa
sgt susah…
Kalau sekitar rumah ada pokok bunga tentu ada kehadiran rama-rama.
rama2 ni mmg kelahiran yg unik.. dulu benci..ulat.. bila jd rama2 ramai suka sbb cantik.. xmacam lalat.. dulu ulat benci… besa2 jd lalat pun dibenci 😛
Kalau macam itu ikut resam lalat dari ulat larva hingga menjadi lalat dibenci tapi kalau terjatuh didalam air minuman hendaklah dicelup dan kemudian dibuangkan kerana ia boleh dijadikan penawar
eh tak sangka ada taman rama-rama kat area kl nie…menarik nie…
Taman rama-rama Kuala Lumpur yang terbesar tapi yang mini pun dah banyak rama-rama berterbangan
thanks 4 the backlink bro 🙂
Sama-sama bro. Macamana suasana mengundi di Sarawak?
Kat sini terkawal, cuma ada kekecohan kat beberapa kawasan, ada pihak menyamar jd kakitangan SPR utk kacau pengundi. Apa2 pun BN menang majoriti, mungkin esok akan update ckit pasal pilihanraya 🙂
masih ingat lagu pasal rama2 time tadika dulu… 🙂
Eh, ada rama2 ek.. Jai x pernah pun pergi sana.. Nak g sabtu ni… Harap2 x sesatlah…he3
Taman mini rama-rama terletak di kaki bukit Pusat Sains Nagara Bukit Kiara
Kiranya dekat lokasi yang sama jugak kan…?
Ya lokasi yang sama
Teringat pulak zaman sekolah belajar pasal rama-rama. Siap ada lagu lagi.
Dari ulat jadi kepompong.
Tidur lena kelonsong
Sampai masa kempompong pecah
pom! jadilah rama-rama yang indah
rama-rama terbang merata
sungguh cantik aneka warna
tapi sayang hidup tak lama
eh tak ingat dah. hahhaa
Benarlah bahawa setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya. Beruntunglah bagi mereka yang memikirkannya.
Aku mahu berhijrah. 🙂
dari buruk jadi baik… takpe
tpi jangan dari baik jadi buruk
yang baik biar kekal baik tapi yang buruk jangan terus buruk
Ps : apa yang aku bebel ni…
btul gak ea.. mula2 tak suka.. last suka.. hmm apa maknanya tu?
setiap kejadian yang Allah ciptakan semuanya bukan sia sia..
menjadi pengajaran bagi orang orang yang berfikir..
Seumpama rama-rama
terbang bebas di udara
tanpa ada halangan
aman damai suka-suka
riang ria tanpa ada
rasa duka sengketa
biar tindakan seiring dengan kecantikan, contohilah rama-rama 🙂
Peribadi yang mulia menjadikan insan muslim itu nampak cantik dan bersinar
Dimana bermula bukannya kurang penting, tapi di mana berakhir itu lebih penting.
tepat seperti kisah rama-rama ni
Supaya kita semuannya menjadi muslim yang baik
nak jadi cam rama2 gak…insyaALLAH~
tak nak jadi rama rama, sebab walaupun cantik dia lemah silap sikit terus rosak sayap…
Ada hikmah memiliki sepasang kepak yang cantik tapi rapuh. Mengingatkan yang cantik dan indah tidak akan kekal selamanya.
memang betul tu bro..
tiada yang kekal selamanya di bumi ni..
semuanya pinjaman sahaja..
Ayat cantik tak kan kekal selamanya tu memang ada kesan mendalam.
Setiap manusia perlu berhijrah dan transformasi