• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Abang Koning kembali ke zaman Dinosaur

Abang Koning kembali ke zaman Dinosaur

9th April 2011 by akubiomed 54 Comments

Trex membuatkan Abang Koning kecut

Entri kali ini adalah kesinambungan daripada entri sebelum ini mengenai Abang Koning terkena Febrile dan oleh sebab itu Abang Koning telah terlepas rombongan sekolah ke Zoo Negara dan Aquaria KLCC. Aku memang bercadang membawa anak-anak ke pameran Dinosaur di Pusat Sains Negara tahun lepas tapi tertangguh. Apabila si ibu memberi cadangan membawa famili ke Pameran Dinosaur, tiba-tiba terukir senyuman diraut wajah Abang Koning dengan spontan menyembut. ‘Yeah, Babah nak bawa nengok Dinosor’.

Minggu ini adalah minggu paling mencabar bagi aku setelah Abang Koning sembuh dari Febrile @ demam panas, aku pula terkena selesema Burung @ H1N1 yang agak teruk. Hingus sekejap-sekejap meleleh dan kadang kala hidung tersumbat bersilih ganti kiri dan kanan hidung. Bayangkan bertapa susah hendak bernafas dengan 1 lubang hidung sahaja :-). Setelah terkena selsema tidak lengkap kalau tidak dengan pakej tekak perit. Bak kata orang pakej 2 dalam 1 yang cukup lengkap. Kembali kepada tajuk entri, nak cerita pengalaman membawa Abang Koning ke Pusat Sains Negara di Bukit Kiara untuk melihat pameran Dinosaur.

Kebetulan adik aku telefon hendak datang ke rumah untuk menjenguk keadaan Abang Koning. Aku mencadangkan agar pertemuaan adik dan Abang Koning di Pusat Sains Negara sahaja. Pertama kali ke Pusat Sains Negara walaupun pernah beberapa kali berulang alik jalan menunju ke Bukit Kiara dan lokasi aku berkerja di Kota Damansara tidaklah jauh sangat. Setelah meletakkan kereta di tempat awam yang disediakan di kaki bukit, kami anak-beranak mendaki ke Pusat Sains Negara di puncak bukit. Aku pula mendukung Baby Aslah yang sudah masuk 5 bulan dengan berat 7kg boleh tahan menguji fizikal untuk sampai ke puncak. Bayaran masuk untuk pakej famili yang dikenakan adalah RM30.

Pendapat aku berbaloi ke Pusat Sains Negara kerana disambut dengan pemandangan akuarium ikan ala-ala Aquria KLCC yang mana bermacam jenis ikan boleh dilihat melalui dinding kaca yang berbentuk lengkungan U berenang atas kepala. Turut diletakkan adalah monitor interaktif mengenai jenis-jenis ikan. Aku rasa cukup setakat pembukaan entri mengenai pameran di Pusat Sains Negara dan nantikan sambungan entri ini 🙂

  • Selamat Hari Lahir Abang Koning
  • Sambutan hari lahir abang Koning dan Pokde
  • Aksi separuh bogel 3 Ninjas Koning bersihkan diri

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. hairulafiz says

    23rd November 2012 at 3:17 pm

    untungnya dapat ayah macam ni yek

    Reply
  2. Mus says

    20th April 2011 at 8:58 am

    seronok melihat anak-anak gembira.
    memabawa anak-anak ke pameran sebegini akan memberi ilmu baru kepada mereka dan kita juga..

    Reply
  3. aimannajmy says

    13th April 2011 at 1:07 am

    hahah syok la abg koning dpat pi tengok T-Rex haha..jangan T-Rex tu hidup sudah la macam cita night at the museum

    Reply
  4. suri says

    11th April 2011 at 4:56 pm

    satu kluga rm30 wow bestnya..

    hurm jika suri naik kl mau kesana jualah heee..

    ingat dia kira satu kepala cam masuk zoo negara heeee

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 11:41 pm

      Zoo baik pergi Ayer Keroh lagi murah dan puas berbanding Zoo Negara tawar pakej

      Reply
  5. Razlan says

    11th April 2011 at 1:22 am

    Happyla abang koning babah dye bawak pi pameran dinosaur ,hehe

    Reply
  6. Sabahan Bloggers Club says

    11th April 2011 at 12:45 am

    Syoknya dapat jumpa dengan dinasour…. 😀
    Ni mesti sakit telinga dengar jerit pekik anak-anak kan?

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 11:38 pm

      Biasalah tuh perangai anak-anak kecil ada yang berani dan ada yang penakut 🙂

      Reply
  7. Ladfe Amir says

    10th April 2011 at 2:39 am

    hajat di hati ingin membawa anak2 bersiar-siar. apakan daya.. waktu kerja shift yg berbeza dgn orang lain serta hari minggu yg sudah diisi dgn kuliah orang rumah.

    kena sabar2lah jawabnya dulu

    Reply
    • akubiomed says

      10th April 2011 at 9:00 am

      Pameran Dinos Alive hingga bulan May dulu saya bawa famili melihat pameran Alien di MITC beberapa tahun lalu

      Reply
      • suri says

        11th April 2011 at 4:58 pm

        ada masa lgi nih geeeee..

        bwk anak2 mmg srok pasti teruja merka mlhat secara live

        Reply
  8. Ali ridha says

    9th April 2011 at 10:21 pm

    tenaga abang koning masih larat
    ke nak melawan dinosaur.

    Reply
    • akubiomed says

      10th April 2011 at 8:55 am

      Berani-berani takut mana taknya Dinosaur asyik buat suara ‘Roar’

      Reply
  9. dnoBiz says

    9th April 2011 at 9:01 pm

    Ni sebagai ganti rombongan yang abg Koning terlepas aritu la ye heheh

    Reply
    • akubiomed says

      10th April 2011 at 8:55 am

      Ye lah bro Dno sebagai ganti tercicir rombongan sekolah kerana Febrile @ demam

      Reply
  10. Amirez says

    9th April 2011 at 7:08 pm

    tersengih lebarlah abang koning hehe.
    seronok bawa anak2 ke tempat2 macam ni.
    dapat juga ilmu untuk diorang

    Reply
    • akubiomed says

      10th April 2011 at 8:54 am

      Bukan setakat mereka main dengan alatan yang disediakan tetapi mereka dapat merasai pengalaman tersebut. Belajar melalui pengalaman lebih berkesan dari membaca

      Reply
  11. nash says

    9th April 2011 at 7:07 pm

    alahai..cutenye..
    hehehe.. tempat ni xpenah g pon..
    macam xde ape2 kot tengok dinosaur… hehehehhe
    harap2 pergi ke sana ade manfaatnya… 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      10th April 2011 at 8:53 am

      Kalau tidak berminta mengenai pergerakkan mekanikal Dinosaur boleh mencuba aktivit Sains dan melihat Rama-rama di kaki bukit Pusat Sains Negara

      Reply
  12. nizam says

    9th April 2011 at 5:02 pm

    nizam dah dua kali sampai kat sini…
    kira baik pergi tempat2 macam ni daripada pergi tempat hiburan

    Reply
  13. zik says

    9th April 2011 at 4:24 pm

    nak jadi student balik.. masuk rm5 jer… huk2

    Reply
    • akubiomed says

      10th April 2011 at 8:51 am

      Boleh nak jadi budak balik tapi buang misai dahulu 🙂

      Reply
  14. Firdaus Kasim says

    9th April 2011 at 3:03 pm

    kalo budak2 suka la.. aq yg besar dah kurang feeling skit tgj dinosour nie.. hehe

    Salah satu entri paling hot firdauskasim.com
    Cara-cara menambahkan ketinggian badan

    Reply
    • akubiomed says

      10th April 2011 at 8:51 am

      Kesemua anak-anak saya takut dan paling teruk adalah Abang Ngah 🙂

      Reply
  15. Nadri says

    9th April 2011 at 12:00 pm

    entri tu aku dah delete bro..thnks for the comment..

    Reply
    • akubiomed says

      10th April 2011 at 8:50 am

      Tidak apa, saya haya memberi pendapat dan membantu sesama blogger

      Reply
  16. saiful says

    9th April 2011 at 11:50 am

    Entah bilala nak bawak family ke sana,huhu.

    Reply
    • akubiomed says

      10th April 2011 at 8:49 am

      Pameran Dinos Alive akan berakhir bulan May

      Reply
  17. anif says

    9th April 2011 at 11:12 am

    Aktiviti menarik seisi keluarga 🙂 Peluang macam ni sememangnya tidak harus dilepaskan.

    Reply
    • akubiomed says

      10th April 2011 at 8:48 am

      Memang ralit dengan aktiviti yang disediakan.

      Reply
  18. Fahmi says

    9th April 2011 at 9:58 am

    dah lama tak pergi pusat sains… last masa darjah 6 or darjah 5 dulu rasanya… dah besar2 ni masih belum ada kesempatan berkunjung ke sana..

    Reply
    • akubiomed says

      10th April 2011 at 8:46 am

      Saya pun pertama kali ke Pusat Sains Negara. Teringin juga untuk melihat pameran mengenai angkasa lepas tapi tidak ada 🙁

      Reply
  19. MDHAFiZ.NET says

    9th April 2011 at 9:00 am

    alhamdulillah dah sembuh….boleh balik bawa patung dinosour sebijik

    Reply
    • akubiomed says

      10th April 2011 at 8:45 am

      Ada makciknya belikan patung Dinosaur yang perlu direndam air untuk kembang

      Reply
  20. maCy says

    9th April 2011 at 8:41 am

    macy tgk kt pst sc negara ritu. huhu

    Reply
  21. adele says

    9th April 2011 at 6:33 am

    gembira btul abg koning..dh sihat drpd demam dpt pulak tgok dinosaur 😀

    Reply
    • akubiomed says

      10th April 2011 at 8:42 am

      Ya Adele, Abang Koning sangat gembira ingatkan sudah ke Pusat Sains Negara sudah berbayar rupanya belum kerana masih tuntut ke Zoo Negara dan Aquaria KLCC 🙂

      Reply
  22. Juan says

    9th April 2011 at 4:39 am

    kalau ada masa dan cukup wang, saya pon nak pi lah, hehe

    Reply
    • akubiomed says

      10th April 2011 at 8:40 am

      Bro Juan tinggal dimana?

      Reply
  23. Ekspresi Ruang says

    9th April 2011 at 4:05 am

    wow besar gile. nnt anak dah bsr sket, nk bwk la dia gi tgk pusat sains negara. bg dia minat sains. hehe

    Reply
    • akubiomed says

      10th April 2011 at 8:40 am

      Ya betul, boleh membuat aktiviti bersama-sama anak

      Reply
  24. tehr says

    9th April 2011 at 3:47 am

    model saiz sebenar ke tu, bro
    nampak memang besar tu

    Reply
    • dnoBiz says

      9th April 2011 at 9:02 pm

      kalau ada lagi makhluk ni pada masa sekarang…..

      Reply
      • akubiomed says

        10th April 2011 at 8:39 am

        Kalau ada tentu kita akan tinggal didalam gua 🙂

        Reply
    • akubiomed says

      10th April 2011 at 8:38 am

      Rasanya, memag besar kalau ada dunia realiti memang tidak sempat selamatkan diri kena ngap 🙂

      Reply
  25. tengkorak emas says

    9th April 2011 at 2:26 am

    pastinya abang koning berseronok bersama familynya 🙂

    Reply
    • anif says

      9th April 2011 at 11:14 am

      Sampai bulan 5 ni masih ada lagi..

      Reply
      • akubiomed says

        10th April 2011 at 8:38 am

        Ya bro. Memang puas bawa anak-anak sambil belajar dan mencuba aktiviti yang disediakan.

        Reply
    • akubiomed says

      10th April 2011 at 8:36 am

      Memang Abang Koning seronok tapi yang paling penakut adalah Abang Ngah

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in