• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Adegan drama di Taman Rusa dan Kancil

Adegan drama di Taman Rusa dan Kancil

2nd June 2014 by akubiomed 32 Comments

Singgah ke Taman Rusa dan Kancil

Masih lagi berkisar aktiviti bersama keluarga pada hari Sabtu baru-baru ini. Kami singgah ke Taman Rusa dan Kancil selepas menghadiri Pameran Kuala Lumpur Orkid dan Bonsai 2014.

Tidak sangka dikawasan Taman Tasek Perdana di Kuala Lumpur ini ada bermacam-macam tempat yang menarik untuk lawatan keluarga. Patutlah ia menjadi destinasi pelancongan daripada luar negara dengan kelihatan bas pelancong dan bas persiaran tidak putus-putus memasuki Taman Tasik Perdana. Rasanya saya akan kembali lagi ke sini untuk Taman Rama-Rama pula dan lokasi menarik lain yang ada disini.

Fakta Ringkas mengenai Taman Rusa dan Kancil:-

Taman Rusa dan Kancil ini meliputi kawasan seluas 2 hektar menempatkan beberapa jenis spesis rusa dan kancil. Spesis lain yang ditempatkan didalam taman ini adalah rusa fallow, rusa axis dan rusa sambar.

Tiada bayaran dikenakan untuk memasuki ke Taman Rusa dan Kancil ini.

Untuk mengetahui lokasi menarik boleh lawat laman rasmi Taman Botani Perdana.

Kalau ikutkan selepas melawati Pameran Kuala Lumpur Orkid dan Bonsai dengan masuk ke Taman Rusa dan Kancil ini mendaki perlahan-lahan sehingga ke parkir kereta. Isteri sudah tidak larat hendak berjalan jadi kami naik shuttle yang disediakan oleh pihak DBKL untuk ke tempat parkir. Saya dengan anak saya Aslah telah turun ke Taman Rusa dan Kancil ini tetapi tidaklah ke semua bahagian kerana matahari sudah tegak di atas kepala. Tak sampai hati hendak mengheret Aslah yang berumur 3 ke bawah. Tidaklah berpeluang untuk menghampiri haiwan ini secara dekat sekadar melihat dari jauh.

Kebanyakkan rusa ini berteduh dibawah pondok makanan dan jambatan kerana cuaca panas terik kira-kira jam 2 petang.

Merakam adegan yang tidak disangka-sangka di Taman Rusa & Kancil

Satu adegan yang saya sempat rakamkan melalui lensa 200mm apabila seekor anak rusa terperangkap didalam longkang. Anak rusa malang ini gagal melompat longkang dan mula mengeluarkan suara seolah-olah meminta bantuan. Tiba-tiba seekor rusa dewasa menghampiri anak rusa yang malang itu cuba membantu. Saya yang melihat dari atas mengharapkan anak rusa tersebut berjaya naik ke tebing longkang. Saya cuba mengejar untuk melihat aksi 2 rusa ini. Harap anak rusa ini berada didalam keadaan selamat kembali kepada ibunya.

AkuBiomed: Sesuatu yang pengajaran yang saya perolehi dengan melihat adengan anak rusa dan rusa dewasa ini.

Sila tekan butang kongsi:

  • Terbang bebas bersama rama rama
  • Floria Putrajaya 2014 Pesona Warna
  • Jalan-jalan di Colmar Tropicale Berjaya Hills

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. cik tom says

    11th June 2014 at 3:09 pm

    comel2 tgk rusa….xpernah lg dtg ke sini..maybe blh ajak famili dgn jln2 sini nati…
    ciktom pernah pergi tgk rusa kat kuala gandah..seronok boleh pegang n bagi makan kat rusa2 ni…

    Reply
  2. sweetkurma says

    8th June 2014 at 12:15 am

    aduiii memang ketinggalan betul akak ni, selama ni akak ingat taman rama2 jer, tak sangka ada taman2 lain ya, rasanya pernah sampai sekali jer kot dulu dulu dulu

    Reply
  3. titan says

    7th June 2014 at 1:12 am

    tu dia..siap ada drama swasta lagi tu.

    Reply
  4. Norasikin says

    6th June 2014 at 5:26 pm

    Dah lebih 10 tahun dulu saya dengar mengenai penternakan rusa daging namun sampai sekarang saya tak jumpa daging rusa segar dijual dimana-mana. Nak pegi beli kat ladang, jauh la pulak. Cuma ada sate rusa dan burger rusa je. Kenapa ye?

    Reply
  5. fazrol says

    5th June 2014 at 12:59 am

    Tak pernah tau ada tempat nie kat Tasik Perdana…
    lain kali boleh bawa anak laaa.

    Reply
  6. bitt says

    4th June 2014 at 8:15 pm

    Comel je…dari atas pon boleh menikmati pemandangan taman rusa tu kan…luas mata memandang 😉

    Reply
    • bitt says

      4th June 2014 at 8:17 pm

      Alamak pesal gamba saya keluar gambar lelaki tu ahahhaha

      Reply
      • akubiomed says

        5th June 2014 at 12:48 am

        Ini adalah avatar random untuk mereka yang tidak mengunakan WordPress.

        Reply
  7. myrujukan says

    4th June 2014 at 5:38 pm

    best kalau dapat berjalan jalan ke tempat sebegini

    Reply
  8. TehR says

    4th June 2014 at 1:39 pm

    comel sangat rusa2 tu
    kalau la dapat bela seekor dua

    Reply
    • akubiomed says

      5th June 2014 at 12:46 am

      Rasanya ada ladang rusa yang menawarkan saham bersama.

      Reply
  9. Denaihati says

    3rd June 2014 at 2:04 pm

    nampak ada tangga turun, boleh turun bawah agaknya kot. gambar sang kancil ada tak bro…heee

    Reply
    • akubiomed says

      5th June 2014 at 12:46 am

      Ada sang kancil tetapi dikaki bukit.

      Reply
  10. Ismail N says

    3rd June 2014 at 1:24 pm

    Wah! makin kreatif pihak pengurusan Taman Perdana. Syabas! (bukan sykt air daaa..)
    Confirm kawe melawat ni tak lama lagi.

    Reply
  11. ieta mat saad says

    3rd June 2014 at 12:16 pm

    Baru tahu ada Taman Rusa dan Kancil ni Akubiomed (uniknya nama… ^__^) Eh, eh uniknya cara haiwan ni tidur… comel… Bolehlah bawa anak2 nanti. FOC tu yg penting…. Thanks share info begini

    Reply
    • akubiomed says

      5th June 2014 at 12:47 am

      Bolehlah bawa anak-anak melihat rusa dan kancil.

      Reply
  12. Bella Enveeus says

    2nd June 2014 at 11:07 pm

    Saya pun suka ke Taman Tasik Perdana. Selalunya ke sana berpiknik. Cuma lecehnya susah nak cari parking sikit. Terutamanya bila ada kerja2 construction. Tapi kawasan ni memang menarik sebab banyak taman2 haiwan.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd June 2014 at 12:36 am

      Tempat parkir ada masalah sedikit dan terhad.

      Reply
  13. suri says

    2nd June 2014 at 7:32 pm

    saya tak pernah makan daging rusa. dekat ipoh ada ladang bela rusa tau 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      3rd June 2014 at 12:36 am

      Saya pun tidak pernah merasai daging rusa.

      Reply
  14. suri says

    2nd June 2014 at 7:31 pm

    nampak macma comel sahaja lagak si rusa ewah.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd June 2014 at 12:37 am

      Sungguh memang comel rusa-rusa ini sebab dijaga dengan baik.

      Reply
  15. JMR says

    2nd June 2014 at 5:43 pm

    comel rusa-rusa ni..rusa pun tahu bantu membantu kan..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      3rd June 2014 at 12:38 am

      Sifat ambi berat boleh diambil sebagai pengajaran.

      Reply
  16. Hairul Hissam says

    2nd June 2014 at 4:58 pm

    gambar rusa jeee semua..
    gambar kancil tak de ke bro…

    Reply
    • akubiomed says

      3rd June 2014 at 12:38 am

      Ada kancil di kaki bukit. Saya tidak dapat ambil gambar.

      Reply
  17. KKTG says

    2nd June 2014 at 3:24 pm

    Paling best melawat tpt2 begini ialah waktu petang, time matahari dah mula turun. Panas tu yg buat kita x tahan. Tapi kalau ada byk pokok redup, ok jg.

    Reply
  18. Ainaa Roseberry says

    2nd June 2014 at 3:17 pm

    Kesian anak rusa tu. Ena pun berdoa supaya anak rusa tu dapat diselamatkan

    Reply
    • akubiomed says

      3rd June 2014 at 12:39 am

      Saya pun mengharapkan anak rusa berada didalam keadaan selamat.

      Reply
  19. brohantu says

    2nd June 2014 at 2:40 pm

    tempat yang menarik..

    Reply
  20. MrJocko says

    2nd June 2014 at 1:27 pm

    kalau dapat makan daging rusa ni kan best…. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      3rd June 2014 at 12:39 am

      Bro pernah rasa daging rusa sebelum ini?

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in