Yongnuo speedlite YN565EX untuk kamera DSLR Canon.
Saya baru sahaja memiliki speedlite Yongnuo YN565EX untuk kamera DSLR Canon. Sebelum ini saya sudah pun memiliki Speedlite dari jenama Yongnuo. Yongnuo YN560 adalah speedlite pertama dimilik terlebih dahulu. Bermakna sekarang saya sudah ada 2 speedlite dari jenama yang sama.

Mengapa saya membeli Speedlite ke 2?
Saya ini suka berekperimentasi dengan mengodek-godek kamera DSLR. Speedlite Yongnuo YN560 yang dimiliki sebelum ini telah memberi banyak jasa cuma ia lebih sesuai untuk mereka yang pro dan berfungsi secara manual tetapi saya tidak akan putus asa untuk mendapatkan keserasian mengunakannya. Jadi saya bercadang Yongnuo YN560 digunakan sebagai strobist. Boleh rujuk entri tutorial menghasil Soft box secara DIY.
Apa yang ada pada Yongnuo YN565EX?
Yongnuo YN565EX ini dikatakan sesuai dengan model kamera DSLR Canon yang saya gunakan ada fungsi ETTL II. Sudah tentu fungsi ini dinantikan kalau sebelum ini saya mengikut rasa untuk set kekuatan kuasa flash dan hasil mengecewakan dengan terhasil bayang-bayang di belakang subjek. Mengunakan speedlite Yongnuo baru ini kekuatan kuasa flash dan jarak ditentu ukur secara automatik kerana adanya fungsi ETTL II ini. Penghasilan gambar lebih ‘warm’.
Speedlite Yongnuo YN565EX mempunyai fungsi terbina slave wireless triggering.
Saya beruntung dengan kamera DSLR gunakan sekarang boleh set mode wireless trigger tanpa memasang external wireless trigger tambahan pada badan kamera DSLR. Yongnuo YN565EX mampu dijadikan slave melakukan teknik off camera dengan melakukkan setting pada badan kamera DSLR sahaja.
Open box Yongnuo YN565EX.
Perbandingan Yongnuo YN565ex dan YN560.
Tentu masih ingat gambar baby Aslah comot ketika makan ais krim Magnum tempoh hari. Sebenarnya ketika mengambil beliau makan ais krim saya telah mengunakan Speedlite Yongnuo YN565EX untuk pengujian. Saya berpuas hati dengan hasil gambar mengunakan Speedlite jenama Yongnuo memenuhi kemampuan poket dan mampu milik.
wah sudah tambah koleksi baharu lagi
DT pon baru ada.. tengah godek godek.. kena sabar kan.. heeee
Hehe..memang peminat tegar nih..semoga bro berjaya dapam bidang fotografi..hehe
tak boleh di lepaskan jika terlalu minat sangat-sangat
banyak kegunaanya nya nie.. hanya kaki kamera je yang mahir
perkakas2 yang perlu dimiliki oleh pencinta DSLR..hehe…
salam..
sudah bertambah lagi koleksi peribadi bro kita ni
bertambah lagi satu aksesori. tahniah bro 😉
terbaiklah bro, haha tak terkejar aii mcam ni… sekarang baru nak jinak2 dengan bidang ni 😉
cil lisa
sikit mana lagi minat tu akan menjadi bertambah2 gian lah hee…
dulu ada minat dalam bidang ini…sekarang sudah hilang kerana tidak dipupuk secara serius…setakat pakai kamera automatik itu adalah untuk tangkap gambar biasa.
peh! best tu… kalau dah minat memang jejak sampai dapat…. berapa harganya satu nie bro…
tak pedulikan kata2 mahal atau apa sahaja asal kepentingan mencukupi utk kamera itu sudah memadai
Makin byk gear ni. Adehhh tak terlawan kawe cam nih… All the best bro…
fuh! mmg tak terjangkau ambe..
pepun, best bace, mungkin boleh dijadikan panduan kot2 ambe terbeli..thanks bro berkongsi
kalau terbeli mana boleh terkalau andai dah beli sah2 rugi nak pulang balik heee
Nurul biasa pakai phone jer kalau ambik gambar pastu edit.. Memang canggih lah Bro Biomed..
nurul apa ada kita pakai nak tguu ab ni kita kena kumpul duit dulu ya. 🙂
hoho.. boleh rembat ni nanti bila dah ada fulus..
saya guna BB je tangkap gambar hehe
hp BB banyak juga yg dah canggih skrg ini. 🙂 berbanding hp dulu ambil gambar pun tidak boleh hanya hitam putih sahaja huhu..
saya guna camera handphone jer…..
bentuk dah sebiji canon 580exII….
Boleh dikatakan kembar juga gajet ini.
patutlah nampak sama sahaja
Uih, betul-betul minat nih, sanggup belanja untuk flash yang sofistikated nih. 🙂
sudah jatuh cintalah katakan apa boleh d buat beli sahajalah
wah.. best nya.. huhu.. info yang bagus untuk peminat DSLR 🙂
wah.. camera pun dah update kepada 60D tu.. kan kan kan!
hehehe.. tahniah kerna sudah menambahkan aset… lepas ni boleh ajar maza sama mcm nak gunakan teknik flash dan strobish ni.. ahaks.. hehhee
ambe jadi model…hehehe
apa-apa hal ambe tukang komen dan jeguk nghee..
Puas hati kalau pakai DSLR ni. Saya masih belum berkemampuan untuk memiliki DSLR ni..
dah boleh buka kelas ni bro..
mana tau, mungkin satu hari nnti ade kelas asas utk yg amatur mcm ambe..tp kena beli dulu satu dlsr..hehe
nuff adakan blh tambah2 skit beli kamera ini
terbaek la bro.
lepas ni boleh jadi sifu untuk photographer-photographer di malaya ngee 😀
di masa hadapan kalau terdetik nak beli DSLR den akan rujuk blog bro nih…:)
YN memang best… yang paling penting harga yang murah.. saya guna nikon SB900, nak tukar lampu ja lagi mahal dr sebiji YN 460.. YN460 pun dah cukup baik bagi yang baru nak mula, harga pasaran RM140 ja..
wow…teringin juga nak benda alah nie… 🙂 insyallah
huyoo.. xmampu nak membelinya… hehe
sama la macam bro auc..tak tau pape pun..
sekadar baca je bende gini, memnag kosong langsung 🙂
harga ni berapa bro, mahal ni kan
Speedlite jenama Yongnuo ini boleh mendapat dibawah RM500.
fuhh..mesti mahal harganya kannn..
Gajet yang masih mampu milik.
merancang utk mencari prime lense..speedlight ni mgkin lmbt lagi. tp best gak kalau boleh sambar satu
Sebelum beli perlu tahu kecenderungan minat.
Makin mantap dari sehari ke sehari! 😀
Progression dan minat menjadi pemangkin.:-)
Makin bertambah nampaknya aksesori kamera. 😉
Beli sikit-sikit mengikut bajet poket.:-)
brand YN memang ok eh bro? pas ni kalu ak aktif semula fotografi mohon turun ilmu haha
Kualiti semakin menyamai jenama premium dan kalau daei segi harga memang menang.:-)
good info untuk mereka yang nak explore mendalam tentang DSLR..
belum tiba masa menceburi dunia DSLR lagi..tapi dengan informasi macam ni sekurang kurangnya ada jugak ilmu yang boleh nak dikongsikan..
ini info tentang DSLR yang lebih mendalam.. 🙂
seronok main strobist..
kamera saya pun ada built-in TTL..
tapi kena juga trigger untuk setting yang lebih advanced..
wow.. Bro Mus dan Akubiomed dah boleh jadi profesional fotografer ni.. ^_^
Memang sudah ada gajet wireless trigger.:-)