• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / percutian / Solo outing dengan kamera DSLR di Jonker Walk

Solo outing dengan kamera DSLR di Jonker Walk

14th December 2013 by akubiomed 22 Comments

Cabaran outing solo bergambar di Jonker Walk

Jonker Walk di Melaka menjadi destinasi membidik solo dengan kamera DSLR. Sebelum ini ada war-war untuk membidik solo di Melaka. Pertama kali membidik solo sejak menghadiri kelas Canon beberapa bulan lepas.

jonker walk

Saya sudah canang di Facebook wall untuk membuat outing solo di Melaka. Memandangkan adik ipar bercadang membeli belah di kampung Jawa, saya mengambil peluang untuk outing solo mengambil gambar dikawasan sekitar kampung Jawa. Saya tidak menetapkan lokasi secara khusus dan akhirnya memilih Jonker Walk sebagai lokasi mengambil gambar kerana seni bina bangunan bersejarah.

Cabaran mengambil gambar di Jonker Walk.

  • Saya tidak sangka cahaya matahari yang terik jam 3.00 petang antara cabaran menganggu tumpuan untuk fokus subjek yang menarik.
  • Disana sini ada larangan mengambil gambar sedikit sebanyak menganggu mood untuk mengambil gambar. Saya harus hormat kalau sudah tidak dibenarkan.
  • Pengunjung dan kenderaan yang bertali arus agak mengganggu.
  • Masa yang terhad diberi masa 1jam 30minit untuk mengambil gambar

Inilah hasilnya gambar yang diambil sepanjang berjalan di Jonker Walk.

Info ringkas

  • Melaka diisytiharkan sebagai bandar Raya Warisan Dunia Oleh UNESCO pada 7 Julai 2008
  • Bangunan berusia lebih 100 tahun dijadikan kedai menjual pelbagai barangan termasuk perabot, barangan antik, pakaian dan barangan cenderamata.
  • Mengikut fakta, kedai barangan antik dan seni yang terdapat di Jonker Walk sudah wujud di bandar itu sejak awal 50-an.
  • Pasar malam memeriahkan suasana Jonker Walk memulakan operasi bermula jam 6 petang setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad
  • Jonker Walk adalah laluan seni, lokasi wajib dikunjungi di Melaka

sumber: myMetro

Nak cari hotel murah? Saya syorkan tempah dengan Agoda[dot]com. Banyak pilihan hotel, murah dan boleh dipercayai.

  • Outing solo dengan kamera DSLR di Jonker Walk 2
  • Membidik lagi di Bandar Hilir Melaka
  • Rumah tradsional melayu di kampung Morten

Filed Under: percutian Tagged With: tempat menarik di melaka

Reader Interactions

Comments

  1. kakmahh says

    28th December 2013 at 10:42 pm

    Tahniah. Gambar yang cantik dan menarik.

    Reply
  2. Aniq Bukhary says

    18th December 2013 at 2:51 pm

    1 jam setengah untuk tangkap gambar memang tak puas bro…

    Reply
  3. hazman aka species1980 says

    17th December 2013 at 4:58 pm

    Cool laaa.. skang nie dah layan outing street photog pulak yea….sesetengah gambar kalau kasi black n white mesti lebih menarik….

    Reply
  4. Atika Ramlan says

    17th December 2013 at 3:13 pm

    sgt suka street outing ambil gambar. sygnya jonker walk too packed, tringin nak jln2 time mlm kat situ.

    Reply
  5. Ummi Hanie says

    16th December 2013 at 5:01 pm

    memang gigih, tapi berbaloi hasilnya… ermm… takde watermark, tak mengapakah?

    kami sefamili pun baru menyusuri jonker walk tempoh hari. semata2 nak cari cendol durian, tapi gagal… sangat keciwa 🙁 boleh guide tak kalau AB tahu info cendol durian ni? yg saya tengok di tv, kedai Jonker 88 yang femes tu. pergi jonker walk mmg kena jalan kaki, kalau naik kereta mmg payah. nama pun jonker walk kan

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2013 at 9:12 pm

      Maaf saya pun tidak perasan ada Cendul Durian di Jonker Walk ini. Kalau tidak memang ada reviewlah. 🙂

      Reply
  6. TehR says

    16th December 2013 at 4:43 pm

    dah banyak kali ke melaka
    tapi nampaknya masih sangat banyak sudut yang belum pernah dijejak

    Reply
  7. cik tom says

    16th December 2013 at 2:09 pm

    ciktom plg suka tgk pic no 3…wah xsangka byk jgk rupanya cabaran nak amik gmbr kat jonker walk ni…ingatkan snap camtu je..hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2013 at 9:13 pm

      Hari ini kulit merah macam kulit udang. 🙂

      Reply
  8. zik says

    16th December 2013 at 12:27 am

    gambar cantik.. cuaca pun baik waktu snap…

    Reply
  9. Denaihati says

    16th December 2013 at 12:04 am

    baru tahu juga ada tempat larangan ambil gambar kat sini.
    cantik-cantik gambar bro ambik ni.

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2013 at 9:13 pm

      Notis larangan mengambil gambar memang ada.

      Reply
  10. Aniq Bukhary says

    15th December 2013 at 8:31 am

    Suka tgk gambar yg main natural light macam kat atas tu. Terbaik bro..

    Reply
  11. Aniq Bukhary says

    15th December 2013 at 8:24 am

    Entry favourite saya dalam blog nie.. Cte fotografi.. 🙂

    Reply
  12. Dulu Lain Sekarang Lain says

    15th December 2013 at 12:21 am

    Rajin turun Melaka wehh… Gambar not bad.. cuma kena concentrate on subject matter. Crop kalau perlu di Photoshop. Kureng kan sikit gangguan kat bahagian belakang. Plus, ambik gambar bangunan agak tricky. Tak boleh biarkan bangunan nampak terbaring. My 5 cents jer since artikel ni berkait dgn fotografi, kawe cakap pasal subjek tu jugak. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      15th December 2013 at 10:51 am

      Terima kasih komen bro. Akan diperbaiki pada masa hadapan.

      Reply
  13. Shubhi says

    14th December 2013 at 10:59 pm

    memang seronok berjalan-jalan bawa kamera di jonker walk, Melaka. kalau jalan waktu awal pagi tentu lagi best kan!

    Reply
  14. zool says

    14th December 2013 at 8:10 pm

    cantik gambar yang diambil..
    jonker walk memang bangunan cantik kat sana

    Reply
    • Aniq Bukhary says

      15th December 2013 at 8:38 am

      Tempat nie saya x sampai lg.. Tempat kat Menarik kat Melaka yg penah pegi Tanjung Keling je..

      Reply
  15. Fauzi Blues says

    14th December 2013 at 1:57 pm

    yup..gambar agak menarik cumanya alignment tu nak kena perbaiki..saya perasan bro slalu ter’snap’ senget..heheh..saya ni pandai ckp je..hehe..buatnya saya x pandai..sbb tu kena angkat tong sampah masa pi photocamp SN…heheh

    Reply
  16. reezluv says

    14th December 2013 at 9:37 am

    compo dah best bro..cuma kebanyakannya senget..paling best gambar tingkap tu aku tengok..tapi kena betulkan skit lagi je tu..nampak tak lengkap.:D

    Reply
    • akubiomed says

      14th December 2013 at 9:56 am

      Terima kasih kerana beri komen. Pengunjung ramai antara cabaran hendak mengambil gambar secara bebas.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in