• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / percutian / Membidik lagi di Bandar Hilir Melaka

Membidik lagi di Bandar Hilir Melaka

16th December 2012 by akubiomed 52 Comments

Membidik dengan kamera DSLR di Bandar Hilir Melaka.

Kali ini aktiviti membidik dengan kamera DSRL kembali lagi. Bandar Hilir Melaka menjadi destinasi saya untuk membidik. Kalau sebelum ini saya membidik di pekan Kuala Kubu Bharu.

Queen Victoria's Fountain

Membidik kali ini bukanlah terancang ia adalah ide yang tiba-tiba terbit dibenak saya. Ketika itu isteri tengah lipat kain dan saya pula tengah mengodek gambar yang hendak diedit.

“Yang jom pergi Bandar Hilir. Nak ambil gambarlah”, Tiba-tiba terpacul ayat dari bibir saya. Isteri yang tengah melipat kain terhenti dari melipat kain tersentak. Memandang dengan dengan dahi berkerut kemudian. “Jom!”, balas isteri. Nampaknya saya telah mendapat ‘respond’ baik dari isteri tersayang. “Hah siap”, dengan pandangan mata saya yang bersinar.

Ketika bertolak ke Bandar Hilir kelihatan cuaca terik dan langit cerah. Tiba-tiba didalam perjalanan langit yang cerah kembali berawan dan langit kelihatan gelap memberikan tanda hujan akan turun. Telaan saya betul ketika sampai sudah ada tanda-tanda titisan hujan ada kemungkinan aksi membidik saya tidak berjaya petang ini.

Kelihatan ramai pelancong dari dalam dan luar negara di Bandar Hilir kena pula di hari Sabtu dan cuti sekolah. Menimbulkan kegusaran saya untuk membidik kerana ramai yang mengambil gambar kenang dan kenangan dikawasan sekitar. Saya telah didatangi oleh gadis cina dan  diminta mengambil gambarnya bersama 2 rakan berlatar belakang air pancut Queen Victoria mengunakan iPhone 4S. Pertama kali sentuh iPhone 4S harap gambar yang saya ambil untuk mereka tidak mengecewakan.

Hujan yang turun menganggu mood saya untuk membidik yang bermula di Bandar Hilir,  saya mendaki ke bukit St Paul dan turun ke A Famosa. Kapal replika Portugis Flor De La Mar adalah destinasi terakhir sebelum pulang kerana hujan sudah mula lebat turun,

Beberapa hasil bidikan dengan kamera DSLR disekitar Bandar Hilir Melaka.

Air pancut Queen Victoria
Menara jam Tan Beng Swee
Menara jam Tan Beng Swee

Beca dihias berwarna warni menanti pelanggan

Menara Taming Sari
Gereja St Paul
Gereja St Paul
St Xavier
Gereja St Paul
Gereja St Paul

A Famosa @ Porta De Santiago
A Famosa @ Porta De Santiago
Menara Taming Sari
Kapal replika Portugis Flor De La Mar
Flor De La Mar

Antara destinasi pelancongan menarik yang saya pernah lawati di Melaka:

  • Coconut shake Pantai Klebang
  • Pantai Puteri
  • Zoo Melaka Part 1 & Part 2
  • Melaka river cruise Part 1 & Part 2
  • Kapal Selam Agosta Part 1 & Part 2

Nak cari hotel murah? Dapatkan: >>Deal hotel terbaik<<

  • Cerita berembun di Malam Jumaat
  • Solo outing dengan kamera DSLR di Jonker Walk
  • Rumah tradsional melayu di kampung Morten

Filed Under: percutian

Reader Interactions

Comments

  1. lepakk.com says

    19th December 2012 at 3:44 pm

    Melaka merupakan tempat yang menarik

    Reply
  2. Dkna Abza says

    19th December 2012 at 7:50 am

    dah 2 atau 3 tahun dkna tak ke melaka.. banyak kenangan di sana..

    Reply
  3. ciklaili.com says

    19th December 2012 at 5:24 am

    Tahun lepas kami bercuti di Melaka & ambik gambar dari atas Menara Tamingsari (guna kamera hp). Melaka mmg cantiklah..

    Reply
  4. KiD says

    19th December 2012 at 5:18 am

    antara salah satu tempat honeymoon aku dulu. hehehehe

    Reply
  5. segalabenda says

    18th December 2012 at 10:21 pm

    area a famosa tu panas sungguh..ari tu pergi dukung anak naik kat atas tu rasa nak putus urat belikat

    Reply
  6. Nurul says

    18th December 2012 at 8:16 pm

    Waaaa lamanya x g melaka.. last rasenya dua tahun lepas kot… bestnyer kan..

    Reply
  7. Kimmy says

    18th December 2012 at 7:40 pm

    rajinnya pergi melaka..ke memang duduk kat melaka?

    Reply
    • Akubiomed says

      18th December 2012 at 7:54 pm

      Kampung saya dan isteri di Melaka.

      Reply
  8. Hazmin Hamudin says

    18th December 2012 at 11:06 am

    Dah lama tak ke melaka… Bro tak membidik sepanjang sungai melaka tu di waktu malam? cantik jugakkan pemandangan dekat situ waktu malam..

    Reply
  9. cik tom says

    18th December 2012 at 12:41 am

    rindu nak pergi melaka..bl plk bkesempatan ke sn..

    Reply
    • Akubiomed says

      18th December 2012 at 7:55 pm

      Cuti Krimas boleh turun Melaka jalan-jalan.

      Reply
  10. wazy says

    17th December 2012 at 11:57 pm

    dah lama tak ke Melaka,teringin nak jalan-jalan kat sana

    Reply
  11. hafizrahim says

    17th December 2012 at 9:27 pm

    dah lama sangat saya tak jejak kaki ke bandar bersejarah ni..rasa teringin pulak nak pergi bila tengok gambar2 yang bro ambik

    Reply
    • akubiomed says

      17th December 2012 at 10:56 pm

      Bro boleh bawa anak dan isteri berjalan-jalan di Melaka.

      Reply
  12. puanbee says

    17th December 2012 at 8:07 pm

    Tak pernah sampai melaka lagi ..insyallah satu hari nanti

    Reply
  13. wahida says

    17th December 2012 at 3:19 pm

    melaka best!! mcm2 ada…

    Reply
  14. hairulafiz says

    17th December 2012 at 1:49 pm

    rasanya krismas ni nak ke melaka plaklah

    Reply
  15. Hafizul says

    17th December 2012 at 12:20 pm

    Emm sporting isteri..haha..dekat jah ke dengan rumah bro?

    Reply
  16. hafidz says

    17th December 2012 at 11:49 am

    Memang smart & cun la.
    Lepas ni membidik lokasi mana pula

    Reply
  17. Nur says

    17th December 2012 at 6:12 am

    Rajinnya membidik.. Ramai yang berkunjung ke Bandar Hilir, maklumlah cuti sekolah..

    Reply
  18. anif says

    17th December 2012 at 12:48 am

    Ada DSLR dan cekap menggunakannya.. Memang berbaloi menghabiskan masa mencari subjek untuk dibidik! 😀

    Reply
  19. sukma says

    16th December 2012 at 10:51 pm

    tempat jatuh lagi dikenang…pernah mengambil gambar di bandar hilir, gambar kenangan…walaupun rumahku tak jauh dari Bandar Hilir tapi dah lama tak pergi sana …..ramainya pelancong yg suka ke sana….crowded & parking susah…but your picture bro mmg teruja nak tengok….

    Reply
  20. ohcikgu says

    16th December 2012 at 10:30 pm

    eshh..lama benar tak datang sini..

    Reply
  21. Dulu Lain Sekarang Lain says

    16th December 2012 at 10:11 pm

    Wah! tourism Malaysia boleh pinjam gambo2 ni utk program cuti-cuti Malaysia ehhh… Ambik gambo time hujan tu, tak takut kamera rosak ker?

    Reply
  22. hafizmd says

    16th December 2012 at 3:49 pm

    Ini mmg tempat wajib lawat kalau ke Melaka…hehe

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2012 at 9:28 pm

      Walaupun kampung saya di Melaka, jarang sekali saya ke Bandar Hilir.

      Reply
  23. sweetkurma says

    16th December 2012 at 3:14 pm

    sangat berminat untuk memulakan hobi baru dengan membidik tapi tidak berkesempatan lagi, kamera DSRL tak ada, ada hasrat nak beli tapi kena ada kemahiran jugak kannn…. ingat nak bermula dengan menggunakan iPhone 5 jer dulu lah

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2012 at 9:29 pm

      Hasil tangkapan gambar mengunakan iPhone 5 tidak kurang hebatnya cuma kalau hendak dibandingkan dengan kamera DSRL tidak adil sebab jauh berbeda.

      Reply
  24. pipoq says

    16th December 2012 at 2:43 pm

    tak ingat bila kali terakhir jejak kaki kat Bandar Hilir tu..

    Reply
  25. cmratu says

    16th December 2012 at 2:19 pm

    dah lama tak pi Melaka, last tahun 2008 bawa rombongan pelajar..

    Reply
  26. jal says

    16th December 2012 at 11:14 am

    seronok le dapat berjalan, menara taming sari tu kalau nak naik ada kena bayar ker??

    Reply
  27. WRizuan says

    16th December 2012 at 10:57 am

    Kalau dapat shoot dlam cuaca yang lebih cerah sure akan dapat lagi cantik panorama tu 🙂

    Reply
  28. Kamal Mustafa says

    16th December 2012 at 10:43 am

    Beberapa kali datang Melaka pasti tak puas. kuat tarikan negeri Melaka nie. mungkin sebulan dua nie KM akan bercuti ke Melaka

    Reply
  29. eyriqazz says

    16th December 2012 at 9:54 am

    Cantik gambar2 yang bro ambil..buat makin teruja utk rembat DSLR

    Reply
    • Akubiomed says

      16th December 2012 at 10:03 am

      Terima kasih bro.:-)

      Reply
  30. ajumohit says

    16th December 2012 at 7:59 am

    mmg iphone 4s tidak mengecewakan, klu gi jalan mmg org perempuan tidak akan menolak sebab ianya menarik 😉

    Reply
  31. Joe says

    16th December 2012 at 3:04 am

    Nice… Sy ade sorang member yang terer dlm amek gambo nie.

    Reply
  32. izwanyusof says

    16th December 2012 at 2:11 am

    tempat2 macam ni kadang2 best main potrait, ragam2 orang. pakai zoom lens F rendah. tembak pn orang tak tau sangat. hehe.

    Reply
    • Akubiomed says

      16th December 2012 at 10:02 am

      Bukan tak mahu bidik orang dekat situ disebabkan hujan tergesa-tergesa bergegas untuk pulang.

      Reply
  33. Amirez says

    16th December 2012 at 1:45 am

    cantik gambar menara taming sari yang pertama tu, boleh buat poskad. sayang pula cuaca mendung…

    Reply
    • Akubiomed says

      16th December 2012 at 10:02 am

      Nak buat macam mana bro. Cuaca tidak berapa baik.

      Reply
      • hafizmd says

        16th December 2012 at 3:50 pm

        nak kena ke sana lagi sekali tu bro ab..hihi

        Reply
  34. Ladfe Amir says

    16th December 2012 at 1:41 am

    masa saya bercuti di melaka hanya bersiar2 di sekitar kawasan bandar hilir sahaja. tetapi tidak pusing habis kerana sudah lewat petang

    Reply
    • Akubiomed says

      16th December 2012 at 10:04 am

      Kalau bersiar sebelah malam pun okay juga kerana bangunan dilempah dengan lampu berwarna warni.

      Reply
      • Ladfe Amir says

        16th December 2012 at 1:50 pm

        lain kali mungkin berkesempatan barangkali. tempohhari anak2 nak naik kereta lembu dan pegi taman buaya.

        Reply
  35. SamDaddyCool says

    16th December 2012 at 1:39 am

    Melaka memang menarik untuk diteroka. Banyak subjek boleh diteroka

    Reply
    • Akubiomed says

      16th December 2012 at 10:05 am

      Kalau di Bandar Hilir banyak tempat yang boleh dilawati.

      Reply
  36. Abdur says

    16th December 2012 at 1:38 am

    Cantik

    Reply
  37. donnyien says

    16th December 2012 at 1:37 am

    hai bro,
    cantik betul bidikan gambar yang bro tangkap ni.. belum pernah lagi ke melaka

    Reply
    • Akubiomed says

      16th December 2012 at 10:05 am

      Sempena cuti Krimas boleh turun ke Melaka.

      Reply
  38. hatiputera says

    16th December 2012 at 1:35 am

    Cantik bro…pakai mode apa nih.

    Reply
    • akubiomed says

      16th December 2012 at 1:44 am

      Manual mode dan semi auto mode.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in