Menikmati Coconut Shake Klebang buat kali ke 3.
Apalah yang best sangat asyik hinggakan 3 kali balik kampung dan 3 kali juga sehingga Coconut Shake Klebang. Alasannya adalah Coconut Shake Klebang memang tersangat sedap dan saya suka lepak bersama keluarga setelah penat memandu dari KL ke Melaka.
Jom layan gambar-gambar suasana di Coconut Shake Klebang saya bersantai bersama keluarga. Terima kasih kepada kakitangan Coconut Shake Klebang yang memasang payung tambahan ketika cuaca agak terik untuk kami makan dan minum didalam cuaca panas terik. Anak-anak pula tidak mahu bergenjak ke tempat yang lebih teduh.
Semalam kami anak beranak memakai jersi Harimau Malaya sempena perlawanan diantara Harimau Malaya vs Gajah Perang malam tadi. Kekecewan telah terbit apabila kita kalah dan agak sukar untuk bermain 10 pemain. Saya rasa ramai yang berharap pasukan Malaysia akan bertemu Singapura bagi misi menebus kekalahan di peringkat kumpulan tetapi hajat pasukan kendalian Datuk Rajagopal untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2 tahun lalu tidak kesempaian.
Klik link lokasi: Coconut Shake Pantai Klebang.
Assalam..
Sedapnya nasi lemak daun pisang….
sedapnye nampak !
kami bakal ke melaka… so harusss cari coconut shake klebang ni! weee~
Bolehlah singgah apabila sudah turun ke Melaka.
Kadang-kadang tak sanggup nak beratur beli coconut shake ni. bukan main panjang lagi.
dengar beratur pnjg ni yg tak berapa sanggup….
Kalau gerai di luar untuk take away. Di sebelah dalam ada tempat untuk makan dan tempat letak kereta yang agak luas. Labuh sahaja punggung akan sampai Coconut Shake.
sangaatt suke coconut shake… kalau pegi pasar kat putrajaya ni, mesti akan beli coconut shake size besar punye.. 😉
Wah ada kat Putrajaya boleh cari.
aku cadangkan lepas ni ko cuba cari coconut shake batu berendam pulak kalau berkesempatan hehe majoriti member aku kata lagi sedap. Aku tak tahu la nak kata apa ikut tekak aku semua sama je haha
Jauh pula hendak Batu Berendam. Kalau pantai Klebang dekat sangat dengan kampung.
terliur tgk coconut shake tue…
nak tanya skit ada beza tak coconut shake klebang dengan coconut shake kuala berang…: )
Belum pernah rasa Coconut shake Kuala Berang jadi tidak dapat hendak beri pendapat.
terliur pulak dengan coconut shake tu…waaaaaaaa…..
kenapa sorang tu tak pakai jersi harimau malaya?tak ada saiz ke?hehe..seronok dapat makan coconut shake waktu panas terik..huhu
Terkenal sangat tempat ni.. Belum pernah sampai lagi.. Berselera melihat Abang Koning makan…:)
pernah dgr citer coconut shake klebang ni tp x pernah singgah… hehehe
lain kali boleh cuba juga 🙂
belum berkesempatan merasa lagi coconut shake. mungkin berpeluang mencubanya di lain masa di tempat lain .
coconut shake vs nasi lemak..tak rasa loya ke tekak bro
Saya tidak ada masalah. 🙂
lama tak kena coconut shake best macam tu, biasa kat pasar malam kurang kaw 🙂
huh mmg best perkena nasi lemak di tepi laut hehehe…:) tambah plak coconut shake klebang
Lama tidak mendengar berita dari bro.
🙂 biasla la kerja hakiki membataskan 🙂
ada bro…kerja hakiki byk menghalang hehehe….
Ahhh…saya masih belum ada rezeki nak merasa….T__T
Banyak dah dengar pasal coconut shake di Klebang ni. Mesti sedap penangannya kalau tak masakan mashyur hingga ke KL.
Orang luar Melaka sudah sampai saya ini baru lagi sampai dekat sini. 🙂
wow…
kena cuba bila bercuti di melaka nnti..
ehehehhe
Jom singgah. 🙂
Baru je balik dari Melaka (conference),.. tak sempat nak jalan2 sangat. Hanya sempat naik Menara Tamingsari je.. Ins Shaa Allah, lain kali… akan dicuba.
Lah semasa perjalanan pulang daripada seminar boleh singgah ikut jalan pantai.
InshaAllah minggu depan saya turun Melaka untuk bercuti….saya singgah situ…thanks bro beri info ini…
Wajib singgah untuk lepak dan bersantai bersama keluarga.
panas-panas sedap tu pekena coconut shake
Memang layan bro. 🙂
mesti cuba kalau di Melaka
Wajib cuba. 🙂
Sampai Melaka nanti kena cari ni.. 😀
selalu nampak orang dok cerita coconut shake klebang ni..tapi belum pernah mencuba
nanti bila turun Melaka, kena cari juga
Kak Jie sudah sampai Seremban selepas ini ke Bandar Berteknologi Hijau pula.
saya sampai sekarang x pernah lagi merasa coconut shake
Singgah mlm hari mencari kanw2 blogger nak meramaikan lagi kawn2 moga sihat selalu..
Alahai jelesnya.. kat sini mcm takde lah.
nmpak sedap sgt.. dulu kat pasar malam pun ada.. sekarang dah x ada.. kat penang kena pi padang kota.. 🙂
Jawabnya kena pi Padang Kota hendak merasa Coconut Shake. 🙂
lahh… ade ke kat pdg kota? nama je duk penang tp tak pernah sampai… sekadar lalu-lalang jee…..
aduii cara bukak nasik lemak nie lapar plak perut sekarang nie… ini memang betul betul penyokong malaysia nie ahahhaahah…
Cari jangan tak cari. 🙂
pekena coconut shake bersama nasi lemak sure terangkat kan bro…
perghh air kelapa + nasi lemak daun pisang tom yam aku tolak tepi dulu
Memang patut pekena Nasi Lemak dan Coconut Shake gandingan mantap.
Adui…tak tahan ambe tgk coconut shake ni…
tengok nasi lemak daun pisang tu yg tak boleh tahan.
Itulah bro DH. Rasa macam nak p sekarang jugak…hehe
Daun pisang yang menaikkan aroma Nasi lemak.
senang tak nak cari kedai dia. dekat pantai klebang ke ingat krismas ni nak pegilah
Senang. Kalau bro ikut jalan pantai akan jumpa.
okay tak sabar nak cuba cuti krismas nanti….
nampak orang beratur panjang tepi jalan tu..iyalah tu..hehehe..tak jauh dari klebang resort rasanya..
Kena cube nie..
Boleh tahu dari awal ne mesti sedap punye .
3 kali singgah sudah boleh agak. 🙂
Banyak kali lalu klebang, tapi berlum pernah singgah untuk merasa coconut shake nie. Satu hari nanti pasti sampai
Datang ler ke Melaka boleh singgah Coconut Shake Klebang.
Memang sedap, lagi2 tengah terik panas
Ketika kami sampai pun sudah waktu tengahari memang sesuai sangat.
lama tak singgah sini. tak penah masuk semenjak tokei meniaga kat dalam
Alah bro duduk Melaka boleh singgah. 🙂
Pasti sedap rasanya, di mana ada dijual? Di kota bharu entah ada ke tidak? Yang best di sini Cendol Pulut Tapai, ABC special, ais blanded pelbagai perisa.
Kat kota bharu takde lagi rasanya. Kat jerteh ada lychee shake. Ingat nak pergi nanti 🙂
Belum pernah cuba Lychee Shake. Sesuatu yang baru nih.
Cendul pulut biasa tetapi Cendul pulut tapai sesuatu yang baru bagi saya.
perrgghhh.. terbik coconut shake. nnti pegi klebang aku try
Tempatnya pun santai boleh lepak minum Coconut Shake sambil makan-makan.
aduiii terliurnya, bila lah dapat pegi tempat ni
tengok baby aslah sedut tu yang tak tahan…. CINTAaaa hiks
Gelas Coconut shake tu dia seorang sahaja.
Mungkin nak kena buat rombongan ke sana…hehe
p.s- bro Akubiomed, dah dapat ke buku yg ambe poskan?