Email autoresponder Emelmatik tempatan pertama

Mungkin ia adalah perkara yang aneh apabila pertama kali mendengar perkataan ’email autoresponder’. Ia bukanlah sesuatu baru bagi pengamal Internet Marketing sudah biasa mengunakan email autoresponder sebagai salah satu teknik pemasaran.
Kenapa dengan email autoresponder ini?
1. Mudah menguruskan senarai pengkalan data pelanggan
Bayangkan anda mempunyai senarai email pelanggan yang ramai dan membina hubungan dengan pelanggan adalah satu elemen penting diantara Internet Marketeer dan pelanggan. Mudah hendak menyalurkan perkembangan terbaru mengenai produk baru, promosi, pemberian diskaun dan sebagainya apabila mengunakan email autoresponder ini. Apabila mempunyai senarai email pelanggan yang ramai bukanlah sesuatu tugas yang mudah untuk menyalurkan maklumat melalui email secara satu persatu dan kalau mengunakan email CC. pula akan dianggap spammer tentu masuk didalam spam box.
contoh opt-in
2. Mengumpul senarai email melalui Opt-in email lebih targeted
Apabila kita menyediakan Opt-in email memudahkan mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat melalui inbox email mereka. Tidaklah kita membuta tuli email promosi produk dan informasi kepada akaun email secara rawak. Mengunakan email autoresponder boleh melabel mereka yang Op-tin melalui kod rujukan. Memudahkan kerja Broadcast maklumat kepada kumpulan sasaran.
3. Pelanggan mempunyai kebebasan melanggan Opt-in
Jangan takut untuk Opt-in kerana anda mempunyai kebebasan untuk melanggan Newsletter atau berhenti melanggan bila-bila masa tanpa paksaan. Ini menjadikan ia lebih telus dan hak anda dihormati. Mereka yang Opti-in sebenarnya mereka yang berminat sahaja.
4. Memudahkan kerja tidak perlu berulangkali dibuat
Anda sudah boleh merancang untuk menyalurkan maklumat secara berkala kepada mereka yang melanggan Newsletter. Hanya perlu buat sekali dan selebihnya jadual untuk mereka menerima maklumat yang disalurkan didalam inbox mereka.
Nampakkan kemudahan penggunaan email autoresponder ini. Ada beberapa email autoresponder yang terkenal dari luar negara diantaranya Getresponse, Aweber, MailChimp, Trafficwave dan sebagainya menyediakan perkhidmatan pengumpulan senarai email. Mungkin ada sudah tahu dan mungkin baru tahu Emelmatik adalah email autoresponder tempatan.
Jadi bagi mereka yang baru hendak mula mengumpul senarai email boleh membuat pemilihan untuk mendapatkan perkhidmatan email autoresponder yang saya senaraikan diatas. Bagi pembekal email autoresponder luar negara perlu membuat pembayaran didalam bentuk USD. Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia memberi tempias peningkatan kos mendapatkan perkhidmatan mereka
Sebab-sebab saya memilih Emelmatik sebagai penyedia email autoresponder pilihan saya?
1. Emelmatik telah beroperasi 3 tahun sejak tahun 2011
2. Testimoni daripada rakan berjaya membuat jualan sehingga 5 angka mengunakan Emelmatik. Ia memberikan saya keyakinan Emelmatik mampu memenuhi kehendak pelanggannya.
3. Boleh melanggan Emelmatik selama 365 hari tanpa sebarang kos untuk 1000 email. Peluang mereka untuk mencuba perkhidmatan Emelmatik tanpa ragu-ragu.
4. Mereka yang menaik taraf ke akaun PREMIUM dengan kos RM175 sekali bayaran dan untuk seumur hidup. Tiada kos bulanan.
5. Mempunyai khidmat jualan yang baik. Saya sendiri pernah menghantar tiket dan mendapat maklumbalas yang pantas dari pihak Emelmatik
6. Ada closed group untuk pengguna Emelmatik. Mendapat bantuan secara langsung daripada rakan-rakan yang mengunakan Emelmatik dan dari Admin Emelmatik.
Berita baik kepada mereka yang baru hendak mengumpul senarai email kerana Emelmatik memberikan potongan harga sempena sambutan ulang tahun yang ke 4. Tawaran bermula 22 Dis 2014 sehngga 16 Jan 2015. Kos naik taraf akaun PREMIUM RM175 RM150 sahaja. Maklumat lanjut layari ke laman rasmi Emelmatik.
AkuBiomed: Untunglah mereka yang melanggan akaun PREMIUM pada tempoh tawaran tersebut memandangkan saya telah melanggan lebih awal dengan harga xtra RM25.
Email autoresponder ini memang terbaik,
saya sendiri dah pun gunakan email ini. Hasilnya puas hati dan murah.
rasa macam nak try..tadi dah cuba masuk tapi separuh jalan je. pasni nak cuba lagi..
Salam…berbaloi ke tuan klu beli produk nie?
Pada pandangan peribadi saya berbaloi kerana hanya perlu bayar kos premium untuk seumur hidup. Saya juga suddah memasang autoresponder pada beberapa blog milik sendiri.
Sehari saya baca review kat setiap blog mengenai Emelmatik. Akhirnya semalam subsribe juga free account. 365 hari tu mana nak dapat. Semalam godek2 buat kempen pertama sampai pukul 2 pagi. Merah mata.
Puas hati sebab senang nak setup. Ikut sahaja arahan sebab ringkas. Untuk pemilik bisnes online atau offline, ini satu peluang yang tak boleh dilepaskan.
Percuma dan bagus.
Ya, boleh mencuba dengan akaun percuma dahulu. Kalau berpuas hati boleh upgrade ke akaun premium.
Promosi menarik nih….hmm kena cuba yang free trial dulu nak tengok user friendly ke tidak.
nampaknya banyak lagi nak kena belajar mengenai autoresponder ni
Baru tau kalau email banyak Cc tu masuk spam..
Adoiyaa..
Saya guna mailchimp. Nak dapatkan 2000 subscriber punyalah susah. Fuuhh berpeluh jugak. Mungkin strategi tak kena atau entah mana silapnya. Nak guna yang berbayar macam emailmatik, takut rugi la plak.
Ya bukan tugas yang mudah untuk kumpul senarai email tetapi dengan satu tujuan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan.
sambil berjalan mencari rezki ini
Macam best aja
promosi baik kena rebut peluang pantas2. ada kurang dr sebulan je lagi promosi ni.
Peluang untuk mendapatkan perkhidmatan auto responder Emelmatik sebelum harga dinaikkan.
untuk promosi salah satu cara terbaik cari pelanggan
untuk jana wang mesti buat sesuatukan
Setakat ini Emelmatik mendapat nama dan hasil yang baik. Saya juga ada akaun emelmatik tapi belum punya masa aktifkan diri
Elok buat dari sekarang dengan mengumpul senarai.
Salam,
Baru semalam saya cuba belajar tentang benda ni tapi dah mula blur sebab banyak bahasa yang sukar nak faham.
😀
Tak apa perlahan-lahan mempelajari mengenai autoresponder ini.
Alhamdulillah.. inilah yang paling saya tunggu2.. terima kasih atas perkongsian ini.. insya Allah akan cuba melanggan..
Boleh melanggan akaun percuma terlebih dahulu samada auto responder tempatan atau luar negara.
Huhu…memang menarik..ada extra lagi tu..boleh dah tu sesapa nk belajar menda ni..
Ramai juga IM Malaysia guna AR Emelmatik ni. Nak langgan yang lifetime tu tapi teringin gak nak yang popup fancy macam dalam blog ni. haha guna plugin apa bro?
Saya guna plugin PopUp Domination yang berbayar. Boleh dapatkan dari bro ZeoUnic.
nampak macam sangat menarik..biasa guna mailchimp je…
Oh, sudah biasa guna autoresponder. Baguslah macam tuh. 🙂
lama lagi la kena tunggu nak upgrade
Tunggu tarikh promosi bermula sebab beza RM25 dan kalau lambat nanti harganya dinaikkan RM200.
saya dah jana RM26K
dengan autoresponder ni 🙂
Testimoni yang terbukti pengunaan Emelmatik mampu menjana pendapatan.
lebih baik dapatkannya, sebab boleh guna untuk projek affiliate 2015 nanti.
Saya pun sudah melanggan akaun Premium kerana tidak mahu terlepas peluang mengunakan autoresponder sebagai satu cara teknik pemasaran.
ini mungkin aku boleh pertimbangkan untuk melanggan
Boleh guna yang percuma tidak akan dikenakan kos kecuali naik taraf ke akaun premium.
Perkara baru bagi saya ni..terima kasih berkongsi info ni ye…
Sama-sama. Bolehlah nanti Google mengenai autoresponder ini nanti. 🙂
email yang boleh bikin buat duit juga ke ni
Boleh. Ini terbukti ada yang buat duit sehingga 5angka. Lebih targeted.
memang memudahkan guna emelmatik ni kepada peniaga online
Bukan mudah untuk mengurus dan menyalurkan maklumat jika mempunyai database pelanggan yang banyak.
Wah… Bestnya ada harga Promosi… Masa saya upgrade emelmatik dulu, saya bayar RM140 jer… Sebab saya dapat Kupon.. 😉
Rasa sayang ambil tindakan kerana sebelum ini tidak tahu mengenai penggunaan autoresponder ini.
orait..esok gi upgrade..ahaha
Poyo jer. Esok harga masih lagi RM175. Tak baca entr tak sampai habis. 🙂
ok..kena tunggu nampaknya..hahaha
Sya memang tunggu dia promosi baru nak upgrade 😀
Itulah pasal. Sudah naik ke akaun Premium baru ada promosi. 🙂
nak upgrade juga lah.
daripada nak gunakan yang mahal-mahal,
kalau gunakan yang murah je pun dah bermutu,
baik gunakan yang murah je, kan 😀
support local!
Tidak salah melanggan samada autoresponder dari luar negara atau tempatan. Tepuk dada tanya selera.