Mencari LP-E8 replacement battery untuk kamera DSLR Canon.
Sudah sampai masanya bateri kamera DSLR Canon saya untuk diganti baru kerana sudah sampai ke maksimum jangka hayatnya. Bayangkan tidak pernah tukar dari sejak beli kira-kira 5 tahun dahulu. Memang saya lanyak cukup-cukup bateri ini dan berpuas hati dengan jangka hayat panjang yang dapat digunakan.
Bateri caj semula kebiasaanya akan bertahan 2-3 tahun bergantung kepada kekerapan pengunaan. Dapat pakai bateri ini selama 5 tahun amat berbaloi cuma sekarang ini bateri akan cepat hilang caj dengan cepat. Perkara ini amat kritikal kepada saya kalau untuk mengambil gambar yang banyak dan terutama memindahkan gambar secara wireless ke tablet dan smartphones lagi cepat kaput.
Secara jujur ada subjek yang mengambil perhatian saya akan laju-laju sambar kamera untuk snap subjek atau suasana tersebut. Tidak tenteram kalau tidak merakam sebab gambar yang dihasilkan merupakan satu sejarah berekod. Jadi sesetengah jurugambar ia memberi erti dan lagi-lagi pengunaan media sosial seperti Facebook, Instagram, Flickr dan berapa host tempat untuk berkongsi hasil seni gambar masing-masing. Saya juga suka berkongsi hasil gambar di media sosial.
LP-E8 replacement battery dari SUNcell.
LP-E8 replacement battery dari SUNcell menjadi pilihan dan bukannya bateri original dari Canon. Salah satu sebabnya faktor harga dan menjadikan saya memilih bateri jenama SUNcell. Harga bateri original adalah RM424 dan harga bateri SUNcell ini RM63.60. Sudah tentu bukan bateri asal ada sedikit kekurangan tetapi tidaklah sampai tidak pakai langsung. Mungkin korang boleh faham maksud saya. Saya beli di ShaShinKi.
Jadi jurugambar terjun untuk majlis perkahwinan adik ipar.
Adik ipar saya bakal menamatkan zaman bujang pada tahun 2016. Awal-awal lagi beliau sudah beritahu untuk saya menjadi jurugambar rasmi untuk majlis perkahwinan beliau. Kalau mengharap bateri asal Canon memang akan berlaku disaster kepada saya pada hari tersebut. Alang-alang LP-E8 replacement battery SUNcell ini harga berpatutan terus sambar 2 unit sekali gus. Rasanya cukup untuk digunakan masa majlis perkahwinan adik ipar nanti.
Ciri-ciri LP-E8 replacement battery SUNcell
- Long run
- Lithium-ion
- No memory effect
- Quick Charge
Jauh benor gap harga harga..tapi xpelah kualiti kurang sikit..tapi still boleh backup utk gunakan..
Saya pakai handycam sony.. sudah 5 tahun cas dah tak masuk.. agaknya betol la hipotesis bro..bateri lepas 5 tahun kena tukaq
Dah jumpa yang lebih murah buat apa nak habiskan duit beli yang mahal kan? Kalau yang replacement ni kualiti pun sama ja
Bezanya harga bateri original dengan yang replacement tu kan?
Ya jauh berbeda. 🙂
oh kalau jadi jurukamera untuk majlis perkahwinan memang perlu bateri yg tahan lama. Byk gambar nak kena ambik nanti 🙂
Kali ini sudah bersiap sedia. Jangan lupa bawa bateri sudahlah. 🙂
DT pon tak pernah tukar lagi bateri nya.
tapi jarang guna.
bole la kot guna tu.
Kalau bateri kembong elok tukar bahaya boleh meletup .
Saya pun selalunya akan membawa bateri tambahan walaupun untuk sesi foto hobi
Mesti ada bateri tambahan kalau tidak naya. 🙂
Kena ada bateri dan kamera backup utk majlis rasmi..
Ingat nak beli battery grip tetapi tidak nampak ada keperluan. Mungkin lain kali kot.
tak pakai kamera DSLR ni tapi bolehlah simpan untuk ilmu..
Jauh beza harganya ya.. Bagus ada alternatif murah macam tu.
Harap tahan lasak. 🙂
boleh tahan mahal ye kalau yang original,sampai RM400
Barang original memang harga pun kaw-kaw. 🙂