• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / percutian / Pengalaman backpacker tiga beranak ke Pulau Pinang

Pengalaman backpacker tiga beranak ke Pulau Pinang

3rd January 2018 by akubiomed 18 Comments

Pengalaman backpacker ke Pulau Pinang.

Pengalaman backpacker ke Pulau Pinang dengan menaiki bas. Pada 22hb Dis 2017 yang lalu, saya telah dipanggil untuk menghadiri Forum PGMall yang pertama di Public Gold Global Business Centre (PGBC) di Pulau Pinang.

Bimbang bawa anak kecil meragam ketika backpacker.

Memang saya merancang untuk menaiki bas seorang diri ke Pulau Pinang. Kemudian isteri saya pun nak ikut memandangkan anak-anak lain berada di kampung dan rasa sunyi pula tinggal berdua bersama Amsyar anak kecil berumur tiga bulan di rumah.

Saya juga terasa bimbang nak bawa anak kecil meragam didalam bas nanti ganggu ketenteraman penumpang lain yang menaiki bas. Apa pun saya dan isteri redah sahaja untuk bawa Amsya bersama. Kami bertolak sehari awal untuk baby Amsyar dapat menyesuaikan diri ketika berada di Pulau Pinang.

Perjalanan kami ke Pulau Pinang dengan menaiki bas. Saya booking online tiket bas pergi dan balik dengan mengunakan portal easybook. Sangat mudah booking secara online di easybook kerana semua jenis pengangkutan didalam satu portal.

portal easy book

Portal easybook

rekod perjalanan di dalam portal easybook

Selepas booking tiket boleh print dan dibawa ke kaunter Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk dapat Pas Masuk Bas @ Bus Boarding Pass.

Menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

menunggu bas di balai berlepas bas TBS

Menaiki bas dari TBS pada jam 12.15 pagi dan sampai di stesen bas Butterworth lebih kurang jam 5.45pagi. Pengalaman sebelum ini dari Butterworth akan naik feri di jeti Pengkalan Sultan Abdul Halim. 

Shuttle bas Rapid Penang disediakan untuk penumpang yang ingin ke jeti Pengkalan Sultan Abdul Halim. Perkhidmatan shuttle bas ini adalah percuma. Kalau dahulu nak ke jeti perlu menyeberangi jambatan melintasi landasan keretapi agak tinggi untuk naik dan turun. Sekarang tidak perlu lagi kerana sudah ada perkhidmatan shuttle bas percuma ini yang disediakan oleh Rapid Penang.

naik shuttle bas Rapid Penang untuk ke jeti pengkalan Sultan Abdul Halim

Menaiki feri di jeti pengkalan Sultan Abdul Halim.

Isteri teringin sangat nak pengalaman menaiki feri dan sebab itu saya naik bas dari TBS ke Butterworth. Boleh naik feri dari jeti Sultan Abdul Halim. Kadar tambang tiket dewasa untuk menaiki feri adalah RM1.20 seorang.

Suasana pagi didalam feri

Amsyar pakai baju tebal

Perkara pertama sampai di Pulau Pinang mencari restoran untuk bersarapan pagi. Kami singgah Restoran Nasi Dalcha Kassim Mustafa yang terletak di jalan Chulia.

apa lagi pekena Roti Telur cicah kuah kari untuk sarapan pagi

Amsyar dah bangun

Amsyar dah ready nak berjalan-jalan

Saya bawa isteri dan Amsyar berjalan-jalan di Penang Street Art dan jeti Chew. Kalau ikut banyak tempat ingin dikunjungi tetapi kerana bawa Amsyar dan bag, agak terhad pergerakan kami.

Riang sahaja Amsyar ketika berada di Pulau Pinang.

Ais krim kepal perisa Laici dari Penang Street Art untuk penghilang dahaga

Mengunakan perkhidmatana Grab Car yang murah dan mudah.

Sepanjang dua hari berada di Pulau Pinang kami mengunakan perkhidmatan Grab Car untuk ke Hotel dan ke stesen bas. Bagi saya sangat mudah mengunakan Apps Grab Car di Smartphone untuk mendapatkan perkhidmatan sewa kereta.

Kami mengunakan perkhidmatan Grab Car semasa berada di Pulau Pinang.

Kami memilih bermalam di hotel bajet Econtel Hotel yang di booking melalui Agoda. Econtel Hotel ini terletak di Queensbay dan dipilih kerana kemudahan tempat makan dan dekat dengan Queensbay Mall. Pada petangnya kami minum petang di Restoran Kapitan yang terletak di Bayan Bay.

Rekod booking Econtel Hotel mengunakan Agoda.

Menghadiri PG Mall Forum pertama di Public Gold Global Business Centre (PGGBC)

Menunggu bas untuk balik ke Kuala Lumpur di stesen bas Sungai Nibong

Suasana ruang tiket bas di stesen bas Sungai Nibong

Stesen bas Sungai Nibong

Menaiki bas untuk pulang

Pengalaman yang menyeronokkan kerana semua perjalan mengunakan perkhidmatan diatas talian dari mula booking bas, booking hotel, mengunakan perkhidmatan Grab Car di Pulau Pinang. Pada masa akan datang jika berpeluang akan ke Pulau Pinang lagi.

  • Pulau Pinang mengamit kenangan lama
  • Tempat makan best di Pulau Penang
  • Pengalaman emas trip PG Golden Tour Day 2

Filed Under: percutian, pgmall Tagged With: agoda, backpacker, easybook, grab car

Reader Interactions

Comments

  1. zik says

    31st January 2018 at 2:35 pm

    pengalaman yang sangat luar biasa nih,,, semua sekarang isi pnline dah senang , tak payah nak beratur apa ke ..

    Reply
    • akubiomed says

      31st January 2018 at 10:59 pm

      Mudah dengan booking secara online sahaja. Tak sanggup menunggu lama untuk beratur.

      Reply
  2. nurul fatin adiana says

    28th January 2018 at 7:33 am

    kalau anak ok tak meragam, mudah je nak bawa..tapi itulah, sejak ada anak dah lama tak naik bas.

    Reply
    • akubiomed says

      31st January 2018 at 11:00 pm

      Kami ikut rentak baby. Kalau dia tak selesa kami tak teruskan hasrat.

      Reply
  3. kimmie says

    6th January 2018 at 8:18 pm

    dah lama tak naik bas pergi ke mana-mana. Mencabar jugakan bawa anak kecil naik bas ni, takut dia tak selesa.
    Macam mana pun nampak macam Amsyar gembira je 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      6th January 2018 at 8:48 pm

      Kami ikut rentak Amsyar. Jika dia tidak merasa selesa, kami akan beralah.

      Reply
  4. Mus says

    5th January 2018 at 9:23 am

    sy pun teringin nak bawa anak-anak naik dari johor terus ke utara.. pengalaman begini memang menarik..

    Reply
    • akubiomed says

      6th January 2018 at 8:50 pm

      Bukan mustahil. Boleh naik keretapi nak sampai ke utara dan selatan.

      Reply
  5. ummi hanie anNisa says

    4th January 2018 at 11:20 pm

    seronoknya pengalaman baru berbackpack 3 beranak. untung baby amsyar yer 🙂

    welkem to Penang. dekat dah tu. kami di seberang prai selatan

    Reply
    • akubiomed says

      6th January 2018 at 8:51 pm

      Bimbang juga Amsyar tidak selesa semasa didalam perjalanan. Kami ikut rentak Amsyar.

      Reply
  6. Macy says

    4th January 2018 at 4:55 pm

    Wow.. Bestnya backpaxker dgn baby lg. Dlu masa bdua plan nk backpacker naik train. Tp alhmdulillah rezeki anak smpai.. Then xde da lah. Hihii

    Reply
    • akubiomed says

      6th January 2018 at 8:52 pm

      Lepas ini boleh backpacker bersama anak santai-santai sahaja.

      Reply
  7. encikhafiz.com says

    4th January 2018 at 2:14 pm

    selamat tahun baru tuan. semoga semakin dimurahkan rezeki.

    Reply
    • akubiomed says

      6th January 2018 at 8:53 pm

      Selamat menyambut tahun baru kembali.

      Reply
  8. Norasikin says

    4th January 2018 at 7:52 am

    Syok bawa anak jalan2 kalau dia tak selalu meragam. Tempat untuk menguruskan keperluan anak pun banyak sepanjang perjalanan di Malaysia ni. Bertuahya tinggal di Malaysia

    Reply
    • akubiomed says

      6th January 2018 at 8:54 pm

      Kami ikut rentak Amsyar dan untuk menguruskan Amsyar kami cari surau.

      Reply
  9. Thenewsia says

    3rd January 2018 at 11:44 pm

    Senang sekarang, pakai public transport suma book guna online je 😉

    Reply
    • akubiomed says

      6th January 2018 at 8:55 pm

      Ya sangat mudah. Semuanya diatas talian. Saya kurang gemar nak beratur panjang dan keluar semata-mata nak booking tiket.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in