• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Menimba ilmu Photojournalism di KL Travel Photojournalism Workshop 2014

Menimba ilmu Photojournalism di KL Travel Photojournalism Workshop 2014

28th May 2014 by akubiomed 37 Comments

Membuka paradigma baru mengenai Travel Photojurnalism.

Menimba ilmu Travel Photojournalism dengan menghadiri bengkel KL Travel Photojournalism Workshop 2014 di MaTiC pada hari Sabtu yang baru-baru ini

Bengkel ini adalah anjuran bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Santai Travel dan eWarnaFM bertempat di MaTiC yang terletak di jalan Ampang

4 Penceramah bengkel iaitu:-

  1. En. Azlie Halim Editor Santai Travel
  2. Ezad Hafidz seorang blogger pemilik blog Ejad Fotopoyo
  3. David Hoogan dari Malaysia Asia
  4. Dr Sharkawi Che Din dari Universiti Teknologi MARA

Antara topik bengkel adalah perkongsian mengenai bagaimana hendak menjadi penulis editorial pelancong yang baik, jenis-jenis kamera dan perkakas berkaitan, instagram perlancongan dan Travel Photojournalism.

Encik Azlie Halim dari Santai Travel berkongsi keperluan menjadi penulis topik pelancongan yang baik dan memenuhi kehendak majalah pelancongan. Peluang untuk menjadi penulis majalah pelancongan terbuka luas tetapi perlu memahami format dan target grup majalah yang ingin dihantar artikel.

Ezad Hafidz seorang blogger pemilik blog Ejad Fotopoyo berkongsi topik mengenai pemilihan kamera yang sesuai untuk tujuan Travel Photojournalism. Pemilihan kamera yang sesuai dan perancangan sebelum melancong adalah penting . Turut dikongsi jenis kamera, fungsi kamera dan bajet. Boleh dapat topik TIPS | Travel Photography

Antara topik yang menarik perhatian mengenai Instragram khusus untuk pelancongan disampaikan oleh David Hoogan JR seorang penulis berita destinasi pelancongan di Malaysia Asia. Beliau mempunyai pengalaman luas mengenai destinasi pelancongan dalam negara dan Asia. David pengemar dan kerap mengunakan sosial media diantaranya Instagram, Twitter, Facebook dan Google Plus. David telah berkongsi cara pos instagram yang betul dan  berserta contoh.

Dr Sharkawi Che Din, Ketua Pusat Pengajian Seni Reka Grafik, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA berkongsi topik yang agak berat tetapi mampu membuka minda mengenai apa itu Travel Photo Journalism? Apa yang saya boleh rumuskan apabila ingin terjun ke Travel Photojournalism perlu membuat perancangan rapi supaya ia tidak menjadi sia-sia dengan tidak dapat mengambil gambar yang dikehendaki.

Persembahan kebudayaan oleh pelajar Universiti Teknologi MARA

Emcee majlis penutupan KL Travel Photojournalism  2014

Bacaan doa memohon keberkatan dan kemudahan urusan

Ucapan dari Encik Zain Azrai Bin Rashid, Pengarah Pejabat Kementerian dan Pelancongan dan Kebudayaan Wiayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Putrajaya

Ucapan Perasmian Penutup oleh YBHG Datuk Seri Hj. Ahmad Phesal Bin Hj. Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur

Penyampaian cenderamata kepada penceramah.

Datuk Bandar Kuala Lumpur telah berkongsi event yang telah diatur sehingga 2015 mampu menarik perhatian pelancongan dari dalam negara dan luar negara. Jurugambar Travel Photojournalism telah diseru untuk membantu menjadi duta dengan menyampai maklumat pelancongan tempatan melalui kepakaran masing-masing.

AkuBiomed: Hasil pendedahan Travel Photojournalism, saya telah mempraktik tips dan info syang dikongsi serta merta.

Sila tekan butang kongsi:

  • Penantian 17 tahun Mee Kolok berakhir di Citrarasa Kuala Lumpur 2014
  • Pameran Kuala Lumpur Orkid & Bonsai 2014
  • Malaysian Travel Bloggers Meetup di The School Jaya One

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Anwar Abdullah says

    1st June 2014 at 10:24 pm

    aku kalau takde shoot wedding sabtu tu. aku dh pergi event ni. sayangnya.

    Reply
    • akubiomed says

      1st June 2014 at 10:48 pm

      Bro sudah tahap pakar. 🙂

      Reply
  2. suri says

    1st June 2014 at 4:39 am

    kalau sudah minat elok fokuskan sahaja mana tahu dalam banya gambar ambil akan ada orang berkenan nak beli nanti

    Reply
    • akubiomed says

      1st June 2014 at 10:48 pm

      Kalau ada yang berkenan boleh sahaja. 🙂

      Reply
  3. Shasha says

    1st June 2014 at 3:59 am

    Seronoknya dapat hadhir ke kursus macam ni. saya ada nampak jugak pasal kursus ni tapi tak dapat pergi kerana kerja. Harap ada lagi di masa akan datang. akubiomed bolehlah share tip-tip yang menarik yang dapat dari kursus ni pada kami semua. Terima kasih 😉

    Reply
    • akubiomed says

      1st June 2014 at 10:49 pm

      Bolehlah dipertimbangkan didalam entri akan datang.

      Reply
  4. Norasikin says

    1st June 2014 at 12:05 am

    baguih la bro. tuntut ilmu banyak2, kongsikan kat semua org

    Reply
    • akubiomed says

      1st June 2014 at 10:50 pm

      Insyallah akan berkongsi apa yang diperolehi.

      Reply
  5. cyza says

    31st May 2014 at 10:44 pm

    Hmmm…kalau aku boleh timba ilmu mcm ni best juga…insyaAllah selalu travel gak….

    Sekarang ni pun ada kat Taiwan…

    Akhir tahun plan nak gi Turki.

    Mac 2015 pulak plan ke Abu Dhabi…

    Kalau aku belajar benda ni…rasanya mesti best… tapi tak dan la kot

    Reply
    • akubiomed says

      1st June 2014 at 10:50 pm

      Peluang yang bayak melihat negara orang boleh dicatat untuk bahan bacaan dan rujukan.

      Reply
  6. Nadot says

    31st May 2014 at 9:18 pm

    Serius macam best je… Kena rujuk blog-blog speaker tu semua nanti bila2 ada masa ni 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      1st June 2014 at 10:51 pm

      Bolehlah skodeng blog mereka ini dari jauh. 🙂

      Reply
  7. Manan Qayyim says

    31st May 2014 at 5:39 pm

    nanti, boleh share kat sini bro!!!

    Reply
    • akubiomed says

      1st June 2014 at 10:52 pm

      Akan dipertimbangkan didalam entri akan datang.

      Reply
  8. Hafizul says

    31st May 2014 at 1:15 pm

    Wahhhh banyak ilmu yang ditimba ni..terbaik lah bro..minat mendalam ni..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      1st June 2014 at 10:54 pm

      Boleh tahan juga. Hampir berasap jugalah. 🙂

      Reply
  9. amirulfaiz says

    31st May 2014 at 6:04 am

    Banyak ilmu yang dapat ditimba ya? Bukan seorang, tapi ramai ahli panel yang memberi ilmu.

    Reply
    • akubiomed says

      1st June 2014 at 10:55 pm

      Setiap penceramah mempunyai kepakaran masing-masing.

      Reply
  10. Denaihati says

    30th May 2014 at 11:39 pm

    bolehlah syer dengan kawan-kawan sikit-sikit intipati dari workshop ni.

    Reply
    • akubiomed says

      1st June 2014 at 10:56 pm

      Akan dipertimbangkan didalam entri akan datang.

      Reply
  11. ema says

    30th May 2014 at 11:59 am

    seronoknya dapat ilmu fotografi ni..

    Reply
    • akubiomed says

      1st June 2014 at 10:57 pm

      Peluang seperti ini bukan selalu datang. Peluang untuk menghadiri bengkel ini adalah satu peluang yang tidak akan dilepaskan.

      Reply
  12. ~uncle gedek! says

    29th May 2014 at 4:59 pm

    comelnya penari tu… dah dapat add fb dia?

    hehe

    Reply
    • akubiomed says

      1st June 2014 at 10:57 pm

      Alamak terlupalah pula. 🙂

      Reply
  13. Hairul Hissam says

    29th May 2014 at 4:39 pm

    tentu lepas nie lebih ramai blogger yg menulis ttg pelancungan terutama di malaysia…

    Reply
    • akubiomed says

      1st June 2014 at 10:58 pm

      Kalau ikutkan ramai juga penulis blog yang berkaitan dengan pelancongan dan sudah grup khas yang mempunyai niche yang sama.

      Reply
  14. TehR says

    29th May 2014 at 12:21 pm

    acara yang sangat bagus
    timba ilmu untuk perkenalkan negara kita kepada dunia

    Reply
    • akubiomed says

      1st June 2014 at 10:59 pm

      Tertarik dengan kata-kata Datuk Bandar Kuala Lumpur bahawa blogger dan jurugambar adalah duta menghebahkan aktiviti pelancongan negara.

      Reply
  15. Sya Isya says

    28th May 2014 at 9:38 pm

    wah, menarik lah. lepas ni gambar-gambar bro mesti superb. Seronok juga jadi photojournalism ni.

    Reply
    • akubiomed says

      1st June 2014 at 11:00 pm

      Insyallah akan akan dipraktikkan apa yang diperolehi setelah menghadiri bengkel tersebut.

      Reply
  16. maza says

    28th May 2014 at 3:19 pm

    Hebat.. lepas ni insyallah gambar2 terhasil dari Abg Akubiomed akan lebih mantap dan superb..

    hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2014 at 5:59 pm

      Nak berguru dengan bro Maza pula. 🙂

      Reply
  17. Ismail N says

    28th May 2014 at 11:33 am

    Syoknya wehhh… Next time DM kawe lah bro di Twitter. Mana tahu, kawe boleh terbang kojap ke KL… 😀

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2014 at 5:58 pm

      Okay kalau ada bengkel seperti ini atau seumpamanya akan berkongsi dengan bro IsmailN.

      Reply
      • Ismail N says

        29th May 2014 at 12:08 pm

        roger that… Mana tahu lah kan 😀

        Reply
  18. mawardiyunus says

    28th May 2014 at 2:00 am

    boleh la share2 ilmu pasni 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2014 at 5:58 pm

      Boleh dipertimbangkan. 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in