• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Beli jongkong emas mudah di PGMall

Beli jongkong emas mudah di PGMall

21st November 2018 by akubiomed 4 Comments

emas Public Gold 0.5 gram sijil edisi swing

Jongkong emas murah sempena Promosi Doublegidit Sales 11.11 di PGMall.

Sudah tentu ramai yang teruja dengan promosi Doubledigit Sales 11.11 baru-baru ini. Saya juga tidak terkecuali untuk mendapatkan barangan idaman pada 11hb November yang lalu.

PGMall tidak terkecuali membuat promosi Doubledigit Sales 11.11 pada hari tersebut. Emas Public Gold 0.5gram ditawarkan untuk pelanggan PGMall pada harga yang sangat murah.

Bayangkan harga Emas Public Gold 0.5gram edisi sijil Swing ini pada harga runcit ditawarkan pada harga RM150 tetapi sempena promosi Doubledigit Sales ditawarkan pada harga RM111.11 tidak termasuk kos pengeposan RM5.50.

emas 0.5gram sempena promosi Doubledigit Sales 11.11

Sanggup tunggu pembukaan promosi melepasi jam 12 malam semata-mata nak jadi yang terawal beli semasa promosi 11.11

 

Penjimatan berganda dengan mengunakan kod kupon.

Saya guna kod kupon untuk dapat diskaun berganda dengan bayaran akhir RM106.61 sudah termasuk kos pos. Itulah kelebihan membeli-belah di PGMall. Sudah lah harga dipotong dan guna kod kupon bertambah kurang lagi harga.

 

Adakah selamat membeli emas di PGMall?

Ya, Rasa lebih selamat beli dari PGMall Online kerana mempunyai logo seal BizTrust dari SSM. PGMall adalah perniagaan atas talian yang sah undang-undang.

Pengeposan emas kepada pelanggan mengunakan perkhidmatan DHL yang dilindungi insurans. Bagi memastikan emas selamat sampai kepada tangan pelanggan.

Tak perlu was-was membeli di PGMall. Apa yang dijanji akan dikotakan.

Emas 0.5gram dan 1gram keluaran Public Gold mempunyai sijil bertema. Sijil bertema ini menarik untuk dikumpul dan boleh dijadikan koleksi peribadi atau pemberian hadiah.

Ada yang berminat nak dapatkan emas 0.5gram sijil rekaan bertema swing boleh dapatkan terus di >> PGMall.

  • Jimat membeli-belah di PGMall sambil terima ganjaran
  • Pengalaman emas trip PG Golden Tour Day 2
  • POS Malaysia lancar emas 0.5g edisi Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia ke 7

Filed Under: blog, pgmall Tagged With: emas, pgmall, simpan emas

Reader Interactions

Comments

  1. saps says

    28th November 2018 at 2:10 pm

    smart utk koleksi… memang terbaik.. untung pada yang telah beli..

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2018 at 3:21 pm

      Bagi suka buat Collector’s Item boleh kumpul rekaan sijil bertema. Secara tak langsung dapat 2 kebaikan iaitu simpanan bertambah dan harga Collector’s Item akan naik sebab akan jadi rare bila tidak dikeluarkan lagi.

      Reply
  2. Raihanah says

    25th November 2018 at 4:29 pm

    Penyimpan emas mesti sambar dah ni

    Reply
    • akubiomed says

      28th November 2018 at 12:43 am

      Sudah tentu. Bukan selalu peluang sebegini dapat. Sekurang-kurang orang kata nampaklah bendanya dan ke mana duit itu dibelanjakan. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in