• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / public gold / Kutip pengalaman berharga di Public Gold Sales Incentive Program Orientation (SIP)

Kutip pengalaman berharga di Public Gold Sales Incentive Program Orientation (SIP)

19th April 2016 by akubiomed 16 Comments

Saya sangat bertuah dan berbesar hati dapat menyertai Sales Incentive Program (SIP) orientation selama 2 hari 1 malam di Pulau Penang anjuran Public Gold bermula 16 hingga 17 April 2016.

Melawat ibu pejabat operasi Public Gold di Bayan Lepas, Pulau Penang.

Kami semua adalah Dealer Public Gold berkumpul di Public Gold Global Business Centre di kawasan Zone Industri Perdagangan Bebas Bayan Lepas, Pulau Penang. Public Gold ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Dato’ Wira Loius Ng Chun Hau dengan bertujuan menawarkan perkhidmatan jual beli emas fizikal dengan mengunakan sistem perdagangan emas fizikal yang berteraskan platform Informasi Teknologi dengan berkerjasama dengan Oracle.

Public Gold Global Business Centre di kawasan Zone Industri Perdagangan Bebas Bayan Lepas, Pulau Penang

Berkenalan rakan baru dari negeri berbeza pasangan adik beradik Azrul Hassan, Azman Hassan dan abang Hassan Mat. Kami menjadi rapat kerana mempunyai minat yang sama.

Perolehi pengalaman dan ilmu dengan menghadiri Sales Incentive Program (SIP).

Pertama kali dapat menaiki kereta mewah Roll Royce dan Porsche Cayenne kepunyaan peribadi Dato’ Wira Louis. Pagi-pagi lagi sudah free ride dengan test power kereta mewah dan kereta sport kepunyaan Dato di sekitar kawasan perdagangan bebas Bayan Lepas. Sudah tentu peluang seperti ini tidak akan dilepaskan untuk merasai pengalaman menaiki kereta mewah. Selalunya artis rapper biasanya kita lihat didalam video klip muzik video akan mengunakan kereta blink-blink seperti ini.

Kereta mewah Roll Royce milik Dato’ Wira Louis

Baju dah kena, terasa macam selebriti Holloywood menghadiri Academy Awards.

Senyum lebar Azman Hassan dan abang Hassan Mat macam gaya Dato

Paparan mewah kereta Roll Royce yang serba canggih. Dikatakan enjin kereta Roll Royce menyamai enjin kapal terbang.

Merasai pengalaman menaiki kereta Porsche Cayenne pula.

Paparan mewah dalaman kereta Porsche Cayenne. Banyak butang dan rasa macam budak-budak nak tekan-tekan semua.

Sesi ice breaking bersama Dealer Public Gold dan kaki tangan Public Gold merupakan sesi suai kenal mengenali satu sama lain.

Dato’ Wira Louis meluangkan masa untuk menyampaikan inspirasi dan amanat kepada Dealer Public Gold yang mengikut  program SIP.

Sesi tour di jabatan-jabatan yang ada didalam Public Gold Global Business Centre. Inilah peluang untuk melihat bagaimana mereka beroperasi, sokongan yang sedikit sebanyak memberikan keyakinan Public Gold sebuah organisasi yang kukuh. Setiap jabatan kami akan singgah dan Dealer boleh ajukan soalan untuk bertanya sebarang kemusykilan.

Jongkong perak seberat 5kg

Gambar beramai-ramai bersama Dato’ Wira Louis di pejabat beliau.

Bergambar bersama Dato’ Wira Louis

Rakan dealer berbual dengan Datin Wira Yvonne

Lawatan ke tempat simpanan deposit Public Safe di Relau. Pulau Penang

Dealer Public Gold berpeluang memasuki tempat simpanan deposit Public Safe yang ketat ciri keselamatannya.

Simpanan deposit ini ada bermacam saiz yang boleh disewa. Sekarang ini ada promosi RM99 setahun.

Makan tengahari di Restoran Ayu Mee Udang di Teluk Kumbar.

Mee Udang memang sedap tetapi didalam gambar ini tidak nampak udangnya kena selak mee baru nampak udangnya yang besar, segar dan banyak.

Singgah beli jeruk buah-buahan Pak Ali memang antara buah tangan yang wajib dibeli ketika berada di Pulau Penang.

Singgah ke Penang Street Art Kids on Bicycle di George Town.

Singgah Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe di Bayan Lepas.

Kalau dikira ada 7 jenis nasi yang mewakili 7 benua.

Sesi perkongsian bersama Jade Master Dealer Pokli dengan Dealer Public Gold. Beliau telah berkongsi resepi kejayaan adalah dengan mempunyai matlamat yang jelas, fokus, mengunakan kebolehan dan sumber yang ada. Bekerja satu pasukan dapat membantu kejayaan tidak boleh bekerja bersendirian untuk berjaya. Rupanya saya adalah generasi ketiga yang berasal introducer sama iaitu Pokli kerana introducer saya adalah generasi kedua selepas beliau.

Makan Nasi Kandar di Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell

Nasi Kandar warisan turun temurun berusia 100 tahun yang mana resepi dan rasanya kekal dari generasi ke generasi.

Mengunjungi PG Gold Museum milik Public Gold di Lebuh Bishop

Ambil insipirasi menyentuh jongkong emas seberat 50kg. Mana tahu suatu hari boleh mengumpul emas sehingga 50kg.

Nilai harga emas 12.5kg. Harga emas sentiasa naik. Pada tahun 2001 harga emas 12.5kg adalah RM400,000 dan pada 12 April 2016, harga emas bernilai RM1,800,00 juta untuk nilai yang sama. Fikir-fikirkanlah.

Kenangan paling manis sebelum balik ke Kuala Lumpur adalah menang cabutan bertuah emas Public Gold 0.5g Penang Street Skippy menjadi hadiah paling manis sebelum pulang.

Hadiah cabutan bertuah emas Public Gold 0.5g Penang Street Skippy

Program Sales Incentive Program (SIP) ini sangat berbaloi kerana dealer dari merata negeri akan berkumpul dan lebih semangat dengan kehadiran Pokli Jade Master Dealer membakar semangat dealer-dealer yang hadir. Dealer Public Gold wajib hadir program Sales Incentive Program (SIP) dan pemilik akaun PG ingin memasang impian menjadi Dealer PG boleh bermula perniagaan sendiri dengan menjual emas.

Bila hadir orientasi dapat mengenal latar belakan syarikat Public Gold, Produk. bantuan sokongan, mengembang rangkaian dan bertukar-tukar fikiran untuk memajukan diri didalam mendidik emas kepada masyarakat adalah pelaburan jangka masa panjang yang berbaloi dan mengelakkan kebocoran wang.

Boleh menabung emas serendah RM100 atau 1g emas dengan Gold Accumulation Program (GAP).

Bagi memudahkan penabungan emas setiap bulan boleh ajukan sebarang komen dibawah atau hubungi saya. Saya boleh uruskan buat kali pertama dan proses seterusnya akan dibantu sebaik mungkin.

Mohd Azrin Roselan
PG00069417
Dealer Public Gold
016-6475702 (WhatsApp)

 

Jika ada rakan-rakan dari Singapura atau Indonesia ini membuka akaun Gold Accumulation Program(GAP)  perlukan Introducer ketika mendaftar. Boleh isi nombor PG saya iaitu PG000695417.

Contoh gambar dibawah.

Laman rasmi: Public Gold Malaysia

FB Page: Facebook Page Public Gold Malaysia

  • Bermalam di Eastin Hotel Penang
  • Kenal emas di PG Gold Museum Penang
  • Pengalaman emas trip PG Golden Tour Day 2

Filed Under: public gold Tagged With: public gold, Sales Incentiver Program, SIP Program

Reader Interactions

Comments

  1. razlan says

    24th April 2016 at 1:25 pm

    ada rezeki lebih nanti nak try kumpul dinar pg ,buat kahwin ke

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2016 at 3:43 pm

      Boleh kumpul dinar dari sekarang mengantikan wang kertas @ wang fiat. Bila sampai masa nak pakai untuk berkahwin boleh cairkan dinar emas tersebut.

      Reply
  2. tali rope says

    21st April 2016 at 10:29 am

    terima kasih informasinya

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2016 at 3:44 pm

      Sama-sama semoga ia memberi manfaat ya mas. 🙂

      Reply
  3. Mus says

    21st April 2016 at 12:19 am

    wow.. bestnya pengalaman bro..
    dulu mmg berhasrat menjadi dealer juga..
    tapi belum ada rezeki..

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2016 at 3:46 pm

      Terima kasih, ia program yang membuka mata dan minda. Ilmu emas ini tidak belajar di sekolah dan universiti terlalu sedikit pengetahuan mengenai menyimpan dan menabung emas diketahui orang diluar sana.

      Reply
  4. zik says

    20th April 2016 at 7:01 pm

    fuhh … tak lama lagi pakai kereta besar tuh..

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2016 at 3:47 pm

      Ameen, moga-moga tertunai. Teringat pesanan salah seorang mentor yang berjaya supaya ‘dream big’ dan ‘think big’ serta ‘focus’. Barulah datang usaha.

      Reply
  5. Noriza Rahman says

    20th April 2016 at 5:14 pm

    Huish dah naik kereta mahal mesti dapat inspirasi untuk berjaya macam Dato tu kan?

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2016 at 5:27 pm

      Belum pernah jumpa mana-mana pemilik perniagaan yang sudi beri kereta mewah kegunaan peribadi untuk naik bersama. Yang diberi naik kereta bukan kecil-kecil kereta iaitu Roll Royce dan Porsche Cayenne. 🙂

      Reply
  6. anuar says

    19th April 2016 at 7:39 pm

    Tahniah!! Semoga berjaya mengumpul emas seberat 50 kg.. dengan emas seberat tu, boleh beli beberapa buah kereta poche …

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2016 at 5:35 pm

      Biarlah simpan sikit-sikit lama jadi bukit dari tidak simpan langsung atau ambil sikap tunggu dan lihat.

      Reply
  7. titan says

    19th April 2016 at 6:13 pm

    tahniah.

    dapat naik kete mahal tuh.

    sekali-sekala apalah salahnya.

    hoho..

    Reply
    • akubiomed says

      19th April 2016 at 6:35 pm

      Terima kasih bro Titan. Sebelum ini pernah naik Porsche Cayenne milik seorang hartawan di Lubnan. Ketika itu beliau bawa jalan-jalan makan angin pada waktu malam di down town.

      Naiki Roll Royce adalah pengalaman kali pertama. Kereta mewah enjin kapal terbang tuh. 🙂

      Reply
  8. JMR says

    19th April 2016 at 5:52 pm

    pokli tu femes tu..

    Reply
    • akubiomed says

      19th April 2016 at 6:36 pm

      Rasa bertuah kerana Pokli Jade Master Dealer turut hadir program SIP memberikan sokongan kepada dealer-dealer.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in