• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Asas kegunaan baja berdasarkan warna baja untuk newbie

Asas kegunaan baja berdasarkan warna baja untuk newbie

5th July 2020 by akubiomed 4 Comments

Senang nak pilih baja dan kegunaannya dengan mengenal warna baja.

jenis baja-baja

Kod warna baja petunjuk kegunaannya pada pokok

Pengenalan kod warna baja untuk Newbie.

Sambungan mengenai cara bagaimana nak baja pokok dalam bekas atau pasu.

  1. Ada yang bertanya mengenai jenis baja?
  2. Ada yang keliru nak pilih baja untuk pokok?Bila baca NPK tentu ada yang tak faham?

Saya nak kongsi mengenai jenis baja dan kegunaan untuk rujukan beginner.

Masa nak beli baja tentu perasan setiap baja yang dijual ada kod warna selain boleh baca angka nisbah NPK ada memberi maksud.

Senang nak kenal baja dengan kod warna dan kegunaannya.

1. Baja berwarna hijau untuk pertumbuhan anak pokok dan sesuai juga daun berdaun hijau seperti sayur.

2. Baja berwarna biru untuk pokok buah. Mengalak pembesaran buah dan hasil.

3. Baja berwarna merah untuk pokok bunga. Mengalak dah melebatkan bunga.

4. Baja kopi berwarna hitam. Digelar baja kopi kerana berbau seakan kopi. Sebenarnya bukan diperbuat dari kopi. Baja ini dicipta oleh negara Jepun. Sesuai untuk semua jenis tumbuhan.

5. Baja Organik diperbuat campuran dari tinja Ayam, bakteria baik, serbuk kayu dan sebagainya. Baja Organik sesuai untuk semua jenis tanaman dan bebas kimia.

Baja Milagro baja Organik 100%

6. Baja campuran berwarna-warni. Formula khas oleh dimixed untuk mendapatkan hasil yang luar biasa.

Biasanya penjual baja akan label baja kegunaannya boleh baca dengan teliti.

Semoga bermanfaat. Didahulukan ucapan terima kasih dengan tekan butang kongsi di media sosial.

Baja Organik Milagro 100% Organik sesuai untuk semua jenis pokok seperti pokok berdaun hijau sayuran, pokok bunga dan pokok buah. Hasil dan perubahan pada pokok seawal dua minggu.

Baja Milagro jenis serbuk dan cara pengunaan pun mudah dengan tabur sekililing jauh dari pangkal pokok. Ulang dua minggu sekali.

Satu jenis baja untuk semua.

Antara maklumbalas pelanggan selepas mengunakan baja Milagro.
-tunas-tunas baru akan kelihatan
– daun berwarna hijau pekat dan berkilat seperti daun plastik
– warna bunga yang lebih cantik
– pengeluaran hasil bertambah

  • Panduan asas baja pokok dalam pasu atau bekas untuk Beginner
  • Tip selamatkan pokok layu
  • Mudahnya hasil baja Organik dari buah pisang dengan teknik Kompos

Filed Under: blog, tanaman Tagged With: mengenal jenis-jenis baja, panduan jenis-jenis baja, panduan memilih baja, tips memilih baja

Reader Interactions

Comments

  1. Galut says

    1st September 2021 at 11:19 am

    Terbaik infonya Tuan,selalu beli saja..

    Reply
    • akubiomed says

      1st September 2021 at 11:29 am

      Terima kasih, warna pada baja secara umumnya memudahkan mengenal pasti jenis baja dan kegunaan. Ada juga baja yang dijual tanpa warna yang mana perlu dibaca label dengan teliti sebelum membeli.

      Reply
  2. ciktom says

    30th July 2020 at 9:27 am

    selama ni pakat main beli je..baru tahu ada beza..haha…
    tenkiu lepas ni ciktom kena tengok warna dan fungsi baja..
    amik gambar baja pun cun..

    Reply
  3. puanbee says

    14th July 2020 at 2:58 am

    haha asyik beli je , baca malas ..ni baru tahu fungsi dia …

    Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in