• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Mudahnya hasil baja Organik dari buah pisang dengan teknik Kompos

Mudahnya hasil baja Organik dari buah pisang dengan teknik Kompos

24th July 2019 by akubiomed 11 Comments

baja organik untuk baja buah dari buah pisang

Baja Organik dari buah pisang dengan teknik Kompos.

Jimat kos dengan menghasilkan sendiri baja Organik berkualiti tinggi untuk baja buah dari pisang dengan teknik Kompos.

Menghasilkan baja Organik dari rumah.

Dahulu memang bergantung penuh dengan baja yang sudah siap proses sebab tidak ada ilmu untuk menghasilkan dari rumah. Sebenarnya tidak susah untuk menghasilkan baja organik dari rumah dengan teknik Kompos. Jika sebelum ini saya pernah berkongsi menghasilkan baja Organik.

Sisa dapur dan tanaman boleh dikitar semula untuk menghasilkan baja Organik.

Sebenarnya apa sisa dapur atau tanaman boleh dikitar semula untuk menghasilkan baja Organik dengan teknik Kompos. Kalau sebelum ini kita selalu menghasilkan sampah tetapi kali ini sampah tersebut dikitar semula menjadi sesuatu yang bermanfaat iaitu baja Organik berkualiti tinggi.

Penjimatan mengunakan baja Organik.

Bayangkan dengan 1 penutup cecair baja Organik @ 10ml dibancuh dengan 1 Liter air. Nampak tak? sangat jimat dengan jumlah yang kecil cecair baja Organik yang pekat dibancuh dengan air sebelum disembur atau siram pada pangkal pokok.

Panduan menghasilkan baja Organik untuk baja buah dengan cara teknik Kompos.

Sebelum itu kita perlu faham keperluan baja untuk pokok. Semasa membeli baja tentu perasan nisbah yang tertera pada bungkusan baja seperti N:P:K. Bagi memudahkan pemahaman untuk pertumbuhan dan percambahan pokok perlu nilai N (Nitrogen) yang tinggi dan manakala untuk buah memerlukan K (Potasium) yang tinggi.

Bagi menghasilkan nilai K yang tinggi adalah dengan memilih buah pisang. Kalau perasan, orang kampung biasanya tabur kulit telur ayam pada pasu bunga. Kalau nak tahu kulit telur ayam mengandungi Kalium (K) dan Fosforus (P) sesuai untuk pertumbuhan dan buah pokok. Jadi selepas pecah telur janganlah terus buang kulit telur ke dalam tong sampah. Boleh jemur kulit telur tersebut untuk dikeringkan dan kemudian tumbuk halus. Tabur pada keliling pokok.

Sumber tumbuhan dan daun hijau boleh dijadikan bahan kompos untuk menghasilkan baja organik untuk baja pertumbuhan pokok kerana mempunyai N yang tinggi. Contoh Sayuran Kangkung boleh digunakan.

Bahan-bahan untuk baja organik untuk baja buah:

  1. Pisang
  2. Gula merah

Buah pisang digunakan sebagai bahan kompos dan gula merah adalah pemangkin @ makanan mikrob

Kebetulan ketika menghasilkan baja Organik untuk baja buah ada beberapa sisir buah pisang sudah terlalu masak dan tidak sesuai untuk dibuat goreng pisang. Dari biar pisang membusuk lebih baik kita manfaatkan dengan menghasilkan baja Organik untuk baja buah.

Buah pisang dihiris untuk mempercepatkan proses kompos.

Tabur buah ke dalam bekas kompos

tabur gula merah ke dalam bekas

lapisan gula merah di atas hirisan buah pisang

Ulang dengan tabur hirisan buah pisang

Ulang tabur gula merah diatas hirisan buah pisang.

Ulang lapisang hirisan buah pisang dan gula merah seperti membuat ke lapis. Lapisan akhir adalah gula merah. Tidak perlu tuang air. Tutup bekas kompos dan biarkan proses fermentasi berlaku secara semulajadi. Cecair baja organik boleh diambil dalam masa 14 hari dan ulang ambil air baja selepas 30 hari.

Hampas dari hasil kompos jangan dibuang begitu sahaja. Boleh ditanam dan kambus dengan tanah untuk proses pereputan semula jadi. Selepas 30 hari boleh ambil tanah tersebut untuk dijadikan media tanaman. Tiada pembaziran berlaku.

Bekas kompos ditutup dan boleh pasang kepala paip pada bekas kompos untuk mudah ambil cecair baja.

Keadaan bahan-bahan kompos selepas beberapa hari

Boleh ambil cecair baja organik selepas 14 hari

Cecair baja organik

Video mengambil cecair baja Organik.

  • Menghasilkan baja Organic Plant Booster untuk tanaman dari bahan-bahan terbuang dapur
  • Asas kegunaan baja berdasarkan warna baja untuk newbie
  • Sayur Sawi Organik Dengan Modal Kurang RM10

Filed Under: blog, tanaman Tagged With: baja booster, baja organik

Reader Interactions

Comments

  1. Kamilah Ismail says

    25th September 2019 at 5:51 pm

    Tkasih atas info utk buat baja organik.
    Bolehkah baja organik ini digunakan sebagai baja hidroponik menggantikan baja AB?

    Reply
    • akubiomed says

      6th October 2019 at 9:13 pm

      Harap puan jangan salah faham. Kedua-dua baja ini boleh digunakan. Saya sendiri mengunakan baja AB dan baja Organik.

      Reply
  2. Bebas says

    8th August 2019 at 12:26 am

    Saya pernah tengok orang campak je kulit buah di pokok, rupanya boleh jadi baja.

    Reply
    • akubiomed says

      25th August 2019 at 12:07 am

      Ya, boleh dijadikan baja selepas proses pereputan semulajadi.

      Reply
  3. Kerja Sendiri says

    26th July 2019 at 6:39 pm

    Bagusnya perkongsian ni. Cara jimat dapatkan baja.

    Reply
  4. Azian Khalil says

    25th July 2019 at 10:43 pm

    Waahh…bagus ni..

    Reply
    • akubiomed says

      25th July 2019 at 11:02 pm

      Boleh cuba hasilkan baja organik di rumah dengan kos yang rendah.

      Reply
  5. galut says

    25th July 2019 at 2:59 pm

    Terima kasih,info Tuan yang sangat baik,kebetulan saya sedang cari info ini.

    Reply
    • akubiomed says

      25th July 2019 at 10:59 pm

      Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

      Reply
  6. zool says

    24th July 2019 at 10:26 pm

    terbaik ni bro.
    nak kena buat ni

    Reply
    • akubiomed says

      25th July 2019 at 11:01 pm

      Mudah nak hasilkan baja organik dari rumah.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in