• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Menghasilkan baja Organic Plant Booster untuk tanaman dari bahan-bahan terbuang dapur

Menghasilkan baja Organic Plant Booster untuk tanaman dari bahan-bahan terbuang dapur

20th March 2019 by akubiomed 2 Comments

Hasil baja organik kualiti tinggi Organic Plant Booster dengan cara kitar semula bahan-bahan buangan dapur dengan cara Kompos

Baja Booster Organik dari bahan terbuang dapur yang dikitar semula

Baja Booster Organik dari bahan-bahan terbuang dapur.

Tidak terpernah terfikir akan menghasilkan baja berkualiti tinggi berupa Booster Baja Organik dari bahan-bahan terbuang dapur sahaja. Selama ini bahan-bahan terbuang dapur berakhir didalam tong sampah.

Selepas mengamal amalan kitar semula secara tak langsung berkurang menghasil sampah dosmetik. Tong sampah dirumah juga lambat penuh dan tidak seperti dahulu.

Senang sahaja nak menghasilkan baja Booster Tanaman Organik mengunakan teknik Kompos.

Bekas kompos:-

  1. Baldi hitam
  2. Bakul penapis plastik – sebagai penapis diantara bahan-bahan kompos dan air baja yang bakal terhasil nanti.
  3. kepala paip – untuk mudah dapatkan cecair baja.
  4. dulang – sebagai penutup bekas.

Pasang kepala paip pada dasar baldi kerana cecair baja akan terkumpul di dasar bekas. Semua bahan-bahan untuk buat bekas boleh diperolehi dari kedai ECO sahaja tak sampai RM10.

Bahan-bahan kompos:-

  • Dari buangan dapur
  • Tumbuhan

Untuk projek Kompos ini saya guna bahan-bahan terbuang dapur seperti Nasi dan keratan Sayur. Ada yang akan bertanya adakah mengunakan Nasi akan mengeluarkan bau busuk. Sebenarnya tidak.

Ada yang mengunakan bahan-bahan terbuang ikan tetapi saya tidak digunakan.

Sayur Kangkung sebagai bahan kompos akan menghasil cecair baja yang kaya Nitrogen bagus untuk kesuburan pokok. Mana kala buah pisang sebagai akan menghasil cecair baja yang kaya Kalsium bagus untuk buah.

Bila kita beli baja akan tertera nisbah kandungan N:P:K.

  • N – Nitrogen untuk tumbesaran dan kesuburan tanaman
  • P – Phosphorus
  • K – Kalium untuk buah

Jangan lupa pemangkin mikrob untuk proses fermantasi bahan-bahan kompos iaitu Gula merah.

Cara penyediaan Kompos.

  1. Masuk bekas penapis plastik didalam baldi.
  2. Tabur lapisan Gula Merah
  3. Tabur lapisan bahan Kompos
  4. Tabur Gula Merah
  5. Ulang langkah 3 dan langkah 4 sehingga bahagian lapisan akhir adalah bahan Kompos.
  6. Tutup dengan dulang.

Sepanjang proses memasukkan bahan-bahan Kompos dan Gula Merah langsung tidak tuang air. Pengunaan air akan menghasilkan bau yang busuk. Ada pun cecair baja bakal dihasilkan adalah hasil fermentasi semula jadi.

Selepas 14 hari boleh ambil cecair baja melalui kepala paip yang dipasang pada dasar Baldi. Ulang setiap 3 hari untuk ambil cecair baja.

Cara mengunakan cecair baja Kompos.

Senang sahaja nak guna cecair baja ini. 1 penutup botol dibancuh dengan 1 Liter air untuk masuk dalam botol Spray dan sembur pada daun pokok atau siram pada pangkal pokok.

Nampak tak betapa pekatnya cecair baja yang dihasilkan melalui proses Kompos.

Letak Bekar penapis plastik untuk tapis bahan-bahan Kompos dan cecair baja

Susun secara belapis taburan Gula merah dan bahan Kompos

Tutup baldi kompos dengan dulang. Ambil cecair baja selepas 3 hari

cecair baja kompos yang yang dikumpul

bahan-bahan kompos selepas 2 minggu. Kelihatan ada kulat putih diatasnya dan bau masam manis tetapi tidak busuk.

Selepas 2 minggu boleh tanam bahan-bahan Kompos untuk proses perupatan semula jadi.

tanah digali untuk tanam bahan-bahan Kompos

Bahan-bahan Kompos

Selepas tanam bahan-bahan Kompos tersebut dan dibiarkan selama sebulan untuk proses pereputan semula jadi. Bahan-bahan Kompos boleh digunakan dan digaul bersama tanah untuk tanaman.

Setiap proses Kompos ini langsung tidak ada pembaziran dan digunakan secara optimum. Bekas Kompos yang digunakan boleh dibasuh sehingga bersih untuk kegunaan proses Kompos pada masa akan datang.

Basuh bekas Kompos dengan bersih

Bekas Kompos yang telah dibersihkan

Kesan kitar semula bahan-bahan terbuang dapur dengan mengunakan proses Kompos.

Bila kita kitar semula bahan-bahan terbuang dari dapur akan kurang menghasil sampah. Tong sampah lambat penuh. Siapa sangka bahan-bahan terbuang dari dapur menghasilkan baja Organik berkualiti tinggi yang murah dan rendah kos.

Kalau ramai yang bersikap kitar semula sampah secara tak langsung akan kurang menyumbang kesan rumah hijau dan longgokkan sampah di tapak pembuangan sampah. Akan satu masa tapak pembuangan sampah baru akan dibuka kerana penambahan sampah-sampah domestik dibuang setiap hari.

  • Mudahnya hasil baja Organik dari buah pisang dengan teknik Kompos
  • Sayur Sawi Organik Dengan Modal Kurang RM10
  • Sayur Kangkung organik tanam di belakang rumah

Filed Under: blog, tanaman Tagged With: baja booster, baja organik, kompos

Reader Interactions

Comments

  1. hazlan says

    25th March 2019 at 5:09 pm

    mau try la jugak.. tq2

    Reply
    • akubiomed says

      27th March 2019 at 9:26 pm

      Saya pada mula tak sangka bahan-bahan buangan dapur yang dikitar semula dengan proses Kompos dapat menghasilkan baja organik berkualiti tinggi.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in