• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / AngelHack Party Malaysia dimana idea mula bercambah

AngelHack Party Malaysia dimana idea mula bercambah

26th November 2013 by akubiomed 40 Comments

Percambahan Idea selepas di inkubator oleh AngelHack.

Beberapa hari lepas saya mendapat PM di Facebook oleh TBG Interactive untuk jemputan AngelHack Party di Persoft Tower yang pertama kali dianjurkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia adalah sesi berkongsi pengalaman kepayahan dan permulaan memulakan perniagaan internet entrepreneur. Melihat senarai panel bukan calang-calang terdiri daripada Founder AngleHack, Founder Gushcloud, Lead Product Facebook dan CTO Air Asia Group.

Masih kabur apa itu AngelHack Party.

Ia adalah sesuatu yang asing bagi saya dan setelah beberapa kali bertukar email untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai AngelHack Party Malaysia ini memberikan sedikit pencerahan apa itu AngelHack Party.

AngleHack penghubung Teknikal dan  Bukan Teknikal untuk mengembangkan idea.

Panel yang hadir adalah Greg Gopman – Founder AngleHack, Vincent Ha – Founder Gushcloud dan Bo Zhan Lead –  Product Facebook. Saya hanya mengenali Gushcloud sebuah agensi pengiklanan dari Singapura kerana pernah menyertai pengiklanan produk mengunakan media sosial pada awal dahulu seperti Says, Nuffnang dan ChurpChurp.

AngelHack adalah cetusan idea Greg Gopman untuk mengumpul teknikal dan bukan teknikal untuk mencambah idea. Teknikal yang dimasukkan disini adalah programmer dan hacker. Manakala bukan teknikal mereka yang bukan programmer atau hacker. Idea boleh dikembangkan apabila ada networking dengan mendapatkan right people. AngelHack mengambil inisiatif menghubungkan dua perkara ini. Menarik bukan.

Selalu satu idea terbantut dan gagal direalisasikan kerana kekurangan seperti dana, teknikal, fasiliti, kepakaran dan sebagainya. AngelHack akan mengumpul hacker, programmer dan bukan teknikal supaya masalah tersebut boleh diselesaikan. Sudah tentu perkara yang rumit dan kerja menjadi lebih mudah apabila dibuat secara beramai-ramai dengan mendapatkan sumber yang tepat. Apa yang saya suka idea cetusan Greg adalah sesiapa sahaja boleh menyumbang idea tak kira dia teknikal atau bukan teknikal.

Antara perkongsian panel adalah pasaran aplikasi Malaysia terbuka begitu luas kerana persaingan tidaklah saingan sengit diluar Malaysia. Merujuk kejayaan WeChat berasal dari China, Kakao Talk  dari Korea dan LINE dari Jepun. Mereka nampak segmen pasaran yang besar di Malaysia terutama dari pengguna Asia.

Segmen pasaran Malaysia berpontensi tinggi untuk diterokai.

Saya rasa begitu rugi kerana bukan seorang programmer, hacker atau mempunyai ciri usahawan. Kalau saya mampu mengeluarkan idea sudah tentu saya akan kongsi dengan AngelHack komuniti. Mana tahu idea yang radikal dan gila-gila kadangkala mampu menghasilkan sesuatu luar jangkaan. Saya berpendapat berbaloi menghadiri AngelHack Party yang pertama kali dianjurkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Kalau di San Francisco AngelHack Hackathon mendapat sambutan luar biasa samada dari dalam San Francisco dan ada penyertaan dari luar Amerika. Sebenar ia adalah batu loncatan bagi usahawan siber, hacker dan programmer dari Malaysia untuk dikenali terutama komuniti Silicon Valley di San Francisco dan peringkat antarabangsa..

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=rU_dISBVxWA&rel=0]

Boleh layari laman rasmi HackAngel.

Sila tekan butang kongsi:

  • Mudahnya berniaga di Facebook kalau kena dengan caranya
  • Baru sekarang AkuBiomed ada akaun Facebook
  • DiGi Challenge for Change kembali mencari idea Aplikasi Mobile Terbaik

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. Arieon says

    30th January 2014 at 3:56 pm

    baru aku tau benda ni… Ingatkan apa benda angel dan hack ni… so, awak ada join tak ke party tu? dan awak memang member angelhack atau mereka pilih individu tertentu…

    Reply
    • akubiomed says

      2nd February 2014 at 9:44 am

      Saya pergi atas jemputan secara rawak.

      Reply
  2. mrhanafi says

    29th November 2013 at 4:52 am

    kalau dapat lepak ngan dia orang memang best juga.mana tau bagi idea yang kaw-kawa!

    Reply
  3. azman says

    28th November 2013 at 4:29 pm

    Berat jugak topik ni 🙂

    Reply
  4. Farisya Anastasyia says

    28th November 2013 at 7:10 am

    byk input menarik dpt ni 🙂

    Reply
  5. Saljuhumairah says

    27th November 2013 at 8:02 pm

    dalam hati memang sangat berminat event yang macam ni… kira macam conference jugak kot… banyak input dari sini nih….

    Reply
  6. eyriqazz says

    27th November 2013 at 7:15 pm

    menarik perkongsian bro..blela lepak2 ngan bro kongsi2 ilmu nanti..

    Reply
  7. ajumohit says

    27th November 2013 at 6:24 pm

    saya bab teknikal ni memang fail, tp perkongsian yg baik untuk orang macam saya

    Reply
  8. Bro Framestone says

    27th November 2013 at 4:02 pm

    Mantap. ada plan nk turut serta hari itu bila mu share dekat fb pasal benda nie. Malangnya komitment tidak mengizinkan.

    Reply
  9. Alin Marlini says

    27th November 2013 at 3:56 pm

    bukan bidang saya…tak brp faham..hihihi

    Reply
  10. TehR says

    27th November 2013 at 3:33 pm

    satu projek bagus nampaknya
    sebelum ni tak pernah tahu pula mengenai angelhack ni

    Reply
  11. suri says

    27th November 2013 at 2:08 pm

    saya ada dapat pm fb katanya tahu tak nak hack fb.terkejut juga dapat pm itu tapi bab jahat ramai orang nak buat bila cara baik agak kurnag pula yang meminatinya

    Reply
  12. sukma says

    27th November 2013 at 10:58 am

    agak menarik….banyak perkara yang perlu diketahui….nanti boleh review yea….

    Reply
  13. Juan says

    27th November 2013 at 1:05 am

    secara jujurnya, saya ni banyak idea nak buat, tetapi akibat kekangan “masa”, “ilmu” dan “duit” menyebabkan saya biarkan jer walaupun selalu terfikir. kalaulah saya ada ke tiga tiga benda yang saya highlightkan, saya boleh fokus untuk buat benda dan idea yang saya “MINAT”

    Reply
    • akubiomed says

      27th November 2013 at 1:53 am

      Orang seperti bro adalah calon sesuai untuk berkongsi idea untuk dinilai samada boleh dikomersialkan atau tidak.

      Reply
  14. fazrol says

    27th November 2013 at 12:13 am

    Untung…
    Tambah ilmu lagi…

    Reply
  15. papa mifz says

    26th November 2013 at 8:50 pm

    oh ni kira hacker baik ya bro…hehe

    Reply
    • akubiomed says

      26th November 2013 at 11:06 pm

      Ya, inilah yang kita mahukan hacker @ programmer sama-sama berganding bahu membangunkan apps yang memberi manfaat kepada masyarakat dan mempunyai nilai komersial.

      Reply
  16. hafiz says

    26th November 2013 at 6:21 pm

    Kat sini hackers malaysia berkumpul ya bro…

    Reply
    • akubiomed says

      26th November 2013 at 11:08 pm

      Pertama kali dianjurkan. Harap artikel ini dapat capai kumpulan sasaran terutama hacker, programmer dan usahawan dengan kewujudan AngelHack yang berpusat di Silicon Valley San Francisco.

      Reply
  17. Nine says

    26th November 2013 at 2:41 pm

    Bagus bro AB, aktiviti sentiasa ada hari2, banyak dapat ilmu & pengalaman. thumbs up.

    Reply
    • akubiomed says

      26th November 2013 at 11:13 pm

      Saya suka maklumat. Sampaikan pernah rakan melabelkan sebagai ‘Mr Thinker’ atau ‘Pusat Sumber Bergerak’.

      Insyallah ada ilmu saya akan kongsi. Kebetulan hari ini saya menghadiri ‘Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2013’ anjuran Politeknik.

      Reply
      • Nine says

        28th November 2013 at 6:37 am

        Yup, duk tengok bro memang selalu kongsi pengalaman, xtiviti & ilmu, tu yang dok rajin mai baca sini hehe. Rajin update sama. Banyak idea sendiri.

        Memang A blog bro 🙂

        Reply
  18. cik tom says

    26th November 2013 at 1:46 pm

    ciktom rs penah dpt email dr diorg dr sblum ni..tp just ignore je sbb ingatkan spam….nama “hack” kat situ..rasa seram je…huhu..

    Reply
    • akubiomed says

      26th November 2013 at 11:15 pm

      Pertama menerima PM jemputan agak terkejut kerana saya bukanlah hacker atau programmer. Oleh kerana sifat ingin tahu dan melhat senarai panel adalah yang muda dan berjaya menjadi satu tarikan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AngelHack.

      Reply
    • suri says

      27th November 2013 at 2:04 pm

      agaknya apa tajuk utama jemputan tu kalau ia melalui email atau pm facebook..

      kita takut nak buka email sebab ada spam ada tipu bagai itu risau huhu…

      Reply
  19. ema says

    26th November 2013 at 12:52 pm

    baca sini baru tahu angelhack tu apa…tak pernag dgr pun sebelum ini

    Reply
    • akubiomed says

      26th November 2013 at 11:17 pm

      AngelHack bermula di Silicon Valley, San Francisco. Mereka membantu inkubator usahawan mengembang idea peniagaan mereka dengan hacker dan programmer diluar sana. Ia adalah satu usaha persendirian.

      Reply
      • suri says

        27th November 2013 at 2:05 pm

        harap ia akan mendapat lebih ramai lagi sokongan dan paduan untuk menjayakannya

        Reply
  20. Hafiz Rahim says

    26th November 2013 at 10:25 am

    Kalau bro tak explain dalam ni..mesti tak tau apa2 lagi pasal angelhack ni.

    Reply
    • akubiomed says

      26th November 2013 at 11:18 pm

      AngelHack masih baru lagi di Malaysia. Mereka sudah bermula di Singapura terlebih dahulu. Memandangkan event di KL ini adalah berlaku tanpa dirancang.

      Reply
  21. cikgu naman says

    26th November 2013 at 9:11 am

    ingatkan parti yang tak elok tadi..hehe

    1st time dengar

    Reply
    • akubiomed says

      26th November 2013 at 11:20 pm

      Kreatif sungguh AngelHack untuk menarik perhatian. Harap hacker dan programmer tempatan dapat mengunakan landasan ini sebagai batu loncatan ke peringkat global. Memandangkan AngelHack ini beroperasi di Silicon Valley, San Francisco.

      Reply
  22. Aniq Bukhary says

    26th November 2013 at 1:55 am

    Saya pun baru dengar pasal benda nie. Kalau x baca entri nie sampai bila2 pun x penah dengar pasal anglehack

    Reply
    • akubiomed says

      26th November 2013 at 11:21 pm

      Harap mukadimah AngelHack ini memberikan sedikit pencerahan misi mereka ini. Selalunya kita mengharapkan kerajaan menyumbang dana dan mengerakkan sesuatu aktiviti. Berlainan cara AngelHack adalah inisiatif persendirian.

      Reply
      • Aniq Bukhary says

        27th November 2013 at 4:47 am

        Seriously suka idea yang digunapakai AngleHack nie..

        Reply
  23. hafizmd says

    26th November 2013 at 1:35 am

    Mmg tak tahu menahu pasal ni…thanks bro AB!

    Reply
    • akubiomed says

      26th November 2013 at 11:22 pm

      Sama-sama harap dapat membuka mata kepada sesiapa yang terbaca artikel ini.

      Reply
  24. titan says

    26th November 2013 at 1:10 am

    hoho..memang ramai yang tak tahu tentang angelhack nih..

    Reply
    • akubiomed says

      26th November 2013 at 11:22 pm

      Serius, AngelHack baru sahaja mula operasi mereka di Malaysia. Mereka melihat pontesi pembangunan apps tempatan dan Asia.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Cuci lampu headlamp kereta kuning dengan pengilat dan pencuci Waxco
  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in