• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Penantian 17 tahun Mee Kolok berakhir di Citrarasa Kuala Lumpur 2014

Penantian 17 tahun Mee Kolok berakhir di Citrarasa Kuala Lumpur 2014

25th May 2014 by akubiomed 46 Comments

Merasai pelbagai menu makanan tempatan mengikut negeri di Citrarasa Kuala Lumpur 2014

Sabtu yang baru ini saya telah menghadiri KL Travel Photojournalism Workshop 2014 di MaTiC. Pada hari sama juga berlangsungnya Citrarasa Kuala Lumpur 2014 yang bermula pada hari Jumaat. Program Citararasa Kuala Lumpur 2014 telah berlangsung selama 3 hari sehingga hari Ahad.

Pihak penganjur telah menaja makan minum peserta bengkel Photojournalism ini. Kami telah diberi kupon digunakan untuk menebus makan dan minum di gerai-gerai yang terdapat di Citrarasa Kuala Lumpur.

Gerai-gerai mengikut negeri menawarkan pelbagai menu makanan mengikut negeri masing-masing.

Menu pertama saya adalah bihun sup dari kedai Kedah.

Gerai Kedah menawarkan bihun sup, mee sup dan kuew tiaw sup

Daging lembu rebus yang akan diricik kecil sebagai salah satu bahan sup.

Lincah bro ini menyediakan sup pesanan pelanggan

Boleh nampak wap sup ketika dituang kedalam bekas. Ada mata yang memandang boleh tahan godaan bihun sup ini. Semangkuk sup berharga RM4.

Gerai Johor ini menawarkan Otak-otak

Gerai Perak ini menawarkan Rendang Tok Daging mengunakan resepi Mak Nik yang diwarisi dari turun temurun sejak 1959.

Brader ini malu-malu diambil gambar

Rendang Tok kering

Rendang Tok Daging dijual RM8 untuk 100gm

Rendang Tok didalam pek dijual pada harga RM9

Rendang Tok berat 100gm sebungkus dijual kepada pelanggan

Lemang juga dijual untuk dimakan dengan Rendang Tok

Ketupat Palas turut dijual untuk dimakan dengan Rendang Tok

Penantian selama 17 tahun berakhir untuk merasai Mee Kolok Sarawak di Citrarasa.

Gerai Sarawak antara kegemaran saya kerana menjual Mee Kolok sudah sinonim dengan negeri Bumi Kenyalang.

Ada cerita mengenai Mee Kolok Sarawak ini. Pada 25hb Disember 1996 adalah kali pertama menjejak kaki di bumi Kuching dan juga menjadi sejarah kehidupan saya apabila menjadi anak perantauan dengan berjauhan daripada keluarga. Berdiri diatas kaki sendiri memulakan kehidupan sebagai anak bujang dengan mencari rezeki sendiri setelah tamat pengajian.

Mee Kolok Sarawak adalah yang pertama dirasai setelah menjejak kaki di Kuching

Pada hari pertama menjejak Kuching, saya dan rakan sepengajian dikolej telah ke bandar Kuching dengan menaiki bas. Menu pertama kami setelah menjejak kaki disini adalah Mee Kolok Sarawak dan sebab itulah tersemat kenangan tersebut  ke sehingga hari ini.

Mee Kolok Sarawak

Kek Lapis Sarawak

Gerai Pahang menawarkan masakan Tempoyak ikan patin dari Raub. Menurut kak Norizan atau mahu dikenali sebagai Kak Long menjanjikan masakan Tempoyak ikan patin beliau adalah terbaik.

Masakan Tempoyak ikan Patin ini didatangkan dari Raub

Saya membawa balik masakan Tempoyak ikan Patin kak Long untuk dirasai bersama famili.

Demo masakan oleh Izyan Hani Juara Masterchef 2012

Terima kasih kepada pihak penganjur Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, MaTiC, UTM, Santai Travel dan eWana menaja makanan kami pada hari tersebut.

  • Terbang bebas bersama rama rama
  • Outing membidik bangunan Keretapi Tanah Melayu
  • Menimba ilmu Photojournalism di KL Travel Photojournalism Workshop 2014

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. brohantu says

    2nd June 2014 at 2:43 pm

    tengok pun dah meleleh, belum pi lagi ni

    Reply
  2. zik says

    1st June 2014 at 10:30 am

    sedap mee kolok nih… sana …

    Reply
  3. Anuar says

    30th May 2014 at 4:57 pm

    Alahai… Rindunya nak makan mee Kolok… Sejak balik ke semenanjung, dah lama tak makan Mee Kolok… 🙁

    Reply
  4. Ustazah Ain says

    29th May 2014 at 6:59 pm

    Semuanya amat menyelerakan, beruntung dapat pergi tapi masakan mampu nak merasa semuakan?

    Reply
  5. Annisa Biz says

    29th May 2014 at 3:45 pm

    kalau encik AB nak selalu makan mee kolok pada bila2 masa, maklumkan saya.

    saya ada kawan jual direct dari sarawak 🙂

    Reply
  6. Ummi Hanie says

    29th May 2014 at 3:31 pm

    ya ampun sedap2 semua makanannya…

    susah nak diet macam ni 🙂

    Reply
  7. TehR says

    29th May 2014 at 12:23 pm

    wah bestnya
    kawe pun dah lama tak merasa mee kolok

    Reply
  8. myrujukan says

    28th May 2014 at 11:04 pm

    dari dulu lagi saya nak pekena mee ni, tp sampai skrg x jumpa jumpa lagi

    Reply
    • akubiomed says

      29th May 2014 at 12:15 am

      Menurut bro Hazman ada restoran Dapur Sarawak menawarkan masakan menu Sarawak.

      Reply
  9. Sya Isya says

    28th May 2014 at 9:23 pm

    first time dengar nama mee kolok ni. boleh lah cuba makan lepas ni.

    Reply
    • akubiomed says

      29th May 2014 at 12:17 am

      Serius, saya ingatkan Mee Kolok adalah nama tidak asing.

      Reply
  10. Hazmin Hamudin says

    28th May 2014 at 2:12 pm

    Bulan 6 ni akan ke kuching, memang mee kolok antara menu yang akan dicari. Hehe. Tak sabar pulak rasanya.

    Reply
    • akubiomed says

      29th May 2014 at 12:46 am

      Boleh letakkan Mee Kolok didalam senarai menu masakan yang ingin dicuba.

      Reply
  11. Ismail N says

    28th May 2014 at 11:35 am

    Adehh, Sarawak dokat je dgn Sabah dan ramai org Sarawak di sini, tapi nape lah kawe tak pernah layan mee ni? Kena buat edisi siasat ni..

    Reply
    • akubiomed says

      29th May 2014 at 12:48 am

      Bolehlah cari Mee Kolok Sarawak ini disana.

      Reply
  12. Kamal Mustafa says

    28th May 2014 at 11:25 am

    Penjaga Rendang ton tue stylo betul, berjaket bagai hahaha. Makanan Negori Sembilan takdo ambil gambar ko Bro Azrin.

    Reply
    • akubiomed says

      29th May 2014 at 12:49 am

      Memang beliau seorang yang stylo. Gerai negeri Sembilan pun ada sebenarnya bro KM.

      Reply
  13. AUC says

    28th May 2014 at 10:01 am

    tak pernah lg makan mee kolok tu
    patin pahang memnag terbaeeekk

    Reply
    • akubiomed says

      29th May 2014 at 12:54 am

      Ikan Patin dengan negeri Pahang tidak perlu dipertikaikan lagi. 🙂

      Reply
  14. Ammar says

    27th May 2014 at 11:19 pm

    First time saya dapat rasa mee kolok ni masa pergi Sarawak. Best rasanya..

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2014 at 12:58 am

      Kalau sudah touch down di Sarawak wajib untuk dicuba Mee Kolok ini.

      Reply
      • suri says

        28th May 2014 at 8:37 am

        kalau ke sana wajib mencuba kalau terasa nak lagi jauhlah mau terbang ke sana ya

        Reply
  15. ahmadyani says

    27th May 2014 at 9:34 pm

    Masa pesta makanan sahaja ada mee kolok ni. Ada tak restoran yang jual setiap hari di KL ni?

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2014 at 12:57 am

      Saya rasa ada. Antaranya Dapur Sarawak seperti yang pernah review oleh bro Hazman sebelum ini.

      Reply
  16. Khairul Zamri says

    27th May 2014 at 8:34 pm

    Pertama kali dengar mee kolok tak pernah dengar dan tak pernah rasa huhu

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2014 at 12:56 am

      Bolehlah cari Mee Kolok dari Sarawak ini. 🙂

      Reply
  17. maza says

    27th May 2014 at 5:47 pm

    Perkhh.. semua gambo HDR ..
    Alamak maza sudah ketinggalan lah, tak dapat ler merasa gamaknya.. huhuhu

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2014 at 12:55 am

      Baru-baru hendak mencuba teknik HDR ini. 🙂

      Reply
  18. hazman aka species1980 says

    27th May 2014 at 2:14 pm

    Next time ada kelapangan boleh cuba kat Dapur Sarawak bro…. hehehehe

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2014 at 12:54 am

      Bolelah mencuba Dapur Sarawak memandangkan bro pernah review sebelum ini.

      Reply
  19. ema says

    27th May 2014 at 11:57 am

    banyaknya gerai makanan. seronok dapat makan-makan pelbagai makanan mengikut negeri ni.

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2014 at 12:53 am

      Kami beruntung kerana di beri kupon. Jadi puas dan penuh makan masakan yang diminati.

      Reply
  20. Hafizul says

    27th May 2014 at 10:40 am

    Perghhhh..bila lah nak rasa masak tempoyak ikan patin ni yer…raub memang terkenal dengan masakan ni…perghhh terliur sakan jadinya…

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2014 at 12:52 am

      Kak Long yang menjual Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin ini mengatakan masakanya antara tebaik di Raub.

      Reply
  21. Hairul Hissam says

    26th May 2014 at 8:48 pm

    Gerai johor letak otak2 jeee.. byk lagi masakan yg best di johor..

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2014 at 12:51 am

      Ada bermacam sebenarnya. Gambar otak-otak itu sebahagiannya.

      Reply
  22. Faizal Nizam says

    26th May 2014 at 6:47 pm

    Syok makan tu bro. Terbaik.

    Reply
    • suri says

      28th May 2014 at 8:38 am

      ini namakan rezeki melenggang perut syukur rezeki di bumi kita tak pernah putus-putus

      Reply
  23. suri says

    26th May 2014 at 9:21 am

    tak dapat nak pergi geram jugalah tapi mengalah juga.ada tapau tak?

    Reply
  24. nurmisnan says

    26th May 2014 at 7:38 am

    Bestnya.. wish dapat join korang masa hari photos n tempat burung smlm…

    Sedap tak mee kolok tu.. saya suka makan x banyak kuah n more lebih kicap.. lebih umphhh

    Reply
    • suri says

      26th May 2014 at 9:28 am

      wah macam ini bikin rosak diet sis 🙂

      Reply
  25. titan says

    26th May 2014 at 12:14 am

    lama gak tak makan mee kolok nih..wahhh

    Reply
    • akubiomed says

      26th May 2014 at 1:22 am

      Kebetulan Citrarasa Kuala Lumpur ini ada gerai Sarawak. Sudah tentu disediakan Mee Kolok.

      Reply
  26. Hero Borneo says

    25th May 2014 at 11:55 pm

    mee kolok memang menyelerakan….ada kesempatan datang lagi ke sarawak

    Reply
    • akubiomed says

      26th May 2014 at 1:23 am

      Insyallah jika diizinkan tuhan ingin melawat negeri di Borneo.

      Reply
    • suri says

      26th May 2014 at 9:22 am

      pelik nama mee itu rasanya mesti sedapkan. Ada resepi dia ker HB?

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Mendaki ke air terjun sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in