• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / percutian / Percutian keluarga ke tempat menarik di Melaka

Percutian keluarga ke tempat menarik di Melaka

13th September 2014 by akubiomed 34 Comments

Tempat menarik di Melaka untuk percutian keluarga

tempat menarik di melaka

Percutian keluarga ke tempat menarik di Melaka. Memandangkan cuti sekolah sudah pun bermula, sudah tentu ada perancangan untuk membawa famili berjalan-jalan makan angin.

Kita redakan dahulu dengan kejutan soalan UPSR bocor baru-baru ini. Ibubapa dan murid yang menduduki pemerikasaan UPSR tentu berasa gusar dengan apa berlaku. Bagi yang merancang bercuti boleh jadikan Melaka Bandar Bersejarah salah destinasi percutiaan keluarga.

Bandaraya ini diisytiharkan sebagai UNESCO Tapak Warisan Dunia 7 Julai 2008- wikipedia

Saya ingin mengesyorkan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati apabila berada di Melaka.

  1. Zoo Melaka

Zoo Melaka terletak di Air Keroh. Pelbagai spesis haiwan ditempat didalam Zoo Melaka ini.

  • Artikel terdahulu mengenai Zoo Melaka
  1. Bandar Hilir

Antara lokasi wajib perlu dikujungi apabila berada di Melaka. Menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara kerana terletaknya binaan peninggalan penjajahan Portugis dan Belanda. Replika Istana Melaka dan muzium-muzium yang boleh dikunjungi. Kalau penat berjalan boleh menaiki beca yang dihias ronda-ronda sekitar Bandar Hilir.

  • Artikel terdahulu mengenai Bandar Hilir
  1. Kampung Morten

Satu-satunya perkampungan Melayu ditengah bandar yang masih mengekalkan rekabentuk rumah tradisional Melayu.

  • Artikel terdahulu mengenai Kampung Morten
  1. Klebang Original Coconut Shake

Tidak sah kalau ke Melaka tidak merasa Coconut Shake cukup terkenal di Melaka iaitu Klebang Original Coconut Shake. Datang awal sebab sentiasa penuh dengan pengunjung.

  • Artikel terdahulu mengenai Klebang Original Coconut Shake
  1. Pantai Klebang

Lokasi pantai Klebang tidak jauh dar Klebang Original Coconut Shake. Boleh bawa famili bersantai dipantai dengan bermain layang-layang, menaiki kereta kuda, menaiki buggy dan bermacam lagi. Ada gerai-gerai unik yang mana bas lama diubah menjadi gerai berhawa dingin.

  • Artikel terdahulu mengenai Pantai Klebang
  1. Muzium Kapal Selam

Muzium Kapal Selam ini terletak di pantai Klebang. Kapal selam Agosta buatan Perancis ini pernah digunakan sebagai kapal selam latihan anak kapal TLDM persediaan mengemudi kapal selam pertama negara Scorpene.

  • Artikel terdahulu mengenai Muzium Kapal Selam
  1. Pantai Puteri

Selain pantai Klebang boleh ke pantai Pantai Puteri untuk berehat dan bermandi-manda disini. Boleh dapat ikan segar yang baru naik dari laut.

Berdekatan pantai Puteri terletaknya makan pahlawan Melayu terbilang iaitu Laksamana Hang Tuah.

  • Artikel terdahulu mengenai Pantai Puteri siri 1
  • Artikel terdahulu mengenai Pantai Puteri siri 2
  • Artikel terdahulu mengenai makam Hang Tuah
  1. Jonker Walk

Jonker Walk juga dikenali nama jolokan ‘China Town’. Terdapat bangunan lama yang telah dipulih dan pelihara. Antara spot pelancongan tempatan dan luar negara.

  • Artikel terdahulu mengenai Jonker Walk siri 1
  • Artikel terdahulu mengenai Jonker Walk siri 2
  1. Melaka River Cruise

Menaiki bot menyusuri sungai Melaka. Dicadangkan menaiki bot pada waktu malam kerana bagunan yang berada di tebing sungai dihiaskan lampu warna-warni. Serius memang cantik.

  • Artikel terdahulu mengenai Melaka River Cruise siri 1
  • Artikel terdahulu mengenai Melaka River Cruise siri 2
  1. Masjid Selat Melaka

Masjid Selat Melaka ini dibina di pulau buatan manusia pulau Melaka. Masjid ini kelihatan terapung apabila air pasang dengan kos pembinaan sekitar RM10juta. Boleh singgah solat di sini.

  • Artikel terdahulu mengenai Masjid Selat Melaka
  1. Magic Art Museum Bayou Lagoon Park

Satu lagi tarikan terbaru yang menarik muzium seni 3D di Magic Art Museum Bayou Lagoon Park. Lokasi muzuim seni 3D ini terletak di Bukit Katil berhampiran dengan Bayou Lagoon Park tidak jauh dari susur keluar tol Ayer Keroh.

  • Artikel terdahulu mengenai Magic Art Museum Bayou Lagoon Park

Bagi pengemar makanan laut boleh ke Umbai. Bagi yang ingin menginap boleh memilih hotel, hostel dan homestay yang banyak ditawarkan.

Nak cari hotel murah? Dapatkan: >>Deal hotel terbaik<<


  • Bermudik di Melaka River Cruise siri 1
  • Bermudik di Melaka River Cruise siri 2
  • Famili outing merasai aiskrim pasu pantai Klebang Melaka

Filed Under: percutian Tagged With: apa yang menarik di melaka, bercuti di melaka, gambar tempat menarik di melaka, gambar tempat tempat menarik di melaka, percutian di melaka, percutian ke melaka, percutian melaka, peta tempat menarik di melaka, senarai tempat menarik di melaka, tempat best di melaka, tempat menarik di melaka, tempat menarik di melaka bandaraya bersejarah, tempat menarik di melaka untuk bulan madu, tempat menarik di melaka untuk dilawati, tempat menarik melaka, tempat percutian di melaka, tempat tempat menarik di melaka malaysia, tempat-tempat menarik di melaka, tempat-tempat menarik di melaka untuk dilawati

Reader Interactions

Comments

  1. Percutian Bajet says

    12th August 2015 at 11:24 am

    Best. Enjoy baca artikel ni sebab banyak gambar-gambar cantik. Puas menjamu mata. Hihi..Melaka memang sesuai untuk percutian keluarga. Kalau nak lagi puas hati kena stay 3-4 malam. Banyak tempat boleh pergi.

    Reply
  2. kisah tatie says

    26th December 2014 at 8:44 am

    cantik-cantik gambar kat entry ni. rindu pula nak pergi melaka. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      26th December 2014 at 8:56 am

      Terima kasih. Ini salah satu usaha yang saya mampu lakukan untuk promosi produk pelancongan didalam negara.

      Reply
  3. latifah suleiman says

    7th December 2014 at 11:35 am

    thanks for rhe info.

    last pi jalan2 melaka masa zaman kecik2.

    skrg teringin nk bawak anak2 pulak..

    nak terjah takut sesat barat..

    jadi kena study lah dulu kan..n jumpa entry best ni, Alhamdulillah.

    Salam ukhwah,
    che’Pah

    Reply
    • akubiomed says

      26th December 2014 at 9:00 am

      Boleh buat perancangan percutian keluarga, biasanya tempat-tempat ini sesak pada hujung minggu, cuti umum dan ketika cuti sekolah.

      Reply
  4. Zulhilmi Zainudin says

    20th September 2014 at 12:57 am

    Pernah dulu ke Melaka. Tapi tak sempat melawat banyak tempat sangat sebab masa agak terhad. Melaka memang bandar yang cantik. Saya suka tengok beca-beca di Melaka. Cantik semuanya.

    Btw, menarik gambar-gambar yang bro tangkap. 🙂

    Reply
  5. ~uncle gedek says

    18th September 2014 at 3:21 pm

    Tapi melaka ni tak tahan tang Jem tu…! adoi!

    Reply
  6. sweetkurma says

    17th September 2014 at 2:53 pm

    suka tengok entry yang ada gambar banyak macam ni

    Reply
  7. fazrol says

    17th September 2014 at 1:15 am

    Tempat best.. yang tak best.. jalan sesak saja…

    Reply
  8. titan says

    16th September 2014 at 8:21 pm

    fuhh..

    cuti sekolahh..memang kena cuti la jawabnya. hoho

    Reply
  9. MissPuan Yati says

    15th September 2014 at 8:31 pm

    Antara negeri belum lawat, Melaka.. Baru bercadang awal tahun depan nak buat family trip nak ke sana. Boleh jadikan entry ni sebagai rujukan. Terima kasih 🙂

    Reply
  10. hafiz says

    15th September 2014 at 6:58 pm

    Jonker walk belum terjah lagi…

    Reply
  11. siti hazreen says

    15th September 2014 at 5:18 pm

    melaka menjadi tempat kesukaan keluarga saya kalau nak bercuti 😉

    Reply
  12. zool says

    15th September 2014 at 3:12 pm

    sesekali singgah lah ke kuala linggi pula.. ada juga tempat menarik

    Reply
    • siti hazreen says

      15th September 2014 at 5:21 pm

      pernah juga ke kuala linggi 😉

      Reply
  13. Amirul says

    15th September 2014 at 2:09 pm

    lama tak kunjung ke tempat bersejarah ni.last sekali pergi naik kapal besar tu waktu umur tadika..

    Reply
  14. maza says

    15th September 2014 at 12:48 pm

    Kalau tidak pernah singgah di Melaka, harus dijadikan tempat permulaan Cuti-Cuti Malaysia.. hehehe

    Maza kali ini hendak mencari tempat bersejarah di luar Melaka pula. Ahaks..
    hehehe

    Reply
  15. suri says

    15th September 2014 at 12:26 pm

    melaka antara salah satu negeri yang kaya dengan sejarahnya tersendiri. untungnya suri asal orang sana eh..eh.

    Reply
  16. Sani says

    15th September 2014 at 1:33 am

    Memang banyak tempat menarik di Melaka… Tengok gambar bro yang cantik-cantik ni teringin nak pergi.. 3 hari cukup kot nak ronda semua…

    Reply
  17. ahmadyani says

    14th September 2014 at 9:37 pm

    Utamakan lawatan dalam negeri dulu sebelum berkira-kira ke luar negeri….Banyak tempat yang menarik dalam Negara. Kalau hendak diteroka satu persatu, tidak akan habis….

    Reply
    • akubiomed says

      14th September 2014 at 10:46 pm

      Teringin melihat dunia dan mengenali kehidupan masyarakat luar.

      Reply
      • ruggedmom says

        16th September 2014 at 12:39 am

        Berjalan dengan niat kerana Allah pasti ada sesuatu yg kita boleh belajar dan ambil iktibar. Kekadang bercuti ke luar negara kosnya lebih murah, bergantung kepada lokasi dan cara percutian tu

        Reply
  18. amirulfaiz says

    14th September 2014 at 8:41 pm

    River Cruise jer yang saya tak berkesempatan lagi nak cuba, walaupun orang Melaka. Haha. 😀 Tunggu anak besar sikit.

    Reply
    • akubiomed says

      14th September 2014 at 10:45 pm

      Naik waktu malam boleh lihat limpahan lampu warna warni disepanjang tebing sungai.

      Reply
  19. Arman says

    14th September 2014 at 6:39 pm

    Pernah sekali je datang Melaka. Tapi tak sempat nak merasa makanan org Melaka. Mudah untuk melancong di Melaka kerana tempat-tempat menarik ini berdekatan…

    Reply
  20. Hairul Hissam says

    14th September 2014 at 6:28 pm

    teringin pula nak rasa kelebang coconut shake.. kalau ke sana, bolehlah mencarinya… 😀

    Reply
    • akubiomed says

      14th September 2014 at 10:43 pm

      Sentiasa sesak jalan untuk memasuki Klebang Original Cocounut Shake.

      Reply
  21. TehR says

    14th September 2014 at 5:42 pm

    banyak kali juga aku ke melaka
    tapi tak pernah pula sampai ke makam hang tuah tu

    Reply
    • akubiomed says

      14th September 2014 at 10:42 pm

      Kalau ke pantai Puteri boleh singgah makam Hang Tuah. Ada sahaja pengunjung yang hadiahkan Al Fatihah untuk pahlawan Melayu terbilang ini.

      Reply
  22. Zuan says

    14th September 2014 at 2:27 pm

    kelebang coconut shake dia legend! masih terasa di lidah power coconut shake ni

    Reply
    • akubiomed says

      14th September 2014 at 10:41 pm

      Kalau balik Melaka akan lepak disini untuk minum Coconut Shake dan Nasi Lemak.

      Reply
      • suri says

        15th September 2014 at 12:28 pm

        mintak ice cream lebih sikit hee..tapi double bayarlah

        Reply
  23. Hairul Azni says

    14th September 2014 at 2:23 am

    Comel je nampak rumah di Kampung Morten tu..

    Reply
    • akubiomed says

      14th September 2014 at 10:40 pm

      Rumah tradisional Melayu masih dikekalkan ditengah-tengah bandar.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in