Cabaran outing solo bergambar di Jonker Walk
Jonker Walk di Melaka menjadi destinasi membidik solo dengan kamera DSLR. Sebelum ini ada war-war untuk membidik solo di Melaka. Pertama kali membidik solo sejak menghadiri kelas Canon beberapa bulan lepas.
Saya sudah canang di Facebook wall untuk membuat outing solo di Melaka. Memandangkan adik ipar bercadang membeli belah di kampung Jawa, saya mengambil peluang untuk outing solo mengambil gambar dikawasan sekitar kampung Jawa. Saya tidak menetapkan lokasi secara khusus dan akhirnya memilih Jonker Walk sebagai lokasi mengambil gambar kerana seni bina bangunan bersejarah.
Cabaran mengambil gambar di Jonker Walk.
- Saya tidak sangka cahaya matahari yang terik jam 3.00 petang antara cabaran menganggu tumpuan untuk fokus subjek yang menarik.
- Disana sini ada larangan mengambil gambar sedikit sebanyak menganggu mood untuk mengambil gambar. Saya harus hormat kalau sudah tidak dibenarkan.
- Pengunjung dan kenderaan yang bertali arus agak mengganggu.
- Masa yang terhad diberi masa 1jam 30minit untuk mengambil gambar
Inilah hasilnya gambar yang diambil sepanjang berjalan di Jonker Walk.
Info ringkas
- Melaka diisytiharkan sebagai bandar Raya Warisan Dunia Oleh UNESCO pada 7 Julai 2008
- Bangunan berusia lebih 100 tahun dijadikan kedai menjual pelbagai barangan termasuk perabot, barangan antik, pakaian dan barangan cenderamata.
- Mengikut fakta, kedai barangan antik dan seni yang terdapat di Jonker Walk sudah wujud di bandar itu sejak awal 50-an.
- Pasar malam memeriahkan suasana Jonker Walk memulakan operasi bermula jam 6 petang setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad
- Jonker Walk adalah laluan seni, lokasi wajib dikunjungi di Melaka
sumber: myMetro
Nak cari hotel murah? Saya syorkan tempah dengan Agoda[dot]com. Banyak pilihan hotel, murah dan boleh dipercayai.
Tahniah. Gambar yang cantik dan menarik.
1 jam setengah untuk tangkap gambar memang tak puas bro…
Cool laaa.. skang nie dah layan outing street photog pulak yea….sesetengah gambar kalau kasi black n white mesti lebih menarik….
sgt suka street outing ambil gambar. sygnya jonker walk too packed, tringin nak jln2 time mlm kat situ.
memang gigih, tapi berbaloi hasilnya… ermm… takde watermark, tak mengapakah?
kami sefamili pun baru menyusuri jonker walk tempoh hari. semata2 nak cari cendol durian, tapi gagal… sangat keciwa 🙁 boleh guide tak kalau AB tahu info cendol durian ni? yg saya tengok di tv, kedai Jonker 88 yang femes tu. pergi jonker walk mmg kena jalan kaki, kalau naik kereta mmg payah. nama pun jonker walk kan
Maaf saya pun tidak perasan ada Cendul Durian di Jonker Walk ini. Kalau tidak memang ada reviewlah. 🙂
dah banyak kali ke melaka
tapi nampaknya masih sangat banyak sudut yang belum pernah dijejak
ciktom plg suka tgk pic no 3…wah xsangka byk jgk rupanya cabaran nak amik gmbr kat jonker walk ni…ingatkan snap camtu je..hehehe
Hari ini kulit merah macam kulit udang. 🙂
gambar cantik.. cuaca pun baik waktu snap…
baru tahu juga ada tempat larangan ambil gambar kat sini.
cantik-cantik gambar bro ambik ni.
Notis larangan mengambil gambar memang ada.
Suka tgk gambar yg main natural light macam kat atas tu. Terbaik bro..
Entry favourite saya dalam blog nie.. Cte fotografi.. 🙂
Rajin turun Melaka wehh… Gambar not bad.. cuma kena concentrate on subject matter. Crop kalau perlu di Photoshop. Kureng kan sikit gangguan kat bahagian belakang. Plus, ambik gambar bangunan agak tricky. Tak boleh biarkan bangunan nampak terbaring. My 5 cents jer since artikel ni berkait dgn fotografi, kawe cakap pasal subjek tu jugak. 😀
Terima kasih komen bro. Akan diperbaiki pada masa hadapan.
memang seronok berjalan-jalan bawa kamera di jonker walk, Melaka. kalau jalan waktu awal pagi tentu lagi best kan!
cantik gambar yang diambil..
jonker walk memang bangunan cantik kat sana
Tempat nie saya x sampai lg.. Tempat kat Menarik kat Melaka yg penah pegi Tanjung Keling je..
yup..gambar agak menarik cumanya alignment tu nak kena perbaiki..saya perasan bro slalu ter’snap’ senget..heheh..saya ni pandai ckp je..hehe..buatnya saya x pandai..sbb tu kena angkat tong sampah masa pi photocamp SN…heheh
compo dah best bro..cuma kebanyakannya senget..paling best gambar tingkap tu aku tengok..tapi kena betulkan skit lagi je tu..nampak tak lengkap.:D
Terima kasih kerana beri komen. Pengunjung ramai antara cabaran hendak mengambil gambar secara bebas.