Bermandi hujan di Zoo Melaka – siri ke 2

Bermandi hujan di Zoo Melaka – siri ke 2.

Sambungan kepada entri lepas bermandi hujan di Zoo Melaka. Mari kita cuci mata dengan melihat siri ke 2 haiwan-haiwan liar di Zoo Melaka. Kami anak-anak beranak berjalan kaki berbanding menaiki kenderaan berbayar antara perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Zoo Melaka. Apa bila berjalan kaki lebih lama kami dapat memerhatikan haiwan-haiwan liar ini :-)

Seronok melihat hidupan liar selepas hujan di Zoo Melaka.

Pengalaman pergi ke Zoo Melaka kali ini agak berbeza kerana kami dapat melihat hidupan liar di Zoo Melaka selepas hujan. Apabila cuaca sejuk akibat selepas hujan haiwan liar ini akan mengurangkan aktiviti atau tidur kerana mahu mengekalkan suhu badan ketika cuaca sejuk.

Anak-anak pula tidak henti bertanya mengenai nama-nama dan aktiviti kehidupan liar di Zoo Melaka kerana sifat ingin tahu. Ada sampai tahap satu masa anak-anak menarik tangan saya pergi berdekatan kandang haiwan liar untuk melihat secara dekat. Pengalaman melihat haiwan liar Zoo Melaka dapat mengikat hubungan kekeluargaan. :-)

Sekawan bangau Zoo Melaka

Sekawan bangau di Zoo Melaka

Bangau tidur dengan sebelah kaki

Macam ini bangau tidur dengan sebelah kaki

Kura-kura

Landak tidur

Landak menyorokkan diri untuk tidur kerana cuaca sejuk.

Beruang berdiri

Pertama kali melihat beruang berdiri didepan mata

Monyet basuh buah

Monyet basuh buah sebelum makan

Memerhatikan anak-anak buah dari jauh

Aksi anak Orang utan

Aksi anak Orang utan

Bulunya berwarna biru dan mata merah mengingatkan watak Mystique didalam filem X-Men

Burung merbuk 2 sejoli

Burung merbuk 2 sejoli memanaskan badan kerana kesejukkan cuaca

Tupai leka makan jagung

Susah untuk mendapatkan gambar tupai yang leka makan jagung

Musang

Gambar bersama Abang long, Baby Aslah dan emak.

Ikatan keluarga "Speechless"

p/s: Berbaloi dengan lawatan ke Zoo Melaka walaupun sebelum ini pernah beberapa kali pergi cuma bersabar ketika melalui jalan Ayer Keroh.

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • Norizwan January 30, 2012 at 11:20 pm

    sungguh menarik sekali…tak sabar tunggu anak saya Affan boleh jalan…baru leh jejak ke zoo hehe…:)

  • suri January 30, 2012 at 4:16 pm

    tak sangka redah hujan sb minat punya pasal.numun pic tak menghampakan ttp mnarik2 belaka.

    • akubiomed January 30, 2012 at 11:11 pm

      Boleh tahan lebat dan tidak boleh patah balik dah. :-)

  • suri January 30, 2012 at 4:13 pm

    bro ab apa nama burung biru itu?

    • akubiomed January 30, 2012 at 11:13 pm

      Rugilah pula saya tidak tahu nama burung biru tersebut.

  • wazy January 30, 2012 at 2:58 pm

    Cantik semua gambar ni

    • akubiomed January 30, 2012 at 11:13 pm

      Terima kasih, masih lagi peringkat amatur.

  • kulanz January 29, 2012 at 11:08 pm

    cantik gambar bro..
    budak-budak memang suka sangat melawat ke zoo ni.. tapi kenalah sentiasa jaga diorang ni terutama kalau hampir dengan haiwan yang liar sikit..

    • akubiomed January 29, 2012 at 11:16 pm

      Selepas kes Siamang menyerang budak kecil sudah tidak nampak ada haiwan dibiarkan kecuali ketika hendak balik ternampak ular lidi diatas pokok pagar.

      • suri January 30, 2012 at 4:15 pm

        saya tahun lepas baru g zoo kt kl.besar juga ya..tapi tka berapa bst sagt sb anak masa tu nak masuk 2 tahun dia tka berapa mint sgt hee..tgulah ada gak perancangan nak ke zoo taiping pula..klu ada rzki lbih

  • Mus January 29, 2012 at 8:34 pm

    memang mantaplah semua gambar tu bro
    Mus recently posted..Soto Campur ‘Marvellous’ Di Restoran Sofa, SegamaMy Profile

    • akubiomed January 29, 2012 at 11:21 pm

      Terima kasih bro masih lagi amatur dengan teknik mengambil gambar dan proses “editing”.

  • Norasikin January 29, 2012 at 6:33 pm

    Saya pernah pergi zoo melaka terlalu lama dahulu. Harap sekarang ni dah banyak perubahan. Boleh la berkunjung ke sana pula. Dekat je dgn kampung di muar

  • Denaihati January 29, 2012 at 6:13 pm

    Cantik gambar2nya. Anak2 aku pun suka jln2 zoo melaka.
    Denaihati recently posted..Top 10 Hotel Kuala Lumpur untuk berliburMy Profile

    • akubiomed January 30, 2012 at 11:15 pm

      Terima kasih bro DenaiHati. Saya masih lagi peringkat pembelajaran mengunakan kamera DSLR.

  • Nur January 29, 2012 at 5:48 pm

    Nampak keceriaan di wajah anak2 apabila dapat melawat ke zoo ni. Cantik benar burung biru tu.. Apa agaknya nama burung tu??

    • tehr January 29, 2012 at 10:24 pm

      aku pun berkenan dengan burung biru ni
      tak tahu apa nama dia
      tehr recently posted..Adat PertandinganMy Profile

      • akubiomed January 29, 2012 at 11:18 pm

        Saya pun terlupa untuk mencari nama burung biru ini apabila teruja sangat nak ambil gambarnya. :-)

        • suri January 30, 2012 at 4:16 pm

          cepat bro carikan utk saya nama dia heeee

  • klcitizen January 29, 2012 at 2:16 pm

    burung biru tu cun melecun lah :)
    klcitizen recently posted..isteri solehah ke awak ni?My Profile

    • akubiomed January 29, 2012 at 3:37 pm

      Memang cantik burung biru ini. Biasanya warna terang menandakan ia adalah haiwan berbisa tetapi tidak untuk burung ini. :-)

      • suri January 30, 2012 at 4:20 pm

        meh saya saronkan ia skirt pendek keh..keh.keh..

  • anif January 29, 2012 at 1:40 pm

    Alhamdulillah.. Seronok jika dapat luangkan waktu berkualiti bersama keluarga. :D
    anif recently posted..Kisah Arnab Dan Kura-KuraMy Profile

    • akubiomed January 29, 2012 at 3:39 pm

      Inilah peluang untuk merehatkan fikiran dan “quality time” bersama keluarga.

  • zulkbo January 29, 2012 at 1:21 pm

    salam..
    pertama kali juga saya tengok.. beruang madu
    rasanya ni kan..?kurusnya beruang di Malaysia
    zulkbo recently posted..Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga : Kasihnya Anak?My Profile

    • akubiomed January 29, 2012 at 3:35 pm

      Yang bro tengok dalam gamabar adalah anak beruang memang nampak kecil. :-)

  • iza January 29, 2012 at 1:17 pm

    Assalam…
    Tak pernah sampai zoo Melaka lagi tapi zoo Taiping dah banyak kali dah la..

  • nizam January 29, 2012 at 1:03 pm

    pernah sampai beberapa kali kat zoo melaka ni..hehe…
    dalam banyak2 gambar di atas,aku suka yang bergayut tu…comel!..haha

    • akubiomed January 30, 2012 at 11:16 pm

      Anak Orang Utan ini macam tahu-tahu sahaja gambar dia hendak diambil.:-)

  • lunaticg January 29, 2012 at 11:43 am

    Yang macam anjing tu bukan anjing hutan Malaysia ke? Time saya datang punya susah nak ambik gambar dia.
    lunaticg recently posted..Republika Hrvatska Exchange RateMy Profile

    • akubiomed January 29, 2012 at 11:47 am

      Nampak jinak sangat untuk pergi ke tepi pagar.

  • Tuan Tanah January 29, 2012 at 11:40 am

    Belum pernah sampai zoo melaka ni…:) tapi teringin nak bawa anak2 ke sana pada waktu malam..:)

Trackbacks