• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Mesin basuh rosak cari One ada jalan penyelesaian

Mesin basuh rosak cari One ada jalan penyelesaian

18th December 2012 by akubiomed 73 Comments

One penyelasaian masalah mesin basuh yang meragam.

Saya ingin menghebahkan perkhidmatan membaiki mesin basuh yang diusahakan oleh rakan saya yang bernama Wan. Beliau mempunyai pengalaman membaiki barangan elektrik dan elektronik di rumah melebihi 5 tahun.

mesin basuh toshiba rosak

Kepakaran beliau adalah membaiki mesin basuh antaranya Samsung, Toshiba dan jenama lain samadajenis ‘top loading’ dan ‘front loading’. Beliau menyediakan perkhidmatan membaiki dirumah pelanggan. Pelanggan boleh membuat temu janji mengikut kesusaian masa untuk beliau datang membuat diagnosis bagi mengenal kerosakkan yang minor atau major. Setiap pembaikan akan diberikan jaminan warranti*

Mesin basuh apabila semakin berusia akan mula memberi tanda-tanda kerosakkan. Beberapa tip mudah yang One @ Wan ingin kongsi boleh dilakukan sendiri dirumah. Contoh air masuk ke dalam mesin perlahan berpunca penapis air paip dibelakang mesin basuh telah tersumbat dan berkeladak. Apa yang perlu dilakukan adalah membersihkan penapis air dibelakang mesin dengan mengunakan berus.

Video tip membersihkan drum mesin basuh.

One @ Wan juga menawarkan khidmat nasihat kepada pelanggan untuk masalah yang biasa dihadapi ketika mengunakan mesin basuh. Beliau akan memberi bantuan dan tip menyelesaikannya. Sebuah Fan Page telah dibina untuk pelanggan mendapatkan perkhidmatan membaiki basuh yang ditawarkan. Beliau menjanjikan perkhidmatan yang diberikan adalah berkualiti dan memuaskan.

Facebook One: http://www.facebook.com/membaikimesinbasuh.

Info: Kawasan perkhidmatan adalah Rawang, Shah Alam dan Kota Damansara. Tempat lain boleh hubungi One @ Wan untuk temujanji.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. isham says

    22nd April 2016 at 6:53 pm

    mesin basuh jenama toshiba 6.5 kg br gun 3 thun …dah xblh msk air…

    Reply
  2. suri says

    26th August 2013 at 11:31 am

    jika mesib basuh dh rosak teruk baik ebli baru skrg rm300 dah blh dapat dha..

    Reply
  3. suri says

    26th August 2013 at 10:22 am

    alhamdulilahs emoga cara ini dapat membantu masalah yang sedia kritikal..kalau ada ramai bilangan ahli keluarga mesti isteri penat gila ini heeee

    Reply
  4. Wanwa says

    18th February 2013 at 5:22 am

    Mesin basuh saya jenama samsung model wa88b5 board rosak …agak berape charge repair

    Reply
    • suri says

      26th August 2013 at 10:23 am

      harap sahabat ab blh tolong jawabkan

      Reply
  5. hanafi abdullah says

    24th January 2013 at 3:19 pm

    Mesin basuh kami sekeluarga dah berusia 5 tahun..

    Reply
  6. Norasikin says

    27th December 2012 at 3:12 pm

    mesin basuh sekarang ni, bila abis warranty, mula la meragam mintak yang baru

    Reply
    • suri says

      26th August 2013 at 11:37 am

      itu sudah terbiasa cam umh mak saya baru je tukar mesib basuh heeee padah tahu2 ayah dapat pencen ngheeee

      Reply
  7. Mekar says

    25th December 2012 at 4:23 pm

    Mesin basuh tak pernah rosak lagi. cuma skrg sedang carrri org baiki dapur gas. Masalah dia suka menyambar..huhu

    Reply
    • suri says

      26th August 2013 at 10:29 am

      gas blh menymbar blh cek dia punya getah kot2 dah lama kena tukar yg baharu…whualam..

      Reply
  8. Bro Zulkbo says

    23rd December 2012 at 2:58 am

    Salam..
    agak menarik juga servis rakan anda tu
    dah 2 mesin basuh saya yang rosak
    bagi free je ke cleaner maintanance di
    apartment saya tempohari

    Reply
  9. Hairul Hissam says

    22nd December 2012 at 1:27 am

    setakat nie tak pernah lagi check sgt dlm mesin basuh… apatah lagi mau mencucinya… hanya reti tekan on dan masukkan serbuk pencuci je… lepas nie kena buat mcm kat video tu la.. tqvm bro…

    Reply
  10. Nur says

    21st December 2012 at 12:04 pm

    Memang susah juga bila mesin basuh rosak..

    Reply
  11. anif says

    20th December 2012 at 1:01 am

    Pening kepala kalau mesin basuh rosak! Banyak tenaga dibazirkan kalau guna cara manual.

    Reply
  12. MK Kimi says

    20th December 2012 at 12:35 am

    kalau ada bisnes nnt leh mtk tlg bro promotekan..hehe

    Reply
  13. fendy says

    19th December 2012 at 10:56 pm

    xpernah tau pon cara basuh mesin basuh…sebab memang dah namanya mesin basuh…

    Reply
  14. syaifuddin alias says

    19th December 2012 at 4:38 pm

    hihi..nice one laa..eh blog bro makin kacak 😀

    Reply
  15. Bro Framestone says

    19th December 2012 at 4:38 pm

    Maknanya area Bandar Tasik Puteri dia boleh repair ek.

    Tapi tak kan mesin basuh je?

    Reply
    • akubiomed says

      19th December 2012 at 8:17 pm

      Memang boleh sangat. 🙂

      Reply
    • One says

      26th December 2012 at 4:26 pm

      bukan mesin basuh jer, tp semua jenis peralatan elektrik rumah, ambil dan hantar adalah percuma. yg kecik2 bole la.. klu besar kedabak x bole la.. huhuhu

      Reply
  16. eiela says

    19th December 2012 at 2:22 pm

    kalau mesin basuh rosak, jenuh la nak membasuh guna tangan, alamatnya nanti basuh baju sdn bhd la jawabnya.

    Reply
  17. AmiRini says

    19th December 2012 at 2:09 pm

    Menarik ni.. kat mana lokasi ni…

    Reply
    • One says

      26th December 2012 at 4:28 pm

      buat masa ni, damansara n sekitar rawang yg berdekatan..

      Reply
  18. sha says

    19th December 2012 at 12:18 pm

    cantiknya blog u.. lama juga sha tak singgah sini.. anyway if nak cari solution psl mesin basuh akan cari u dan kawan u tu sekali ye.. hahaha

    Reply
  19. eyriqazz says

    19th December 2012 at 12:17 pm

    Lokasi mana dia cover bro?

    Kat putrajaya, boleh basuh nadot skali ni,susah bebenor dia nak mandi..hik3…

    Reply
  20. Nadot says

    19th December 2012 at 10:08 am

    kat rawang?..jauh jugak tu kalau nak memanggil ke putrajaya… harapnye tak rosak la washing machine… boleh buat sakit jantung kalau rosak.. haiishh 😉

    Reply
  21. Dkna Abza says

    19th December 2012 at 7:48 am

    boleh datang repair mesin basuh kat putrajaya?? hehehee… 🙂

    Reply
  22. Abdur says

    19th December 2012 at 7:33 am

    Baik betul abang,suka promote bisnes orang.

    Reply
  23. KiD says

    19th December 2012 at 4:47 am

    waaaaahhh… ni macam cuci cuci services… 🙂 bagus!!!

    Reply
  24. Naziman says

    19th December 2012 at 1:18 am

    Cantik header tu tau.

    Buat masa sekarang ni, mesin basuh kat rumah masih dalam waranti lagi. Tak sangka pula ada perkhidmatan yang fokud pada mesin basuh ya. Tak pernah dengar pula sebelum ni.

    Reply
  25. Norasikin says

    19th December 2012 at 12:19 am

    Tahun lepas mesin basuh rosak, tak sapa nak tolong repair. Ada kebocoran paip menyebabkan motornya kadang-kadang boleh gerak. Kadang-kadang merajuk. Terpaksa beli baru.

    Reply
  26. Azie says

    18th December 2012 at 9:51 pm

    Wah, senang sekraang ni, siap ada perkhidmatan perbaiki mesin ke rumah kan. btw cantiknya header terasa salju jer dengan kehadiran salji tu hehehh!!!.

    Reply
  27. Ladfe Amir says

    18th December 2012 at 9:45 pm

    mesin basuh saya juga sudah agak lama. sudah cecah 10tahun.

    baju semakin banyak utk dibasuh. kena dibasuh mengikut pembahagian.

    Reply
    • KiD says

      19th December 2012 at 4:50 am

      waaahhh… lama tu.. kena beli baru bro.. 🙂

      Reply
  28. pipoq says

    18th December 2012 at 9:18 pm

    buat masa ni mesin basuh masih dalam waranti..

    memang bagus kalau ada perkhidmatan ke rumah macam rakan bro AB ni..dah jarang2 jugak nak dapat orang kita yang buat perkhidmatan macam ni..

    Reply
  29. Nurul says

    18th December 2012 at 8:13 pm

    Mesin basuh rumah Nurul skrang rosak..Kena berdikari basuh tgn jer.. huhuhu.. 🙁

    Reply
    • akubiomed says

      18th December 2012 at 8:57 pm

      Kalau duduk dihostel dahulu akan rendam satu malam. Esok pagi gonyoh lebih kurang dan bilas kemudia jemur. Dulu serbuk pencuci jenama Attack sangat popular bangat. 🙂

      Reply
      • Ladfe Amir says

        18th December 2012 at 9:40 pm

        kalu rendam sehari tu ok lagi. ada yg rendam sampai 2 minggu. sampai bau wangi tu bertukar memjadi bau bangkai

        Reply
        • akubiomed says

          18th December 2012 at 9:45 pm

          Semasa tinggal di hostel dahulu biasa berlaku sampai ada yang terlupa baju berendam lebih dari seminggu sampai air berbuih. 🙂

          Reply
    • Ladfe Amir says

      18th December 2012 at 9:39 pm

      kena beli yg baru lah mcmtu. separuh manual pun ok. nanti tangan jadi kasar…:)

      Reply
    • One says

      26th December 2012 at 4:30 pm

      apa masalah nye?

      Reply
  30. Kimmy says

    18th December 2012 at 7:37 pm

    header lawaaaaaaaa…

    Reply
  31. Kimmy says

    18th December 2012 at 7:29 pm

    Saya selalu ada masalah dengan mesin basuh. Ini sudah bagus..

    Reply
  32. Shasha Mohamed says

    18th December 2012 at 7:11 pm

    Wan ni, buat perkhidmatan membaiki di kawasan mana?
    ps: Nice header! 😉

    Reply
    • akubiomed says

      18th December 2012 at 8:58 pm

      Kawasan Rawang dan kalau ditempat lain boleh hubungi One @ Wan untuk buat temujanji.

      Reply
    • One says

      26th December 2012 at 4:31 pm

      damansara n sekitar rawang yg berdekatan.. apa2 bole hubungi sy.. 🙂

      Reply
  33. sweetkurma says

    18th December 2012 at 5:04 pm

    wahhhh blog akubiomed berubah wajah…. nampak elegan…tahniah

    Reply
    • akubiomed says

      18th December 2012 at 5:52 pm

      Terima kak Siti. Ceduk-ceduk sikit idea banner lepas itu buat sendiri. Kali ini saya buat hanya mengunakan Microsoft Power Point sahaja.

      Reply
  34. hairulafiz says

    18th December 2012 at 4:45 pm

    nasib baik ada kawan2 yg boleh baiki. BTW header cantik sangat..

    Reply
    • akubiomed says

      18th December 2012 at 5:52 pm

      Terima kasih bro. Saya tolong kawan iklan perkhidmatan yang ditawarkan.

      Reply
      • hairulafiz says

        19th December 2012 at 2:41 pm

        ooo kira 2 in 1 lah ni…..

        Reply
  35. Ummi Hanie says

    18th December 2012 at 4:06 pm

    bukankah en. azrin pakar juga dlm membaiki brgn elektrik? 😉

    Reply
    • akubiomed says

      18th December 2012 at 5:53 pm

      Kalau di rumah barangan elektrik di rumah saya akan cuba baiki dan servis sendiri sahaja.

      Reply
  36. Mummy Akmar says

    18th December 2012 at 1:27 pm

    Uiyooo…perkhidmatan ini dah di komersialkan di FB gitu. Satu percubaan yang baik. senang je nak contact kan…

    Reply
    • akubiomed says

      18th December 2012 at 5:53 pm

      Harap ia teknik pemasaran yang berkesan.

      Reply
  37. baguznet says

    18th December 2012 at 1:06 pm

    Perkhidmatan yang bagus ni. Jarang ada orang nak buat sekarang ni. Bila boleh repair macam ni, boleh cuba jimatkan duit sebelum membeli yang baru

    Reply
    • akubiomed says

      18th December 2012 at 5:55 pm

      Beliau akan cuba membaiki hingga peringkat komponen berbanding menukar board lebih jimat.

      Reply
  38. sukma says

    18th December 2012 at 11:33 am

    service yang baik…kualiti mesin basuh bergantung pada jenama ker…?
    saya guna jenama national hampir 14 tahun baru rosak…now brand samsung…
    beli yang baru lebih baik dpd beli yang second hand..

    Reply
    • akubiomed says

      18th December 2012 at 5:54 pm

      Mesin basuh yang baru ada bermacam teknologi dan ada waranti motor sampai 7 tahun.

      Reply
    • One says

      26th December 2012 at 4:33 pm

      ye betul.. bergantung pada jenama n cara pengunaan..

      Reply
  39. Dulu Lain Sekarang Lain says

    18th December 2012 at 11:02 am

    Untung ada si one tu. Dengan harga mesin basuh msh mahal, terutamanya yg auto, bagus kalau ada geng boleh tolong bikin. Jimat $$$$$.

    Reply
    • akubiomed says

      18th December 2012 at 5:56 pm

      Alternatif sebelum membuat pengantian yang baru boleh cuba membaiki dahulu.

      Reply
  40. Sop says

    18th December 2012 at 10:04 am

    tp kalau kalau sentiasa jaga dan servis mungkin boleh tahan lama.. 🙂

    Reply
  41. Sop says

    18th December 2012 at 10:03 am

    setakat ni blom rosak..
    kalau rosak biasanya org beli baru kan? heheheh

    Reply
  42. Kamal Mustafa says

    18th December 2012 at 7:54 am

    zaman sekarang mesin basuh mesti jadi benda wajib ada dalam rumah. Takdo sapo nak membasuh guno tangan lagi doh. Azab raso eh.

    Reply
    • akubiomed says

      18th December 2012 at 5:50 pm

      Boleh membasuh dengan mengunakan tangan nanti berterabur anak.

      Reply
  43. donnyien says

    18th December 2012 at 7:54 am

    hai bro, selalu juga mengalami masalah mesin basuh rosak, sudah beberapa biji mesin yang dibuang kerana sudah tidak boleh di perbaiki…

    Reply
    • akubiomed says

      18th December 2012 at 5:50 pm

      Bro Donny perlu beli mesin basuh yang ‘heavy duty’ baru bertahan lama.

      Reply
  44. hafizrahim says

    18th December 2012 at 6:27 am

    mesin basuh kalau rosak kena repair cepat-cepat..kalau tak sengsara hidup..hehe

    Reply
    • Akubiomed says

      18th December 2012 at 7:50 am

      Bukan tidak boleh basuh dengan tangan kalau ada mesin basuh boleh ditumpukan untuk kerja lain.

      Reply
  45. titan says

    18th December 2012 at 4:39 am

    ada juga servis macam ini ya. hoho..

    Reply
  46. Mus says

    18th December 2012 at 2:28 am

    baguslah ada servis begini..
    saya ada mesin basuh yang rosak juga..

    Reply
    • Akubiomed says

      18th December 2012 at 7:50 am

      Jauhlah pula kalau si One hendak pergi baiki di Sabah.:-)

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in