Wordless Wednesday mengimbau cerita kepolisan Kojak

Kojak Jr aka Baby Aslah
Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi
Kutipan filem Super 8 sebuah genre sains fiksyen yang ditulis dan diarahkan oleh J.J.Abram dan diterbitkan oleh Steven Spielberg telah berjaya mengutip 37 juta dollar Amerika mengatasi filem X-Men: First Class. Antara drama siri dan filem yang diarahkan oleh J.J.Abram adalah Alias lakokan Jennifer Garner, Lost, Mission: Impossible III dan Star Trek.
Perlawanan akhir Piala FA 2011 antara Terengganu dan Kelantan berakhir dengan dramatik kerana ia ada misi mustahil bagi pihak Terengganu kerana gengaman kejuaran Piala FA hampir pasti milik Kelantan Red Warriors. Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi saksi pertembungan 2 gergasi dari pantai timur.
Bagi pengguna peranti Apple bakal menerima naik taraf iOS5 bagi mengantikan versi iOS4. Pesaing-pesaing Apple yang mengunakan OS Android dan Windows 7 mobile sebagai sistem operasi telah sedia maklum memiliki ciri-ciri tidak ada pada sebuah peranti Apple paling ketara iPhone generasi pertama, iPhone 3G dan iPhone 3GS tidak ada video call.

Kesan efek Selective Colour pada foto
Aku sudah lama kepingin membuat foto dengan teknik Selective Colour . Lama juga aku mencari info mengenai cara-cara menghasilkan Selective Colour. Selective Colour ini memberi kesan efek kepada gambar dengan subjek berwarna manakala latar belakang subjek berwarna hitam putih.
[Read more…] about Teknik foto Selective Colour dengan Picnik
Kali ini agak lewat aku membuat ulasan untuk bulan Mei. Baru hari ini aku berpeluang untuk membuat ulasan blog sendiri.
Sukan tenis bukanlah sukan yang aku minati untuk menonton tetapi sekadar menemani isteriku menonton perlawanan akhir Grand Slam di Terbuka Perancis antara Li Na dan Francesca Schiavone secara langsung di Astro SportHD. Akhirnya tercipta sejarah baru Grand Slam dengan Lina menang Grand Slam mengalahkan Shaivone sebagai juara bertahan 6-4, 7-6(0). Akhirnya Lina membawa Asia ke Grand Slam.
Tersentuh hati ini apabila membaca tweet berita musibah yang berlaku kepada anak-anak yatim rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang mana menjadi mangsa tanah runtuh. Sesungguh Allah SWT lebih menyayangi mereka yang pergi mengadap Ilahi pada usia muda.
Lilin menerangi kegelapan
Macamana dengan tajuk entri mampukah menarik minat untuk dibaca? Beberapa hari ini cuaca pada waktu siang terasa amat panas dan ditambah pula dengan kehadiran jerebu menjejaskan jarak penglihatan. Bau asap jerubu menyesak paru-paruku ini . Awan yang gelap mengundang hujan membantu mengurangkan masalah kesan jerubu yang tengah melanda sekarang ini.

Port melayari internet
Ketika menulis entri ini aku didalam persiapan mengemas barangan peribadi untuk pulang ke Kuala Lumpur selepas 5 hari berada di Pulau Langkawi yang bermula dari hari Ahad yang lalu. Pulau Langkawi popular dengan mitos mengenai sumpahan 7 generasi oleh Mahsuri.