• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Apple bakal melancarkan iOS5

Apple bakal melancarkan iOS5

11th June 2011 by akubiomed 47 Comments

Apple bakal melancarkan iOS5 mengantikan iOS4.

Bagi pengguna peranti Apple bakal menerima naik taraf iOS5 bagi mengantikan versi iOS4. Pesaing-pesaing Apple yang mengunakan OS Android dan Windows 7 mobile sebagai sistem operasi telah sedia maklum memiliki ciri-ciri tidak ada pada sebuah peranti Apple paling ketara iPhone generasi pertama, iPhone 3G dan iPhone 3GS tidak ada video call.

iPhone 4 dan iPad ada Face Time untuk menghubung sesama mereka mengunakan WiFi . Dari segi logiknya mengunakan WiFi adalah lebih menjimatkan berbanding 3G tetapi di Malaysia tidak semua premis menyediakan kemudahan perkhidmatan WiFi percuma dengan meluas ia sesuatu yang agak mengecewakan.

Antara peranti Apple yang bakal menikmati naik taraf iOS5 ini adalah iPhone 3GS, iPhone 4, iPod Touch generasi 3 dan 4, iPad dan iPad 2. Beberapa perubahan ketara dengan penambahbaikan seperti pengenalan beberapa ciri-ciri baru seperti Notification Center, iMessage, Newstand dan Twitter dibangunkan bersama iOS5. Hairan juga kenapa applikasi Facebook tidak diintegrasi dengan iOS5. Pengaktifan peranti Apple boleh dibuat tanpa iTunes dan kabel USB. iCloud adala penyimpanan data secara online bersaiz 5Gb diberikan secara percuma.

Apple iPhone dan iPad

Sebahagian ciri-ciri baru yang terdapat pada iOS5

1. Notification Center

  • Notifikasi untuk SMS, miss call dan notifikasi dari applikasi pihak ke 3 akan muncul di pada bahagian atas skrin tanpa notis pop up yang menggangu applikasi yang sedang aktif digunakan.
  • Semua jenis notifikasi akan disimpan didalam Notification Center. Hanya perlu swipe ke bawah untuk membaca senarai notifikasi.
  • Notification Center turut diletakkan pada Lock Screen.
  • Bursa Saham dan Ramalan Cuaca di bahagian pada bahagian atas notifikasi untuk iPhone dan iPod sahaja.

2. iMessage

  • Menghantar mesej antara peranti yang mengunakan iOS5 melalui WiFi atau 3G.

3. 

  • Satu ikon baru diwujudkan pada Springboard yang mana akan membuka iBooks untuk membaca majalah dan suratkhabar yang di muat turun dari App Store.
  • Langganan suratkhabar dan majalah yang dilayari dan muat turun akan disimpan didalam folder Newsstand.

4. Reminders

  • Notifikasi apabila menghampiri lokasi yang telah awal di set. Contoh. Mendapat notis peringatan membeli ubat dari gadjet sejurus meninggalkan pejabat atau menghampiri kedai farmasi
  • Notifikasi peringatan melalui tarikh
  • To-Do list juga berfungsi di Reminder app

5. Integrasi Twitter didalam IOS5

  • Tweet dengan Foto, Kamera, video dari YouTube dan dari lokasi Maps.
  • Menghantar tweet dengan mengunakan senarai nama didalam iOS Contacts.

6. Camera

  • Volume-up boleh digunakan sebagai butang shutter untuk mengambil gambar.
  • Camera App boleh di akses pada Lockscreen dengan menekan 2 kali butang home.
  • Zoom-In melebarkan 2 jari pada skrin dan mencubit untuk Zoom-Out
  • Auto Exposure dan kunci Auto Focus .

7.

  • Adalah tempat penyimpanan online untuk data backup, iTunes, iBooks, App Store, Photo, Contacts, Calendar, Mail, iWork yang bersaiz 5Gb.

8.

  • iTune dan kabel USB tidak diperlukan untuk pengaktifkan peranti baru Apple. Data didalam peranti boleh dikembalikan dengan login akaun iCloud.
  • Sync iTunes dengan mengunakan WiFi.
  • Menaik taraf versi applikasi tanpa iTunes hanya dengan WiFi atau 3G.

9. FaceTime

  • Panggilan boleh dibuat melalui 3G untuk peranti iPhone dan iPad Wifi+3G.

10. Safari

  • Tab browsing diperkenalkan.

Video ulasan iOS5

sumber: Apple

p/s: Artikel kali ini lebih sesuai untuk bacaan pengguna peranti Apple dan sebagai bacaan tambahan.

Sila tekan butang kongsi:

  • Apple melancarkan iPhone 4S
  • Gelombang Tsunami iPhone 4 melanda Malaysia
  • Tukar bateri iPhone 3G memanjangkan hayat

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. zik says

    14th June 2011 at 11:57 pm

    os nyer sama dengan dengan iphone…

    Reply
  2. aimannajmy says

    14th June 2011 at 7:33 pm

    teringin sungguh nak memilik gadget apple tapi belum kesampaian hajat di hati ini

    Reply
  3. Ismail N says

    13th June 2011 at 9:48 pm

    ada gak dengar citer nie..cuma kawe tak pakai Apple, so no idea sgt apa yg berlaku. Still, thanks for sharing bro… Kawe makan oren dulu…

    Reply
  4. Esempoi says

    13th June 2011 at 4:49 pm

    best ke produk apple nih

    Reply
    • akubiomed says

      13th June 2011 at 9:14 pm

      Bagi yang sudah mengunakan iPhone tidak ada masalah untuk mengunakan iPad cuma beza dari segi saiznya

      Reply
  5. MEKAR says

    13th June 2011 at 4:48 pm

    Saya juga tidak berapa taksub dgn gadget2 baru di pasaran. Alatan Yang sediada pun masih terkial2 utk mcuba apatah yg terkini.
    pst: tp seronok juga utk layan cuci mata dan ber”angan-angan” kan?

    Reply
    • akubiomed says

      13th June 2011 at 9:17 pm

      Saya suka gajet tetapi tidak semestinya setiap kali keluar model baru saya akan beli. Saya jenis teliti membaca ulasan dan buat kajian sebelum membelinya tetapi semua bergantung kepada kantung juga 🙂

      Reply
  6. bEe says

    13th June 2011 at 4:05 pm

    Anyway, gadget apple yg baru ni mcm best juga. Cuma, phm2 ajelah RM nyer berapa jadinya tak mungkin lah nak memakainya. Gadget ni sekejap aje akan turun harga. Hehehehe

    Reply
    • akubiomed says

      13th June 2011 at 9:19 pm

      Harga iPad2 Wifi tidak banyak beza dengan laptop cuma pesaing seperti Samsung mampu mengeluar Galaxy Tab yang mengunakan OS Android pada harga kompetitif. Membuat kita teragak memilih yang mana satu pilihan hati 🙂

      Reply
  7. bEe says

    13th June 2011 at 4:03 pm

    bEe tahu mengenai new gadget from my husband ajelah. Dia mmg minat gadget item ni. Lagi2 kalau psl kamera. Hehehehe

    Reply
    • akubiomed says

      13th June 2011 at 9:20 pm

      Saya pun minat kamera DSLR cuma pengetahuan mengenainya amat terhad.

      Reply
  8. yas says

    12th June 2011 at 4:42 pm

    Aku tak mampu nak komen lebih2…
    Aku x tau ape2 sangat pun pasal gadget2 terbaru skg nih…huhuhu

    Reply
    • akubiomed says

      12th June 2011 at 6:13 pm

      Tidak apa, terima kasih kerana sudi membaca 🙂

      Reply
  9. yadiebaroos says

    12th June 2011 at 12:41 pm

    jadi pengen beli ipad….

    Reply
    • akubiomed says

      12th June 2011 at 6:06 pm

      Memang mengoda untuk mendapatkan iPad

      Reply
  10. anif says

    12th June 2011 at 5:05 am

    Tentunya inilah yang ditunggu-tunggu oleh pemilik peranti iPod, iPad dan iPhone 😀

    Reply
    • akubiomed says

      12th June 2011 at 10:50 am

      Sudah semestinya cuma tidak pasti beberapa ciri didalam iOS5 dapat digunakan di Malaysia

      Reply
  11. yusri says

    12th June 2011 at 1:56 am

    pening sebenarnya baca peranti dan OS ni..Mr OS aku tahu lah…hahhaa..tapi aku memang minat gila dengan IPAD 2,tapi kalau boleh guna untuk kerja seperti buat dokumen pejabat(fungsi laptop sediaada) memang aku nak beli…

    Reply
    • akubiomed says

      12th June 2011 at 10:54 am

      Memang ada applikasi untuk Microsoft Office. Pada masa akan datang iPad2 hanyalah penghubung dokumen yang disimpan di iCloud

      Reply
  12. Mus says

    12th June 2011 at 12:24 am

    mmg tak sesuai untuk bacaan aku.. tak pernah guna apple.

    Reply
    • akubiomed says

      12th June 2011 at 11:25 am

      Tablet ini adalah teknologi masa hadapan. Akan bertambah 1 lagi gajet desktop pc, laptop dan terbaru tablet

      Reply
  13. titan says

    12th June 2011 at 12:05 am

    belum lagi terasa nak angkat produk apple. Tunggu masa je dulu..

    Reply
    • akubiomed says

      12th June 2011 at 11:27 am

      Macamana hendak merasa kerana ada saja gajet baru keluar sebagai stratergi pemasaran

      Reply
      • MEKAR says

        13th June 2011 at 4:51 pm

        cepat sangat produk baru yg keluar. sampai kita tak tkejar dibuatnya. Pada sya, kalu nak membeli itu biarkan mengikut keperluan & kegunaannya 🙂

        Reply
        • akubiomed says

          13th June 2011 at 9:12 pm

          Teringat ketika mengunakan laptop yang mempunyai prosesor 486DX4 75hz terasa amat seksa kerana tidak boleh keep up dengan internet yang pada ketika itu memerlukan spesifikasi yang agak tinggi memang lembap sungguh load laman web.

          Reply
  14. Kimmy says

    11th June 2011 at 10:27 pm

    Good info. Thanks for sharing

    Reply
    • akubiomed says

      13th June 2011 at 9:12 pm

      Wanita suka iPad2 kerana banyak ciri-cirinya yang ada feminin

      Reply
  15. afzal laidin says

    11th June 2011 at 10:06 pm

    antara fungsi yang menarik adalah iMessage. Fungsi untuk lawan BBM.

    Reply
    • akubiomed says

      12th June 2011 at 11:30 am

      Saya pun ada dengar fungsi yang sama ada pada BlackBerry. Jimat

      Reply
  16. Kamal Mustafa says

    11th June 2011 at 10:03 pm

    Macam Bro MDHAFiZ.NET, KM bukan aje buta kayu, dah buta batu dah. Memang takde harapanlah nak merasa. huhuhuhu

    Reply
    • akubiomed says

      12th June 2011 at 11:33 am

      Ada rezeki lebih mana tahu tergerak hati hendak sambar peranti Apple

      Reply
  17. MDHAFiZ.NET says

    11th June 2011 at 8:55 pm

    huhuw..memang buta kayu OoOooo…
    xda chance nak sentuh menatang nih… 🙂

    Reply
  18. Miecyber says

    11th June 2011 at 8:38 pm

    Wow…..amazing…

    Kesan Malaria melalui hand phone
    Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan…
    Bangladesh VS Vietnam

    Reply
  19. Jai says

    11th June 2011 at 6:55 pm

    Ho3.. Bab2 nih mmg Jai buta sikit… 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      11th June 2011 at 7:05 pm

      Saya ini peminat gajet cuma poket tidak cukup tebal untuk memilikinya 🙂

      Reply
  20. syahrilhafiz says

    11th June 2011 at 6:46 pm

    pergh memang mantap la..
    mesti setanding dengan android nanti

    Reply
    • akubiomed says

      11th June 2011 at 6:50 pm

      Rasanya Apple ini ada cara tersendiri. Mereka tidak terikut-ikut dengan kehendak pasaran tetapi mereka ini menentukan pasaran

      Reply
  21. faiz says

    11th June 2011 at 6:26 pm

    apple ni mmg dari duu terliur nak ada..tapi epal asam boi aku selalu minum..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      11th June 2011 at 6:49 pm

      Air Epal Asam Boi siapa-siapa pun terliur 🙂

      Reply
  22. tehr says

    11th June 2011 at 11:59 am

    dah lama aku tak makan epal

    dapat tengok je, bro
    huhu

    Reply
    • akubiomed says

      11th June 2011 at 2:51 pm

      Bro Tehr pilih epal yang mana satu epal merah atau epal hijau?

      Reply
  23. Sabahan Bloggers Club says

    11th June 2011 at 7:47 am

    Macam tu tak lama lagi nak keluar Apple 5 ler ni kan akubiomed?
    Laju betul apple ni. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      11th June 2011 at 9:48 am

      Saya pun ada mendengar khabar angin mengenainya juga

      Reply
  24. tips-kurus says

    11th June 2011 at 5:12 am

    Apple.. jus epal hijau + asam boi + limau kasturi = SANGAT SEDAP!

    Reply
    • akubiomed says

      11th June 2011 at 9:48 am

      Betul tuh apple hijau baik untuk kesihatan 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Cara baiki signal kereta Proton Gen2 tidak menyala atau berfungsi
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Asas kegunaan baja berdasarkan warna baja untuk newbie
  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in