• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Li Na menang Grand Slam membawa Asia ke Grand Slam

Li Na menang Grand Slam membawa Asia ke Grand Slam

5th June 2011 by akubiomed 43 Comments

Li Na menang Grand Slam

Sukan tenis bukanlah sukan yang aku minati untuk menonton tetapi sekadar menemani isteriku menonton perlawanan akhir  Grand Slam di Terbuka Perancis antara Li Na dan Francesca Schiavone secara langsung di Astro SportHD. Akhirnya tercipta sejarah baru Grand Slam dengan Lina menang Grand Slam mengalahkan Shaivone sebagai juara bertahan 6-4, 7-6(0). Akhirnya Lina membawa Asia ke Grand Slam.

Li Na menang Grand Slam adalah pemain wanita Asia yang pertama

Isteriku peminat no 1 tenis jika ada peluang pemain berstatus bintang seperti Rafael Nadal, Roger Federer dan Maria Sharapova beraksi pasti dia mengikuti aksi perlawanan mereka. Aku pada mula tidak ambil endah sangat kerana hari ini aku telah menempuhi peristiwa amat kecewa dan sedih kerana gambar anak-anakku simpanan format digital telah ter-delete kerana kecuaian aku sendiri.

Apa bila Li Na yang berasal dari Wuhan China bermain di pusingan akhir dengan berlawan Shaivone pemain Itali di Grand Slam gelangang tanah liat akan menjadi menarik apabila sejarah baru bakal tercipta sepanjang penganjuran Grand Slam sejak tahun1891. Grand Slam adalah antara kejohanan utama dunia menjadi buruan pemain ternama untuk mendapat mata kedudukan dunia dan menawarkan hadiah lumayan.

Memang sengit perlawanan antara Li Na dan Shiavone pada babak kedua sengit dengan tight break walaubagaimana pun ia menarik. Tanniah kepada Li Na dengan ini sejarah baru Grand Slam telah tercipta dengan coretan sebagai satu – satunya pemain wanita pertama dari Asia memenangi pertandingan besar tersebut. Li Na menang Grand Slam telah menjadi kebanggaan orang Asia.

 

Sila tekan butang kongsi:

  • Minggu ini cerita Asia sahaja
  • Malaysian Invasion Mixed Martial Arts Grand Finals.
  • 3 kali menang peraduan Nuffnang dan ChurChurp

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Hisyam says

    8th June 2011 at 3:01 pm

    Masa nadal lawan dengan federer haritu memang best. sanggup tak tido malam tengok tennis ni. biasa tak minat jugak tapi kalau 2bintang hebat bertemu terasa nak tengok jugak.

    #P.S: Domain blog sudah bertukar dari hisyam92.com kepada hisyamz.com. TQ

    Reply
  2. Ladfe Amir says

    7th June 2011 at 5:06 pm

    masa melanggan astro sport dulu mmg aku turut layan tenis. tenis ada masanya memang mendebarkan.

    apa2pun Li Na mmg cemerlang. diharapkan kecemerlangnya berterusan hingga mampu bergelar sebagai pemain no satu dunia

    Reply
  3. bEe says

    6th June 2011 at 6:12 pm

    Tahniah utk Li Na…
    Berjaya mengangkat org Asia pertama bukan????
    Hehehe bangga jadi org Asia 😛 ~~~

    Reply
  4. MEKAR says

    6th June 2011 at 10:43 am

    Saya juga tidak mengikuti sukan ini. mungkin tiada pengaruh menonton dr mr suami, dia suka tgk badminton jer.
    Saya pun reti & minat main badminton jer.

    ps: cara dpt mata dia sama mcm badminton kah ?

    Reply
    • bEe says

      6th June 2011 at 6:13 pm

      kak mekar, bEe suka tgk pun sbb pengaruh mr hubby

      Reply
    • akubiomed says

      6th June 2011 at 9:58 pm

      Cara kiraan mata pun berlainan sekali. Saya pun tidak faham selalu rujuk kepada isteri sahaja 🙂

      Reply
  5. titan says

    6th June 2011 at 1:58 am

    aku ada tengok ulangan dia tadi. Memang hebat beliauu..tahniah. tahniah..bilalah pemain malaysia nak menang grand slam agaknya..

    Reply
    • akubiomed says

      6th June 2011 at 9:35 pm

      Malam tadi isteri menahan mata untuk menonton aksi Spaniard Rafael Nadal Raja gelangang tanah liat bertarung menentang Roger Federer.

      Reply
  6. tehr says

    5th June 2011 at 10:57 pm

    tahniah
    aku ingat pemain jepun yang akan dapat nama dahulu
    akhirnya china juga

    membuktikan asia juga hebat

    Reply
  7. dnoBiz says

    5th June 2011 at 10:05 pm

    Li Na …
    Sehebat Lanina yang melanda

    Reply
    • akubiomed says

      5th June 2011 at 11:57 pm

      Taufan asia telah sampai ke Eropah 🙂

      Reply
      • bEe says

        6th June 2011 at 6:17 pm

        Ahaks… 😉

        Reply
  8. nizamghazi says

    5th June 2011 at 5:50 pm

    Eh, rasa boleh kot klu dptkan kembali
    gmbr2 yg dah terdelete

    Reply
    • akubiomed says

      5th June 2011 at 6:31 pm

      Ada nama software? Gambar digital yang terdelete simpan didalam DVD R

      Reply
  9. azizan4444 says

    5th June 2011 at 5:48 pm

    terbaik li na..yang pastinya malam ini lagi menarik.nadal lawan federer..4 jam plk la duk dpn tv ..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      5th June 2011 at 6:32 pm

      Nadal memang terkenal sebagai raja gelangang tanah liat

      Reply
  10. Wan says

    5th June 2011 at 3:54 pm

    tak boleh aku tgk tenis.tadak jiwa

    Reply
    • akubiomed says

      5th June 2011 at 6:32 pm

      Saya sekadar teman isteri menonton dari melayan AF 🙂

      Reply
  11. MDHAFiZ.NET says

    5th June 2011 at 1:41 pm

    aku pun main tenis juga.. tapi tenis meja…
    🙂

    Reply
    • akubiomed says

      5th June 2011 at 2:00 pm

      Boleh ajak berentap. Saya hendak main bergu campuran bersama Adele 🙂

      Reply
  12. afzal laidin says

    5th June 2011 at 1:28 pm

    akhirnya ada gak orang asia menang grand slam. lepas ni harap-harap ada wakil dari Malaysia pulak.

    Reply
  13. yas says

    5th June 2011 at 12:54 pm

    Kebetulan malam tadi layan gak …kat hujung2 jerr..
    Si Shaivone tu byk ngat komplennya….
    Tahniah buat org2 China…:)

    Reply
    • akubiomed says

      5th June 2011 at 2:03 pm

      Perasan juga dia cuba bantah keputusan pengadil. Biasalah acara final tentu ada sedikit ketegangan 🙂

      Reply
      • dnoBiz says

        5th June 2011 at 10:06 pm

        komplain sebab nak ilangkan tekanan la tu … 😀
        Ps : lindan selalu guna teknik ni 😀

        Reply
        • akubiomed says

          5th June 2011 at 11:56 pm

          Teknik menguji mental pihak lawan dengan menyerang secara psikologi

          Reply
  14. nuriz says

    5th June 2011 at 12:22 pm

    Tau sikit sikit je pasal pemain tenis ni hehe

    dulu pernah try main..sekali bola keluar sampai luar pagar yang tinggi tu haha
    malu la , tak mau main dah. squash saya paling suka tapi kena stamina tinggi jgk

    Reply
    • akubiomed says

      5th June 2011 at 1:43 pm

      He..hee..tidak pernah pun main tenis atau squash 🙂

      Reply
  15. Amirez says

    5th June 2011 at 12:17 pm

    Pernah main tenis masa kat U dulu..lagi penat daripada badminton huhu.

    tahniah kepada Li Na..buktikan pemain Asia juga hebat 😉

    Reply
    • akubiomed says

      5th June 2011 at 1:44 pm

      Saya kalau main badminton double boleh tapi kalau single pancit

      Reply
  16. Mus says

    5th June 2011 at 11:27 am

    orang asia pun hebat apa..
    lebih bangga kalau orang kita yang menang

    Reply
    • akubiomed says

      5th June 2011 at 1:42 pm

      Sudah ada atlet kita yang bertaraf dunia cuma sukan tenis belum ada lagi

      Reply
  17. Ismail N says

    5th June 2011 at 10:57 am

    tahniah buat Li Na.. Bangga org2 Asia ehhh… biarpon mata lebam tgk sampai lewat malam. 😀 Kawe pon ada pikir nak report hal ni tapi since bro sudah post, cantek sudah tu.

    Reply
    • akubiomed says

      5th June 2011 at 1:41 pm

      Memang bangga pun kalau orang Asia berjaya menakluk kejohanan di Eropah.

      Reply
  18. ZoOL says

    5th June 2011 at 10:32 am

    Tennis, pernah try dulu ~ silap masa pergelangan tangan ko terseliuh masa nk hanyun raket die..

    China memang mantap dalam sukan menggunakan raket (kecuali Squash XD)

    Reply
    • akubiomed says

      5th June 2011 at 10:44 am

      Squash dunia milik kita kerana ada Datuk Nicole 🙂

      Reply
  19. adele says

    5th June 2011 at 7:33 am

    tennis ni mmg kena stamina yg tinggi..sy x suka sgt tennis, table tennis suka! hehe

    Reply
    • akubiomed says

      5th June 2011 at 9:45 am

      Dah agak jawapan Adele tentu table tennis 🙂 Kiranya hebat pukulan bola spin lah ni

      Reply
  20. Jai says

    5th June 2011 at 3:21 am

    Jai mmg x berapa sangat ngan tenis.. Cara kiraan permainan ni pun lagilah jai pening..he3

    Reply
    • akubiomed says

      5th June 2011 at 9:46 am

      Ha..haa..samalah kita pengiraan pun tenis pun pening-pening lagi selalunmya tanya dekat isteri sahaja

      Reply
  21. Sabahan Bloggers Club says

    5th June 2011 at 2:13 am

    Tak berapa minat tenis tapi kalau ada pemain Russia, tengok gak…. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      5th June 2011 at 9:46 am

      Minat siapa Maria atau Anna?

      Reply
  22. naimulfirdaus says

    5th June 2011 at 1:52 am

    baru-baru ni dengar kata ada perlawan antara nadal dengan roger federar..taktau la apa keputusannya..

    Reply
    • akubiomed says

      5th June 2011 at 9:53 am

      Saya kena tanya isteri saya untuk mendapatkan keputusan kerana dia peminat nombor 1 Spaniard Rafael Nadal

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in