Cukai 6% kepada pengguna prabayar berkuatkuasa 15 Sept 2011
Ramai yang sedia maklum bahawa syarikat pembekal komunikasi tempatan akan mula mengenakan cukai 6% untuk pembelian tambah nilai prabayar, pek atau kad SIM. Cukai perkhidmatan 6% telah menimbulkan beberapa reaksi kepada pengguna terutama yang berpendapatan rendah dan yang masih belajar kerana sebagai contoh kredit RM10 akan dikenakan cukai sebanyak 60sen menjadikan jumlah yang perlu dibayar adalah RM10.60.


