Takbir Raya menjadikan kemeriahan dirasai pada Hari Raya.
Hari ini sudah masuk hari Raya ke-3 tentu ada diantara blogger menerima kehadiran tetamu dan ada yang keluar mengunjungi rumah saudara mara dan sahabat handai. Kemeriahan dirasai pada Hari Raya pada saat diumumkan jatuhnya hari sambutan Hari Raya selepas diumumkan oleh Pemegang Mohor Besar Raja-Raja dengan dentuman mercun. Takbir Raya mula bergema di masjid-masjid berdekatan.
Di saat kemeriahan pada Hari Raya, aku pula dilanda selsema dan batuk yang agak teruk hingga menjejaskan peti suara terus mood untuk menyambut Hari Raya agak down sedikit. Sambutan Hari Raya kali ini betul-betul menguji keimanan dan ketabahan diri aku dari sejak awal Puasa bulan Ramadhan bermula dengan hari ke-2 bulan Ramadhan aku mengalami cirit-birit. Boleh dikatakan sepanjang bulan Ramadhan, ibadat aku terjejas dengan Demam Saraf hingga membatas pergerakkan kerana terasa amat sakit sehinggalah diakhir Ramadhan.

Ada hikmah setiap ujian Allah SWT kepada hambanya
Ujian kali ini sungguh hebat bagi aku untuk menghadapinya dan aku rasa ada hikmah ujian Allah SWT. Mungkin ujian yang melanda pada aku adalah kecil berbanding ada yang terlantar dihospital seperti yang berlaku kepada saudara sebelah isteriku koma angkara serangan strok.
Aku tetap bersyukur masih lagi diberi kekuatan untuk menunaikan solat sunat Hari Raya, mencium tangan kedua orang tuaku dan mohon kemaafan, memohon kemaafan isteri, anank, adik beradik dan ipar. Aku masih dapat menikmati Nasi Impit dan Lemang dengan Kuah Kacang dan Rendang. Kegembiraan anak-anak mendapat duit Raya dari datuk, nenek, pakcik dan makcik mereka.
p/s: Walaupun berbeza bangsa dan etnik tetap kemeriahan dirasai pada Hari Raya kerana ia adalah hari kemenangan umat islam
Salam. zaman remaja dulu saya pun pernah merasai demam panas apabila tibanya 1 syawal. memang tak best langsung masa tu org bersiap2 berpakaian cantik, kita dok tergolek atas katil ja. Apa2 pun memeng seronok bila musim perayaan krn dpt berjumpa keluarga dan saudara mara tercinta
Oh ye ker tentu mood hari Raya terganggu. Kalau didalam keadaan macam itu tentu saudara mara berasa simpati beri duit raya lebih sedikitkan 🙂
Selamat Hari Rayaaaa 😀
Kirim salam kat family yee ~
Salam Lebaran kepada ZIda dan Famili 🙂
salam aidilfitri bro harap masih lagi dapat menikmatinya pada tahun2 yang akan datang… insya Allah
teruskan menjaga kesihatan dan tingkatkan antibodi
Ubat antibiotik banyak doktor bagi 🙂
spoil mood raye kalo sakit time raya kan..ujian selepas puasa la tu..
Memang mood ada rasa down bila sakit
Bahagian bersalam-salaman tu paling ditunggu..haha~
Alahai comel jek budak2 kecik bersalaman 🙂
Yg pasti pas salam kena ada duit raya ;-p
bunga api tu gambar bro amik sendiri ke. mcm mana ye nak ambil camtu ada teknik2 tak, cam light grafiti
Gambar percikan bunga api saya gunakan kamera DSLR dengan memanjangkan masa shutter speed kepada 1saat
walau penat tapi tetap best hehee
salam..
raya penuh makna jika semua ada berkumpul bersama2..
yg tiada d lupa jgn
Selamat Hari Raya !!
Semoga di tahun hadapan kita masih berpeluang meraikan Ramadhan & Syawal
Salam Lebaran kepada Elly juga. Kalau ada umur yang panjang akan bertemu lagi Ramadhan dan Syawal
syukur alhamdulillah kerana masih diberi peluang oleh-Nya untuk meraikan hari raya lagi di tahun ini…… selamat hari raya, maaf zahir dan batin
Salam Lebaran kepada Amy bestlah dapat mak yang boleh jahit baju untuk famili 🙂
maka bermulalah kenduri kahwin selepas raya
ada yang dekat, ada yang jauh
memang meriah dengan kesesakan sepanjang jalan
hehe
malam raya je memang tak berhenti bunyi mercun kat rumah aku.rasa nak je telefon polis tapi tak guna jugak.diorang pun dah cuti raya agaknya…
Selamat hari raya bro. semoga bro kembali sihat seperti sedia kala. insyaAllah
alhamdulillah saya sihat sepanjang ramadhan dan awal syawal…lama juga bro sakit dari awal ramadhan hari tu..moga cepat sembuh
Belum pernah berlaku sakit yang berpanjangan sehingga sebulan terutama pada bulan Ramadhan. Ini adalah ujian besar keatas saya
Kemeriahan beraya dan menyambut Hari Kebangsaan. Semoga cepat sembuh.
Terima kasih Kak Long Mawar Merah 🙂
Selamat hari raya kepada semua ,bahagia sungguh family bro, terharu melihatnya ,semoga berkekalan sehingga ke anak cucu
Amin, terima kasih. Selamat Hari Lebaran kepada bro
walau sakan macam mana sekalipun kita beraya, kesihatan perlu diutamakan juga. raya tak best kalo kita jatuh sakit sebab tak jaga pemakanan 8)
Kadangkala sakit itu datang tidak diundang kita perlu tabah menghadapinya
salam..
selamat hari raya Bro..
beraya time batuk memang menyeksakan
nak menjamu selera pun terbatas..tak
boleh makan pedas dan minuman berais
moga cepat sembuh Bro…
Batuk semakin beransur pulih menurut doktor tekak sudah berdarah. Sekali sekala batuk amat terasa dada ketat dan sesak
Alhamdulillah, syukur.
Seronok melihat ciuman itu. Hal itu tidak menjadi kebiasaan di dalam keluarga kami. 😐
Selamat berbahagia. 😉
selamat beraya selepas ini di pejabat dan kawasan perumahan sendiri pula…. jaga kesihatan dan moga Allah mudahkan segala urusan
Rumah Terbuka sempena hari Lebaran baru sahaja dibuat semalam dan menanti sambutan di pejabat pula
Selamat hari raya, bro! Maaf kalau ada yang kurang. Duit raya ada? hehehe…
Selamat Hari Lebaran. Duit Raya untuk yang bersekolah sahaja 🙂
nak duit raya boleh? saya belajar lagi..hehehe
Duit raya untuk yang masih bersekolah lagi 🙂
Salam Aidilfitri.. maaf zahir & batin..
Salam Lebaran kepada Nur dan famili
Syawal yang penuh dengan kemeriahan dan kebahagiaan 😀
Bestnye beraya, tpi tak sihat ye.
Sy pulak migren terok di hari raya. aiseh.
makan lemang byk sgt ni
Woo, migrain ada muntah-muntah tak tentu satu kerja pun tidak boleh buat
selamat hari raya bro.. 🙂
semoga saudara tu cepat sembuh hendaknya..
waaa happy family…selamat hari raya bro 😉
Terima kasih. Selamat Hari Lebaran 🙂
yang paling best masa pakcik tu nak kasi duit raya hehehe
Sudah tentulah anak-anak saya mempunyai momen paling gembira 🙂
operasi serang menyerang rumah orang lain hanya dpt dilakukan pada hari kedua sahaja, sebab hari pertama rumah sudah kena serang cukup2.. #lol ^.^
Saya pun mula mengunjung rumah saudara mara pada hari Raya ke 2
demam dan selsema gak pagi raya. huhuu
tak rasa down masa hari raya, sebab sedar ada yang lagi teruk kalau nak dibandingkan sakit sendiri.
Tentu mood bro terjejas untuk sambut Hari Raya
bro.. tak terhingga happynya menyambut raya dgn keluarga
tapi aku kena ganti sehari puasa kerana Brunei raya hari selasa… hu3
Dapat menyambut dengan keluarga adalah momen yang terindah dan sangat membahagiakan
Nak duit rayaaaaaaaa 😛
datang rumah aku.. muar johor..dekat jer tuh..hehe
Duit Raya saya peruntukkan anak-anak yang sekolah rendah ke bawah sahaja 🙂