• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Cukai 6% kepada pengguna prabayar

Cukai 6% kepada pengguna prabayar

11th September 2011 by akubiomed 42 Comments

Cukai 6% kepada pengguna prabayar berkuatkuasa 15 Sept 2011

Ramai yang sedia maklum bahawa syarikat pembekal komunikasi tempatan akan mula mengenakan cukai 6% untuk pembelian tambah nilai prabayar, pek atau kad SIM. Cukai perkhidmatan 6% telah menimbulkan beberapa reaksi kepada pengguna terutama yang berpendapatan rendah dan yang masih belajar kerana sebagai contoh kredit RM10 akan dikenakan cukai sebanyak 60sen menjadikan jumlah yang perlu dibayar adalah RM10.60.

Cukai 6% kepada pengguna prabayar sebelum ini diserap oleh Pembekal komunikasi sejak tahun 1998

Cukai 6% kepada pengguna prabayar berkuatkuasa 15 Sept 2011

Pada pendapat aku ini bukanlah masa yang sesuai untuk mengenakan cukai perkhidmatan 6% kepada pengguna prabayar kerana pihak telekomunikasi tempatan telah menyerap cukai perkhidmatan sejak tahun 1988 lagi. Alasan syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhimatan bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

Aku dapat memahami dengan kenaikan harga kos operasi dan persaingan antara syarikat telekomunikasi tempatan untuk menarik pelanggan baru boleh disaksikan kerap kali iklan dimainkan di media elektronik tempatan. Aku mewakili isteriku yang mengunakan talian prabayar supaya pihak kerajaan menangguhkan dahulu cukai 6% yang akan mula berkuatkuasa pada 15 Sept ini ia bagaikan tamparan kerana sudah cukup menderita dengan kenaikan harga kos lain.

Telefon bimbit bukanlah sesuatu yang mewah dan untuk menunjuk-nunjuk kerana ia sudah menjadi keperluan bagi segenap golongan. Telefon awam pula boleh dikatakan hampir pupus kalau ada pun hanya tinggalkan unit dan ganggang telefon pun belum tentu ada.

Terkini: Cukai 6% kepada pengguna prabayar yang bakal bermula 15 Sept ini akan ditangguhkan hasil perbincangan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dengan perundingan yang melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile.


  • Taksiran cukai pendapatan saya sudah
  • Peluang menang motor Vespa LX150 dengan DiGi
  • Ke Pulau Langkawi mencari Daim

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. MEKAR says

    18th September 2011 at 6:02 pm

    memandangkan saya selalu berulang ke Pulau Bebas Cukai (Langkawi), maka cukai 6% tak terasa apa2 di sini 🙂
    pst: nasib baik dah tertangguh sebentar hajat tu

    Reply
  2. Fahmi says

    15th September 2011 at 1:27 am

    kalau kena cukai gak… tak topup selalu la alamatnya… sekarang ni pun dah jarang topup… ada cukai lagi la jarang topup… 😀

    Reply
  3. SS says

    13th September 2011 at 5:55 pm

    mula-mula rasa terbeban kalau betul2 naik 6%. tapi rasanya mesti ada pros juga disebalik cons kenaikan 6% tu. nasib baik ditangguhkan 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      13th September 2011 at 10:54 pm

      Setiap kali ada kenaikan setiap kali kita akan menerima alasan cliche bahawa kenaikan harga kos operasi dan kerugian.

      Reply
  4. Zida says

    13th September 2011 at 4:55 pm

    sekali tangguh daaa~ nasib baik, kalau tak memang zida akan dok lelama kat cairo nun. haha

    Reply
  5. chii says

    12th September 2011 at 11:12 pm

    sebelum ni pun.dah ada sesetgh kedai yg mengenakan bayaran tambahan20 sen bagi pembelian kad topup..kecuali kalo melalui sms..tiada bayaran tambahan..haishh..

    pasni ape lg la yg akan naik kan

    Reply
    • akubiomed says

      13th September 2011 at 10:27 pm

      Pula, macamana kedai boleh kena caj 20sen kepada pelanggan. Melampau betul. Kalau sudah habis kredit terpaksalah kena caj 🙁

      Reply
  6. danish says

    12th September 2011 at 10:10 pm

    Dengar kata akan ditangguhkan dulu caj 6 peratus ni. Betul ke ?

    Reply
    • akubiomed says

      13th September 2011 at 10:38 pm

      Syarikat pembekal telekomunikasi menangguhkan sementara waktu cukai perkhidmatan 6%

      Reply
  7. eiela says

    12th September 2011 at 10:03 pm

    sy pun guna prabayar, kalau naik jugak mahal la nak beli topup. kesian dengan orang tua diorang selalu beli dengan pekedai terdekat sedia naikkan charge rm0.50 utk topup, cukai naik maybe tambah lagi la tuh..

    Reply
  8. Pacifista says

    12th September 2011 at 6:48 pm

    rasanya nak jumpa satu pondok telefon awam pun dah susah sekarang.kalau amik buat simpanan,rasanya 10 tahun lagi dah jadi barang antik dah.haha…

    Reply
  9. Faris says

    12th September 2011 at 5:10 pm

    Syarikat telco ni dari dulu lagi nak tax orang cuma government je pikir 2 @ 3 kali nak luluskan kerana ianya membebankan pengguna…

    Reply
  10. dnoBiz says

    12th September 2011 at 4:02 pm

    nampaknya kerajaan dah berjaya memujuk TELCO untuk menanguh dan megadakan perbincangan semula tentang hal ni.
    Ps : TELCO tak perlukan keizinan kerajaan untuk kembalikan semula tanggungan cukai ni pada pengguna

    Reply
  11. adele says

    12th September 2011 at 1:25 pm

    redha je lah..sbg rakyat Malaysia, suara mmg takkan didengari….huuu

    Reply
  12. puanbee says

    12th September 2011 at 10:50 am

    mesej kat twiiter je ke .. hahah saya kurang topup lah tapi still topup lagi ,, dah ler servis pun kadang2 teruk juga , tk perlu lah naikkan cukai pelik2 ni kan ..

    Reply
  13. bEe says

    12th September 2011 at 9:08 am

    Masa bEe bace news ni bEe agak marah jugalah!!!!
    bEe guna prepaid (tak suka guna line takut tak dpt control)

    Ntah apa lagi pasni yg nak kena tax gomen. Ntah2 tak lama lagi nak masuk toilet pun kena tax 😛

    Reply
  14. sw33tdarling says

    12th September 2011 at 9:03 am

    rasanya baru terbaca bahawa cukai 6% ini tak akan dilaksanakan.. alhamdulillah!~

    Reply
  15. nizamghazi says

    12th September 2011 at 8:10 am

    Sebenarnya ini impak yg sgt besar kepada yg kurang mampu.
    Nampaknya semua kena pakat2 main msg dkt facebook je
    Lagi jimat

    Reply
    • bEe says

      12th September 2011 at 9:12 am

      Hehehe
      Mcm ne kalau org tu takde FB @pun pemalas nak on9 mcm bEe ni ek??? 😛

      Reply
  16. tehr says

    12th September 2011 at 3:48 am

    perkara ni tak berbelit sangat pun
    kerajaan yang kenakan cukai 6% ni bukan syarikat telco
    kalau kerajaan tak mahu bebankan rakyat/pengguna
    hapuskan je cukai ni
    syarikat telco bukan boleh buat cukai sendiri sesuka hati mereka

    Reply
    • bEe says

      12th September 2011 at 9:24 am

      Setuju tu cikgu!

      Reply
    • dnoBiz says

      12th September 2011 at 4:06 pm

      itu yang terbaik hapus je cukai perhikmatan, secara taklangsung semua cukai perhikmatan makan segera seperti KFC pun turut sama akan terhapus….
      Ps : tapi jangan pula subsidi lain ditarik balik untuk cover haasil dari cukai yang dah tiada tu

      Reply
  17. Kak Long Mawar Merah says

    12th September 2011 at 1:16 am

    Kak Long & famili gunakan pascabayar. Dah lama ada cukai pun. Tapi sebab gunakan family plan tu, jimatlah sikit.

    Reply
  18. SS says

    12th September 2011 at 12:49 am

    ada orang kata selama ni yang membayar untuk cukai telco ni pengguna post paid. memang patut la pengguna topup kena cukai 6% nanti -_- (terbeban sedikit sebab pengguna hotlink)

    Reply
  19. zik says

    12th September 2011 at 12:07 am

    6% dikira membebankan.. juga.. tapi kalau nak diikutkan telco dah untung banyak sebenarnya.. cuma kalau betul2 nak naikkan juga… harus ada strategi lain yang syarikat telco perlu berbincang bersama…

    Reply
  20. zulkbo says

    11th September 2011 at 11:07 pm

    salam..
    saya sendiri melihat perkara ini
    macam seperti isu Astro tempohari
    syarikat pembekal sesuka hati
    membuat pengumuman tanpa
    pengetahuan dan kelulusan
    kerajaan @ bank negara..semalam
    khabarnya PM kita sendiri bagi
    statement yang isu ini akan di panjang
    kan ke Parlimen..adakah syarikat
    pembekal sudah besar kepala atau
    memanga tak takut pada kerajaan @
    ada agenda politik di sebaliknya..
    kita tunggu…..kalau mereka bersekongkol
    nak naikkan juga kita rakyat nak kata apa
    dah berapa banyak keperluan rakyat di
    naikkan cukai dan pelbagai, kita tetap
    kena bayar juga..

    Reply
    • adele says

      12th September 2011 at 1:24 pm

      owh..rupanya keputusan sendiri syarikat telco ye..

      Reply
  21. Amirez says

    11th September 2011 at 9:55 pm

    harga semuanya naik sekarang ni. ntah macam mana kehidupan akan datang nanti…

    Reply
  22. yoy says

    11th September 2011 at 8:42 pm

    since ak pakai bill, so xde masalah..cume utk org yg krg brkmampuan..mmg tak patut sangat la..

    Reply
    • dnoBiz says

      12th September 2011 at 4:07 pm

      bil memang dah sedia ada cukai tu, dan memang dah ditanggung oleh pengguna sejak dari dulu pun…,
      😀

      Reply
  23. ahmadyani says

    11th September 2011 at 6:56 pm

    Walaupun ada kenaikan kos pada pengendali, mereka tetap untung saban tahun dan tanpa kenaikan cukai, mereka tidak akan rugi. Apa yang saya pasti, mereka tidak prihatin.

    Reply
  24. tips-kurus says

    11th September 2011 at 6:30 pm

    pre-paid memang mahal. dah besar elok guna post-paid, family plan tu pon ok but T&C applied.. (“,)

    Reply
    • akubiomed says

      12th September 2011 at 12:26 am

      Kena pakat dengan famili supaya guna dari pembekal telekomunikasi yang sama 🙂

      Reply
  25. anif says

    11th September 2011 at 6:06 pm

    Selama ini cukai perkhidmatan ini diserap oleh pihak Telco. Sekarang ia dilepaskan pada pengguna.

    Sepatutnya pihak Telco melepaskanya secara berperingkat agar pengguna tidak terasa sangat.

    Reply
    • akubiomed says

      11th September 2011 at 6:16 pm

      Pihak kementerian pun berusaha membawa isu mengenai cukai perkhidmatan ke kabinet tapi pihak telco telah mengumumkan pengguna akan menanggung cukai 6%

      Reply
  26. puteraduyong says

    11th September 2011 at 5:33 pm

    kalau semua naik…darah pun cepat naik…

    Reply
    • akubiomed says

      11th September 2011 at 5:39 pm

      Susah jugakan semua benda naik harga. Kalau darah sudah naik susah hendak turun nanti perlu ambil ubat darah tinggi 🙂

      Reply
  27. nurmisnan says

    11th September 2011 at 5:09 pm

    haiiishhh.. semua benda naik, pengsan mcm nih
    kesian kat makcik2 kat kampung yang nak call
    anak2 kat bandar bertanya khabar.. sekejap jer dah habis kredit..

    mak aku kalau call aku, sure aku ckp aku call back.. jimat kredit dia.. hik5

    Reply
    • akubiomed says

      11th September 2011 at 5:38 pm

      Dulu kalau telefon talian tetap boleh buat reverse call tapi kalau telefon bimbit saya kurang pasti

      Reply
  28. klcitizen says

    11th September 2011 at 4:31 pm

    saya pun guna top up juga, tapi sbb bekerja , tidaklah terasa sangat. lagi pun dah tetua ni tak banyak bersms atau bercakap di telefon. kalau yang penting2 saja, selebihnya guna talian tetap di rumah

    Reply
    • akubiomed says

      11th September 2011 at 5:36 pm

      Telefon bimbit ini sudah menjadi kemudahan kerana ia mudah dibawa kemana-mana dan boleh menerima panggilan dan membuat panggilan selagi ada liputan 🙂

      Reply
  29. ciksembang says

    11th September 2011 at 3:35 pm

    apa yg saya nampak pada post ni ialah seo friendly.. (dh lama sy tinggalkan seo..sedang uruskan sesuatu harap dipermudahkan)

    Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in