Peristiwa satu hari di Hari Raya
“Bangun! bangun! pergi mandi. Hari ini Hari Raya” teriak emak cuba membangkit aku dan adik beradik lain.
Aku menarik selimut kerana rasa mengantuk masih belum hilang setelah malam tadi berseronok bermain bunga api bersama sedara mara yang sebaya. Biasalah kalau sudah jumpa kawan dan berkumpul tentu ada cerita ingin dikongsikan hingga lewat malam kerna bukan selalu dapat berkumpul di rumah nenek.
Sudah 2 hari aku demam. Demam aku ini tidak menunjukkan tanda-tanda kebah. Aku tetap meneruskan Puasa walaupun bukan setakat demam panas yang aku alami, kepala pula berdenyut-berdenyut. Sudah lama aku tidak terkena ‘Nerve Inflammation’ dan tidak sangka kali ini pada bulan Puasa.