• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / advertorial / Cabaran Shell FuelSave 2014 menjadi milik Muhammad Kamal Asyraf

Cabaran Shell FuelSave 2014 menjadi milik Muhammad Kamal Asyraf

22nd October 2014 by akubiomed 33 Comments

Muhammad Kamal Asyraf menang cabaran Shell FuelSave 2014 telah membawa pulang hadiah tunai RM20,000

Muhammad Kamal Asyraf pemenang cabaran Shell FuelSave 2014

Hari Sabtu minggu lepas telah berlangsung cabaran akhir Shell FuelSave. Menyaksikan 4 wakil setiap wilayah bertanding untuk menentukan siapakah yang layak untuk membawa pulang wang tunai RM20,000.

Saya berasa gembira dan teruja untuk memberi sokongan dan mengetahui siapakah pemenang cabaran ini. Lebih membanggakan rakan blogger Abdul Hafiz Rafiuddin B. Md Rahim @ Hafiz Rahim telah mewakili wilayah tengah turut bertanding di peringkat akhir ini. Bertempat di hotel Saujana di  Subang telah diumumkan pemenang Muhammad Kamal Asray yang mewakili wilayah Timur mengalahkan 3 pesaing lain setelah mencatakan jarak sejauh 20.64 km bagi seliter Shell FuelSave 95 menerusi pilihan pemanduan yang lebih bijak. Setiap peserta perlu memandu sejauh 90km dengan memandu kereta Hyundai-Inokom Elantra 1.6 Sport,  kereta rasmi Cabaran Shell FuelSave 2014 yang ditajakan oleh Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd dengan dengan mengamalkan tip pemanduan bijak yang dipelajari dari pengalaman ketika cabaran peringkat wilayah.

Antara rakan blogger turun memberi sokongan cabaran Shell FuelSave 2014

Turut hadir di acara tersebut, Duta Shell FuelSave, Fahrin Ahmad dan artis tanah air terkemuka, Lisa Surihani, yang memberi sokongan moral serta bersorak bagi keempat-empat finalis.

Sementara menantikan cabaran dan keputusan diumumkan, saya dan rakan blogger lain turut serta mengambil bahagian beberapa permainan yang disediakan oleh pihak penganjur. Bermain dengan melakukan beberapa aktiviti sambil mendapat pengetahuan dan tip cara-cara menjimatkan minyak dengan setiap permainan disediakan. Kami perlu mengumpulkan 5 cop untuk 5 aktiviti berlainan dan berpeluang untuk mendapat hadiah cabutan bertuah jika meneka dengan tepat siapakah pemenang cabaran Shell FuelSave 2014.

Aktiviti 1 – Lebihan beban menyebabkan pengunaan bahan api bertambah

Aktiviti 2 – Merancang perjalanan dapat menjimatkan pengunaan bahan api

Aktiviti 3 – Memandu pada kelajuan yang ditetapkan dapat menjimatkan penggunaan bahan api.

Aktiviti 4 – Pastikan tayar cukup angin membantu penjimatan bahan api.

Aktiviti 5 – Mengunakan gear yang betul dapat menjimatkan bahan api.

Sudah tentu saya menyokong Hafiz Rahim wakil dari wilayah tengah

Naz sebagai Emcee

suasana riuh rendah dengan suara penyokong memberi sokongan kepada wakil wilayah masing-masing

Tuan Haji  Azman Ismail , Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd memberikan ucapan pembukaan. Beliau turut berkongsi komitment Shell membimbing pemandu Malaysia menjadi lebih bijak dengan mengunakan bahan api dibekalkan dari bahan-bahan api bermutu tinggi hasil kajian bertahun-tahun. Shell FuelSave mengandungi ramuan Active Efficiency yang mampu meningkatkan kecekapan bahan api, enjin dan tenaga. Secara tidak langsung mengurang potensi impak kepada alam sekitar. Pekongsian menjadi pemandu lebih bijak melalui bengkel bergerak serta cabaran peringkat wilayah. Menurut beliau lagi cabaran Shell FuelSave telah menerima 10, 000 pendaftaran dari empat wilayah.

Shell FuelSave Journey laman web untuk mendapat pengetahuan dan tip pemandu yang bijak mengunakan bahan api.

Shell juga telah memperkenalkan Shell FuelSave Journey adalah aktiviti melalui laman web memberi peluang untuk memenangi pelbagai dan gajaran eksklusif. Boleh mempelajari dan meningkat pegetahuan kecekapan bahan api dengan bermain permainan interaktif dilaman web tersebut dan seterusnya mengamalkan petua Shell FuelSave.

Analisa keputusan oleh Collin Chin Saintis minyak Shell.

Permainan Shell FuelSave Tips bersama Fahrin Ahmad dan Lisa Surihani

Persembahan tarian daripada Katoon Netword bagi meredakan debaran keputusan cabaran

Keputusan cabaran 4 peserta akhir cabaran

Banyak pengetahuan yang dipelajari melalui Shell FuelSave menjadikan saya pemandu bijak dengan mengamalkan tip Shell FuelSave didalam pengunaan bahan api.

  • Tanniah Hafiz Rahim menang Shell FuelSave Challenge 2014
  • Selfie bersama Fahrin Ahmad di Shell FuelSave Challenge 2014
  • RM20,000 habuan Shell FuelSave Challenge 2014

Filed Under: advertorial

Reader Interactions

Comments

  1. Ismail N says

    27th October 2014 at 12:55 pm

    Wah! rezeki tu. Tahniah buat En Muhammad Kamal.. whoever you are 😀

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:39 am

      Beliau mewakili wilayah timur.

      Reply
  2. Norasikin says

    25th October 2014 at 4:34 pm

    jom follow muhammad kamal asyraf. Dia tengah banyak duit tu. Mana la tau tetiba dia nak buat contest lak

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:40 am

      Manalah tahukan kalau beliau nak buat contest? 🙂

      Reply
  3. Ammar says

    24th October 2014 at 10:46 pm

    WOw! Boleh tahan hadiah. 20K tu… Belanja sakan lah nanti.. Rezeki..

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:41 am

      Rezeki buat beliau sempena sambutan kelahiran anak beliau.

      Reply
  4. Amir says

    24th October 2014 at 10:45 pm

    Alhamdulillah..tak rugi jadi pelanggan tetap shell 🙂

    Reply
  5. suri says

    24th October 2014 at 10:17 pm

    alhamdulillah rezeki pada mencuba dan tak kenal putus asa.tahniah

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:42 am

      Peringkat wilayah sudah ada habuan dan melangkah ke peringkat akhir pun ada habuan menanti. 🙂

      Reply
  6. blogger lelaki says

    24th October 2014 at 9:58 pm

    tahniah kepada pemenang..ada tips tak macam mana dia boleh jimat minyak..tahun depan aku nak try masuk jugak la..hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:43 am

      Ya beliau ada berkongsi bagaimana hendak menjimat pengunaan bahan api dengan bijak.

      Reply
  7. emalinmohd says

    24th October 2014 at 5:05 pm

    best menang peraduan macam ni tapi cabarannya boleh tahan juga tu

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:44 am

      Cabarannya adalah memandu kenderaan sejauh 90 km dan cuba mendapatkan lebih kilometer dengan mengamal tips-tips pemandu bijak.

      Reply
  8. linie says

    24th October 2014 at 10:52 am

    wahhh…best ni..hehe..dapat duit pastu dapat tips pemanduan bijak..tips2 yg sangat berguna buat semua pemandu memandangkan kos bahan api semakin meningkat..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:45 am

      Ya didalam post ini saya telah kongsikan beberapa tips pemanduan bijak boleh diamalkan.

      Reply
  9. diana says

    23rd October 2014 at 10:53 pm

    Lumayan hadiah nya..berbaloi la dengan cabaran yang diaorang lalui tu..

    Reply
    • akubiomed says

      23rd October 2014 at 11:28 pm

      Sudah tentu berbaloi kerana wang tunai RM20k bukanlah jumlah yang sedikit.

      Reply
  10. TehR says

    23rd October 2014 at 10:19 pm

    tahniah kepada pemenang
    cabaran yang beri banyak ilmu dan pengalaman
    hadiah juga lumayan

    Reply
    • akubiomed says

      23rd October 2014 at 11:30 pm

      Selain ada hadiah lumayan disediakan bakal peserta cabaran turut dapat menambah ilmu untuk menjadi pemandu bijak mengunakan bahan api.

      Reply
  11. Ummi Hanie says

    23rd October 2014 at 4:36 pm

    salam,

    wah duit menang boleh buat pegi haji tu.

    banyak dah sy ketinggalan keretapi ni… hampir 50hari tinggalkan Malaysia….

    Reply
    • akubiomed says

      23rd October 2014 at 11:30 pm

      Tanniah pergi menunaikan Haji. Semoga mendapat Haji yang Mabrur.

      Reply
  12. watiey says

    23rd October 2014 at 11:18 am

    huhuhuu,, rezeki dia ye..
    lama x menjoinkan diri dalam event camni,,

    Reply
    • akubiomed says

      23rd October 2014 at 11:31 pm

      Pemenang hadiah utama hampir menarik diri kerana isteri beliau bakal bersalin. Rezeki untuk bayi beliau yang baru lahir.

      Reply
  13. suri says

    23rd October 2014 at 10:17 am

    masuk sini dapat cuci mata encik farhin ahmad haaaa…jangan marah admin. tahniah untuk berjaya le peringkat ini.bukan satu perkara yang mudah ya

    Reply
    • Ummi Hanie says

      23rd October 2014 at 4:41 pm

      aipp… ehem… jaga mata… jaga mata… hehe. gurau ye ciksuri 😉

      Reply
    • akubiomed says

      23rd October 2014 at 11:32 pm

      Jangan marah yer saya bersama dengan Fahrin pelakon drama “Maafkan aku jika tak sempurna”. 🙂

      Reply
  14. Effa says

    23rd October 2014 at 2:23 am

    Bertuahnya badan.. Huhu. Rezeki tgolek namanya

    Reply
    • akubiomed says

      23rd October 2014 at 11:33 pm

      Saya kalau dapat hadiah wang tunai RM20k mahu melompat setinggi yang mungkin untuk meraikan kejayaan. 🙂

      Reply
  15. Faizal Fredley says

    22nd October 2014 at 11:34 pm

    mcm best jer bro…

    Reply
    • akubiomed says

      23rd October 2014 at 11:34 pm

      Sudah tentulah best dapat menyaksikan suasana yang sungguh havoc dengan sorakan penyokong.

      Reply
  16. Pahan says

    22nd October 2014 at 9:42 pm

    wah, serius best. rugi tak dapat ikut benda2 mcm ni.uhuh

    Reply
    • akubiomed says

      23rd October 2014 at 11:34 pm

      Kalau ada lagi cabaran Shell FuelSave tahun hadapan bolehlah sertai.

      Reply
      • Pahan says

        24th October 2014 at 6:05 am

        Insha Allah.hehe. Bro ari tu tengok iklan kat mana ?

        Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in