• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Portable Jump Starter Penyelamat Bateri Kereta Lemah

Portable Jump Starter Penyelamat Bateri Kereta Lemah

30th November 2020 by akubiomed 2 Comments

Portable Jump Starter kecil-kecil cili padi penyelamat ketika bateri kereta lemah.

Power Bank Portable Jump Starter untuk hidup  enjin kereta yang bateri lemah

Nak pergi kerja dan ada mesyuarat penting wajib dihadiri. Masuk kunci kereta dan pusing kucing untuk hidupkan enjin tetapi malangnya enjin kereta gagal dihidupkan. Manik-manik peluh mula terbit didahi dan menitik jatuh sebab enjin kereta tak hidup-hidup selepas berulang kali pusing kunci untuk hidup enjin tak jadi.

Siapa pernah lalui situasi diatas?

Tentu rasa kecewakan tetapi situasi diatas boleh berubah jika mempunyai Power Bank Portable Jump Starter boleh selesaikan masalah. Hanya beg yang mengandungi beg ajaib mengandungi Power Bank Jump Starter keluarkan dari dari bonet belakang kereta.

Pasang kabel Jump Starter dan mula sambung pada kutub positif dan negatif pada bateri. Power On Power Bank Jump Starter. Masukkan kunci dan pusing kunci kereta.

Yeah! Enjin kereta sudah mula hidup. Simpan Power Bank Jump Starter dan mula memandu kereta ke tempat kerja dengan senyuman. Tak lah kena marah dengan Boss sebab gagal menghadiri mesyuarat pagi.

Beg Power Bank Jump Starter

Power Bank Jump Stater ini didatangi dengan beg.

Power Bank Jump Starter bersama beg

Kandungan beg Power Bank Jump Starter tersimpan aksesori dan tersusun kemas.

Power Bank Jump Starter dengan aksesori.

Senarai standard aksesori yang hadir bersama Power Bank Jump Starter.

Power bank Jump Starter

Label fungsi Power Bank Jump Starter.

Fungsi tambahan lain bucu tajam untuk pecah cermin kereta.

Fungsi tambahan lain untuk pecah cermin kereta.

Power Bank Jump Starter mempunyai fungsi lampu suluh dan lampu kecemasan

Fungsi lampu suluh dan lampu kecemasan

Pemotong tali pinggang kaledar

Pemotong tali pinggang kaledar

Power Bank Jump Starter dipasang dengan kabel Jump Starter

Power Bank Jump Starter dipasang kabel Jump Stater

Membuat perbandingan diantara Power Bank Jump Starter 50,800mAh vs Power Bank 10,000mAh.

Perbezaan ketebalan Power Bank Jump Starter vs Power Bank
Perbezaan ketebalan Power Bank Jump Starter vs Power Bank
Perbezaan saiz Power Bank Jump Starter vs Power Bank
Perbezaan saiz Power Bank Jump Starter vs Power Bank
Menimbang Berat Power Bank Jump Start
Menimbang Berat Power Bank Jump Start
Berat Power Bank Jump Starter 11.7g
Menimbang Berat Power Bank
Menimbang Berat Power Bank
Berat Power Bank Jump Starter 10.2g

Nampak tak perbezaan diantara Power Bank Jump Starter vs Power Bank?

Memang nampak dari perbezaan dari segi saiz dan ketebalan antara Power Bank Jump Starter dengan Power Bank. Ia hanyalah perbandingan fizikal sahaja. Lebih mengejutkan beratnya tidaklah ketara.

Bagi wanita yang memandu kereta kalau letak Power Bank Jump Starter dalam tas tangan pun tak terasa beratnya lebih kurang letak Power Bank 10,000mAh sahaja.

Adakah sesuai untuk wanita yang memandu kereta perlu ada Power Bank Jumpa Starter ini?
Jawapan: Ya.

Kalau tak berani nak buat Jump start tetapi tentu ada jejaka yang baik hati sudi menghulurkan bantuan. Cuma hulurkan Power Bank Jump Starter untuk pasang pada kutub positif dan negatif pada bateri.

Tak perlu nak hafal cara pemasangan sebab pada kotak ada gambarajah panduan cara penggunaan Power Bank Jump Starter yang jelas dan mudah difahami.

Video reviu Power Bank Jump Starter.

Saya merasakan pembelian Power Bank Jump Starter yang sangat berbaloi kerana multi-fungsinya. Tak risau jika berlaku secara tiba-tiba bateri kereta lemah. Hanya keluarkan Power Bank Jump Starter untuk buat Jump Start serta merta.

Jika tak guna sekali pun boleh bantu orang lain yang mempunyai masalah bateri lemah. Insyallah budi baik kita ada balasanNya.

Saya beli Power Bank Jump Starter dari Broz Car Accessories di Shopee. Jangan lupa guna kupon-kupon yang diberikan oleh Broz Cas Accessories untuk pengurangan harga tambahan.

Jika berminat nak dapatkan Power Bank Jump Starter ini boleh klik butang pembelian dibawah.

Power Bank Jump Starter

Klik untuk Panduan tukar bateri yang lemah.

Filed Under: blog, gajet, review Tagged With: car jump starter malaysia, jump starter malaysia, portable car battery jump starter, portable car jump starter, portable jump starter, power bank jump starter

Reader Interactions

Comments

  1. zikri husaini says

    11th December 2020 at 9:35 am

    saya ingat kena standby jugakla.. kena time genting.. masaklah..

    Reply
    • akubiomed says

      11th December 2020 at 8:36 pm

      Sudah menjadi keperluan. Portable Jump Starter boleh digunakan sebagai Power Bank. Tak berat walaupun saiz agak tebal berbanding Power Bank.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL