• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / diy / Projek hujung minggu diy tukar bateri kereta kong

Projek hujung minggu diy tukar bateri kereta kong

8th November 2014 by akubiomed 41 Comments

DIY tukar bateri kereta yang sudah kong.

bateri kereta jenama yokohama

Bateri kereta sudah memberi tanda-tanda akan kong. Hujung minggu ini membuat projek DIY menukar bateri yang sudah kong dengan bateri kering baru.

Bateri kering yang digunakan sekarang sudah memberi tanda-tanda perlu pengantian. Bermula dan bunyi alarm secara tiba-tiba dan cuba hidupkan kereta tidak boleh. Sebelum ini sudah buat jump start dengan bantuan kereta jiran.

Nampaknya bateri tidak lagi berupaya untuk menyimpan cas lagi. Hanya bertahan untuk seminggu sahaja. Rasanya tidak berbaloi hantar cas bateri kereta di bengkel kereta.

Hari ini isteri tersayang beritahu kereta tidak boleh hidup. Hah, sudah boleh agak memang sudah sampai masanya untuk menukar bateri. Kalau bawa pergi cas sekali pun tidak akan bertahan lama. Rekod resit menunjukkan bateri GP Atlas ini dibeli RM285 pada 27 Ogos 2011 dan telah berkhidmat selama 3 tahun tanpa masalah.

Bermula hari ini dengan pergi kedai alat ganti yang berdekatan dengan tempat tinggal. Ada 2 jenis bateri yang boleh dipilih samada basah dan bateri kering yang ditawarkan di pasaran. Kedai alat ganti kereta saya pergi hanya ada 2 jenama iaitu bateri Nikko dan Yokohama.

Saya memilih bateri kering jenama Yokohama iaitu bateri bebas penyelenggaraan tidak perlu bimbang untuk memeriksa aras air bateri.

Bagi kereta Proton Gen2 untuk memastikan model bateri yang diganti sama adalah dengan memberikan no rujukan DIN55R. Kalau susah sangat nak ingat guna Smartphone snap model bateri lama tentu ada ditulis no rujukan DIN55R.

Harga bateri kering Yokohama ini dijual pada harga RM310 dan mendapat diskaun sebanyak RM30 dengan memulangkan dengan bateri lama. Kalau jula pada pemebeli barang lusuh hanya dibeli pada harga RM5 sahaja.

Jadi untuk bateri baru ini saya membeli pada harga RM280 setelah ditolak memulangkan bateri lama. Harga bateri kereta GP Atlas saya beli yang kong ini saya beli RM285. Nampaknya saya masih lagi boleh dapat harga bateri kereta murah selepas 3 tahun.

Saya tidak perlu bimbang untuk melupuskan bateri lama kerana ia akan memberikan kesan kepada alam.

Bagi yang baru memiliki tentu memerlukan panduan untuk menjaga kereta baik dengan panduan menjaga kereta.

Nasi lemak yag disediakan oleh isteri tersayang. Berselera makan selepas tukar bateri.

AkuBiomed: Lega apabila sudah dapat menukar bateri kereta kong sebab sudah sampai penghujung hayatnya.

Klik untuk Panduan mengunakan Bateri Power Jump Start untuk hidupkan batery yang lemah.

  • Tukar bateri iPhone 3G memanjangkan hayat
  • Sesekali selanggara sendiri motorsikal Kriss 110 Modenas
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

Filed Under: diy Tagged With: bateri kereta, bateri kereta kong, bateri kereta murah, bateri kereta yokohama, bateri kering boleh cas, bateri kong, bateri rechargeable, bateri sel kering boleh cas, bateri sel kering boleh cas tak, bateri yokohama harga, harga alat ganti untuk gen2

Reader Interactions

Comments

  1. Hafiz says

    7th March 2019 at 9:59 am

    Bateri baik ni, memang tahan lama.. nak2 yg jenis kering

    Reply
    • akubiomed says

      9th March 2019 at 11:24 pm

      Senang guna bateri kering tidak perlu nak bimbang air bateri kering atau perlu ditambah. Cuma periksa indikator status bateri.

      Reply
  2. din says

    11th January 2015 at 1:04 pm

    asslm tuan,

    saya sudah seminggu tidak start kereta kerena berkerja luar kawasan. sekarang kereta tidak boleh start sendiri. tapi bila jumper boleh start. cuma keesokan hari kereta tidak boleh start semula. adakah saya perlu tuka bateri baru atau saya hanya perlu cas di kedai dahulu? bateri kering, baru pakai lebih kurang setahun.

    tq

    Reply
    • akubiomed says

      12th January 2015 at 11:27 am

      Boleh hantar kedai untuk caj dahulu. Biasanya dikedai ada alat untuk uji bateri masih baik atau tidak. Boleh tanya.

      Reply
  3. Sya Isya says

    20th November 2014 at 3:06 am

    wah bagusnya betri tu dapat berkhidmat 3 tahun.

    betri kereta Sya setahun lebih je. hmmm..

    Reply
  4. Denaihati says

    18th November 2014 at 8:43 pm

    nak tak nak mesti kena tukar…kalau kena kat hway, kena cas lagi besar…heee. hati pun senang bila dah tukat.

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:46 pm

      Amat bimbang berlaku bateri bermasalah ketika memandu di Highway.

      Reply
  5. blogger lelaki says

    16th November 2014 at 10:44 pm

    bateri seketul pun mahal tak ingat..aku pakai bateri cap ayam je..hahaha unutk kacil..tapi myvi pakai yokohama

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:47 pm

      Bukan tidak mahu guna bateri cap ayam kerana kereta selalu digunakan oleh isteri. Saya lebih suka menaiki motorsikal.

      Reply
  6. Safiya says

    15th November 2014 at 3:30 pm

    Bagusnya share info sebegini.. Saya bukan tahu.sgt bateri basah atau kering ni

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:48 pm

      Kedua-dua bateri ini boleh digunakan. Bateri kering boleh dikatakan ‘zero maintenance’.

      Reply
  7. linie says

    13th November 2014 at 5:01 pm

    dah sampai masa nya tu..ehe..alhamdulillah enjin tak mati dalam perjalanan kemana2.lagi susah..

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:49 pm

      Kalau off enjin ‘garenti’ kereta tidak boleh hidup kembali. 🙂

      Reply
  8. onlajer says

    13th November 2014 at 2:54 pm

    haha bateri kereta ni kalau jenis air orang kata kalau jaga baik mahu sampai dua tahun

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:50 pm

      Ya, tidak ada masalah guna bateri basah. Memandang isteri saya yang memandu kereta lebih mudah guna bateri kering.

      Reply
  9. Noriza Rahman says

    12th November 2014 at 3:27 pm

    Upah tukar bateri tu tersangat la awesome

    Reply
  10. TehR says

    12th November 2014 at 12:37 pm

    dah sampai ketika terpaksa juga beli baru

    minggu lepas isteri kawe lupa padam lampu besar kancil
    sampai ke petang

    sudahnya terpaksa ‘minta bantuan’ bateri van 😀

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:50 pm

      Biasalah perkara-perkara seperti ini boleh berlaku. Pastikan ada wayar ‘jumper’. 🙂

      Reply
  11. ikhwan says

    12th November 2014 at 1:08 am

    dulu saya tukar tepi stesyen minyak, dah agak bateri dah nak kong cuma standby kat bonet sebiji. berhenti kejap nak beli air, masuk kereta dah tak boleh start. terus tukar baru 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:51 pm

      Nasib baiklah ada ‘standby’ bateri didalam bonet. 🙂

      Reply
  12. Hero Borneo says

    11th November 2014 at 6:58 pm

    amat bahaya bateri kereta habis ketika berlaku kecemasan.elok sangat tukar jika sudah sampai tempohnya

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:52 pm

      Yang ini memang sudah tidak boleh simpan cas lagi.

      Reply
  13. Ismail N says

    11th November 2014 at 1:12 pm

    Nasib baik tak ler susah sgt tukar bateri. Boleh buat sendiri… Hmm.. kalau tidak terpaksa upah mekanik lagi.. adehh 😀

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:53 pm

      Tak susah. Perlu berhati-hati membuat penukaran bateri kerana ‘ampere’ tinggi dan pastikan polariti betul semasa memasang pada terminal bateri.

      Reply
  14. ~unlce gedek! says

    11th November 2014 at 11:03 am

    Kalau bateri kecik rosak, namanya KONG

    Kalau bateri besar rosak, namanya KING KONG

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:53 pm

      Ada-ada sahaja uncle ini. 🙂

      Reply
  15. suri says

    10th November 2014 at 2:57 pm

    untung ada pengalaman yang belajar dari sendiri tak perlu kedai hanya minta upah sahaja

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:54 pm

      Boleh tukar sendiri. Apa pun keselamatan perlu diutamakan dan tahu apa yang hendak dilakukan. Amalkan “Safety First”.

      Reply
  16. suri says

    10th November 2014 at 2:55 pm

    bateri mesti tukar bila cukup tempoh kalau tidak kereta tak dapat nak jalan nanti

    Reply
  17. Azman says

    9th November 2014 at 11:26 pm

    3 tahun memang lama jangka hayat bateri tu, kereta saya, paling lama 2 stgh tahun, paling cepat 2 tahun.

    Reply
    • akubiomed says

      10th November 2014 at 1:02 am

      Jangka masa 2 tahun adalah normal.

      Reply
  18. Wan Zawawi says

    9th November 2014 at 6:54 pm

    Bagus juga bateri sel kering ni dan tak payah risaukan penjagaan yang kerap .

    Reply
    • akubiomed says

      10th November 2014 at 1:03 am

      Ya, kalau pakai bateri sel kering boleh free mind cuma harganya lebih daripada bateri basah.

      Reply
  19. Malaysia Tercinta says

    9th November 2014 at 1:57 pm

    Tahan 3 tahun … lama tuh. Saya punya biasanya sekitar 2 tahun setengah dah kong.

    Reply
    • akubiomed says

      10th November 2014 at 1:04 am

      Ada caranya untuk memanjangkan jangka hayat bateri ini.

      Reply
  20. titan says

    8th November 2014 at 11:25 pm

    lehh la setelkan bateri kete aku plak lepas nih. haha..

    Reply
    • akubiomed says

      10th November 2014 at 1:05 am

      Bolehlah upah makan Red Velvet dan Cendol.

      Reply
  21. myrujukan says

    8th November 2014 at 8:36 pm

    yang bestnya, nasi lemak tu la yang best selepas penat tukar bateri kereta, hehee

    Reply
    • akubiomed says

      8th November 2014 at 9:31 pm

      Sudah tentu berselera makan nasi lemak. 🙂

      Reply
  22. Invisible Me says

    8th November 2014 at 7:57 pm

    Baru serba sikit tahu ilmu bateri kereta ni..

    Reply
    • akubiomed says

      8th November 2014 at 9:31 pm

      Kalau biasa guna motor memang akan tahu mengenai bateri kereta.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in