• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Cuci lampu headlamp kereta kuning dengan pengilat dan pencuci Waxco

Cuci lampu headlamp kereta kuning dengan pengilat dan pencuci Waxco

10th October 2018 by akubiomed 12 Comments

hilang headlamp kuning dengan Waxco plastic lamp covers cleaner and polish

Gilap dan cuci lampu headlamp kuning dengan Waxco Plastic Lamp Covers Polish & Cleaner.

Lampu kereta diperbuat daripada material plastik. Lama-kelamaan lampu kereta pudar dan kekuningan kerana terjemur panas, hujan dan dedahan UV dari matahari.

Ada beberapa perkongsian tutorial mengunakan ubat gigi sebagai agen pencuci dan ada mengosok dengan kertas pasir untuk membuang satu layer. Kemudian disembur dengan spray clear pada lampu kereta untuk lapisan pelindungan.

Saya pernah guna tips ubat gigi untuk mencuci plastik lampu dan ada hasilnya. Kali ini saya mengunakan agen pencuci jenama Waxco produk penjagaan kereta.

Produk Pengilat lampu kereta plastik jenama Waxco Plastic Lamp Covers Polish & Cleaner

Tips semasa cuci headlamp kereta.

  • Goncang botol Waxco sebelum guna
  • Gosok dengan menekan span pengosok yang dibekalkan.
  • Guna kuku untuk rasa permukaan plastik licin selepas digosok. Ulang gosok jika permukaan plastik tidak rasa licin.
  • Boleh berulang-kali gosok sehingga berpuas hati dengan hasilnya.

Tonton video saya mengunakan Waxco Plastic Lamp Covers Polish & Cleaner untuk mengilap dan bersihkan lampu kereta.

Hasil selepas mengunakan Waxco Plastic Lamp Covers Polish & Cleaner

Perbandingan sebelum dan selepas mengunakan pengilat dan pencuci Waxco

Kecerahan lampu sebelum dan selepas mengunakan pengilat dan pencuci Waxco

Ringkasan maklumbalas selepas mengunakan pengilat dan pencuci Waxco untuk cuci lampu headlamp kereta kuning.

Saya dapati hasil berbeza untuk lampu headlamp kereta sebelah kiri dan kanan. Makluman lampu kanan adalah lampu asal dan lampu kiri pernah ditukar. Permukaan lampu kanan agak teruk sebab ada rekahan halus.

Selepas mengosok kedua-lampu headlamp tersebut dan didapati warna kuning hilang. Paling ketara lampu kanan kembali jernih boleh nampak mentol dan reflektor lampu dengan jelas. Manakala lampu kanan selepas gosok permukaan yang sebelum ini kasar menjadi licin tetapi rekahan masih kelihatan.

Boleh mengunakan alat pengilat elektrik untuk kesan pengilat yang lebih baik.

Kalau ditanya mengenai satu botol Waxco 125ml ini cukup untuk cuci sepasang lampu headlamp?

Jawapan: Ya atau tidak bergantung keterukkan warna kuning dan kesan pudar. Kondisi lampu headlamp kereta saya memadai satu botol dan masih berbaki. Ulang gosok sehingga nampak hasil.

Secara keseluruhan saya berpuas hati ada perbezaan setelah mengunakan produk Waxco yang berkesan untuk mengilap dan membuang warna kuning menyebabkan lampu headlamp kuning dan pudar. Berbaloi mengunakan produk Waxco kalau nak ganti set lampu headlamp yang berharga sekitar RM2++.

  • Teknologi Hijau ibarat Alah membeli, menang memakai
  • Berbuka puasa di kampung
  • Portable Jump Starter Penyelamat Bateri Kereta Lemah
Summary
Reviewer
Azrin
Review Date
2018-10-10
Reviewed Item
Waxco Plastic Lamp Covers Polish & Cleaner
Author Rating
4

Filed Under: blog Tagged With: cuci headlamp kereta, cuci lampu kereta kuning, kuning, lampu headlamp kuning, lampu kereta malap, lampu kereta pudar, pengilat lampu kereta

Reader Interactions

Comments

  1. Fahmi says

    19th October 2019 at 8:28 pm

    kebetulan memang nak cari pencuci lampu ni

    Reply
    • akubiomed says

      23rd October 2019 at 11:43 pm

      Kalau guna mesin Polisher boleh dapat hasil kesan lebih baik untuk buang lapisan kusam dan kuning pada plastik lampu.

      Reply
  2. Don Gkt says

    18th July 2019 at 1:45 pm

    Lepas gosok kekuningan tu datang balik ?

    Reply
    • akubiomed says

      25th July 2019 at 10:58 pm

      Ya, normal kekuningan itu akan datang balik. Boleh polish semula untuk bersihkan.

      Reply
  3. gnesop says

    22nd June 2019 at 10:22 pm

    ada tutorial sebelum ni kat FB ajar guna minyak WD-40 tp blom try lagi.. huhuh

    Reply
    • akubiomed says

      24th June 2019 at 9:52 pm

      Minyak nanti tidak berkecah dia kawasan bumper nanti?

      Reply
  4. Hafiz says

    5th November 2018 at 11:03 pm

    Selalu juga guna pencuci waxco ni.. bolehlah hasilnya drp x kilat langsung..

    Reply
    • akubiomed says

      12th November 2018 at 10:14 pm

      Waxco ini produk tempatan. Jom kita beri sokongan produk keluaran tempatan.

      Reply
  5. Chik Tie says

    14th October 2018 at 8:08 am

    Rasa puas hati tiap kali dapat cerahkan balik lampu yang segan segan nak cerah

    Reply
    • akubiomed says

      14th October 2018 at 6:45 pm

      Dah try on lampu waktu malam. Kembali cerah dah kalau tidak cahaya lampu malap dan kekuningan jer.

      Reply
  6. Mustaffa says

    10th October 2018 at 11:15 pm

    mmg nampak menarik bila lampu depan kuning semacam..

    Reply
    • akubiomed says

      11th October 2018 at 9:25 pm

      Banyak tips dikongsikan. Boleh guna mana-mana tips untuk selesaikan masalah cover plastik lampu headlamp yang kekuningan.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Cara baiki signal kereta Proton Gen2 tidak menyala atau berfungsi

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in