• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Menonton kereta elektrik 2 FIA Formula E ePrix di Putrajaya

Menonton kereta elektrik 2 FIA Formula E ePrix di Putrajaya

23rd November 2014 by akubiomed 38 Comments

Saingan sengit perlumbaan FIA Formula E ePrix di Putrajaya

Buat pertama kali Malaysia telah dipilih destinasi kunjungan kereta lumba yang dikuasakan oleh elektrik FIA Formula E pusingan ke 2. Putrajaya telah bertukar menjadi litar perlumbaan kereta lumba formula elektrik.

Semalam saya telah ke Presint 2 Putrajaya untuk menonton pelumbaan kereta formula elektrik. Cuaca cerah dan baik menyaksikan kehadiran pengunjung untuk menyaksikan FIA FORMULA_e Championship ePrix pusingan ke 2. Jalan raya di Presint telah bertukar menjadi litar perlumbaan. Perlumbaan bermula jam 2 petang dan berakhir jam 3 petang, berlangsung selama 1 jam. Pusingan ke 2 FIA FORMULA-e  Putrajaya telah dimenangi oleh Sam Bird dari kumpulan Virgin Racing.

kereta elektrik Renault Comos

kereta elektrik Renaul Twizy

Director Car Rimac Concept One

tembok dan pagar sepanjang litar perlumbaan

Kereta kuasa elektrik BMW i8 Safety Car

BMW i3 Safety Car

Info mengenai Kejuaraan FIA Formula E

Perlumbaan mengunakan kereta lumba elektrik satu tempat dari satu pengeluar. The Spark-Renault SRT_01E adalah kereta lumba elekrik 5 kelajaun yang diluluskan oleh FIA. Mengunakan kuasa bateri memberikan kuasa 200kw keupayaan 200 kuasa kuda. Sementara casis dibina mengunakan fiber carbon dan aluminium yang ringan dan kukuh.

Tips elak ditipu oleh bengkel kereta

Disertai 10 pasukan dengan setiap pasukan mempunyai 2 pemandu.

  1. AMLIN AGURI
  2. ANDRETTI FORMULA E
  3. AUDI SPORT ABT
  4. CHINA RACING
  5. E.DAMS-RENAULT
  6. MAHINDRA RACING
  7. TRULLI
  8. VENTURI
  9. VIRGIN RACING

Jarno Trulli dan Nick Heidfeld bekas pelumba F1 telah menyertai FIA Formula E ini pemandu. Jarno Trulli memandu pasukan Trulli manakala Nick  Heidfeld memandu untuk pasukan Venturi.

AkuBiomed; Terima kasih kepada Ai Media yang menganjur contest Instagram dan Perbadanan Putrajaya menaja tiket.

Sila tekan butang kongsi:

  • Cabaran Blogger | Kereta lumba kertas
  • Toyota Prius turun harga aku masih tak mampu
  • Zulfahmi Khairuddin raih no 2 perlumbaan Moto3

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. eyriqazz says

    27th November 2014 at 5:23 pm

    Fuhh, memang layan..teringat pula time bawa kereta formula 3 last time…memang layan gileerr…

    Reply
  2. ishak says

    27th November 2014 at 4:55 pm

    Kalau ada sebuah boleh jalan jalan..memang best

    Reply
  3. hafiz says

    27th November 2014 at 3:21 pm

    O ingatkan formula 3 tadi..rupanya formula e

    Reply
  4. maza says

    27th November 2014 at 12:51 pm

    Bunyi bising tak?

    Reply
  5. Norizwan says

    27th November 2014 at 9:49 am

    ingat nakk pergi juga tempat ni…tetapi pada hari yang sama juga ada karnival upin dan ipin…anak saya excited nak pergi…

    Reply
  6. Zul says

    26th November 2014 at 3:06 pm

    lawa gambar kereta2..mestii kamera mahal ni..first time tau ada F3 pakai letrik..jimat xyah pakai minyak..

    Reply
  7. Hazwan says

    26th November 2014 at 12:30 pm

    memang minat nick heidfeld sejak zaman sekolah lagi, huhu…..xde rezeki nak pi tengok

    Reply
  8. suri says

    26th November 2014 at 10:01 am

    boleh timbulkan minat remaja sekarang dari segi reka cipta dan minat pada sukan

    Reply
  9. Ammar says

    25th November 2014 at 9:37 pm

    Laaa ni kereta elektik rupanya. Patutlah tengok kat TV baru2 ni dia x berhenti isi minyak, tukar tayar. hehehe. Elektrik rupanya. Mujurlah masuk blog ni.

    Reply
  10. Hafizul says

    25th November 2014 at 9:09 pm

    Wahhhh bestnya…nak tengok gak…haha

    Reply
  11. Melastik Bintang says

    25th November 2014 at 8:50 pm

    sangat bertuah bila dapat lihat formula E ni.. hari tu dapat tiket tapi terpaksa pass kat orang lain sebab ada hal waktu tu….

    Reply
  12. muja says

    25th November 2014 at 4:33 pm

    muja ada tgk tv psal kereta elektrik ni,, insya Allah akan berfaedah untuk alam semula jadi,,

    Reply
  13. Alongxp says

    25th November 2014 at 4:31 pm

    Laju dia agak2 brapa boleh pegi?

    Reply
    • akubiomed says

      26th November 2014 at 12:24 am

      Kuasa dihamburkan adalah 200kw atau bersamaan 200kuasa kuda.

      Reply
  14. maria says

    25th November 2014 at 3:03 pm

    padanlah ke putrajaya hari tu agak sesak dari biasa…
    rupanya ada formula E…

    Reply
    • akubiomed says

      26th November 2014 at 12:25 am

      Ada 2 event besar di Putrajaya. Iaitu Karnival Upin Ipin di PICC dan FIA Formula e di Presint 2.

      Reply
  15. Dkna Abza says

    25th November 2014 at 2:09 pm

    dkna tengok dalam tv jer.. kalau Mikhail dah besar, memang pergi jugak kat sana..

    Reply
  16. fyna says

    25th November 2014 at 2:00 pm

    suka tengok gambar-gambar tue. terbaik!!!

    Reply
  17. Hafiz Rahim says

    25th November 2014 at 1:15 pm

    Mantap formula E ni..rugi tak dapat join hari tu.

    Reply
  18. Noriza Rahman says

    25th November 2014 at 8:01 am

    Nak tengok juga tapi kena follow anak2 tengok upin ipin dulu. Bila nak p sana dah jem pula terus balik la..

    Reply
  19. suri says

    24th November 2014 at 9:20 pm

    satu pengalaman yang tak dapat di lupakan ya ak dan sekeluarga

    Reply
  20. suri says

    24th November 2014 at 9:18 pm

    ada lihat persiapan itu dekat sana tapi sayang masa ia sedang berlangsung kami tak dapat nak pergi. untung orang duduk sekitar kl dan dapat ke sana ya

    Reply
  21. ohcikgu says

    24th November 2014 at 3:33 pm

    fuhh..

    best la dapat gi tengok kete formula nih..

    Reply
    • suri says

      24th November 2014 at 9:26 pm

      untunglah bawa anak jalan sana sini ya

      Reply
  22. Ani Haryani says

    24th November 2014 at 2:46 pm

    Best tu tgk live. Pasti seronok! 🙂

    Reply
  23. ikhwan says

    24th November 2014 at 1:54 pm

    tak berkesempatan nak pergi, sebab tengok karnival upin dan ipin 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      26th November 2014 at 12:26 am

      Karnival Upin Ipin berlangsung 2 hari. FIA Formula E hanya berlangsung pada hari Sabtu sahaja.

      Reply
  24. raihanah says

    24th November 2014 at 10:50 am

    owh inilah litar baru kat putrajaya.

    Reply
    • akubiomed says

      26th November 2014 at 12:27 am

      Jalan raya disekitar Presint 2 telah diubah menjadi laluan perlumabaan.

      Reply
  25. Bro Framestone says

    24th November 2014 at 8:24 am

    Best dpat tengok secara LIVE. Buat masa sekarang lebih rela tengok dekat TV je. he..23x

    Kalau ikutkan ada beberapa lagi pemandu F1 yang sertai Formula E. Begitu juga pelumba dari GP2 dan Formula Renault.

    Buat masa sekarang, kebanyakan kereta menggunakan casing yang sama. Maybe lagi 2-3 tahun nnt, setiap pasukan boleh guna casing sendiri untuk perlumbaan.

    Reply
    • Alongxp says

      25th November 2014 at 4:30 pm

      ada gak tgk kat tv… gua langsung xsempat nk tgk… hehehehe

      Reply
    • akubiomed says

      26th November 2014 at 12:29 am

      2 pelumba F1 yang kenal Jarno Trulli dan Nick Heidfeld menjadi pemandu F1 elektrik.

      Reply
    • Bro Framestone says

      26th November 2014 at 9:16 am

      Xpe… Tak masuk exam pun

      Reply
  26. imran says

    23rd November 2014 at 11:10 pm

    saya pergi semalam tapi tak masuk rugi betullah.

    Reply
  27. Norhayati Suaib says

    23rd November 2014 at 10:41 pm

    Ingat hari ini ada lagi.singgah tengok dah kosong.

    Reply
  28. AkmaOmar says

    23rd November 2014 at 10:15 pm

    wahhh memang terbaik angle shoot pic akubiomed…saya tak sempat nk ambil banyak gambar…kena layan adam excited nak tengok hahaha tahniah ya.

    Reply
  29. TehR says

    23rd November 2014 at 10:02 pm

    kereta elektrik pun dah boleh buat berlumba sekarang ni
    memang bagus

    Reply
  30. blogger lelaki says

    23rd November 2014 at 9:35 pm

    wah syok tu boleh tengok bermacam-macam kereta prototype

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Asas kegunaan baja berdasarkan warna baja untuk newbie

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in