DIY touch up cat kereta dengan Ezy Touch Up
Bagi yang berkereta apabila melihat kesan calar di kereta tentu sedikit sebanyak merobek hati. Tak senang duduk setiap kali melihat kesan calar tersebut Lebih-lebih lagi buah hati jantung intan payung ini ditatang ibarat minyak penuh.
Raya semakin dekat jadi bagi yang berkereta sudah mula berkira-kira berangan menanti duit gaji untuk make up dan memasang aksesori tambahan kepada kereta masing-masing. Belanja yang banyak dibelanjakan termasuk menghantar kereta untuk servis memastikan kereta berada baik ketika mulakan perjalanan balik kampung.
Kesan calar memerlukan belanja besar jadi ada cara bajet dengan melakukan DIY. Saya mengunakan cara DIY untuk menyelesaikan kesan calar pada kereta dengan mengunakan produk Ezy Touch Up. Saya membeli set lengkap EZY Combo Set pada harga RM63.90 + RM7.70 kos penghantaran.
Kandungan EZY Combo Set
- 1 botol EZY Wax & Grease Removal (20ml)
- 1 botol EZY Basecoat (20ml)
- 1 botol EZY Clearcoat (20ml)
- 1 botol EZY Rubbing Compound (20ml)
- Panduan mengunakan Ezy Touch Up.
- Kad ujian cat.
- Berus halus untuk kesan calar halus dan serpihan batu.
4 langkah mudah ketika mengunakan DIY Ezy Touch Up
Membuang kesan kekotoran, gease sebagainya dengan EZY Wax & Grease Removal
Cat menutup dibahagian calar sahaja dengan mengunakan EZY Basecoat dan biarkan kering selama 30 minit .Ulang jika perlu. Disini perlu guna kemahiran mewarna dibangku sekolah dan lakukan dengan perlahan-lahan. Kalau tangan mengeletar minta bantuan orang lain. Gunalah bakat melukis semasa mengunakan cat Base coat ini.
Cat clear dengan mengunakan EZY Clearcoat untuk satu lapisan diatas Base Coat tadi. Ulang cat selepas 4 jam jika perlu. Cat clear akan kering sepenuhnya selepas 24 jam.
Selepas 24 jam ini. Kesan calar kelihatan hampir tidak nampak. Guna EZY Rubbing Compound untuk mengosok lapisan yang tidak rata. Gosok secara pusingan dengan lembut.
Cara semakan kod warna semasa membeli base coat Ezy Touch Up.
Komen pengalaman mengunakan Ezy Touch Up
Jangan bandingkan dengan kedai cat dan penggunaan Ezy Touch Up sudah tentu berbeza kerana proses lebih terperinci dan cat semburan penuh. Saya berpuas hati dengan modal tidak sampai RM100 dapat menutup calar-calar yang merobek hati saya sebelum ini. Masih ada berbaki lagi boleh disimpan untuk kegunaan masa akan datang.
AkuBiomed: Saranan saya mengalakkan beli set lengkap EZY Combo Set supaya hasil DIY capai kepuasan hati.
Maklumat lanjut boleh layari laman rasmi Ezy Touch Up
Ok, tuan bagi idea pada saya untuk buatu pada kereta mak saya. in shaa allah balik weekend ni boleh buat. kereta mak di kampung pun dah banyak calar.
Boleh guna untuk tutup calar halus.
macam best jer ni.. kereta pun dah banyak juga calar tu.
berkilat ye kete…emmm emm ..hehee…nak satu !!
Berkilat selepas disapu dengan clear coat.
Fuhh, berkilat hasilnya. 🙂
Kilat sebab selepas sapu base coat akan disapu pula dengan clear coat untuk bahagian yang calar.
kemahiran melukis masa sekolah?
wah, jauh sangat tu, bro
payah dah nak panggil balik
haha
nampak best jimat tu
tapi klu cuci kereta
cat tu tanggal tak?
Pantangnya lebih kurang seperti cat kereta. Lebih kurang seminggu tidak boleh cuci dan selepas sebulan baru boleh polish.
Emm bagus ni..kalau calar tu macam besar dan luas, boleh hilang tak pakai menda ni bro?bumper kereta saya yang tepi tu kena langgang tiang..jadi, memang nampak tampung lahhh…
Boleh tutup kesan calar dengan mengunakan Ezytouch up ini.
bagusnya. nak cuba juga lah macam nih.
Kos untuk touch up rendah dan berbaloi.
Macam nak beli je. Yang ni siap ada clear coat skali tu yang menarik.
Saya sarankan beli basecoat + clear sekali.
Senang buat sendiri je…
Tapi sayang kaler kereta aku tak ada plak…
Boleh email kepada pihak Ezytouchup untuk mendapat warna yang dicari.
terbaikalh. memang menjimatkan habis nih. hoho
Kereta pun sudah hendak masuk 9 tahun. Cara ini adalah cara bajet.
Nice, pernah terfikir nak beli dahulu…
Sudah beberapa terserempak rak Ezytouchup ini. Malangnya warna yang dicari tak ada. Pesanan melalui online tidak mengecewakan. Terima produk pun cepat.
amk masa berapa hari brg pos sampai?
Nak kata lambat sampai tidak berjuga didalam masa 3 hari bekerja memandangkan stok ada.
hati pun senang bila da tiada calar lagi….jimat…tak perlu nak berbelanja besar….:D
Ya, lah bro hati pun rasa senang tak bampak kesan calar lagi.
nampak mudah je, boleh jimat banyak juga ni banding cat bahagian lagi besar.
Ada bajet boleh cat penuh.
Good idea 🙂 kena try gak . Thanks for sharing
Sama-sama untuk menyelesaikan masalah calar yang menyentap jiwa. 🙂
Memang sedih bila kereta calar, kereta Iswara KM body sebelah kiri, calar hampir 1 meter panjang. Mungkin dicakar orang. Lama dah. Bagus info nie, boleh tutup calar-calar yg ringan
Saya pn ada kesan calar hampir 1 meter akibat anak tolak basikal terkena handbrake kira-kira 4 tahun lalu. Saya sudah tutup kesan calar dengan guna Ezytouch up ini.
Ada satu lagi jenis cat yang boleh DIY..biasa ada dijual di hardware..murah sikit, tapi just cat sajalah.. tak ada clearcoat, grease removal etc. dulu pernah beli n pakai. packaging macam botol kaca watercolor buncho
Ezytouch up ini packaging lebih kurang sama.
terima kasih bro… tengah cari bende ginilah…
habis kereta calar anak2 dok keluar masuk basikal….
terkadang kita cuba lalu kawasan sempit atau tercalar kena ranting pokok ia juga heee
Pernah cuba produk yg mcm pen marker tu tapi kecewa. Akhirnya hantar polish
Pernah beli pen marker tetapi tidak berkesan.
walaupun tak sama dengan upah di kedai, tapi calar tetap tidak nampak lagi dan murah pula.
Cara membaiki cat secara bajet tidak boleh dibandingkan kalau dihantar kedai cat kereta.
Kalau di body kereta senang sikit kot sbb body tu besi aluminum. Kalau di bumper yang guna fiber, mcm mana bro? Boleh melekat ke cat?
Tidak ada masalah kerana ia adalah cat sebenar.
That’s the problem bro. Cat tak melekat kat bumper fiber. Mau spray dengan chemical lagi. Tak tahulah kalau base coat tu boleh membantu.
dia pergi kedai basuh kereta katanya nak bagi kilat dna buang kesan calar rasa mahal juga. mujurlah kertea nampak berkilat lebih dari sebelum ni dna kesan calar hilang. tapi biasalah rm kenalah siap sedia. kalau bagi pihak saya ia membazir sebab kita upah ornag akalu buat lagi jimat. lelaki kalau sayang kereta susah nak cakap heee
Paling molek cat penuh tetapi ini boleh menjimatkan kos.
nak kata apa ab dia sayang kereta ikut dialah heee..saya mana-mana tak kisah ok sahaja.tapi suka berjimat itu lebih baik heeee
Kalau sikit2 calar mmg sesuai sgt guna ni
sekurang2nya dapat cover calar tersebut
nice sharing bro
Bolehlah untuk hilang kesan calar.
tak silap ada dijual di pasaraya..pernah nak beli cuma teragak-agak
kalau ada kesan pecah² di skirting boleh cover tak dengan benda ni?
Gambar membaiki cat didalam entri adalah bumper kereta.
Oh yeke…nampak mcm kat pintu tadi
Tapi skirting saya ada pecah2 sikit..rasanya ni untuk calar sahaja kan
Ya, untuk baiki kesan calar sahaja.
terbaik lah. kalau cermin calar boleh la try nanti…
thanks bro for posting such a unique entry
Terima kasih. Alternatif untuk baiki cat sopek. Kalau ada bajet hantar sahaja kedai cat kereta.
terbaik la bro info nie..
keta saya pun ada sikit calar.. boleh order nanti… 😀
Dekat pasaraya pun ada dijual. Saya beli secara online sebab warna kereta tak ada didalam senarai di rak Ezy Touch Up yang dijual di pasar raya.
bukan setakat tuan sahaja nak beraya kereta harus di tacap jugalah
Oooo, cam tu ke harga dia? Macam menarik je…?
Harga bergantung jenis cat. Kalau hendak beli disarankan ambil set lengkap Ezy Touch Up Combo set.
ok, baru den tau ada cara nak selesaikan masalah macam ni secara diy. ingat boleh anta kedai je..
Boleh sahaja hendak hantar kedai cat kereta. Satu frame dalam lingkungan RM250 bergantung kepada kedai mungkin kurang lagi.
Huishhh bagus niiiiii. Kereta ena banyak calar, huduh dah nampak. Tapi warna kereta ena tak tahu ada ke tak. Hurmmmm
Boleh semak nombor cat kereta dilaman rasmi Ezy Touch Up sebelum buat pembelian.
saya tak clear sangat instruction tapi, memang diperlukan juga.
kereta baru 4 bulan dah bercalar. lagi-lagi duduk flat.
Ada video disediakan di laman rasmi Ezy Touch Up untuk rujukan.
owh rupanya boleh yer kalau buat sendiri, saya ingatkan produk mcm ni menipu tu yg malas nak beli, thanks dengan penerangan nih
Macam cat kereta saya ada pearl kalau hantar ke kedai cat kereta lebih mahal daripada cat 2k lain. Jadi setakat calar-calar sikit tidak menjadi masalah mengunakan Ezy Touch Up.