• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Topup ilmu pengetahuan pada awal bulan Januari 2014

Topup ilmu pengetahuan pada awal bulan Januari 2014

26th January 2014 by akubiomed 36 Comments

Strategi menambah ilmu pengetahuan pada awal Januari 2014

Saya merasakan menambah ilmu itu sangat penting dan jika tidak seseorang itu akan ketinggalan jika masih berada didalam fikiran yang statik.

gambar hiasan

Untuk kekal berdaya saing didalam bidang yang saya ceburi perlu  sentiasa mendapatkan maklumat terkini dan perlu sentiasa berasa dahaga dengan menambahkan ilmu pengetahuan seiring dengan suasana sekeliling yang sentiasa bergerak maju dihadapan.

 ” Pengetahuan Suluh Kemajuan”

Alhamdulillah dengan hasil pendapatan blogging sepanjang tahun 2013 yang lepas dilaburkan semula dengan membeli ebook, penyertaan seminar dan group e-marketing. Dari 2013 lagi saya sudah membiasakan diri dengan melaburkan duit untuk membeli ebook dan seminar.

Sebahagian aktiviti pelaburan semula untuk menambah llmu pengetahuan pada tahun 2013. Ada program dan seminar berbayar dan ada yang percuma:

  1. Introduction to Mobile Web Technologies oleh tim Amanz EDU
  2. Seminar Buat Duit Dengan Blog #SBDdb
  3. Tips blog Famous tak terkalah terbongkar dari Budiey
  4. AngelHack Party Malaysia dimana idea mula bercambah
  5. Malaysian Travel Bloggers Meetup di The School Jaya One
  6. Androids knowledge sharing bersama Mega Gath SamDroid x Amanz 
  7. EOS Essential Photography Workshop
  8. Smart EOS User Programme
  9. Understanding DPP Purchase – produk ebook dari UK
  10. Understanding Exposure – produk ebook dari UK

Secara jujurnya penyertaan saya didalam program dan pembelian diatas memberikan pulangan yang berbaloi. Ia mampu membuka bidang dengan informasi dan perkembangan terkini. Kemahiran juga meningkat. Saya tidak memfokuskan ilmu pengetahuan mengenai blog. wordpress dan seo semata-mata.

Tentu ada yang tertanya-tanya duit yang dilaburkan akan mendapat pulangan?

  • Berapa banyak Profit yang dihasilkan?
  • Berapa ROI yang diperolehi?
  • Apa yang saya dapat?

“Knowledge is power “- Francis Bacon

Saya tidak melihat pulangan didalam bentuk duit semata-mata. Ilmu dan kemahiran bertambah sudah dikira keuntungan kerana dengan ilmu dan kemahiran yang diterima dapat menghasilkan lebih itu.

Kalau tidak percaya boleh baca entri ini: Blogger perlu membaca ini semua poyo

Saya sudah merancang menyertai program-program menambahkan ilmu pengetahuan yang perlu disertai dan ada yang sudah didaftar seawal bulan Disember 2013. Kelebihan daftar awal boleh dapat harga diskaun early bird. Saya berkongsi ini bukan hendak tunjuk bagus dan kemampuan tetapi perkara yang baik apa salahnya berkongsi supaya kita sama-sama meningkat pengetahuan masing-masing. Tidak kisahlah ia berbayar atau percuma.

Berkongsi ilmu di blog

Ilmu pengetahuan yang diperolehi saya kongsi didalam blog AkuBiomed dengan harapan ilmu yang baik dimanfaatkan dan yang tidak baik dijadikan peringatan serta tauladan.

AkuBiomed: Apakah perancangan sahabat blogger pada tahun 2014 ini?

Sila tekan butang kongsi:

  • Pembukaan sekolah dan sambutan tahun baru 2014
  • Menghadiri Seminar Empayar Perniagaan Internet Jootawan
  • Huru hara dengan Kitab Teknik Seo Merah Jambu

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. tips says

    4th February 2014 at 1:28 pm

    ciri2 org cemerlang:
    merancang lebih awal..

    🙂

    Reply
  2. wazy says

    1st February 2014 at 9:51 pm

    bagus macam ni bro,jom sama-sama kita tambah nilai ilmu

    Reply
  3. Irwan Alessa says

    31st January 2014 at 11:43 am

    ada juga perancangan tersendiri sempena 2014 tu.. harap tercapai henadaknya..

    Reply
  4. fyna says

    28th January 2014 at 2:09 pm

    tahun ini pun fyna nak target kan sesuatu untuk blog. lebih baik dari tahun lepas.

    Reply
  5. zool says

    28th January 2014 at 11:53 am

    bagus kongsi ilmu tu

    Reply
    • akubiomed says

      28th January 2014 at 1:05 pm

      Sama-sama mendapat manfaatnya dengan berkongsi ilmu.

      Reply
  6. Denaihati says

    28th January 2014 at 10:18 am

    Ilmu adalah aset yang paling berharga, semoga kita berterusan tambahkan ilmu.

    Reply
    • akubiomed says

      28th January 2014 at 1:06 pm

      Untuk tahun 2014 sudah ada perancangan.

      Reply
  7. Pokok Manggis Depan Rumah says

    28th January 2014 at 9:55 am

    Terbaikklah bro. Banyak boleh belajar nanti.

    Reply
  8. suri says

    28th January 2014 at 9:49 am

    jom beli sapa ada blog bagus beli ini ilmu bukan lapuk pun bila-bila boleh guna.

    Reply
    • Pokok Manggis Depan Rumah says

      28th January 2014 at 9:56 am

      betul tu. boleh guna sampai bila-bila.

      Reply
  9. ohcikgu says

    28th January 2014 at 1:42 am

    selagi boleh belajar, kita belajar. 🙂

    Reply
    • Pokok Manggis Depan Rumah says

      28th January 2014 at 9:58 am

      belajar selagi mampu. masih banyak yang perlu di pelajari.

      Reply
  10. Syahril Hafiz says

    27th January 2014 at 11:14 pm

    Bagus la, memang nampak bro ni seorang yang aktif.
    Saya pun ada perancangan sendiri tahun 2014 ni, eg : jadi blogger aktif balik dan petani moden.. Weee 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      28th January 2014 at 1:07 pm

      Selamat berjaya dengan apa yang diusahakan. Jadi petani moden yang terbaik.

      Reply
  11. papa mifz says

    27th January 2014 at 6:26 pm

    kerja lah ilmu selagi termampu…

    Reply
  12. hazman aka species1980 says

    27th January 2014 at 2:51 pm

    Masa tahun 2009 dulu memang aku suka pegi seminar dan bengkel….skang nie slow dah cuma kena cari semangat nak jadi blogger rajin cam bro Titan tu ….

    Reply
    • akubiomed says

      28th January 2014 at 1:08 pm

      Cemburu dengan bro Titan mampu menghasilkan entri tanpa putus.

      Reply
  13. hatiputera says

    27th January 2014 at 9:50 am

    Tahniah atas usaha gigih bro mencari ilmu tanpa jemu.

    Reply
    • akubiomed says

      28th January 2014 at 1:09 pm

      Mencari ilmu bergantung kepada minat.

      Reply
  14. hafizmd says

    27th January 2014 at 8:16 am

    Tahniah bro AB!

    Ilmu ttp jadi ibu segala kunci. Moga terus berjaya…

    Reply
    • akubiomed says

      28th January 2014 at 1:09 pm

      Terima kasih, sementara minda belum tepu sumbat.

      Reply
  15. Manan Qayyim says

    27th January 2014 at 3:19 am

    bagus la mcm tu… ade planing ….
    akan kujejak langkahmu… hihihi…

    berbelanje lebih utk ilmu tak rugi pon…
    asset yg tak ternilai….

    Reply
  16. zik says

    26th January 2014 at 10:48 pm

    topup selagi boleh… ia pelaburan untuk jangka masa yang panjang sebenarnya…

    Reply
  17. ajumohit says

    26th January 2014 at 8:46 pm

    insha allah jika rajin mencari ilmu pasti ia berguna di satu masa nanti

    Reply
  18. Syazwan Youb says

    26th January 2014 at 7:16 pm

    Aku setuju dengan prinsip kau yang anggap pelaburan wang bukan hanya semata-mata untuk mendapat wang sahaja .

    Ilmu yang kita dapat itulah yang menjadikan satu kepuasan dan pulangan di atas setiap pelaburan wang dan masa .

    Reply
  19. Razlan says

    26th January 2014 at 6:23 pm

    Makin kayo la bro akubiomed

    Reply
  20. suri says

    26th January 2014 at 4:15 pm

    kalau ada hasil mana mau tak senyum lebau 😉

    Reply
  21. AUC says

    26th January 2014 at 10:10 am

    tahun 2014 terus menyambung apa yg x tercapai pd tahun 2013 lalu..

    Reply
  22. KiD says

    26th January 2014 at 7:55 am

    permulaan yang bagus… jom menimba ilmu..

    Reply
  23. Bahrain says

    26th January 2014 at 2:17 am

    banyak juga event yang pergi.

    Reply
  24. titan says

    26th January 2014 at 12:21 am

    Dah nak habis bulan januari dah rupanya ye..

    apapun goodluck ye. Boleh tahan banyak juga tu hang labur duit sana-sini..

    Reply
    • akubiomed says

      26th January 2014 at 12:37 am

      Duit hasil blogging pada 2013 dilaburkan semula untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

      Reply
  25. Bella Enveeus says

    26th January 2014 at 12:19 am

    Knowedge is power indeed. And kalau berkongsi knowledge tu pula, lagi bagus. Dapat tambah pahala.. 🙂

    Reply
  26. Farisya Anastasyia says

    26th January 2014 at 12:16 am

    Ilmu Dikongsi Bersama 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      26th January 2014 at 12:38 am

      Akan membiasakan diri dengan amalan berkongsi ilmu selagi mampu.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in