Jumpa komuniti Androids Malaysia SamDroid terdiri user dan developer tempatan
Ini adalah sesi ke 2 program yang dianjurkan oleh Amanz yang telah saya hadiri iaitu Introduction to Mobile Web Technologies pada bulan Januari yang lalu. Difahamkan Androids knowledge sharing bersama Mega, Gath, SamDroid x Amanz adalah sesi ke 2.
Objektif perjumpaan komuniti Androids adalah untuk:-
1) Perkongsian mengenai Android
2) Perkongsian mengenai Custom ROM, Root dan sebagainya
3) Perkongsian mengenai membaiki hardware telefon
4) Perkongsian mengenai cara mengelak menjadi mangsa scammer ketika melakukan jual-beli atas-talian.
5) Dan tawaran pelbagai aksesori pada harga murah
6) …serta perkongsian menarik lain daripada rakan-rakan SamDroid dan Amanz.
Sesi pertama perkongsian Androids.
Restoran Nasi Kandar Pelita yang terletak di jalan Ampang berhampiran dengan menara KLCC menjadi tempat sesi perjumpaan user dan developer Androids. Saya agak terlewat sampai kerana tidak biasa dengan kawasan sekitar KLCC. Aplikasi Waze yang selalunya berfungsi dengan cemerlang tetapi kali ini memberi masalah.
Saya terpaksa menguna aplikasi alternatif GPS, HERE untuk Windows Phone 8. Rugi terlepas sesi pertama bagi saya penting mengenai Androids. Bukan rezeki saya agaknya.
Sesi kedua keselamatan membeli diatas talian.
Beberapa tips yang telah disampaikan oleh Afiq Azri untuk memastikan tidak menjadi mangsa penipuan semasa membeli diatas talian.
Tips membeli diatas talian dengan selamat.
1. Membeli secara tunai @ Cash On Delivery(COD)
2. Membuat perjumpaan dengan penjual dikawasan yang terbuka dan dicadangkan mempunyai rakaman CCTV.
3. Mendapatkan resit pembelian sebagai bukti pembelian.
4. Membuat kajian seperti Google untuk melihat rekod penjual dan maklumbalas pembeli.
5. Memeriksa ketulenan produk yang dibeli. Ketulenan Samsung Smartphone dengan menekan *#0*#.
Merapatkan jurang antara User Androids dan Developer Androids.
Saya bukan developer atau programmer tetapi adalah pengguna aplikasi Androids. Peluang ini untuk mengembangkan network dan ice breaking antara saya dengan developer Androids tempatan. Ya, saya berjaya.
Perjumpaan komuniti Androids Malaysia akan dijadikan acara tahunan.
Sebelum bersurai Amanz ada berkongsi projek yang bakal dilancarkan untuk komuniti Androids pada 2014 terpaksa mengkatifkan semula domain berkaitan Androids. Beberapa cadangan telah diberikan oleh mereka yang hadir untuk memantapkan komuniti Androids tempatan. Difahamkan perjumpaan komuniti Androids ini akan dijadikan acara tahunan. Insyallah kalau war-warkan pada tahun 2014 akan hadir.
Pautan group Samsung Android Smartphone Malaysia
Ihsan video: Astro Awani
AkuBiomed: Terima kasih kepada Mega, Gath, SamDroid dan Amanz yang menganjur sesi knowledge sharing mengenai Androids.
mesti seronok join event camni..dan banyak info2 baru yg menarik…
Ruginya terlepas… Tak sabar nak tunggu next gathering.
kalau dekat,, tittew pun nak join,, pernah jumpa dorang kat kbmall dulu,, huhuu
semua grup lelaki yer. sambil berbincang sambil mengeteh 🙂
kami juga ada hadir di sesi tersebut. Biarpun datang dari Kota Kinabalu, sempat sampai on time.
Bukan rezeki saya dapat berjumpa dengan bro.
Seriously? Awat tak dapat jumpa korang ni.
aka. SalamMedia 🙂
Masing-masing ada yang duduk di utara, selatan dan tenggara. 🙂
satu aktiviti yang penuh dengan ilmu,,,
molek la kalau dibuat selalu
Ilmu percuma dan saya suka.
idea dan aktiviti yang sangat bagus
aku sokong dari jauh je
Malaysia Samdroids ada group yang boleh disertai untuk mengetahui info terkini mengenai Androids.
Syok betul tengok diaorg berniaga. Bila la saya nak jadi macam mereka
Dapat gak jemputan …. tapi pergi menjenguk parent kat kajang…. thanks atas perkongsian….
sungguh meriah. semoga di tempat saya juga akan wujud pogram seperti ini 🙂
untuk pengemar tegar android ni
Bagus gath mcm ni, byk kawan dan ilmu yg dapat
Harap tahun depan dapat ke program android ini. Lambat saya tahu
Ia akan dijadikan acara tahunan.
Perkongsian yang menarik..terima kasih..
event lg.. Serious jelous dowh dengan abang blogger sorang nie… Rajin pegi event. 🙂
Ada masa dan kesempatan akan ambil peluang untuk pergi.
bestnya kalau dapat pergi.teringin nak pergi.boleh dapat ilmu pasal android ni sebab mmg minat gak bab2 Android ni.. 🙂
Kalau ada dianjurkan tahun 2014 boleh hadir.
wah sekali dah terlepas da.. Mesti ada ilmu baru yang telah dikongsi
setiap orang boleh bagi pendapat dan komen dalam event seperti ini..selain merapatkan silaturahim sesama blogger
Waahhhh.. untung la siapa yg dapat pegi tu… 🙁
ruginye x dpt join..
perkongsian begini pun ada rupanya ya.. bagus kalau lebih banyak tips membeli dan menjual atas talian boleh dikongsikan.. banyak kes menipu dan tertipu berlaku..sampai ada yg dah tak nak ambik risiko..
Terlupa nak pergi hari tu..adoyai..rugi..rugi
Ya Allah, ada ke masa tu? Awat tak tegur?
Perkongsian banyak, tapi berharap lain kali tempat besar skit, dan ada mic utk ckp2. Byk ilmu lagi boleh dikongsi
kalau benda ni ramai lelaki yang datang kan..tentu seronok dapat jumpa rakan blogger
Ada juga perempuan yang hadir cuma tidak ramai.
adoi.. nk pogi nie taun dpan.. huu…
bertuah bro dapat ilmu berguna dalam event tuh…
Tu la pasal.. beza dapat ilmu direct nie dgr baca melalui blog.. 🙁
Saya selaku founder group mySAMDROID mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi hadir dan menulis tentang event ini. Insyallah kami akan teruskan event ini sebagai acara tahunan mySAMDROID
terima kasih atas sokongan bos. insyaAllah, kalau berkesempatan leh wat lagi tahun depan. 🙂
aku tahu pasal ni pun sebab tengok astro awani. tak diwar-warkan pasal gath ni atau ianya atas jemputan
Ada diwar-warkan di laman rasmi Amanz dan Google Plus.
Event yang sangat menarik dan informative. Masuk TV x? haha
Masuk tv atau tidak? bukan keutamaan. Yang penting ilmu.
Untunglah dapat pergi.. Aku ingat nak pergi jugak hari tu tapi ada hal lain pulak.. Harap akan dibuat lagi lain kali..
Kita tunggu tahun hadapan akan ada penganjuran komuniti Androids pada tahun 2014 nanti.