Perkongsian ilmu dan perkembangan rangkaian sosial di Malaysian Travel Bloggers Meetup
Sedunia Travel telah menganjurkan Malaysian Travel Bloggers Meetup kali ke 2 di The Centre for Asian Photographers yang terletak di The School, Jaya One, Petaling Jaya.
Saya tahu mengenai event ini melalui Akmar Omar yang berkongsi di Facebook. Melihat objektif Malaysian Travel Bloggers Meetup ini mengumpul pengembara dan jurugambar untuk sama berkongsi ilmu dan membina komuniti.
Saya sendiri berminat fotografi dan sejarah. Melihat peluang ini untuk mendapat kenalan baru dan bertukar informasi pengembaraan yang ada kaitan dengan seni fotografi.
Minuman panas dan sejuk oleh Cat in the box
Ruang bawah Centre for Asian Photographers
Steven dari Sedunia Travel sebagai emcee
Sesi perkongsian pengalaman oleh Fie blogger traveler dan blog Travel Chameleon
Amber dari PlateCulture berkongsi sesuatu yang unik mengenai menikmati makan di rumah dari pelbagai budaya dan latarbelakang berbeza.
Biasanya kita akan ke restoran atau hotel untuk makan tetapi yang ini tetamu dari berlainan budaya akan berkumpul di suatu rumah yang akan menjadi hos untuk makan malam.
Ia memang sesuai untuk mereka yang mengembara ingin menikmati makan malam dirumah penduduk negara yang dikunjungi. Seolah-olah berada dirumah sendiri untuk makan malam. Menarik bukan.
George dari Centre for Asian Photographers berkongsi tips untuk pengembara dan penjagaan kamera semasa mengembara.
Tip pengembara dan penjagaan kamera
- Mengunakan bag yang ringan, bersesuaian mengikut jantina dan ketinggian.
- Imbangan beban ketika mengunakan back pack dengan meletak chest bag dihadapan
- Padded hip belt memastikan bag berada dikedudukannya
- Plastik bag perlu dibawa untuk digunakan melindungi barangan elektronik daripada basah dan kelembapan. Letakkan jel silika kerana kelembapan dan kulat adalah musuh kepada kamera DSLR.
- Kamera DSLR sensitif dengan perubahan klimak. Keluarkan selepas sampai dihotel untuk mengimbangi perubahan klimak seberapa ketika.
- Tidak meletakkan barang tajam didalam back pack kerana dibimbangi bocor.
- Barangan berharga dan elektronik perlu diletakkan didalam waist pouch bag.
Snek ringan yang disediakan oleh Cat in the box
Sesi cabutan bertuah.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sedunia Travel, Centre for Asian Photographers dan Cat in the box yang menjayakan Malaysian Travel Blogger Meetup kali ke 2.
Hurmm….. rasanya ada event lain pada hari yang sama…. menariknya join sebegini ialah dapat jumpa rakan baru dan kembangkan networking kita
mesti seronok dapat jumpa ramai2 macam tuh…
wah.. lama sungguh maza tidak bersosial seperti ini…
sekarang ini sibuk menyiapkan tugasan di sekolah itu. .uhuk!
Wahhhhh! Nampak macam best je. X tau menahu pun pasal event nie. 🙁
Tertarik plak tgk gambar Nelsen Mandela tu… Jasa mu tetap di kenang 🙁
Minat travel dn suka buat cite travel tapi bab ambik gambar hanya guna phone jeww…tu yg segan nak join event ni..:(
Banyak tips yg dia berikan dalam event ni
tips menarik.. sejak ada bermacam2 jenis mirrorless camera .. saya berminat.. kecik dan compact.
Wow sgt menarik! Harap berpeluang juga nak join lain kali 🙂
Takdelah travel sgt pun tp lama tak jumpa orang >_<
menarik dan hebat banyak ilmu dapat dikongsikan bersama-sama.
Tentu seronok join event ini bila mendengar perkongsian pengalaman daripada blogger-blogger yang mempunyai minat yang sama…. 😉
mesti banyak perkongsian yang menarik dalam travel dan fotografi.. Tempatnya juga nampak menarik.
Hendak dikatakan banyak juga tidaklah tetapi info yang dikongsikan dan berjumpa kenalan baru adalah sesuatu yang berharga.
banyak ilmu boleh dikongsi bersama…ilmu nak jaga dslr pun ada..terbaek lah…
Elok juga kita buat persediaan untuk menjaga barangan elektronik yang sensitif kepada klimak cuaca ketika mengembara.
Dah lps rupenyer
Kalau ada penganjuran tahun 2014 boleh turut serta.
saya suka n memang silent reader blogger2 yang selalu travel. Suka tgk travelog depa. Gambar2 pun cantik.
Adik bongsu saya minat gak travel, if fam ajak, tapi ye masih study lagi, kalau tak memang dia duk blogging pasal tempat2 yang dia pergi. Sekarang stop blogging sebab masih study, mak tak bagi sangat duk tenet if tak berkenaan dengan study, mungkin pas grad nanti dia akan blogging balik. InsyaAllah.
Saya hendak kata kerap mengembara tidaklah tetapi apabila ada peluang samada urusan kerja dan peribadi diambil peluang.
Wah best dapat kumpui ramai2 camni… syok dok KL.. atau dekat ngan KL… macam2 event leh pegi hehe
Jom mai doq KL bro. 🙂
Aku terlupa tentang ini…
Kalau ada penganjuran MTBM 2014 boleh hadir.
acara sesuai untuk peminat gambar dan kamera
banyak ilmu yang mereka kongsi
Traveler blogger dan pengembara pun boleh sertai MTBM ini.
meet up yg bagus.dpt berkongsi ilmu dan jumpa kenalan baru 🙂
Sudah 2 kali sertai meet up yang berlainan skop. Menarik.