• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Malaysian Travel Bloggers Meetup di The School Jaya One

Malaysian Travel Bloggers Meetup di The School Jaya One

8th December 2013 by akubiomed 28 Comments

Perkongsian ilmu dan perkembangan rangkaian sosial di Malaysian Travel Bloggers Meetup

Sedunia Travel telah menganjurkan Malaysian Travel Bloggers Meetup kali ke 2 di The Centre for Asian Photographers yang terletak di The School, Jaya One, Petaling Jaya.

Saya tahu mengenai event ini melalui Akmar Omar yang berkongsi di Facebook. Melihat objektif Malaysian Travel Bloggers Meetup ini mengumpul pengembara dan jurugambar untuk sama berkongsi ilmu dan membina komuniti.

Saya sendiri berminat fotografi dan sejarah. Melihat peluang ini untuk mendapat kenalan baru dan bertukar informasi pengembaraan yang ada kaitan dengan seni fotografi.

Minuman panas dan sejuk oleh Cat in the box

Ruang bawah Centre for Asian Photographers

Steven dari Sedunia Travel sebagai emcee

Sesi perkongsian pengalaman oleh Fie blogger traveler dan blog Travel Chameleon

Amber dari PlateCulture berkongsi sesuatu yang unik mengenai menikmati makan di rumah dari pelbagai budaya dan latarbelakang berbeza.

Biasanya kita akan ke restoran atau hotel untuk makan tetapi yang ini tetamu dari berlainan budaya akan berkumpul di suatu rumah yang akan menjadi hos untuk makan malam.

Ia memang sesuai untuk mereka yang mengembara ingin menikmati makan malam dirumah penduduk negara yang dikunjungi. Seolah-olah berada dirumah sendiri untuk makan malam. Menarik bukan.

George dari Centre for Asian Photographers berkongsi tips untuk pengembara dan penjagaan kamera semasa mengembara.

Tip pengembara dan penjagaan kamera

  • Mengunakan bag yang ringan, bersesuaian mengikut jantina dan ketinggian.
  • Imbangan beban ketika mengunakan back pack dengan meletak chest bag dihadapan
  • Padded hip belt memastikan bag berada dikedudukannya
  • Plastik bag perlu dibawa untuk digunakan melindungi barangan elektronik daripada basah dan kelembapan. Letakkan jel silika kerana kelembapan dan kulat adalah musuh kepada kamera DSLR.
  • Kamera DSLR sensitif dengan perubahan klimak. Keluarkan selepas sampai dihotel untuk mengimbangi perubahan klimak seberapa ketika.
  • Tidak meletakkan barang tajam didalam back pack kerana dibimbangi bocor.
  • Barangan berharga dan elektronik perlu diletakkan didalam waist pouch bag.

Snek ringan yang disediakan oleh Cat in the box

Sesi cabutan bertuah.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sedunia Travel, Centre for Asian Photographers dan Cat in the box yang menjayakan Malaysian Travel Blogger Meetup kali ke 2.

Sila tekan butang kongsi:

  • Topup ilmu pengetahuan pada awal bulan Januari 2014
  • Menimba ilmu Photojournalism di KL Travel Photojournalism Workshop 2014
  • Kelas Fotografi Botani di Taman Botani Putrajaya

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. hazman aka species1980 says

    11th December 2013 at 4:25 pm

    Hurmm….. rasanya ada event lain pada hari yang sama…. menariknya join sebegini ialah dapat jumpa rakan baru dan kembangkan networking kita

    Reply
  2. papa mifz says

    11th December 2013 at 12:12 pm

    mesti seronok dapat jumpa ramai2 macam tuh…

    Reply
  3. maza says

    10th December 2013 at 2:04 pm

    wah.. lama sungguh maza tidak bersosial seperti ini…
    sekarang ini sibuk menyiapkan tugasan di sekolah itu. .uhuk!

    Reply
  4. Aniq Bukhary says

    10th December 2013 at 1:00 pm

    Wahhhhh! Nampak macam best je. X tau menahu pun pasal event nie. 🙁

    Reply
  5. Aniq Bukhary says

    10th December 2013 at 12:59 pm

    Tertarik plak tgk gambar Nelsen Mandela tu… Jasa mu tetap di kenang 🙁

    Reply
  6. hannyabdullah says

    10th December 2013 at 9:09 am

    Minat travel dn suka buat cite travel tapi bab ambik gambar hanya guna phone jeww…tu yg segan nak join event ni..:(

    Reply
  7. hafiz says

    9th December 2013 at 10:33 pm

    Banyak tips yg dia berikan dalam event ni

    Reply
  8. Mus says

    9th December 2013 at 10:12 pm

    tips menarik.. sejak ada bermacam2 jenis mirrorless camera .. saya berminat.. kecik dan compact.

    Reply
  9. Mommy Lyna says

    9th December 2013 at 9:10 pm

    Wow sgt menarik! Harap berpeluang juga nak join lain kali 🙂

    Takdelah travel sgt pun tp lama tak jumpa orang >_<

    Reply
  10. Denaihati says

    9th December 2013 at 8:32 pm

    menarik dan hebat banyak ilmu dapat dikongsikan bersama-sama.

    Reply
  11. Anuar says

    9th December 2013 at 5:45 pm

    Tentu seronok join event ini bila mendengar perkongsian pengalaman daripada blogger-blogger yang mempunyai minat yang sama…. 😉

    Reply
  12. Bahrain says

    9th December 2013 at 12:51 pm

    mesti banyak perkongsian yang menarik dalam travel dan fotografi.. Tempatnya juga nampak menarik.

    Reply
    • akubiomed says

      9th December 2013 at 5:40 pm

      Hendak dikatakan banyak juga tidaklah tetapi info yang dikongsikan dan berjumpa kenalan baru adalah sesuatu yang berharga.

      Reply
  13. wahida says

    9th December 2013 at 12:01 pm

    banyak ilmu boleh dikongsi bersama…ilmu nak jaga dslr pun ada..terbaek lah…

    Reply
    • akubiomed says

      9th December 2013 at 5:41 pm

      Elok juga kita buat persediaan untuk menjaga barangan elektronik yang sensitif kepada klimak cuaca ketika mengembara.

      Reply
  14. ladybird says

    9th December 2013 at 7:40 am

    Dah lps rupenyer

    Reply
    • akubiomed says

      9th December 2013 at 5:41 pm

      Kalau ada penganjuran tahun 2014 boleh turut serta.

      Reply
  15. Nine says

    9th December 2013 at 2:45 am

    saya suka n memang silent reader blogger2 yang selalu travel. Suka tgk travelog depa. Gambar2 pun cantik.

    Reply
    • Nine says

      9th December 2013 at 8:00 am

      Adik bongsu saya minat gak travel, if fam ajak, tapi ye masih study lagi, kalau tak memang dia duk blogging pasal tempat2 yang dia pergi. Sekarang stop blogging sebab masih study, mak tak bagi sangat duk tenet if tak berkenaan dengan study, mungkin pas grad nanti dia akan blogging balik. InsyaAllah.

      Reply
      • akubiomed says

        9th December 2013 at 5:42 pm

        Saya hendak kata kerap mengembara tidaklah tetapi apabila ada peluang samada urusan kerja dan peribadi diambil peluang.

        Reply
  16. aimannajmy says

    9th December 2013 at 2:33 am

    Wah best dapat kumpui ramai2 camni… syok dok KL.. atau dekat ngan KL… macam2 event leh pegi hehe

    Reply
    • akubiomed says

      9th December 2013 at 5:42 pm

      Jom mai doq KL bro. 🙂

      Reply
  17. fazrol says

    9th December 2013 at 1:02 am

    Aku terlupa tentang ini…

    Reply
    • akubiomed says

      9th December 2013 at 5:43 pm

      Kalau ada penganjuran MTBM 2014 boleh hadir.

      Reply
  18. TehR says

    9th December 2013 at 12:58 am

    acara sesuai untuk peminat gambar dan kamera
    banyak ilmu yang mereka kongsi

    Reply
    • akubiomed says

      9th December 2013 at 5:43 pm

      Traveler blogger dan pengembara pun boleh sertai MTBM ini.

      Reply
  19. Farisya Anastasyia says

    9th December 2013 at 12:16 am

    meet up yg bagus.dpt berkongsi ilmu dan jumpa kenalan baru 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      9th December 2013 at 5:44 pm

      Sudah 2 kali sertai meet up yang berlainan skop. Menarik.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in