• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Tanam sayur guna bekas air jag

Tanam sayur guna bekas air jag

31st May 2019 by akubiomed 17 Comments

Tanam sayur di rumah dengan mengunakan bekas air jag.

Tak susah nak tanam sayur di rumah. Diantara halangan untuk bercucuk tanam yang selalu menjadi alasan adalah tiada masa dan tanah. Sebenarnya hendak bercucuk tanam di rumah tidak lah susah yang disangkakan.

Tanam pokok jenis berdaun hijau mudah untuk disimai dan tidak perlu penjagaan yang khusus. Beberapa teknik terkenal tanam sayur Hidroponik yang amat popular. Teknik yang sama boleh digunakan untuk menanam sayur dirumah.

Cara konvensional tanam sayur dalam pasu.

Cara konvensional dengan tanam sayur dalam pasu. Teknik ini memerlukan tanah. Pengunaan nisbah tanah media yang tidak tepat menyebabkan sayur tidak menjadi. Saya pernah beberapa kali pada mula pokok sayur tumbuh elok diperingkat awal tetapi mula layu mati disebabkan tanah media.

Puncanya pasu tempias kena air hujan lebat. Habis pasu bertakung air. Tidak lama kemudian pokok sayur mula layu dan mati. Bukanlah ini tidak sesuai tetapi ini adalah satu cabaran tanam pokok mengunakan pasu.

Kos modal permulaan rendah.

Penanaman sayur skala kecil untuk makan sendiri sudah memadai. Bayangkan biji benih sayur dibeli pada harga RM2.10 dari kedai ECO amat berbaloi. Teknik Hidroponik tidak memerlukan tanah dan tidak memerlukan ruang yang besar.

Saya nak kongsi tanam sayur mengunakan bekas air jag inspirasi teknik Hidroponik. Bahan-bahan untuk tanam sayur mengunakan bekas air jag ini mudah diperolehi. Semua bahan yang diperlukan boleh di murah dari kedai ECO sahaja.

bahan-bahan untuk tanam sayur dalam bekas air jag

Bahan-bahan untuk tanam sayur dalam jag bekas air.

  1. Bekas air jag plastik
  2. Bekas bakul plastik
  3. Kapas muka @ kertas tisu

Pastikan bekas bakul plastik mempunyai lubang di tapak bekas.

Letak kapas muka @ tisu kertas di dalam bekas. Kapas muka sebagai media semaian untuk cambah biji benih sayur.

Tabur benih sayur dalam bekas dengan rata dan tidak terlalu rapat. Saya tabur benih sayur kangkung ke dalam bekas.

Lembapkan tisu dengan air untuk benih sayur bercambah.

Letak bekas yang mempunyai benih sayur ke dalam bekas air jag. Tuang air sekadar sehinggamencapai tapak bekas.

Boleh label bekas dengan mencatat nama benih sayur dan tarikh semai benih. Tak lah terlupa benih sayur yang disemai nanti. Tak perlu nak bimbang kadar air kerana lambat tersejat. Boleh lah nak tengok-tengok pada petang hari keadaan benih yang disemai.

Saya tanam 4 jenis sayur. Sayur yang ditanam adalah sayur Kangkung, Pak Choy, Bayam Hijau dan Bayam Merah di belakang rumah.

Benih sayur Kangkung mula bercambah selepas 3 hari disemai.

Benih sayur Kangkung berusia 5 hari.

Mudah tanam sayur guna konsep Hidroponik.

Pada mula risau samada tanam pokok sayur guna bekas air jag ini tidak menjadi kerana saiz bekas air jag yang tingga. Syukur alhmadulillah nampak elok benih sayur bercambah di dalam bekas iar jag. Cara lain boleh guna bekas plastik bulat dan bekas air bulat mengunakan cara yang sama. Boleh tanam sayur dalam bekas terbuang dengan guna semula. Secara tidak langsung kurang beri kesan rumah hijau.

Sayur Kangkung ada tumbuhan berdaun sangat mudah untuk ditanam kerana mudah hidup. Masa kecil dahulu saya pernah tinggal di Sungai Besar, Selangor. Sayur Kangkung membiak subur di dalam parit yang digunakan untuk saliran air pada sawah bendang penanaman padi. Bolehlah cuba dengan tanam sayur Kangkung dahulu sebelum tanam sayur lain.

Kalau ada baja AB yang digunakan untuk tanaman Hidroponik boleh digunakan. Kesimpulan tidak lah susah hendak tanam sayur di rumah Flat atau tidak ruang untuk bercucuk tanam.

  • Sayur Kangkung organik tanam di belakang rumah
  • Sayur Sawi Organik Dengan Modal Kurang RM10
  • Pengalaman tanam sayur kangkung dan kacang botor

Filed Under: blog, tanaman Tagged With: tanam sayur, tanam sayur dalam bekas

Reader Interactions

Comments

  1. zikri husaini says

    2nd July 2019 at 6:30 pm

    kita memang ada masalah tempat yang terhad. ini memang sangat bersesuaian. saya tanam pokok cili, pakai pasu kecik jer.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd July 2019 at 12:19 pm

      Guna kreativiti dan ruang yang terhad untuk bercucuk tanam. Menjimatkankan.

      Reply
  2. gnesop says

    22nd June 2019 at 10:16 pm

    menarik
    baru nak cuba tanam sayur dalam pasu
    tp belum beli palsu. skrg ada hanya kaktus huhuhu

    Reply
    • akubiomed says

      24th June 2019 at 9:54 pm

      Bekas air jug ini agak tinggi. Boleh dapat bekas penapis dan bekas yang lebih rendah.

      Reply
  3. Hairul Hissam says

    15th June 2019 at 6:01 pm

    dulu pernah juga try tanam guna biji benih paket tu.. tapi tak pernah menjadi.
    lepas nie bolehlah saya try cara bro tu..

    Reply
    • akubiomed says

      15th June 2019 at 10:54 pm

      Insyallah, boleh cuba. Kalau ada pengunaan campuran baja AB yang di hidroponik boleh digunakan.

      Reply
  4. opit says

    12th June 2019 at 7:25 am

    Idea yg menarik & sgt praktikal untuk kawasan yg terhad.

    Reply
    • akubiomed says

      15th June 2019 at 10:54 pm

      Tidak perlu risau nak cari tanah dan guna ruang yang besar.

      Reply
  5. akubiomed says

    9th June 2019 at 9:27 pm

    Tak susah tanam cara low cost hidroponik. Tidak perlu penjagaan yang khusus. Masa sekolah dahulu saya tanam pokok kacang Botor di tepi rumah. Setiap pagi tuai kacang Botor dan jual secara borong di peniaga di pasar. Kumpul duit saku masa curi sekolah.

    Reply
  6. SITI AWADAH says

    9th June 2019 at 6:49 pm

    tak pernah cuba lg cara ni.. nnti nk try gak la..

    Reply
    • akubiomed says

      9th June 2019 at 9:15 pm

      Kalau ikutkan guna bekas jag air tidak sesuai kerana terlalu tinggi. Boleh guna bekas yang lebih kecil.

      Reply
  7. Jiarizaira says

    9th June 2019 at 11:57 am

    Sejak dua menjak ni saya terfikir untuk bercucuk tanam ni. Tapi masih belum bergerak lagi.

    Reply
    • akubiomed says

      9th June 2019 at 9:33 pm

      Tanaman secara low hidroponik ini tidak perlu penjagaan khusus dan mudah. Zaman sekolah dahulu saya tanam pokok kacang botor ditepi rumah. Setiap pagi petik dan jual secara borong kepada peniaga di pasar. Dapat kumpul duit saku masa cuti sekolah.

      Reply
  8. Siti Nurhayati (Chik Tie) says

    4th June 2019 at 11:45 am

    Suka tengok orang bercucuk tanam ni. Menjadi dan subur. Nak masak pun senang. Tinggal petik je nanti

    Reply
    • akubiomed says

      9th June 2019 at 9:30 pm

      Kalau ada masalah kawasan yang terhad boleh guna teknik hidroponik untuk tanaman daun. Boleh guna baja AB untuk membekalkan nutrien lengkap kepada pokok.

      Reply
  9. Ani Haryani says

    31st May 2019 at 12:43 pm

    Seronoknya tengok menjadi, lagi-lagi kankung! teruja hee

    best ni!

    Reply
    • akubiomed says

      9th June 2019 at 9:36 pm

      Sayur Kangkung paling mudah untuk di tanam. Teringat semasa saya duduk di Sungai Besar. Pokok sayur Kangkung tumbuh subur di dalam parit yang digunakan pengairan bendang.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in