Tanam sayur kangkung dan kacang botor
Semasa tinggal di Sungai Besar, saya pernah tanam sayur kangkung dan kacang botor. Cari duit poket dengan menanam sayur kangkung dan kacang botor. Ketika itu arwah bapa saya bertugas di pejabat daerah Sungai Besar selama 5 tahun disana.
Belajar subjek Sains Pertanian di tingkatan 1
Semasa tingkatan 1, saya belajar subjek Sains Pertanian di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar @ nama singkatan ‘SMK’. Kalau sebut ‘SMK’ memang orang di kawasan Sungai Besar kenal sangat dengan sekolah ini.
Pokok bunga kertas menjadi mangsa uji kaji
Apabila belajar subjek Pertanian ditingkatan satu sehinggalah tingkatan 3. Banyak juga dipelajari mengenai bidang pertanian ini antaranya jenis tanah, campuran baja N:P:K untuk pertumbuhan, bunga dan buah, membuat kompos, teknik cantuman tunas, tut dan sebagainya. Selalunya pokok bunga ibu saya menjadi mangsa uji kaji dan praktikal. Saya akan bantu arwah bapa saya buat tut pada dahan pokok buah-buahan untuk mendapat kualiti buah yang sama dengan pokok induk. Ada ruang tanah di tepi quarters famili saya tinggal, akan digunakan untuk bercucuk tanam antaranya sayur kangkung dan kacang botor. Siap buat batas dan saliran dengan mengunakan cangkul. Apa yang saya belajar didalam kelas Pertanian akan dipraktikkan sepenuhnya.
Menanam pokok kangkung dan kacang botor secara organik
Saya tidak suka mengunakan bahan kimia. Mengunakan tanah bakar untuk membina batas dan tidak mengunakan racun serangga. Teruja melihat benih kacang botor bercambah. Memandangkan pokok kacang botor jenis berjalar dan perlu berpaut saya gunakan pagar untuk pokok kacang botor melilit. Hasil kacang botor di petik, saya akan jual secara borong dipasar. Dapatlah duit poket dengan bercucuk tanam suka-suka.
Pokok kangkung paling senang hendak jaga dan biasanya tidak dijual untuk buat makan sahaja. Saya suka makan lauk sayur kangkung goreng dan ratah kacang botor di cicah dengan dengan sambal belacan. Selain itu ada beberapa pokok ditanam seperti pokok pisang dan pokok ubi. Setakat hendak makan ulam pucuk ubi cicah sambal belacan. Bila dikenang balik terasa rindu dengan suasana ketika tinggal di Sungai Besar ini kerana kesuburan tanahnya.
emak saya pernah tanam kacang botor melilit2 di pagar rumah sampai tak termakan bila dah trlalu banyak
Saya suka kangkung! 😀
Sebut pasal kangkung, tetiba plak saya tersenyum depan lappy.. Hehe
Post entry yang sungguh bijak yea…. btw kat SMASHIES BURGER ada jual BURGER KANGKUNG nie…sempena kes tersebut
dua2 sedap buat ulam…
keyword panas tu..
tanam kangkung plg senang kalau tanah berair..cuma famili xsuka sgt mkn kangkung..umah ciktom lg prefer tanam kacang botor…hee
kacang botor buat ulam je
cicah dengan budu
haha
Seingat saya masa kecil dulu, umi bagi kita adik beradik tanam pisang sorang satu pokok. Punyalah happy bila pokok berbuah.
hahaha, yang pelik, kangkung kat tempat saya tak dak harga. kalaulah ada harga mesti saya akan bereksperimen dengan kangkung harga tak turun turun 😀
Kangkung hidup subur didalam parit terutama dekat dengan sumber air.
Pernah tanam kangkung ni..sampai boring dah nak makan dan akhirnya layu dan pupus macam tu aje…haha
Kangkung kalau ada sumber air memang hidup meliar.
tentu terror bro masak kangkung goreng belacan ni…
Boleh sahaja hendak masak kangkung goreng belacan.
Hahhaha~~ femes lagu lenggang2 kangkung skang… kacang botol crunchy….. memang enak dimakan sambil cecah sambal belacan
Marvelous dapat cicah kacang botor dengan sambal belacan.
Burger kangkung laku keras sekarang heheheh
Resepi vegetarian dengan makan burger kangkung.
hati-hati makan sayur kangkung..
tak susah tanam kangkung nih. hoho..
Memang tidak susah cucuk dan siram air. Tumbuhlah pokok kangkung ini.