• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Sayur Kangkung organik tanam di belakang rumah

Sayur Kangkung organik tanam di belakang rumah

7th February 2019 by akubiomed 19 Comments

Sayur Kangkung di dalam Plant Tray

Percubaan pertama kali tanam lebihan keratan sayur.

Sayur Kangkung organik yang ditanam didalam Plant Tray. Projek tanam sayur organik suka-suka sahaja. Pada mulanya nak tanam sayur secara Hidroponik tetapi ada bahan-bahan campuran baja AB menyebabkan usaha nak tanam sayur secara Hidroponik terbantut.

Tanam sayur organik bermula dengan modal rendah.

Tanaman sayur organik ini dipilih kerana mahu  bermula dengan modal serendah yang mungkin. Saya tidak mengunakan benih sayur tetapi mengunakan keratan batang sayur yang dibeli. Keratan sayur tersebut dicambah akarnya di dahulu dengan rendam keratan sayur didalam air. Bila akar sudah bercambah barulah dipindahkan ke plant tray tapak tanaman kekal.

Bahan-bahan untuk tanaman sayur organik:

  1.  Tray Plant – RM2.10
  2. Serbuk Kelapa @ Cocopeat – RM2.10
  3. Tanah tanaman organik – RM2.10

Semua bahan di atas dibeli dari kedai ECO tidak sampai RM10. Jimatkan? Macam mana pula sayur? Guna lebihan keratan batang sayur janganlah dibuang tetapi ambil untuk dicambah akarnya dahulu. Jimat lagi tidak perlu keluar modal untuk beli benih sayur.

Kalau guna biji benih perlu disemai dahulu sebelum dipindah ke tapak semaian. Ada risiko anak pokok sayur mungkin mati selepas pindah ke tapak semaian.

Sayur Kangkung mudah ditanam.

Boleh mula dengan tanaman sayur yang mudah untuk hidup seperti sayur Kangkung. Bila sudah faham boleh cuba untuk tanaman sayur yang lain pula. Kesilapan yang pernah saya lakukan tanam sayur Sawi adalah terlebih siraman air menyebabkan pokok mati dan mula layu kerana terlebih air.

Sedih juga tanaman sayur Sawi dari keratan batang yang berjaya akar dicambah. Sayur Sawi pindah ke dalam plant tray nampak elok pada mulanya. Atas kesilapan sendiri terlebih siram air menyebabkan sayur Sawi tersebut mula menunjukkan tanda-tanda layu dan membusuk.

Sepanjang penjagaan sayur Kangkung langsung tidak mengunakan baja kimia atau racun serangga. Kata lain bebas kimia dan 100% tanaman organik.

Jimatlah duit beli sayur yang siap diikat lebih kurang RM2.

Sayur Kangkung hasil tanaman organik yang berjaya ditaman akhirnya telah selamat menjadi bahan masakan Nasi Goreng Kangkung. Sungguh berpuas hati projek tanaman sayur organik yang projek suka-suka memberi hasilnya.

Nasi Goreng Kangkung

Sila tekan butang kongsi:

  • Tanam sayur guna bekas air jag
  • Pengalaman tanam sayur kangkung dan kacang botor
  • Menghasilkan baja Organic Plant Booster untuk tanaman dari bahan-bahan terbuang dapur

Filed Under: blog, tanaman Tagged With: organik, sayur, sayur kangkung, tanaman organik

Reader Interactions

Comments

  1. seri says

    5th October 2019 at 7:09 pm

    setuju

    Reply
  2. seri says

    5th October 2019 at 7:08 pm

    kangkung banyak nak juga air…cepat je dia kering…tahniah berjaya tanamnkangkung…senang dan cepat membesar

    Reply
  3. gnesop says

    22nd June 2019 at 10:19 pm

    kangkung agak mudah mudah nak tanam
    berapa lama boleh kutip hasil?

    Reply
    • akubiomed says

      24th June 2019 at 9:53 pm

      Pernah tanam sayur Kangkung dari baki keratan. Tidak lama sudah dapat hasil. Kangkung ini senang tumbuh.

      Reply
  4. Tuan Pengetua says

    6th March 2019 at 7:30 pm

    Wah saya dah lama terfikir nak tanam sayur-sayuran untuk makan sendiri. Inspirasi yang baik ni!

    Reply
  5. azian khalil says

    20th February 2019 at 2:46 pm

    bagusnya….tapi tak rajin la…hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      1st March 2019 at 10:53 pm

      Seronok dapat hasil pertama. Sekarang ini sedang cambah sayur Sawi dan daun Salederi @ daun Sup.

      Reply
  6. Zurainny Ismail says

    12th February 2019 at 10:25 am

    Bestkan bila dpt tuai sayuran hasil sendiri! Saya baru sekali tuai kangkung – kerat batang ja supaya blh tuai berulang kali. Tapi sayang, kena serangan penyakit pula… Skrg tanam yg baru sbb masih ada baki benih. Beli dr FB tanamsendiri.com . Mudah2an kangkung kali ni selamat…

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2019 at 9:56 pm

      Senangkan. Nak dapatkan sayur segar dengan hanya petik dari halaman rumah sahaja.

      Reply
  7. Wan syahida says

    11th February 2019 at 4:31 pm

    hobi yang ada hasilnya. saya juga baru berjinak2 dengan menanam ni.. bila Nampak hasil. sgt puas hati.

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2019 at 9:56 pm

      Tanam sendiri dan beli pasar tentu berbeza.

      Reply
  8. Ani Haryani says

    11th February 2019 at 2:37 pm

    Satu idea yang bagus, benar-benar organik! Baru tahu sawi tak boleh ait lebih, terima kasih!

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2019 at 9:57 pm

      Silap saya pada mula baru nak tumbuh pucuk dengan terlebih air. 🙁

      Reply
  9. Norasikin says

    11th February 2019 at 11:45 am

    Saya pun suka bercucuk tanam. Pernah tanam sayur dalam pasu. Pernah juga buat hidroponik. Tapi tikus dan kucing selalu kacau. Anak sayur habis kena makan tikus. Kucing pulak berak dalam pasu. Kini saya tanam pokok sayur kampung dan ulam-ulaman je. Ada ulam raja, kaduk, selom, kesum selasih byk lagi

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2019 at 9:58 pm

      Kucing kadang-kadang beri masalah sebab jadikan pasu tempat melepaskan hajat.

      Reply
  10. Suria Amanda says

    7th February 2019 at 10:08 am

    SA pun suka bercucuk tanam…selamat dan semestinya jimat…kaedah ni sesuai juga untuk mereka yg tinggal di flat, apartment dan condo..

    Reply
    • akubiomed says

      7th February 2019 at 9:20 pm

      Ya, ruang terhad pun boleh tanam tanaman organik.

      Reply
  11. ajumohit says

    7th February 2019 at 8:43 am

    saya pun suka giler bercucuk tanam, kalau tanam macam ni berapa lama dapat tuai tu ya?

    Reply
    • akubiomed says

      7th February 2019 at 9:47 am

      Lebih kurang 3 minggu sudah boleh tuai sayur Kangkung.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in