Talian Streamyx broadband problem

Beberapa hari ini tidak dapat hendak online kerana ada masalah Streamyx broadband offline. Guna line broadband alternatif tetapi macam ada masalah kurang kencang untuk layari internet.
Beberapa hari lepas tidak dapat online kerana Streamyx broadband bermasalah kerana kerosakan kabinet Telekom Malaysia diluar kawasan perumahan. Berpunca beberapa hari lepas hujan lebat dengan kilat yang kuat menyebab kerosakan pada kabinet TM. Telefon langsung tidak ada nada dan menyebabkan tidak boleh buat penyambungan broadband TM NET. Saya buat aduan kerosakan kepada TM dan diberitahu bukan saya seorang sahaja mengalami masalah telefon kerana banyak aduan dari penduduk taman diterima. Mujurlah modem ADSL + Router TP-Link adaptor dan wayar telefon, saya telah cabut. . Kalau tidak selamat kena sambar kilat seperti jiran saya hanya cabut adaptor tetapi wayar telefon tidak dicabut. Perkara seperti ini luar jangkaan dan tidak boleh dijangka. Pengalaman sebelum ini telefon wireless Motorola disambar petir menjadi pengajaran.
Khidmat masyarat setup Streamyx broadband jiran.
Hari ini jiran minta bantuan set up Streamyx broadband untuk mengantikan modem yang disambar kilat. Saya tolong beli ADSL + Router TP-Link model TD-W89551ND pada harga RM69 dari ALL IT HYPERMARKET. Kalau ikut kat nak racun jiran ambil TP -Link TD-W8961ND yang mempunyai 2 antena dengan kelajuan 300Mbps beza harga RM10 sahaja. Atas permintaan beliau beli TP-Link modem ADSL + Router 150Mbps 1 antena yang sama model terkena sambar kilat. Mudah sahaja untuk set up modem TP-Link hanya beberapa minit tanpa mengeluar peluh.
Kitab SEO Merah Jambu beri tamparan hebat walaupun tidak ada internet.
Dalam internet bermasalah ada sahaja email masuk memberi notis pembelian dari affiliate program. Tersenyum sahaja bila lihat duit mengalir masuk tetapi tidaklah sekencang mamat dari Banting; blogger Titan. Bukan cerita baru memang ada sahaja jualan masuk untuk program affiliate sejak mengamal Kitab SEO Merah Jambu. Penangan Kitab SEO Merah Jambu memang benar-benar berkesan berkongsi formula cara buat duit affiliate program yang terbukti @ proven.
AkuBiomed: Sejuk hati duit program affiliate masuk boleh belanja cenderahati kalau dapat terbang ke Macau nanti.
modem,kalau ada ribut petir angan dibukak…kak kampung kami orang,tak boleh gguna tm lagi…pencuri wayar dah kenas kabel telekom…
Wah-wah…tahniah bro…insyaAllah..murah rezeki nanti leh la ke macau tu..hehe
No problemo tu.. Duit komisyen sonang aje cover beli modem baru 😀
kalau dah kena sambar petir memang kena beli baru. Masyukk tu.. hehe
Bahaya lah bro,
Saya nak tahu apa sebab kena sambar,apakah dari tower TM ?
bab duit masuk itu, hohoho untunglah..
alhamdulilah..
hehehe
hoho..hoho..
cendol wehh..cendol..
router saya juga pernah disambar kilat. oleh itu, setiap kali ada petir, terpaksa No Internet. Huhu. Dah lah sekarang musim petir kilat guruh, huhu lagi…
tetapiii, murahnyaaa ADSL+rounter tuu. saya beli mau dekat dua ratus ringgit, beli kat TM tower. hoho. len kali gi loyat je laa! thanks for the info!
Wow…alamak…lom sempat mengaji kitabun seo merah jambu itu…
Sudah hendak sampai hujung tahun. Terbukti berkesan kitab SEO Merah Jambu kalau dipraktik apa yang disarankan.
kalau ada unifi, memang seronok laaa area sana…
Tidak tahulah bilalah talian fiber akan masuk. Buat masa ini 99% memang tak ada kemungkinan.
Luar biasa hebat! Dalam masalah tiada line Internet, ada hikmah tersembunyi.
Alhamdulillah ada rezeki affiliate walaupun tidak banyak. 🙂
alhamdulillah rezeki..ada hikmah walaupon internet takde, tapi order berdesupppp
Syukur alhamdulillah ada sumber rezeki dengan affiliate. 🙂
wahhh, banyak nyerr masukk.. 🙂
Alhamdulillah walaupun tidak sekencang bro Titan. 🙂
setting adsl modem akan jd snang kalau owner internet tau username ngan password streamyx… dan kalau line dsl takde masalah… sebab call tm mmg panjang cerita…
Memang mudah untuk setting modem ADSL ini.
Beberapa hari ni ramai yang mengadu capaian internet tidak begitu memuaskan di beberapa kawasan. Mungkin juga faktor cuaca macam ni ye..
Saya pernah kena teruk bulan lepas. Talian broadband tidak stabil.
kena kilat ni rasanya tak lama mereka baiki
masalah aku pula kabel kena curi
sejak sebelun raya puasa sampai sekarang
masih belum berganti lagi kabel TM depan rumah
Boleh minta ganti rugi berbentuk rebet. Saya pernah memohon dengan TM untuk meminta rebet kerana tidak puas hati dengan perkhidmatan talian broadband yang kerap putus.
Alhamdulillah, affiliate ni mcm best je.tp sayang, AA x dpt nk cope bnyk perkara slm saru masa.pendam dulu dan fokus pd shaklee la dulu
Boleh praktik teknik kitab SEO Merah Jambu untuk produk fizikal seperti perniagaan MLM Shaklee.
H H.
Saya teringat semasa belum tahu cara nak setting modem,akibatnya 2 hari tiada line internet.Rupa-rupanya senang kalau dah tahu.
Tak sampai 10 minit.
yuhuuu!!! bila nak gi Macau? 😀
Tunggulah kalau dipilih sebagai pemenang. 🙂
ringan tulang jiran ni 😉
Menghulurkan bantuan setakat yang mampu.
fuhh lebat masuk inbox terima income walaupun line problem skang ni…..power rrr bro
Nak kata lebat belum lagi. Buat setakat ini lepas buat isi minyak motor pergi kerja. 🙂
Semakin kencang dengan affiliate walaupun talian internet bermasalah. KAGUM!
Syukur ada duit terselit masuk. 🙂
hohoho teknik bro dah semankin ampuh lah, Taniah 🙂
Lambat panas berbanding pengamal Kita SEO Merah Jambu yang lain. 🙂