Naik taraf modem wireless router dengan TP-Link TD-W8961ND
Wireless N ADSL2 Modem Wifi Router TP-Link TD-W8961ND 300Mbps adalah gajet terbaru saya dengan merehatkan modem wireless router TM Streamyx yang digunakan sekarang. Kalau sebelum ini saya pernah buat ulasan mengenai TP Link wireless extenders wireless internet untuk menambahkan liputan hotspot WiFi baru.
Maksimumkan fungsi MIMO
Bagi pengguna yang mempunyai gajet teknologi MIMO terbina dalam perlu juga mempunyai router wireless access point yang ada fungsi MIMO. Penggunaan fungsi MIMO dapat dioptimumkan untuk menikmati dari segi kelebihan, kestabilan ketika bermain online gaming, Internet calls streaming dan kandungan HD kerana kemampuan kelajuan buffering rate dan beban bandwith produk 11g biasa.
“Multiple Input Multiple Output(MIMO) kelebihan penggunaan 2 antena untuk menghantar dan menerima mampu meningkat pemindahan data”
TD-W8961ND Modem Router ini mudah hendak dipasang dan setup. Saya memilihnya kemampuan kelajuan sehingga 300Mbps dan tidak perlu pasang banyak hardware seperti modem dan router serta adapter secara berasingan. Saya sebenar tidak suka mengunakan hardware yang banyak kerana sedikit sebanyak menambahkan beban penggunaan tenaga yang tidak diperlukan.
Reka bentuk bukan sahaja menarik tetapi mempunyai lubang pengudaraan untuk melepas haba yang lebih natural kerana mempunyai jaluran pengudaraan dibawa modem dan juga lubang diatasnya.
Fungsi WiFi boleh off tanpa memadam modem kerana mempunyai butang yang boleh off fungsi WiFi secara manual.
Harganya RM75 sangat berbaloi-baloi untuk memilikinya dengan spesifikasi yang gempak bangat. Faktor harga dan value for money yang ada pada produk TP-Link ini berjaya menawan hati saya. Walaupun harganya rendah tetapi kualiti dan fungsi yang ditawarkan setara dengan produk jenama lain.
Dapatkan >>modem TP-Link murah<<
Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai TP-Link TD-W8961ND boleh layari laman rasmi TP-Link
beli jgn tak beli… sebelum harga jadi tinggi…
Router sama, cuma aku 1 sesungut je.. 2 sesungut tu puaslah, jauh pun boleh sampai wireless.
Bila harga TP-Link modem router ini dijual pada harga RM75 saya tidak pandang belakang terus sambar.
macam best jer harga pun tak ceah rm80.00 memang berbaloi gak. saya punya moden tm dah rosak adeh sakit jiwa.bila ke tm stok mereka dah habis sahaja.akhirnya beli kedai pc.com. brand D-Link Wireless N 300 ADSL2+ Modem Router huu..
Belkin produk berjenama. Saya pernah guna.
Rupa bukan main lawa. Router pun nak design lawa-lawa dah sekarang.
P.s. – Produk TP-Link memang berkualiti tinggi. Pilihan yang bijak 🙂
Cantik jugak design tu. Kalau m odem buruk pun kurang menarik jugak.
menarik dengan ada lubang-lubang pengudaraan tu, harganya pun berbaloi 🙂
lubang-lubang bentuk corak, tak perasan pun lubang pengudaraan rupanya.
saya perasan.tak sangka itu lubang untuk keluarkan haba ingatkan hanya kipas laptop bawah jer pelrukan pengaliran udara baik 😉
not bad harganya
setting macam mana bro?
Setting modem + router ini mudah bagi yang bukan teknikal.
Wah berbaloi juga dengan harganya
tp-link… sahabat kami juga 😉
pehh..sampai berlubang-lubang lagi tu..
Lubang bukan sebarang lubang ada fungsi tau. 🙂