• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Dream Trip to Macau

Dream Trip to Macau

27th October 2014 by akubiomed 56 Comments

Impian yang mahu dikecapi dengan Dream Trip to Macau

kredit: ajhackett

Kalau melawat ke sesuatu tempat 3 perkara menjadi perhatian saya adalah mengenali makanan tradisional tempatan, budaya dan amalan penduduk setempat serta sejarah yang berkaitan sesuatu tempat.

Melawat tapak bersejarah Warisan Dunia Macau

kredit: venetianmacaodotcom

Sedikit kajian saya buat mengenai budaya dan amalan penduduk Macau yang mempunyai gabungan pengaruh Cina, Barat dan Portugis. Ini kerana Macau pernah menerima ketibaan Portugis pada pertengahan abad ke-16.  Pengaruh seni bina peninggalan Portugis tentu banyak memberi pengaruh kepada Macau sehingga tercatat di Senarai Warisan Dunia Unesco seperti Melaka dan George Town juga telah diiktiraf Tapak Warisan Dunia Unesco.  Saya difahamkan lebih 20 monumen bersejarah boleh dikunjungi. Salah sebuah senibina peninggalan yang ingin saya kunjungi adalah Ruins of St. Paul’s yang dibina kurun ke 16 telah musnah teruk akibat kebakaran pada tahun 1835 yang meninggal sebahagian kecil binaan gereja.

Ingin melihat pertunjukan pancutan air berwarna di Wynn Performance Lake

kredit: Wynn Macau
kredit: Wynn Macau

Keinginan melihat pertunjukkan pancutan air berwarna lebih 200 air pancut berkuasa tinggi berlampu berwarni warni sehingga 80,000 gelen ke udara di hadapan Wynn Macau. Seolah-olah ditarikan oleh penari balet mengikut alunan lagu terkenal dari pentas Broadway. Difahamkan pancutan boleh mencapai setinggi 80 meter ke udara. Sudah tentu ia adalah pertunjukkan yang terhebat dan sukar dilupakan.

Melakukan aktiviti extreme di Macau Tower

Inilah satu impian saya untuk mengatasi ketakutan dan keberanian ditempat tinggi dengan melakukan aksi Skywalk X berjalan pada ketinggian 233 meter pada kelebaran pelantar hanya 1.8 meter berjalan mengelilingi Macau Tower. Ada 4 aktiviti extreme yang boleh dilakukan apabila berada di Macau Tower iaitu Skywalk X, Bungy Jump, Sky Jump dan Tower Climb. Adakah saya berjaya melakukan dan mengatasi ketakukan? Ia hanya diketahui jika saya layak untuk menyempurnakan impian saya dengan Dream Trip to Macau.

Contest Dream Trip to Macau adalah anjuran Macau Government Tourist Office (MGTO) dengan kerjasama Nuffnang Malaysia. Saya memasang impian untuk terpilih salah seorang untuk terbang ke Macau untuk merasai pengalaman bercuti 3hari 2malam ditanggung sepenuhnya.

Sila tekan butang kongsi:

  • Idam pulau Bali sebagai percutian romantik
  • Percutian keluarga ke tempat menarik di Melaka
  • Perletakkan jawatan Steve Job sebagai CEO Apple

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Hannyabdullah says

    20th November 2014 at 12:39 am

    Cantik Macau ni..bertuah sangat kalau dapat pergi.

    Semoga berjaya ya..:D

    Reply
  2. MrJocko says

    18th November 2014 at 3:39 pm

    kalau dapat pergi MACAU ,,, jangan lupakan kawe,,, Ingat daku dalam Travel mu,,, http://www.mrjocko.com

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 11:03 pm

      Eh bukan demo sudah terbang ke Macau bersama Majalah Libur baru ini?

      p/s: tak syiok nak tinggal komen blog mrjocko sebab perlu guna akaun google plus. 🙂

      Reply
  3. AUC says

    7th November 2014 at 9:38 pm

    Moga impian tercapai bro…

    Reply
  4. NotaKembara says

    6th November 2014 at 10:32 am

    Menarik ni… rasa macam nak join jugak. Huhu. Bungee jumping!

    Reply
  5. Invisible Me says

    3rd November 2014 at 8:36 am

    Teringin nak buat bungy jumpa tapi… tingginya lahhh..

    Reply
  6. Alongxp says

    30th October 2014 at 9:14 am

    berjalan kat tempat tinggi? memang taklah… orang lain berjalan kang saya merangkak…

    Reply
    • akubiomed says

      31st October 2014 at 1:09 am

      Kena kuatkan semangat untuk sahut cabaran. 🙂

      Reply
  7. Fyda Noh says

    30th October 2014 at 3:26 am

    Rugi sangat kalau berpeluang pergi negara orang tapi tak belajar pasal budaya. makanan dll. Macam saya dulu, belajar kat India tapi konon nak fokus belajar tak amek tahu langsung pasal apa2. sekarang menyesal bila orang tanya semua x tau. macam x pernah pegi je

    Reply
    • akubiomed says

      31st October 2014 at 1:09 am

      Boleh rancang trip bercuti ke Macau nanti. 🙂

      Reply
  8. Rudy says

    30th October 2014 at 1:26 am

    233 meter..bungy jumping tertinggi di dunia..

    Reply
    • akubiomed says

      31st October 2014 at 1:10 am

      Bungee Jump tidak berani hendak buat. 🙂

      Reply
      • hani says

        31st October 2014 at 2:44 pm

        kalau buat meromang bulu roma hu3… sy takut tinggi..gayat

        Reply
  9. Khairul Zamri says

    29th October 2014 at 11:24 pm

    Salah satu destinasi menarik dan boleh dimasukkan dalam senarai ingin dituju bersama yang tersayang kelak

    Reply
    • akubiomed says

      31st October 2014 at 1:10 am

      Boleh senaraikan Macau sebagai destinasi berbulan madu.

      Reply
  10. Ezad Skytech says

    29th October 2014 at 10:02 pm

    memang teringin nak buat bungee jump dari atas Macau Tower tu… 😀

    Reply
    • akubiomed says

      31st October 2014 at 1:11 am

      Setakat ini tidak berani hendak sahut cabaran bungee jumping dari Macau Tower.

      Reply
  11. TehR says

    29th October 2014 at 8:14 pm

    selamat berjaya
    kalau kawe la
    jalan2 kat dataran je
    gayat berada di menara tinggi

    Reply
    • akubiomed says

      31st October 2014 at 1:11 am

      Sahaja nak mencabar dan mengatasi ketakutan.

      Reply
  12. JMR says

    29th October 2014 at 5:38 pm

    best of luck bro..nanti dpt ke sana, jgn lupa shoot awek macau banyak2 haha

    Reply
    • akubiomed says

      31st October 2014 at 1:12 am

      Kalau terpilih memang tidak lepas peluang untuk snap gambar di Macau. 🙂

      Reply
  13. raudzah says

    29th October 2014 at 1:54 pm

    Teringin nak gi Macau..Macam best je…Nway good luck to you ya…

    Reply
    • akubiomed says

      31st October 2014 at 1:12 am

      Terima kasih. Mudah-mudahan terpilih. 🙂

      Reply
  14. Myra Jay says

    29th October 2014 at 9:31 am

    Memang semua tempat menarik..
    kecuali Sky Walk tu konpem ketaq lutu..hehee

    Reply
    • akubiomed says

      31st October 2014 at 1:13 am

      Bukan setakat ketar lutut tetapi ketar satu badan. 🙂

      Reply
  15. Abdur says

    29th October 2014 at 6:18 am

    Mencabar…,berpikir banyak kali kalau disuruh berjalan kat atas bangunan.

    Reply
    • akubiomed says

      31st October 2014 at 1:13 am

      Bertekad untuk lakukan juga. 🙂

      Reply
  16. eyriqazz says

    29th October 2014 at 12:26 am

    Hohoho..last time dah dapat offer dari airasia untuk ke macau..terpaksa lepaskan dek kekangan kerja…

    Reply
    • akubiomed says

      31st October 2014 at 1:14 am

      Kenapalah tidak pass dekat saya? 🙂

      Reply
  17. onlajer says

    28th October 2014 at 9:51 pm

    macau salah satu destinasi perlancongan sepekej dengan hong -kong hheheh

    Reply
  18. blogger lelaki says

    28th October 2014 at 7:29 pm

    banyak juga tempat menarik di Macau yer…dalam fikiran aku bila sebut je macau terus ingat tempat perjuaudian jer…hahaha

    p/s: pengaruh filem hong kong banyak sangat

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:04 am

      Mungkin ada yang tidak tahu Macau pernah menerima kunjungan pedagang Parsi dan terdapat perkuburan islam yag melebih 100 tahun.

      Reply
  19. Norizwan says

    28th October 2014 at 7:22 pm

    Wow.Macau Tower adalah salah satu bangunan tertinggi di dunia paling menarik sekali…berdiri atas kaca memang gayat bagi saya….

    saya sendiri tak pernah naik KLCC lagi huhu…

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:07 am

      Sebab itu saya mengharapkan impian saya tertunai untuk melakukan aksi Skywalk X di Macau Tower.

      Reply
  20. maza says

    28th October 2014 at 7:14 pm

    Wah! Pengaruh Portugis di Macau hampir sezaman dengan kejatuhan Melaka di tangan Protugis.

    maza kalau singgah mana-mana tempat maza suka mencuba makanan, sejarah, pemandangan dan budaya setempat.

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:10 am

      Serupalah kita meminati untuk mengetahui budaya, makana dan amalam penduduk setempat.

      Reply
  21. ringantangan says

    28th October 2014 at 5:27 pm

    Eee.. gayatnya bergayut tinggi-tinggi tu, saya takut tinggi.

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:10 am

      Saya pun rasa gayat sebab itu mencabar diri untuk merasai perasaan tersebut.

      Reply
  22. Mohd Norzali says

    28th October 2014 at 4:50 pm

    Seronoknya kalau dapat berjalan free. Semua ditanggung beres.

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:13 am

      Sudah tentu seronok dapat melancong dengan free mind. 🙂

      Reply
  23. akak vitamin says

    28th October 2014 at 3:04 pm

    makanan halal di macau banyak tak?

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:14 am

      Menurut kajian saya ada walaupun tidak banyak.

      Reply
  24. Sally Yatiey says

    28th October 2014 at 1:06 pm

    Seronok kalau dapat gi Macau! ;D

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:15 am

      Ya, berharap dapat pergi melancong ke Macau. 🙂

      Reply
  25. zara says

    28th October 2014 at 11:03 am

    Kalau dapat pergi free memang best

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:16 am

      Hajat saya besar untuk terpilih terbang ke Macau.

      Reply
  26. maria says

    28th October 2014 at 10:22 am

    taktau bila akan berani buat aktiviti extreme tu..jenis gayat..huhu

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:16 am

      Takut sebenarnya tetapi teruja untuk mencuba. 🙂

      Reply
  27. AZENI AHMAD says

    28th October 2014 at 9:59 am

    Terbaik la impian..
    Dan impian kita pun serupa cuma lokasi berbeza je.
    Tapi saya suka part aktiviti ekstreme tue.
    Saya sangat suka aktiviti mcm tue dan salah satu impian saya nak bungae jumping kat New Zealand.

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:17 am

      Kalau bungee jumping belum berani hendak dilakukan.

      Reply
  28. suri says

    28th October 2014 at 9:31 am

    bestkan..ab ini dia pilih pemenang berapa orang eh…blur

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:19 am

      Ya, berharap entri ini dapat menambat hati juri dan pengajur.

      Reply
  29. Nadot says

    28th October 2014 at 7:40 am

    bestnyee… kena pergi juga ni one day…
    teringat runnning man tengok aktiviti kat macau tower tu… hihi

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:19 am

      Bolehlah set masa untuk terbang ke Macau. 🙂

      Reply
  30. ohcikgu says

    28th October 2014 at 12:11 am

    wahh..

    nak gi macau gak la macam nih..

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 12:20 am

      Bolehlan pelan dengan buah hati berbulan madu di Macau. 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Asas kegunaan baja berdasarkan warna baja untuk newbie

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in