Impian yang mahu dikecapi dengan Dream Trip to Macau

Kalau melawat ke sesuatu tempat 3 perkara menjadi perhatian saya adalah mengenali makanan tradisional tempatan, budaya dan amalan penduduk setempat serta sejarah yang berkaitan sesuatu tempat.
Melawat tapak bersejarah Warisan Dunia Macau
Sedikit kajian saya buat mengenai budaya dan amalan penduduk Macau yang mempunyai gabungan pengaruh Cina, Barat dan Portugis. Ini kerana Macau pernah menerima ketibaan Portugis pada pertengahan abad ke-16. Pengaruh seni bina peninggalan Portugis tentu banyak memberi pengaruh kepada Macau sehingga tercatat di Senarai Warisan Dunia Unesco seperti Melaka dan George Town juga telah diiktiraf Tapak Warisan Dunia Unesco. Saya difahamkan lebih 20 monumen bersejarah boleh dikunjungi. Salah sebuah senibina peninggalan yang ingin saya kunjungi adalah Ruins of St. Paul’s yang dibina kurun ke 16 telah musnah teruk akibat kebakaran pada tahun 1835 yang meninggal sebahagian kecil binaan gereja.
Ingin melihat pertunjukan pancutan air berwarna di Wynn Performance Lake
Keinginan melihat pertunjukkan pancutan air berwarna lebih 200 air pancut berkuasa tinggi berlampu berwarni warni sehingga 80,000 gelen ke udara di hadapan Wynn Macau. Seolah-olah ditarikan oleh penari balet mengikut alunan lagu terkenal dari pentas Broadway. Difahamkan pancutan boleh mencapai setinggi 80 meter ke udara. Sudah tentu ia adalah pertunjukkan yang terhebat dan sukar dilupakan.
Melakukan aktiviti extreme di Macau Tower
Inilah satu impian saya untuk mengatasi ketakutan dan keberanian ditempat tinggi dengan melakukan aksi Skywalk X berjalan pada ketinggian 233 meter pada kelebaran pelantar hanya 1.8 meter berjalan mengelilingi Macau Tower. Ada 4 aktiviti extreme yang boleh dilakukan apabila berada di Macau Tower iaitu Skywalk X, Bungy Jump, Sky Jump dan Tower Climb. Adakah saya berjaya melakukan dan mengatasi ketakukan? Ia hanya diketahui jika saya layak untuk menyempurnakan impian saya dengan Dream Trip to Macau.
Contest Dream Trip to Macau adalah anjuran Macau Government Tourist Office (MGTO) dengan kerjasama Nuffnang Malaysia. Saya memasang impian untuk terpilih salah seorang untuk terbang ke Macau untuk merasai pengalaman bercuti 3hari 2malam ditanggung sepenuhnya.
Cantik Macau ni..bertuah sangat kalau dapat pergi.
Semoga berjaya ya..:D
kalau dapat pergi MACAU ,,, jangan lupakan kawe,,, Ingat daku dalam Travel mu,,, http://www.mrjocko.com
Eh bukan demo sudah terbang ke Macau bersama Majalah Libur baru ini?
p/s: tak syiok nak tinggal komen blog mrjocko sebab perlu guna akaun google plus. 🙂
Moga impian tercapai bro…
Menarik ni… rasa macam nak join jugak. Huhu. Bungee jumping!
Teringin nak buat bungy jumpa tapi… tingginya lahhh..
berjalan kat tempat tinggi? memang taklah… orang lain berjalan kang saya merangkak…
Kena kuatkan semangat untuk sahut cabaran. 🙂
Rugi sangat kalau berpeluang pergi negara orang tapi tak belajar pasal budaya. makanan dll. Macam saya dulu, belajar kat India tapi konon nak fokus belajar tak amek tahu langsung pasal apa2. sekarang menyesal bila orang tanya semua x tau. macam x pernah pegi je
Boleh rancang trip bercuti ke Macau nanti. 🙂
233 meter..bungy jumping tertinggi di dunia..
Bungee Jump tidak berani hendak buat. 🙂
kalau buat meromang bulu roma hu3… sy takut tinggi..gayat
Salah satu destinasi menarik dan boleh dimasukkan dalam senarai ingin dituju bersama yang tersayang kelak
Boleh senaraikan Macau sebagai destinasi berbulan madu.
memang teringin nak buat bungee jump dari atas Macau Tower tu… 😀
Setakat ini tidak berani hendak sahut cabaran bungee jumping dari Macau Tower.
selamat berjaya
kalau kawe la
jalan2 kat dataran je
gayat berada di menara tinggi
Sahaja nak mencabar dan mengatasi ketakutan.
best of luck bro..nanti dpt ke sana, jgn lupa shoot awek macau banyak2 haha
Kalau terpilih memang tidak lepas peluang untuk snap gambar di Macau. 🙂
Teringin nak gi Macau..Macam best je…Nway good luck to you ya…
Terima kasih. Mudah-mudahan terpilih. 🙂
Memang semua tempat menarik..
kecuali Sky Walk tu konpem ketaq lutu..hehee
Bukan setakat ketar lutut tetapi ketar satu badan. 🙂
Mencabar…,berpikir banyak kali kalau disuruh berjalan kat atas bangunan.
Bertekad untuk lakukan juga. 🙂
Hohoho..last time dah dapat offer dari airasia untuk ke macau..terpaksa lepaskan dek kekangan kerja…
Kenapalah tidak pass dekat saya? 🙂
macau salah satu destinasi perlancongan sepekej dengan hong -kong hheheh
banyak juga tempat menarik di Macau yer…dalam fikiran aku bila sebut je macau terus ingat tempat perjuaudian jer…hahaha
p/s: pengaruh filem hong kong banyak sangat
Mungkin ada yang tidak tahu Macau pernah menerima kunjungan pedagang Parsi dan terdapat perkuburan islam yag melebih 100 tahun.
Wow.Macau Tower adalah salah satu bangunan tertinggi di dunia paling menarik sekali…berdiri atas kaca memang gayat bagi saya….
saya sendiri tak pernah naik KLCC lagi huhu…
Sebab itu saya mengharapkan impian saya tertunai untuk melakukan aksi Skywalk X di Macau Tower.
Wah! Pengaruh Portugis di Macau hampir sezaman dengan kejatuhan Melaka di tangan Protugis.
maza kalau singgah mana-mana tempat maza suka mencuba makanan, sejarah, pemandangan dan budaya setempat.
Serupalah kita meminati untuk mengetahui budaya, makana dan amalam penduduk setempat.
Eee.. gayatnya bergayut tinggi-tinggi tu, saya takut tinggi.
Saya pun rasa gayat sebab itu mencabar diri untuk merasai perasaan tersebut.
Seronoknya kalau dapat berjalan free. Semua ditanggung beres.
Sudah tentu seronok dapat melancong dengan free mind. 🙂
makanan halal di macau banyak tak?
Menurut kajian saya ada walaupun tidak banyak.
Seronok kalau dapat gi Macau! ;D
Ya, berharap dapat pergi melancong ke Macau. 🙂
Kalau dapat pergi free memang best
Hajat saya besar untuk terpilih terbang ke Macau.
taktau bila akan berani buat aktiviti extreme tu..jenis gayat..huhu
Takut sebenarnya tetapi teruja untuk mencuba. 🙂
Terbaik la impian..
Dan impian kita pun serupa cuma lokasi berbeza je.
Tapi saya suka part aktiviti ekstreme tue.
Saya sangat suka aktiviti mcm tue dan salah satu impian saya nak bungae jumping kat New Zealand.
Kalau bungee jumping belum berani hendak dilakukan.
bestkan..ab ini dia pilih pemenang berapa orang eh…blur
Ya, berharap entri ini dapat menambat hati juri dan pengajur.
bestnyee… kena pergi juga ni one day…
teringat runnning man tengok aktiviti kat macau tower tu… hihi
Bolehlah set masa untuk terbang ke Macau. 🙂
wahh..
nak gi macau gak la macam nih..
Bolehlan pelan dengan buah hati berbulan madu di Macau. 🙂