Servis karburator Mesin Rumput Sandang untuk buang kekotoran secara DIY.
Pernah tak alami situasi apabila nak hidup enjin Mesin Rumput Sandang tak hidup-hidup? Penat tarik tali untuk hidup enjin Motor Rumput Sandang tak jadi-jadi.
Ada beberapa kemungkinan menyebabkan Mesin Rumput Sandang tidak boleh hidup diantaranya:
- Plug basah
- Filter angin tersumbat
- Karburator perlu servis
Bagaimana Karburator Mesin Rumput Sandang boleh kotor dan tersumbat?
Puncanya ketika kita tuang bancuhan minyak Mesin Rumput tercampur dengan kekotoran secara tidak sengaja. Cara nak halang kekotoran termasuk didalam tangki minyak dengan guna kain sebagai penapis tambahan.
Kekotoran dari serpihan semasa memotong rumput disedut masuk melalui Filter Karburator Mesin Rumput Sandang boleh jadi punca lama-kelaman karburator tersumbat.
Boleh ambil inisiatif untuk bersihkan Karburator Mesin Rumput Sandang secara berkala.
Kita boleh bayangkan kalau lubang hidung kita tersumbat tentu rasa susah nak bernafaskan? Cara nak melegakan semput ini adalah dengan servis Karburator. Usah bimbang nak servis buang kekotoran didalam Karburator Mesin Rumput Sandang ini tak susah kerana komponennya ringkas tidak seperti Karburator Motorsikal.
Peralatan dan bahan yang diperlukan semasa servis Karburator Mesin Rumput Sandang:-
- Pemutar skru Plus(tip penghujung pemutar skur berbentuk campur) dan Minus(tip penghujung pemutar skru berbentuk tolak)
- Minyak
- Pam basikal(digunakan sebagai blower)
- Berus untuk membersih kekotoran
- Bekas
Mesin Rumput Sandang Jenama Okazawa model BG328AE milik arwah bapa saya
Panduan ringkas gambar cara menanggalkan bahagian Karburator Mesin Rumput Sandang.
Buka cap karburator Mesin Rumput Sandang
Buka skru untuk tanggalkan Karburator dari Mesin Rumput Sandang
Karburator Mesin Rumput Sandang yang sudah dipisahkan dari Mesin Rumput Sandang
Buka skru takung Karburator Mesin Rumput Sandang
Ceraian bahagian Filter Karburator Mesin Rumput Sandang
Buka pin Float Pin Karburator Mesin Rumput Sandang
Buka skru Main Jet Karburator Mesin Rumput Sandang
Pelampung atau Float didalam takung Karburator Mesin Rumput Sandang
Ceraian bahagian Karburator Mesin Rumput Sandang
Blower tak ada? Jangan bimbang boleh guna pam tayar sebagai penganti blower
Blow lubang Float Pin Karburator Mesin Rumput Sandang
Blow takung Karburator Mesin Rumput Sandang
Video panduan penuh servis Karburator Mesin Rumput Sandang
[PENTING] Tips dan perhatian ketika melakukan semasa servis Karburator Mesin Rumput Sandang adalah teliti ketika menceraikan bahagian-bahagian Karburator dan juga ketika memasang bahagian-bahagian Karburator semula. Ambil perhatian lebih ketika memasang Float Pin, Gasket dan posisi Pelampung.
Pastikan skru-skru dipasang diketatkan dan tidak terlebih ketat. Periksa selepas pasang tidak ada kebocoran minyak mungkin gasket tidak berada dikedudukan yang betul. Tidak gopoh nak buka dan pasang. Tenang-tenang sahaja semasa servis Karburator Mesin Rumput Sandang.
Penafian: Pihak saya tidak bertanggungjawab jika berlaku kerosakan dan harap faham risiko yang berkemungkinan berlaku.
Assalamualaikum Tuan, perkongsian info yg bermanfaat 👍🏼. kalau ada oil leaking di lubang tickler selepas kte buka fuel tap sedangkan kte tak tekan button tickler tu
adakah ini bermakna caburator sy juga ada kotoran dan perlu diservis caburator nya ?
sy mmg tak pandai hal2 mekanikal ni, masa tuan 1st time servis caburator di bengkel motor tu kena bayar berapa ringgit tuan ?
Walaikumsalam,
Berkemungkinan ada kebocoran bahagian seal sepatutnya tidak berlaku lelehan minyak. Kaburatur mesin rumput ini lebih simple berbanding kaburator motorsikal. Maaf saya tidak ingat berapa kos service kaburator di bengkel motorsikal sebab dah lama tak buat sejak boleh servis sendiri.
Saya baru beli mesin rumput brand okazawa bg328,masa first try hidupkan sye naik choke,tpi lps enjin pns sye turunkn choke enjin mati.Lpstu nk hidupkan semula pun kena naikkan choke kalau x naik kn xleh hidup.dan bila enjin dh hidup turun je choke trus pdm.Apa puncanya tuan ea??
Mesin baru sepatutnya tidak perlu tarik choke. Kalau nak guna choke pun tak ada masalah. Mesin rumput saya jarang sekali guna choke. Motor mesin rumput jenis 2 lejang jadi jika guna choke bagi enjin panas dahulu barulah turun choke.
Info terbaik dan bolehlah saya rujuk blog Tuan kalau mesin saya bermasalah nanti.
Sama-sama. Servis mudah boleh dilakukan sendiri untuk mesin rumput beroperasi dengan lancar.
Kalau terusik screw dekat carburator tu mcm mana nak adjust bagi ok balik ye
Skru yang mana satu. Kalau skru idling tak jadi masalah boleh pusing untuk laju running laju atau slow. Dia nak adjust bukan macam kaburator motorsikal set angin dan minyak.
Salam bang, nak tanya kalau pasang pelampung tu terbalik ada effect apa apa tak.. sbb mesin rumput sy dah servis carb, plug dh tukar still takleh hidup…
Walaikumsalam, sebaiknya pelampung perlu dipasang dalam kedudukan betul. Fungsi pelampung nak benarkan minyak masuk ke dalam kaburator.
salam bang kalau kita hantar mesin rumput ke kedai untuk service biasa nya apa sahaja yang kedai buat dan berapa upah servis nya?
Saya pernah hantar sekali mesin rumput di kedai motorsikal. Dia servis kaburator. Sekali tuh sahaja saya hantar. Kemudian saya buat sendiri cuma bab mekanikal saya tidak ada ilmu. Setakat servis kaburator lepas lah untuk diri sendiri. 🙂
Kenapa pluq cpt kotor ada kala basah menyebabkan sukar nak hidupkan mesin
Ini jawapan umum saya.
1. Selepas tarik choke untuk pemula hidup mesin rumput, perlu letak ditempat asal.
2. Mungkin kaburator terlebih minyak
3. spark plug kotor berkemungkinan kaburator perlu diservis
assalamualaykum,nak tanya injap(cork) minyak boleh buka untuk servis?
Walaikumsalam,
Saya tidak pernah buka stop cock minyak kerana tidak pernah berlaku tersumbat kerana minya sebelum masuk ke dalam mesin saya akan tapis dengan kain. Saiz lubang stop cock pun besar
seram pulak tgk buka semua part kecik2 tu..nasib bro mahir..kalau ciktom mau nangis nak pasang balik satu2…hehe
Servis mudah pun tidak memerlukan apa-apa adjustment. Hanya untuk bersihkan kekotoran.
bagus ada alat ni boleh buat sendiri mesin rumput
Tak ada alat yang spesial pun. Kebanyakan peralatan boleh didapati mudah dari kedai Hardware berdekatan sahaja.
bagus ada alat ni kalau memang perlu potong rumput. mudah nak maintain pulak kan
Mesin Rumput Sandang ini sudah banyak berjasa termasuk tolong potong rumput dirumah jiran.
takde laman untuk di mesin rumputnya. Tengok dari dekat pun tak pernah..
Terima kasih drop komen. Boleh kongsi panduan servis kaburator Mesin Rumput Ini kepada yang memiliki Mesin Rumput.